Selasa, 30 November 2010

JIN ISLAM...PENDAMPING BAIK...?

Apabila jin itu mendampingi sesorang manusia maka
kita akan mengatakan ia Jin Islam apabila ia mem-
punyai antara ciri-ciri di bawah...

...iaitu...

1.Jin itu memperkenalkan dirinya dengan nama-nama
Islam...terutamanya nama-nama dalam Bahasa arab...

2.jin itu mengaku beragama Islam...malah tak kur-
ang yang mengaku sebagai bunian...Syeikh-Syeikh...
wali-wali...dan sebagainya...

3.wajah biasanya cerah...tenang...bercahaya...tenang
...nampak seperti orang-orang baik atau orang-orang
soleh...dan sebagainya...

4.Jin itu berpakaian seperti orang-orang baik dan soleh
...mungkin serba putih...serba hijau...berketayap...
berserban jubah dan sebagainya...

5.Jin itu suka berzikir..atau sentiasa membawa tasbih...

6.Jin itu suka bercakap atau mahir mengenai hal-hal agama.

7.Jin itu suka menasihati...dengan nasihat-nasihat yang
baik..atau ' macam baik '...

8.Jin itu melarang perkara-perkara mungkar...

9.Jin itu menolong manusia walau apa pun cara yang ia
perlihatkan...seperti merawat...memberi panduan..mencari
orang hilang dan sebagainya...

10.Jin itu solat ' macam ' lima waktu...

11.Jin itu pandai atau suka...atau mahir...membaca Ayat-
ayat Qur'an...

12.Jin itu hafal ayat-Ayat Qur'an atau hadis...atau kata-
kata hikmah...

13.Jin itu suka memuji orang-orang baik...

14.Jin itu hanya makan makanan halal...

15.Jin itu kelihatan sangat terpelajar...atau tinggi ilmu
terutama ilmu agama...

16.Jin itu tahan dibacakan ayat Kursi...dan boleh membaca
ayat Kursi...dan kadang-kadang menggalakkan orang membaca
ayat Kursi...

..dan sebagainya...

Sebenarnya...kalau setakat antara tanda-tanda di atas...
atau malah kesemua tanda-tanda di atas...jin kafir juga boleh
buat...apalagi jin saka ilmu...Jin Munafik...Jin Murtad...jin
Ifrit...dan sebagainya...

Yang penting...ia ada ilmu...dan bakat atau pakar berlakon...
dan tak kurang...biasanya...jin itu kenal siapa anda..apa kel-
ebihan dan kelemahan anda...apa kepercayaan dan keyakinan anda...
dan mungkin ia tahu sejarah hidup anda...keluarga anda...keturu-
nan anda dan sebagainya...terutamanya kalau ia adalah jin saka
keluarga atau keturunan anda sendiri...

Ini semua penting...kerana jin itu akan mempergunakan segala
peluang dan laluan yang akan membuat anda ' tergamam' tak
dapat menolak...yakin dengannya...malah ' termakan ' akan seg-
ala taktiknya...termasuklah taktik secara Psikologi...

Maka untuk mendapat kepastian lanjut tentang agamanya...anda
rujuk pada jabatan Agama Islam...?

Biar apa pun alasan anda untuk mengatakan ia adalah Jin Islam
anda ada peluang sepenuhnya untuk menjadi mangsa penipuannya.

...dan yang pasti...pada hakikatnya...anda sedang berhadapan
dengan suatu makhluk ghoib yang sama sekali tak anda kenali...
malah biasanya apa pun bentuk penampilannya...terutama bila
jin itu mengaku Islam...maka adalah sekadar penyerupaan se-
mata-mata...dan tak ada kena mengena dengan rupanya yang
sebenar...

JIN ISLAM MASJID NEGERI...

Apabila seorang rakan mengetahui kehadiran Jin Islam di
Masjid Negeri...ia pernah memanggil jin itu ketika ia cuba
menegeluarkan jin daripada badan seseorang...tapi ternyata
Jin itu tak datang...malah tak ada sebarang tindakbalas
( tak di pedulikan ).

Pada suatu masa lain...apabila berjumpa dengan jin tersebut
rakan itu bertanya tentangnya...

...dan jawab Jin masjid Negeri itu...seandainya pesakit itu
akan mati sekalipun...ia tak akan datang...kerana syirik
bagi manusia memanggil jin meminta pertolongannya...

Kita tak akan tahu..adakah Jin itu benar-benar Jin Islam di
Masjid Negeri...tapi penjelasannya sesuai degan hukum dan
boleh diterima...

SYIRIK KERANA ADA JIN PENDAMPING...

Adalah jelas hukumnya meminta pertolongan dari jin tak kira
ia Jin Islam atau bukan...contohnya nak minta perlindungan
diri...keluarga dan harta....dan sebagainya...

Namun bagaimana kalau anda tak pernah pun meminta pertolon-
ngannya?

Anda perlu memastikan beberapa perkara...dan antaranya...

1.Anda merasa selamat kerana ada jin pendamping...

2.Anda merasa berani kerana ada jin pendamping...

3.Anda merasa bangga...bertuah atau beruntung kerana ada
jin pendamping...

4.Anda merasa ada kelebihan kerana ada jin pendamping...

5.Anda merasa ada daya penarik kerana ada pendamping...tak
kira pengasih...pelembut...atau penarik rezeki kerana ada
jin pendamping...

6.Anda merasa segala urusan anda menjadi mudah kerana ada
jin pendamping...

7.Anda merasa diri hebat kerana ada jin pendamping...

8.Anda merasa mulia diri...atau manusia terpilih kerana ada
jin pendamping...

9.Anda merasa bijaksana kerana ada jin pendamping yang selalu
memberi panduan ilham dan sebagainya...

10.Anda merasa diri ada ilmu yang tinggi kerana ada jin pen-
damping...

..dan sebagainya...

Maka apabila anda merasa mana-mana antara yang tersebut di-
atas...anda telah jatuh kepada syirik dan menyekutukan Tuhan
kerana yang demikian itu menunjukkan ada pergantungan hati
anda kepada jin pendamping...

Oleh kerana semuanya itu sungguh halus...walau bagaimana pun
anda berhati-hati...tak mustahil anda akan terjerumus juga
padanya suatu masa nanti...

Ia terutamanya dengan pengalaman-pengalaman yang melibatkan
penggunaan jin itu secara langsung atau tak langsung...

...atau jin itu sentiasa membisikkan kepada telinga atau hati
anda akan kelebihan-kelebihan anda memilikinya...terutamanya
kalau jin itu adalah syaitan...
iaitu jin yang sebenarnya datang untuk meyesatkan anda atas
sesuatu kepetingannya...

KAITAN PENDAMPING DENGAN SERANGAN JIN...

Permusuhan antara sesama jin adalah perkara biasa...dan tak
mendatangkan masalah kepada anda kecuali apabila ada antara
jin yang bermusuhan itu datang menjadikan anda sebagai tem-
pat bersembunyi atau perisai manusianya...

Sebab-sebab lain yang mengakibatkan anda menjadi sasaran ser-
angan jin adalah apabila anda berdamping dengan jin...
tak kira ia Jin Islam atau bukan...

Perkara biasa sahaja...apabila ada persaingan atau uji men-
guji ilmu antara sesama jin ilmu pendamping manusia...

Itu antara rahsianya anda sakit...atau rasa serangan apa-
bila berjumpa seseorang yang juga ada pendamping jin...

Itu juga sebabnya apabila tiba-tiba anda merasa marah atau
benci kepada seseorang lain tanpa sebab...
yang pada hakikatnya adalah kebencian antara sesama jin
pendamping...terutama kalau jin itu menguasai perasaan anda.

Pernah dua rakan yang berkawan baik...apabila dirasuk jin
saka masing-masing...mereka menjadi benci antara sesamanya
hingga menyebabkan pertarungan dan kebencian yang berpanja-
jangan...

Kalau jin pendamping anda lemah pula...maka sebaik cara
mengelak serangan jin lain samada jin pendamping manusia
atau jin liar tanpa tuan adalah dengan cara...

-jin itu mengecilkan dirinya...dan bersembunyi dalam badan
anda...

-jin itu bersembunyi di belakang anda...

...maka anda akan terlibat secara langsung menghadapi se-
rangan jin...

Atau jin pendamping anda itu lari...tapi ada angin bisa-
nya dalam badan anda...maka anda boleh menjadi sasaran se-
rangan...atau...jin itu diserang...dan anda sendiri merasa
kesan dan kesakitannya kerana ada angin bisa jin itu dalam
badan anda...

Angin bisa jin itu akan menghubungkan anda dengan jin ter-
sebut secara langsung kerana itu sajalah satu-satunya cara
nak menguasai atau nak menganiaya anda...

Dalam satu segi...angin bisa jin pendamping dalam badan
anda boleh menjadi laluan jin lain turut masuk ke dalam.

...maka kadang-kadang jin menyerang anda kerana jin itu
nampak laluannya...

Tak kurang pula anda menghadapi serangan jin lain kerana
jin-jin itu dipanggil masuk oleh jin pendamping anda...
dengan sebab-sebab yang jin itu saja tahu...termasuk
kerana nak membalas dendam terhadap anda...

Lebih anti...lebih jauh anda daripada sengaja berdamping
dengan jin...lebih kuat dan lebih selamat pula anda dari-
pada serangan jin...

JIN TAK MAKSUM...

Jin bukanlah makhluk yang maksum...atau terjaga dari per-
buatan dosa...malah sifatnya yang tak kelihatan oleh pan-
dangan mata biasanya menjadi sebesar-besar dorongan untuk
jin itu berlaku aniaya terhadap anda...keluarga anda...
rakan-rakan anda dan sebagainya...

Mungkin anda tahu dua tiga perkara tentang jin pendamping
anda...tapi pastinya banyak lagi perkara mengenainya yang
menjadi rahsia...dan di sana tersembunyi akan segala tipu-
daya...kejahatan dan bahayanya...

Sekurang-kurangnya kalau anda tak kisah tentang diri anda
sendiri..jangan perjudikan nasib orang-orang yang anda
sayang...kerana pada hakikatnya...jin itu adalah di luar
kawalan anda sendiri...

Keputusan anda di saat ini mungkin akan menentukan sejarah
hidup anak cucu dan keturunan anda untuk selama-lamanya...

Wallohu a'lam

Ahad, 28 November 2010

DUNIA MISTERI...Serangan 3 Sahabat...

Sebaik saja melelapkan mata...saya dapati diri ber-
ada dalam satu tempat seperti gelanggang silat yang
berbentuk bulat...

Kawasan dalam gelanggang itu terang seperti siang
manakala kawasan sekelilingnya gelap gelita seperti
gelap malam yang sangat pekat...

Dari kegelapan itu tiba-tiba tiga makhluk yang ber-
tubuh besar..tegap berwarna hitam melompat keluar
ke tepi gelangggang...

Ketiga-tiga lembaga itu mundar mandir tak keruan...
dan tanpa sebarang amaran mereka menyerbu ke arah
saya...

Sebagai seorang yang pernah belajar silat walaupun
setakat sekerat jalan...secara spontan saya melang-
kahkan kaki kiri ke belakang membuka kuda-kuda...

Namun saya terasa kaki kiri saya memijak suatu ruang
kosong...menyebabkan saya jatuh terlentang macam
tarzan jatuh dari atas pokok...

Lembaga-lembaga itu menyerbu pantas dalam keadaan se-
paruh terbang...dan membelasah saya dengan hayunan-
hayunan penumbuk yang sangat cepat...dan saya dapat
melihat kilatan pisau belati daripada salah satu lem-
baga tersebut...

Dari pergerakan tangan yang cukup pantas seperti ki-
pas angin itu...saya dapati tak ada peluang untuk
menepis walau hanya satu hayunan...malah dalam hati
saya sempat terdetik...habislah muka saya yang mem-
ang dah tak seberapa 'hensom' ini koyak rabak kena
mata belati...

Semua serangan itu tertumpu kebahagian muka...dan
saya tak mampu berbuat apa-apa...

Namun seperti ada suatu lapisan beberapa sentimeter
tebal yang menghalang hayunan-hayunan lembaga itu
daripada menyentuh kulit muka saya...

Saya dapat merasakan kipasan-kipasan angin dari ser-
gan tersebut...tapi tak merasakan sebarang sentuhan.

Serangan lembaga-lembaga hitam yang sangat pantas itu
ternyata tak bertahan lama...
mungkin hanya dalam masa kurang sepuluh saat apabila
satu demi satu lembaga itu melompat jauh ke belakang
lalu terjun meghilangkan diri ke dalam alam kegelapan
yang mengelilingi gelanggang...

Saya terjaga serta merta...seolah-olah baru sedar dari
suatu alam antara jaga dan tidur...

Ketika itu saya baru beberapa minggu saja mengamalkan
Ayat Manzil...ternyata ia amalan yang ampuh sebagai
pembenteng sihir...

Ia adalah serangan jin-jin besar dari satu kumpulan jin
ilmu yang berasal daripada negara jiran...

Ketua jin itu marah kerana saya tak mahu meminta per-
lindungannya...tak mahu mematuhi pantang larangnya...
dan saya pasti jin itu sangat marah dan berusaha untuk
menghentikan saya dari amalan Ayat Manzil...

Ulasan

1.Biasanya apabila anda mengalami gangguan jin...dan mula
mengamalkan sesuatu yang dapat atau bakal menjadi ancaman
kepada jin yang mengganggu anda..maka pasti ia akan cuba
menghentikan amalan anda..

Antaranya dengan...

- memperdayakan anda dengan mimpi-mimpi aneh atau mimpi-
mimpi buruk...

- membisikkan nada dengan berbagai tipudaya...sangkaan bu-
ruk yang berkaitan dengan amalan anda...

- malah kadang-kadang jin itu membisikkan kepada anda
bahawa anda itu dah tak ada harapan...dan sebagainya...

- kadang-kadang ia membisikkan anda supaya berubat pada se-
seorang...atau belajar ilmu yang lebih hebat dari seseorang
yang sebenarnya juga menggunakan ilmu jin...

...dan tentu saja yang di suruhnya anda itu pada sesuatu
yang tak menjadi ancaman...malah mungkin 'satu geng' dengan
jin pengganggu anda...

- Menyakitkan anda...iaitu gangguan dan serangan yang hebat
atau bertambah sakit anda rasakan...

- menyakit atau menyerang sesorang yang anda kasihi..contohnya
ahli keluarga sebagai ugutan untuk menghentikan amalan anda...

...dan sebagainya...

Anda perlu 'memahami akan kerumitan' jin pengganggu anda itu...
iaitu semakin lama anda beramal...pertahanan anda semakin kuat
dan satu segi..jin itu akan bertambah lemah untuk menghadapi
anda...maka jin itu perlu menghentikan anda...

Maka antara tanda amalan yang sesuai dan baik diteruskan adalah
apabila anda merasakan ada usaha jin pengganggu anda untuk meng-
hentikannya...

2.Apabila saya terbaca satu cerita seorang guru silat yang ber-
mimpi anak muridnya dibelasah oleh beberapa orang lelaki silat
dari suatu perguruan lain...saya teringat kepada mimpi saya dulu.

Ia sebenarnya dalam suatu keadaan seperti dalam keadaan jaga tapi
berada di alam yang aneh...

Cerita selanjutnya...guru silat itu menceritakan...isteri anak
muridnya itu menelefon ke rumah pada malam itu juga...

...ia mendapati anak muridnya itu tidur apabila didapati meninggal
dunia dalam keadaan tubuh lebam dan biru seperti telah dibelasah.

3.Pada pendapat saya ia adalah salah satu cara serangan sihir mela-
lui mimpi bertunjangkan kepada jin ilmu...


***Sekadar Renungan***

Hidup Mati Engkau Itu Di'tangan' Allah...
...dan Bukan Di 'tangan' Jin.

*** *** ***


Wallohu a'lam

Jumaat, 26 November 2010

DUNIA MISTERI...Roh Gentayangan Kerana Hutang?...

Sejak pulang daripada menziarahi jirannya yang
sakit kerana barah petang tadi...ibu itu merasa
seram...

Bau si sakit seperti mengekorinya pulang...dan
merebak di merata tempat di dalam rumahnya...

Suami dan anak-anaknya pula tak dapat menghidu
baunya...

Si ibu menyapu minyak angin pada hidung...bau
si sakit hilang...tapi hanya untuk beberapa
minit sahaja...

Sebaik saja bau minyak angin itu hilang...ia di-
ganti semula oleh bau si sakit...

Apabila si ibu membaca Fatihah 3 kali pada tapak
tangan...
kemudian menyapu muka sambil menarik nafas dalam-
dalam...barulah bau itu hilang...

Beberapa hari kemudian...jirannya itu meninggal
dunia...

Setelah jenazahnya dikebumikan...ternyata roh si-
mati datang ke rumah si ibu tadi...

Sudah seminggu lebih...si ibu tak dapat tidur...
samada siang atau pun malam...

Sebaik saja ia cuba melelapkan mata...tiba-tiba
muncul wajah si mati yang kesedihan...

Kadang-kadang si ibu ternampak jelas bayangan roh
si mati berdiri di tepi pintu biliknya...

Maka si ibu tidur di ruang tamu...kerana memikir-
kan bahawa roh itu hanya akan datang ke bilik...

Sebaliknya sebaik saja ia mula melelapkan mata...
si ibu ternampak si mati duduk mencangkung memer-
hatikan mukanya dari dekat...

Si ibu berpendapat...roh si mati tak di terima
bumi kerana ia banyak berhutang semasa hidupnya...

Ketika ia mula jatuh sakit...ia tak mampu lagi
pergi ke pasar menjual sayur...dan tak mampu lagi
membayar hutang-hutangnya secara beransur-ansur...

Arwah itu dulunya banyak berhutang untuk menyara
keluarga...membiayai pelajaran anak-anaknya ke-
sekolah...serta membaiki rumah mereka yang dah
uzur.

Suaminya masih sihat...tapi ketika itu tak pernah
'berminat' nak cari kerja dari sebab pengaruh arak.
( suaminya sudah mula berkerja sejak isterinya sakit
dan kelihatannya dah insaf...
ia juga sentiasa menemani isterinya apabila isteri-
nya itu di masukkan ke hospital )

Si ibu berpendapat...roh arwah tu datang kepadanya
kerana mereka sangat rapat semasa hidupnya...
dan roh arwah tu nak minta tolong kerana ia tertah-
an di dunia ini...tak dapat meneruskan perjalanannya
ke 'dunia sana' kerana hutangnya yang yang belum
selesai...

Si ibu kelihatan letih...kerana siangnya ia berkerja
dan malamnya pula tak dapat tidur hingga ke pagi...

Ia sentiasa ternampak roh jirannya itu berkeliaran
dalam rumahnya...

Roh gentayangan kerana banyak hutang?...pandainya
jin tu 'buat skrip' dan mengambil kesempatan dari
sebab salah faham seseorang terhadap perjalanan roh
manusia yang sudah meninggal dunia...

Tanpa memeberitahu si ibu...malam itu saya membuat
serangan jarak jauh pada 'roh' yang bergentayangan
dalam rumahnya...

Tiga hari kemudian...kebetulan saya berjumpa dengannya
dan bertanya tentang roh gentayangan tu...'roh' itu
dah tak ada lagi dalam rumahnya...alhamdulillah...

Nota

1.'Bau si sakit mengekori pulang'...boleh menunjukkan be-
berapa perkara pada anda...antaranya...

-Si sakit itu samada ia ada penyakit biasa...atau tak
ada...namun itu menunjukkan ada penglibatan gangguan jin
pada sakitnya...

-Kemungkinan besar ada antara jin yang mengganggu si
sakit 'berminat' pada anda...maka ada baiknya apabila
anda nak melawat si sakit...sebaiknya dalam keadaan ber-
wuduk dan bacalah apa-apa ayat atau Surah untuk mengelak-
kan gangguan jin...

-ada antara jin pengganggu si sakit mengikut anda pulang.

-sebaiknya si sakit mendapat dua jenis rawatan..iaitu hos-
pital juga rawatan gangguan jin...

2.'Roh si mati' itu sangat besar kemungkinannya adalah jin
yang mengganggu semasa hidupnya...kerana itu jin tersebut
dapat meniru rupa si mati dengan cukup baik..

Apabila 'rumahnya' dah mati...maka jin itu nak cari 'rumah'
baru pula...

Walaupun arwah itu ada keluarganya sendiri...tapi jin itu
tak semestinya memilih kalangan mereka terutama kalau tak
ada yang sesuai dan mudah 'di mangsakan'....maka siapa pun
boleh menjadi pilhannya...

Si ibu tadi...selain kerana rapat...sebenarnya ada sebab
lain ia menjadi pilihan...antaranya kurang menjaga solat...
kurang amalan pendinding diri...dan juga sedang mengalami
gangguan jin terutamanya saka dalam badan...maka sangat ber-
potensi untuk menjadi mangsa mudah...

Kalau jin dari si sakit tadi dapat masuk ke dalam badannya
maka sangat besar kemungkinannya si ibu itu akan mengalami
penyakit yahg sama dengan arwah tadi...

3.Tak ada roh orang mati yang tak diterima dan berkeliaran
di atas muka bumi...yang ada hanyalah jasad kasar yang tak
diterima atau tak 'disukai' bumi...

4.Roh orang baik-baik...ada taman Syurga menantinya di Alam
barzakh...roh orang yang banyak dosa dan tak di ampuni Tuhan
...ada lubang Neraka menantinya di Alam Barzakh...



***Sekadar Renungan***

...Janganlah engkau risaukan tentang
tempat engkau di alam Barzakh...

...biar bagaimana baik atau buruk pun
amal engkau...

...dataran Barzakh itu masih terlalu
luas untuk dipenuhi...

*** *** ***

Wallohu a'lam
bumi...

Rabu, 24 November 2010

AL HIKAM...Nafsu Pendorong Amal...

Adakalanya keterburuanmu dalam mengerjakan
segala amalan wajib dan yang sunat sekaligus
sehingga memberatkan itu dirimu adalah dari-
pada dorongan nafsu...

Maka ketika engkau merasa kepayahan dan lelah
...engkau mula meninggalkan amal...

wallohu a'lam

AL HIKAM...Tuhan Itu Kenal Dirimu...

Sesungguhnya Tuhan itu mengetahui akan batas-
batas kemampuan dirimu...

...maka IA wajibkan engkau pada sebahagian
amal...

...kemudian sebahagiannya pula IA serah-
kan kepada engkau ( perkara-perkara sunat )
agar engkau melaksanakannya sesuai dengan
kesempatan dan pengetahuanmu...

Wallohu a'lam

Al HIKAM...Putus Asa Dalam Syirik...

Tuhan itu Maha Besar...bermaksud Tuhan itu
Maha besar dalam segala sifat keagungan dan
kemuliaannya...

Apabila engkau merasa bahwa Tuhan itu tidak
dapat mengampuni dosamu...

...maka dosa dari sebab sangkaanmu itu jauh
lebih besar daripada dosa yang engkau laku-
kan...

...kerana engkau mengiktikadkan bahawa ada
makhluk ( iaitu dosa ) yang lebih besar dari-
pada rahmat Tuhan...

Wallohu a'lam

AL HIKAM...Tipudaya Syaitan...

Sebahagian daripada tipudaya syaitan itu...
ia membisikkan agar engkau berbuat taat ala
kadar...iaitu asal ada sahaja kerana Tuhan
itu Maha Mengasihani...

Sebahagian daripadanya pula..syaitan itu mem-
bisikkan engkau agar meninggalkan ketaatan...
kerana Tuhan itu maha Pengampun...

Kemudian sebahagiannya lagi...syaitan itu mem-
bisikkan agar engkau melakukan berbagai kejaha-
tan dan kemungkaran...agar engkau benar-benar
dapat merasakan kemanisan taubat kelak...

Akhir engkau terjerumus ke dalam golongan manu-
sia yang tertipu...iaitu...mengharapkan Rahmat
Tuhan semata-mata tanpa beramal...

Wallohu a'lam

Selasa, 23 November 2010

AL HIKAM...Pandangan Mata Hati...

Dengan mata hati...engkau dapat melihat
tiap sesuatu yang tak dapat engkau lihat
dengan pandangan mata kepala...

Namun tanpa ilmu...engkau akan hidup
dengan mata kepala celik tapi mata hati
yang buta...

Satu daripada sebesar-besar tanda butanya
hati...iaitu engkau berusaha mengumpulkan
kesenangan dan kemuliaan dunia yang akan
engkau tinggalkan...

...tapi engkau lupa dengan amalan yang dapat
engkau bawa ke Alam kubur...

Wallohu a'lam

AL HIKAM...Nikmat Yang Hilang...

Janganlah engkau merasa sedih dan gundah
gulana dengan sebab tak mendapat sesuatu
yang menjadi cita-citamu daripada nikmat
kehidupan dunia...

Dan jangan pula engkau merasa sedih dan
gundah gulana dengan sebab kehilangan se-
suatu daripada nikmat kehidupan dunia...

...kerana engkau mungkin mencintai dan
mencita-citakan sesuatu...
sedangkan engkau sendiri tak mengetahui
adakah nikmat itu baik untukmu...

Sebahagian daripada tanda kasihnya Tuhan
kepada seseorang...dicegah hambaNYa itu
daripada tiap sesuatu yang akan membawa-
nya kepada kebinasaan Akhirat...

Wallohu a'lam

AL HKAM...Hikmah Serba Kekurangan...

Tuhan sengaja menimpakanmu dengan berbagai
kelemahan dan kekurangan...untuk menghalang
dan melindungimu daripada mengerjakan ber-
bagai kejahatan dan kemungkaran...

Kadangkala kecukupan itu membuka dan membo-
lehkan engkau melakukan sesuatu kejahatan.

...maka Tuhan sengaja menutupimu dari kecu-
kupan itu sehingga keinginan burukmu ber-
ubah menjadi pengharapan terhadap penghara-
pan terhadap rahmat dan pertolongan Tuh

Wallohu a'lam

AL HIKAM...Sabar tanda kasih...

Seandainya engkau benar-benar mengasihi Tuhan
nescaya engkau tak akan mengeluh dengan berat-
nya ujian yang menimpamu...

...kerana engkau tahu bahawa segala ujian itu
datangnya daripada Tuhan yang engkau kasihi.

Adakah engkau akan merasa kesal dengan beratnya
ujian...sedangkan dengan ujian itu Tuhan mengha-
mpirkan engkau kepadaNYA...

...dan dengan ujian itu IA akan menempatkan engkau
pada suatu kedudukan yang tak akan tercapai oleh
amal-amal taatmu di sisiNYA?

Wallohu a'lam

Isnin, 22 November 2010

AL HKAM...Ria' Dan Pendusta...

Kalau engkau merasa senang amalmu
dilihat orang...
sesungguhnya engkau seorang ria'.

kalau engkau merasa senang tingkah-
lakumu dilihat orang...
sesungguhnya engkau adalah seorang
pendusta...

Wallohua a'lam

AL HIKAM...Ikhlas...

Dalam menunaikan kewajipan-kewajipanmu
terhadap Tuhan...
perkara yang paling besar adalah membe-
rsihkan hati daripada segala macam cita-
cita dan tujuan selain daripada Tuhan.

Ada saatnya...engkau leka dan terlalai
maka seutama-utama amalmu adalah cepat-
cepat sedar...dan ikhlaskan tujuanmu...
semata-mata kerana mencari keredhaan
Tuhan...

Sesungguhnya keikhlasanmu itu sentiasa
menjadi tumpuan Tuhan pada hatimu...

wallohu a'lam

AL HIKAM...Tuhan Mewajibkan Syurga...

Hukum hakam Tuhan itu..IA jadikan jalan
menuju ke SyurgaNya...

Apabila Tuhan itu mewajibkan engkau taat
kepada perintah suruhan dan laranganNYA...

...maka ia bererti...Tuhan mewajibkan
engkau masuk Syurga dan menghindar dari
seksa nerakaNYA...

Wallohu a'lam

AL HIKAM...Nafsu itu Penderitaan...

Bagaimana hatimu akan bahagia...
kalau engkau biarkan nafsu itu
menguasainya...

Nafsu itu tak pernah tenang...ia
sentiasa lapar dan dahaga...

Nafsu itu tak akan pernah membi-
arkan hati engkau berhenti rehat
melainkan terus memenuhi segala
ketamakan dan keserakahannya...

Wallohu a'lam

AL HIKAM...Dunia Dan Hati...

Dunia ini akan memenuhi tanganmu...
tapi apabila ia masuk ke dalam hati
...nescaya ia akan menjadikan hatimu
tandus dan kosong...

Wallohu a'lam

Sabtu, 20 November 2010

AL HIKAM...Punca Penderitaan Jiwa...

Apa juga keresahan...kegelisahan dan ketakutan yang
engkau rasakan...adalah dari sebab jauhnya hati
engkau dari Tuhan...

Hati yang dekat dengan Tuhan..atau hati yang di-
dalamnya ada perasaan kasihkan Tuhan...nescaya ia
penuh dengan kesyukuran...kesabaran dan ketenangan.

Hanya satu perkara yang menjadikan hati engkau jauh
daripada Tuhan...
iaitu engkau memperturutkan keinginan ( ketamakan )
nafsumu terhadap kesenangan...kemewahan dan kemuli-
aan dunia.

Sedangkan di sisi Tuhan...dunia ini tak ada harganya
walau sekadar seberat sebelah sayap nyamuk...

Dunia ini...Tuhan jadikan jalan untukmu...kepada ke-
redhaanNYA...dan bukan sebagai matlamat hidupmu...

Maka seandainya hati engkau menjadikan dunia ini seba-
gai matlamat ( tujuan ) hidup...
nescaya akan penuhlah hati engkau dengan berbagai pen-
yakit ( sifat-sifat dan perangai rendah lagi hina)...
sebagaimana hinanya dunia ini di sisi Tuhan...

Berbagai rasa keresahan..ketakutan...kegelisahan...ke
terburuan...kecelaruan...kekesalan...dan sebagainya
itu adalah sifat dan perangai hina hati...
sebagaimana juga dengan sifat pengecut...dengki...
dendam...khianat..sombong...tamak...dan sebagainya...

Tak akan menjadi mulia hati yang menjadikan benda-ben-
da hina sebagai matlamatnya...

Wallohu a'lam

Khamis, 18 November 2010

MALAIKAT IZRAIL AS...MAUT DAN KEMATIAN...

Izrail As itu adalah makhluk berbangsa malaikat
dan Maut itu pula suatu makhluk lain...

Maut itu adalah suatu makhluk ciptaan Tuhan yang
sangat hebat dan dahsyat..

Ada kisahnya...ketika Maut itu baru diciptakan...
ia diperlihatkan kepada para malaikat...

Ternyata memandang saja pun para malaikat itu tak
sanggup...dari sebab kerana sangat gerunnya akan
kehebatan dan kedahsyatan makhluk yang bernama
Maut itu...

Apabila Malaikat Izrail As diperintahkan Tuhan agar
menanggung dan mengendalikannya...
maka Malaikat Izrail As diberi suatu kekuatan yang
tak pernah Tuhan berikan kepada mana-mana malaikat
lainnya...

Kemudian lenyaplah Malaikat Izrail itu bersama Maut
dari alam malaikat biasa...kepada suatu alam yang
terasing dan tersendiri...

Maka disebutkan...seandainya malaikat itu masuk ke
alam malaikat biasa...maka ia adalah dengan bentuk
samaran dan bukan dalam bentuk aslinya...

Dalam kisah Nabi Idris As...
dikisahkan...betapa malaikat Izrail As itu...dengan
kekuatan dan tugasnya...menjadi malaikat yang paling
digeruni walau oleh para malaikat...
termasuklah oleh malaikat-malaikat Penjaga Neraka...

Rahsianya...kerana para malaikat itu pernah melihat
Maut dan tahu tentang kehebatan dan kedahsyatannya.

Dengan Maut itu hanya Malaikat Izrail As satu-satunya
makhluk yang dapat memisahkan roh dari jasad...samada
manusia...jin...binatang mahupun para malaikat sendiri
(ketika berlakunya Kiamat...atas perintah Tuhan...)

Dengan Maut...Malaikat Izrail As mencabut nyawa dari-
pada manusia pertama ke manusia terakhir...dari jin
pertama hingga ke jin yang terakhir...dan malaikat
keseluruhannya...samada yang ada di langit...atau di-
bumi...dan segala perkara yang kita tak pernah tahu
mengenainya...

Tanpa makhluk yang bernama Maut...malaikat Izrail As
tak akan dapat mencabut roh daripada jasad sesiapa juga.

Ciptaan manusia yang indah...mengkagumkan akan menjadi
pucat...kaku...beku...biru...kehitaman...kembung...pecah
mengeluarkan air...darah dan nanah busuk...lalu luluh...
hancur...berkecai...hancur menjadi tanah...tinggal teng-
korak...dan tulang belulang...

...itulah kesan maut yang sangat dahsyat ke atas jasad
manusia...

Dikisahkan...apabila semua makhluk telah mati kesemuanya...
tinggallah Malaikat Izrail As...maka Tuhan berfirman
kepadanya bermaksud...Sesungguhnya engkau juga makhlukKU
...dan engkau juga akan mati...

Maka diperintahkan Tuhan kepada Malaikat Izrail As...agar
mencabut nyawanya sendiri dengan Maut...

Ketika itu...maka bertempiklah Malaikat Izrail As yang
gagah perkasa itu dari sebab kesakitan dan kedahsyatan Maut.

...hingga dikatakan seandainya masih ada makhluk yang hidup
di langit dan di bumi...nescaya akan mati kesemuanya kerana
tempikannya yang sangat hebat...

Setelah Malaikat Izrail As mati...maka Tuhan sendiri 'memegang'
maut itu...

Sangat menghairankan...ada kalangan kita yang masih dapat ber-
gurau dan ketawa di hadapan mayat...atau di kawasan perkuburan
seolah-olah...maut itu hanya untuk orang lain...

Mungkin hanya ketika Malaikat maut menjelang di hadapanmu...
barulah engkau tahu...bahawa engkau juga akan mati...

Ketika itu...adakah engkau sudah bersedia...atau baru engkau
tahu...engkau belum bersedia untuk mati...???

Selamat menghadapi kengerian maut...

Wallohu a'lam

Rabu, 17 November 2010

AL HIKAM...Syukur Dan Sabar...

Bersyukur dengan kesenangan...dan bersabar
dengan kesusahan...
adalah jalan kepada keredhaan Tuhanmu...

Bersyukur dengan kelapangan...dan bersabar
dengan kesempitan...
adalah jalan kepada keredhaan Tuhanmu...

Dengan rasa syukur dan sabar...tempat yang
sempit terasa luas...

Tanpa rasa syukur dan sabar...tempat yang
luas akan terasa sempit...

Walloohu a'lam

AL HIKAM...Syukur Dengan Bala...

Bersyukurlah engkau jika Tuhan menimpakanmu cobaan
pada duniamua...dan tidak pada agamamu...

Orang-orang yang dikasihi Tuhan akan ditimpakan co-
baan pada kecukupan dunianya...

Sedangkan orang yang di murkai Tuhan...akan ditimpa-
kan ujian pada urusan agamanya...

wallohu a'lam

AL HIKAM...Bukan Ujian...Tapi Hati...

Bukan besar kecilnya ujian itu yang akan membuat
engkau rasa terseksa...

Tapi yang akan membuat engkau rasa terseksa itu
adalah hatimu sendiri...yang tak ada Tuhan padanya
sebagai tempat bergantung dan menyerahkan segala
urusan...

walloohu a'lam

Al HIKAM...Risau Kerana Senang...

Disebutkan bahawa para Wali Allah itu...apabila ia
tak merasakan sebarang ujian kesusahan dalam masa
tiga hari berturut-turut...

...maka ia akan menjadi gelisah...kerana risaukan
bahawa itu adalah tanda Allah telah melupakannya.

Sebaik-baik kehidupan ini..adalah pada suasana di-
mana engkau terdorong kepada mengingati dan mengha-
rap kepada Allah...

Kesenangan itu adalah jalan kepada keredhaan Allah
tapi sebaliknya selalu membuat seseorang terlalai...

Sedangkan ujian kesusahan itu lebih mendorong sese-
orang itu kepada selalu ingat dan berharap kepada
Allah...

Ujian yang membawa engkau kepada kebahagiaan Akhirat
itu...jauh lebih baik daripada ujian yang membawa
engkau kepada kebahagiaan Dunia...tapi hilang kebaha-
giaan Akhirat...

Walloohu a'lam

AL HIKAM...Usah Risaukan Masa Depan...

Usah risaukan masa depan...kerana masa depan anda itu
bukan di tangan anda...tapi di tangan Tuhan...

Engkau buatlah sesuatu yang engkau fikirkan perlu di-
hari ini...dan jangan sekali-kali risukan diri memikir-
kan hari-hari esok...

Sekurang-kurangnya..walau apa pun ujian Tuhan ke atasmu
IA sentiasa mengawasi bahawa IA tak akan mengujimu dengan
sesuatu yang melebihi batas-batas kemampuan yang IA kurn-
iakan kepadamu.

Sebaliknya...dalam setiap kesusahan itu pasti ada kesena-
ngan...
dan dalam setiap kesukaran itu...pasti ada jalan-jalan ke-
mudahannya...( maksud dari Suroh Insyiroh ).

Sebagai mengakui hak-hak ketuhananNYA...anda cuma perlu
bersabar..berusaha...dan sentiasa memohon pertolonganNYA.

walloahu a'lam

AL HIKAM...Kehidupan Dunia Bukan Permainan..

Dalam apa juga rencana Tuhan ke atas setiap diri
manusia...sesungguhnya pasti IA padatkan dengan
berbagai ujian...

Samada engkau suka...atau engkau benci...yang se-
nang atau yang susah...engkau tetap akan melalui-
nya...

Engkau menjadi wakil atau khalifah Allah di atas
muka bumi ini...dan pada itu engkau memikul kewa-
jipan melaksanakan hak-hak ketuhanan Allah sebagai
Tuhanmu...

Samada engkau mahu atau tidak...samada engkau acuh
atau tak pedulikannya...

Engkau akan dipersoalkan mengenainya di Akhirat
kelak...dan engkau akan menanggung aka segala hasil
dan akibatnya...

SEGALA PUJI-PUJIAN ITU ADALAH UNTUK ALLAH YANG MEN-
JADIKAN KEMATIAN DAN KEHIDUPAN ITU UNTUK MENGUJI
KAMU..SIAPA YANG LEBIH BAIK AMALNYA...Terjemahan
ayat pembuka Suroh Al Mulk...

Walloohu a'lam

AL HIKAM...Rencana Tuhan...

Salah satu daripada dosa besar ialah merasa
aman daripada rencana Tuhan...

Engkau ada keinginan...dan Tuhan itu ada ke-
hendak...maka yang bakal terjadi itu adalah
kehendak Tuhan...

Sebab itu..engkau sering ditimpa hal-hal yang
tidak engkau duga sebelumnya...

Engkau minta..Tuhan beri...maka itu rencana
Tuhan...

Engkau tak minta...Tuhan beri...maka itu ren-
cana Tuhan...

Engkau berharap...tapi Tuhan tak beri...maka
itu rencana Tuhan...

Tak akan ada sesiapa...kecuali pasti ada ren-
cana Tuhan ke atasnya...iaitu sebagai ujian
dalam kehidupan dunia...

Siapa merasa selamat daripada rencana dan uj-
ian Tuhan...
maka jatuh ia kepada syirik...iaitu ia meng-
anggap segala yang berlaku itu adalah atas ke-
mahuan atau cita-citanya semata-mata...

...atau segala yang berlaku itu adalah terjadi
dengan sendirinya tanpa ada sesiapa yang meng-
atur dan menguasainya...

Di dunia ini engkau diuji...dan ditetapkan ke-
padamu...di mana tempat tinggalmu di akhirat
kelak...

walloohu a'lam

Sabtu, 13 November 2010

3 KISAH RAWAN SEORANG RAKAN...

Ia adalah beberapa kisah seorang rakan yang
'keluar' dari tubuhnya...

Ia seperti kisah rawan...tapi terpulang pada
anda untuk menilainya sendiri...

Seperkara yang saya yakini..rakan itu ber-
cakap mengenai pengalamannya yang sebenar.

DIKEJAR JIN...

Saya biasanya 'keluar' dari tubuh pada ketika
mula terlelap di malam hari...

Ia hampir-hampir bukan sesuatu yang dapat di-
kawal...tanpa niat pun kalau dah masanya...
saya akan mendapati saya 'keluar' dari tubuh.

Saya akan dapat melihat jasad saya yang ter-
baring dan terbang ke luar rumah...

Kadang-kadang...sebaik saja keluar dari badan
serta merta saya melihat jin-jin yang sedang
menunggu...
kemudian jin itu akan datang menakut-nakutkan.

Biasanya saya akan terbang dengan payah sekali
kecuali setelah mengamalkan tenaga dalam (ber-
serta zikir amalan)...

Setelah beramal itu...saya rasa tubuh (rawan)
saya sangat ringan...

Apabila mendapati ada jin menunggu...saya akan
terbang ke atas awan dengan cepat...

Walaupun jin-jin itu mengejar...saya lebih
pantas dari mereka...dan mereka akan berhenti
sebelum melepasi kawasan awan...

Biasanya jin-jin itu tidak berani untuk naik
lebih tinggi...dan saya akan memerhatikan
mereka berlegar-legar di bawah sana...

PANGGILAN JIN...

Pada satu ketika...pernah apabila saya dalam
perjalanan balik ke tubuh...
saya melihat sebuah rumah kecil yang usang
di alam asing...

Di pintu rumah itu ada beberapa lembaga aneh
melambai-lambai ke arah saya...

Setiap kali lembaga-lembaga itu melambai...
saya rasa diri saya sepeti ditarik ke arah
mereka...

Dengan menggunakan tenaga dalam..saya membuat
isyarat pancung ke arah mereka...lembaga-
lembaga itu lesap serta merta...dan tarikan
itu juga turut hilang...

RAKAN PASAR JIN...

Saya pernah masuk ke kawasan pasar jin...yang
terletak di bawah tanah...
(saya lupa pula tanya apa bendanya yang di-
jual disana...)

Ketika saya terus berjalan...tiba-tiba saya
ternampak seorang rakan...

Cepat-cepat saya mengejar dan menegurnya...
tapi rakan itu tak menjawab...sebaliknya
terus berjalan dengan muka yang cukup serius.

Esok siangnya saya datang berjumpa dengan
rakan itu dan bertanya kenapa ia tak bercakap
semasa berada di 'pasar' itu...

...sebaliknya rakan itu mengingatkan...agar
lain kali tak menegurnya apabila berjumpa di-
mana-mana alam yang asing itu...

...kerana saya tak akan dapat membezakan sama-
da itu dirinya atau jelmaan jin semata-mata.

Wallohu a'lam

LALUAN ALAM GHOIB...

Ia adalah pegalaman seorang rakan...apabila
satu malam ia keluar berjalan kaki menuju ke-
surau yang terletak 200 meter dar rumah...

Baru beberapa langkah ia berjalan...ia men-
dapati dirinya sedang berada pada satu alam
yang sangat asing...

Laluan yang sepatutnya terdapat rumah-rumah
penduduk di kanan kiri jalannya...
menjadi satu lorong yang melalui suatu kawas-
an hutan...dengan pokok-pokok besar yang
kelihatan aneh...

Ia suatu dunia yang sangat sepi...tanpa se-
barang suara atau bunyi-bunyi serangga...
angin dan sebagainya...

Walaupun menyedari keanehan tersebut..rakan
itu terus melangkah...

Tiba-tiba pada hujung jalan itu...ia keluar
ke dunia nyata...dengan surau tersergam di-
hadapannya...

Apabila saya terbaca cerita bagaimana seorang
askar boleh di dapati tidur di tanah timbul
yang terletak di tengah-tengah sungai yang
banyak buaya...tanpa perahu...malah tanpa
basah sedikit pun...

...juga bagaimana seorang kanak-kanak boleh
berada di tengah-tengah hutan duri tanpa
sebarang laluan...

Satu-satu jawapannya...mereka sampai ke tem-
pat itu...melalui laluan alam ghoib...

Wallohu a'lam

JIN DAN 'DEWA'...

Baru semalam saya bertanya pada seorang rakan
yang berpengalaman luas dalam menentang jin...

...samada ia pernah menentang 'dewa-dewa'....
dan rakan itu memberi beberapa maklumat mengenai-
nya...

Memang banar ada jin yang tak mengaku ia adalah
jin...

...sebaliknya mengaku sebagai dewa-dewa...bunian...
makhluk halus ciptaan Allah tapi bukan jin...
sebaliknya suatu kejadian makhluk yang tersendiri
dan sebagainya...

Penampilannya seperti raja-raja...ulama-ulama
besar...pendekar dan sebagainya tapi pada ha-
kikatnya hanyalah penyerupaan semata-mata...

Kehebatannya?...tak adalah sangat...

ketika seekor jin berpenampilan hebat mengaku se-
bagai makhluk halus yang tersendiri pada kejadian-
nya ( 'spesel la' kononnya tu )...

...rakan itu membentak..." kau sendiri pun tak tau
asal usul kejadian kau tu jin ka...kau nak saya
'ajarkan'...?"...ternyata jin itu ketakutan...

Mana-mana lain yang tak mengaku sebagai jin...atau
mengaku sebagai jin Islam sedangkan mengganggu man-
usia...rakan itu seranahkan saja sebagai syaitan...
(termasuk yang mengaku dewa)...

...kalau terus tak mengaku...baru saja diancamnya
dengan penampar...dah tak berani menjawab...

Biasanya jin jenis ini adalah jin ilmu...ia ada si-
hirnya sendiri...dan digeruni oleh jin lain...

Bukan setakat berilmu...tapi...jin-jin jenis ini
juga bijak...kalau ia tak berani menentang seseorang
manusia dengan kekuatan sihirnya...

...maka ia akan guna taktik psikologi...iaitu ia
akan membuat anda merasa diri hebat...mulia...dan
dalam masa yang sama anda mengiktiraf bahawa ia ada-
lah dewa-dewa...makhluk halus yang tak pernah dikenali
manusia...ulama-ulama...raja-raja...jin Islam dan se-
bagainya...

Rakan itu berkata lagi...dalam Islam sama sekali tak
ada istilah dewa...istilah itu adalah dari agama lain
yang merujuk kepada Tuhan-Tuhan mereka...

Maka menggunakan istilah dewa dan mengiktikadkan bahawa
dewa itu ujud seperti yang disebut pada agama lain...
maka seseorang itu akan jatuh kepada menyekutukan Allah
iaitu anda mengikitirafkan bahawa ujudnya Tuhan selain
Allah.

Apabila menghadapi jin yang mengaku sebagai 'macam-
macam' itu...biasanya cara yang ia gunakan...lumpuhkan
ilmu jin tersebut...dan humban ke kawasan musuhnya...
itu pun kalau jin itu berani nak lawan...

Ilmu jin itu mungkin hanya akan lumpuh dalam masa beb-
erapa jam...tapi dalam masa yang singkat...ia akan di-
keroyok...dimusnahkan musuhnya dari kalangan jin sendiri.

...tapi biasanya mereka dah tahu...setakat mana kema-
mpuan mereka...kalau diseranah...dicaci maki pun...
tak berani nak berkutik...

....taklah sehebat mana 'dewa-dewa' tu.....

Wallohu a'lam

Jumaat, 12 November 2010

JERITAN ROH GILA...???

Jam 9.30 malam...saya pulang berjalan kaki
dari ziarah ke rumah seorang saudara yang
kematian ayahnya...

Malam bulan gelap tanpa lampu suluh...ketika
sampai ke satu jalan yang diapit oleh kebun
getah di kanan kirinya...
saya terhenti seketika...ada suatu bunyi de-
sisan bergema dari pokok ke pokok...

Mungkin bunyi serangga...saya meneruskan per-
jalanan...

Baru lima langkah...saya terhenti...bunyi itu
menjadi jelas...suara seorang lelaki yang men-
jerit dengan nada yang sangat tinggi...

Suaranya bergema di sekitar kawasan saya ber-
diri...

Setelah membaca Ayat Kursi...saya meneruskan
langkah sambil berzikir...

Suara jeritan itu terus bergema dan berulang-
ulang di sepanjang jalan...

Lima puluh meter dari tempat suara tadi mula
kedengaran...langkah saya terhenti lagi...
kini suara lelaki menjerit itu sangat jelas
tanpa suara gema...

Ia seperti suara lelaki gila yang menjerit.

Nadanya dari rendah...semakin tinggi dan ti-
nggi...kemudian perlahan-lahan menurun dan
terhenti...kemudian ia berulang...

Oleh kerana jalan tar...hanya jalanraya yang
kelihatan...tanpa bulan...tanpa sebarang
cahaya dari mana-mana...dan di tambah oleh
'hutan' pokok getah...saya tak dapat melihat
sesuatu samada di kanan atau kiri jalan...
kecuali bayangan hitam dahan-dahan pokok...

Setelah beberapa lama memerhati...
Saya akhirnya dapat mengesan arah asal suara
jeritan itu...tapi yang kelihatan hanyalah
kepekatan malam...

Hampir sepuluh minit saya berdiri...akhirnya
meneruskan perjalanan kerana tak ada sebarang
tanda akan nampak sesuatu di sana.

Pada jarak seratus meter...suara itu hilang
begitu saja...kebetulan saya mula sampai ke
kawasan sebuah kampung...di mana rumah-rumah
kediaman terdapat di sepanjang jalan...

Dua tahun kemudian...seorang rakan mencerita-
kan suatu kejadian...
dan saya kembali ke tempat yang pernah saya
berdiri dulu...

...dan saya dapati...suara itu datang dari
arah sebuah rumah kosong yang terletak hampir
lima puluh meter jauhnya dari jalan raya...

Dua tahun sebelum kejadian itu seorang guru
pernah menyewa rumah tersebut dan mati di-
dalamnya kerana terlebih dos dadah.

Ulasan...

1.Sebuah Hadis bermaksud...siapa yang mati
dalam keadaan mabuk...akan dibangkitkan di-
Akhirat kelak dalam keadaan mabuk...

2.Matinya dalam perbuatan dosa...maka rohnya
terus terperangkap di rumah itu kerana bumi
tak dapat menerimanya...

Ulasan kepada ulasan...

Ulasan pertama itu dari maksud Hadis...maka
kita yakin dengannya...

Ulasan kedua itu dari fikiran lojik semata-
mata tapi tak berpandukan kepada keterangan
agama...sedangkan semua itu adalah tipudaya
jin semata-mata.

Antara kemungkinannya...selain daripada tu-
juan menyesatkan manusia...jin itu sengaja
memperdengar-dengarkan...kerana seandainya
seseorang itu ketakutan...hilang semangat
maka kemungkinannya jin itu akan mengikut-
nya pulang...atau melompat masuk ke dalam
tubuhnya...

Maka jadilah saya sakit gangguan kerana di-
rasuk 'roh orang' mati mabuk dan terlebih
dadah.

Alhamdulillah...Tuhan tak izinkan...
tapi saya dapat memberitahu anda apa akan
jadi seandainya jin penyamar itu masuk ke-
dalam jasad anda...

...anda akan rasa sangat 'pening kerana
sangat mabuk'...kepala penuh angin...rasa
naik gila dan rasa nak menjerit-jerit tanpa
sebarang sebab munasabah...

...dan selebihnya...Wallohu a'lam

Khamis, 11 November 2010

JASAD TAK DITERIMA BUMI...

Seorang sahabat Rasulullah SAW menceritakan...

Apa bila ia mendengar berita seorang lelaki
bekas penulis peribadi Rasulullah SAW
meninggal dunia...

Maka ia bersama seorang rakan lain pergi ke-
daerah tersebut...

Mereka ingin mengetahui apa yang akan ter-
jadi pada lelaki tersebut...yang telah ber-
paling tadah dan menjadi penulis peribadi
kepada seorang nabi palsu...

Mereka melihat sendiri...bagaimana mayat
lelaki itu...setiap kali dimasukkan ke-
dalam lubang kubur...
lantai kubur itu akan meninggi hingga men-
jadi separas dengan permukaan tanah asal.

Begitulah seterusnya apabila mayatnya di-
letakkan ke dalam lubang kubur yang baru
digali...ia sentiasa berulang-ulang...

Hinggalah mayatnya terpaksa dikebumikan
di atas permukaan tanah dengan ditimbuni
batu...

Jasadnya tak diterima bumi...sedangkan
rohnya...?

Mungkin ada orang berani berbuat sewenang-
wenangnya kerana menyangka rohnya tak akan
diterima bumi...dan ia masih boleh merayau-
rayau ke mana-mana...

Padahal roh orang-orang yang buruk amalnya
itu...ada lubang neraka di Alam Barzakh
menunggunya...

Wallohu a'lam

Nota

1.Biasanya kita mendengar atau membaca kisah
lubang kubur yang tak cukup panjang...
dan sentiasa 'tak cukup panjang' walaupun
beberapa kali 'dipanjang-panjangkan'....

Ia dikatakan...tanah 'tak ingin' dengan
jasadnya...

Ada disebutkan bahawa sesungguhnya tanah itu
berbangga ke atas bahagian tanah yang lain
kalau ada orang soleh yang dikebumikan di-
dalamnya...

Rabu, 10 November 2010

ROH GENTAYANGAN...

KISAH 1

Malam itu...ketika seorang ibu siap bersuci
di tandas luar rumah...
ia merasa seperti ada seseorang berdiri di-
belakangnya...

Ketika ia berpaling...ia terkejut besar...
orang tua yang telah meninggal dunia ter-
cegat di situ...padahal jenazahnya masih
terbaring di tengah-tengah ruang tamu...

KISAH 2

Seorang rakan berjalan kaki pulang dari
menziarahi jenazah jirannya yang terletak
kira-kira seratus meter jauh dari rumah
nya...

Malam itu bulan purnama...ketika ia
sampai di kawasan belukar...sangat jelas
si mati yang berbungkus kain putih dan
setinggi pokok kayu sedang berdiri di-
tengah-tengah laluannya...

KISAH 3

Setelah kematian ibu itu semasa melahir-
kan anaknya...keluarganya tak tenteram...

Setiap malam...ada-ada saja bunyi pelik
dalam rumah...malah anaknya ternampak
ibu mereka yang sudah beberapa hari di-
kebumikan...berkeliaran dalam rumah...

Akhirnya rumah itu terpaksa di kosong-
kan disebabkan mereka tak sanggup meng-
hadapi gangguan roh ibu yang meninggal
semasa beranak itu...

Di atas ada 3 kisah jin yang menyamar
sebagai roh orang mati alias roh gen-
tayangan...mungkin anda tahu kisah
lain yang berkaitan dengan jin genta-
yangan ini...

Wallohu a'lam

SIRI TANDA (4)...Batu Karang Atau Serangan Jin...?

Seorang rakan mengalami sakit seperti ada
benda tajam dalam bahagian perut kirinya...

Hospital belum mengesahkan sakitnya...tapi
dicatat...mungkin batu karang...

4 tanda ia adalah gangguan jin...

1.Bahagian tersebut tak pernah sakit atau
ada sebarang masalah sebelumnya...

...tapi apabila sakit itu datang...
ia sangat kuat...seperti ada jarum menyucuk
di dalamnya seolah-olah ia penyakit lama...
rakan itu menangis kerana sangat kesakitan.

2.Sakitnya itu datang di waktu malam...di-
mana pada siangnya ia menebang beberapa
batang bambu yang menimpa sebuah batu besar.

Tak semestinya sakit itu ada kaitan...tapi
kalau kebetulannya begitu...maka sebaiknya
anda turut ambil perhatian mengenainya.

Rumpun bambu dan batu..terutama batu besar
adalah antara tempat yang mungkin jadi
tempat kediaman jin...

Jin itu mungkin terganggu...atau mungkin
sekadar 'test power' terhadap anda.

Itu pentingnya...nak buat apa pun baca
Bismillah...supaya kerja berkat dan ber-
pahala...

...di samping kalau kita menebang sesuatu
maka ia tak akan menimpa makhluk-makhluk
Allah yang tak kelihatan oleh pandangan
mata kasar...

3.Malam itu ia bermimpi didatangi seorang
lelaki yang tak dikenalinya...

Lelaki itu merejam sebatang lembing ke-
bahagian kiri perutnya...
rakan itu terjaga serta merta dengan
kesakitan yang sangat kuat...

Mimpi itu mungkin suatu kebetulan...tapi
jenis mimpi begini harus di ambil perhatian
kerana cara sedemikian boleh digunakan jin
untuk menyerang manusia...

4.Kesakitan yang amat sangat...tapi hospital
tak dapat mengesan sebarang punca atau
masalahnya.

Rakan itu pernah belajar suatu ilmu yang ia
tak mahu beritahu secara terus terang jenis-
nya...tapi ia pernah dilanggar kereta hingga
terhumban tapi tak mengalami sebarang keced-
eraan atau kesakitan...

Ini mungkin sebabnya ia tak merasa lesu...
atau panas dan sebagainya...iaitu jin yang
menyerang tak tahu atau tak tak dapat mengg-
unakan angin berbisanya...
kerana ada 'sesuatu' dalam badan rakan tadi.

...tapi itu tak bererti ia selamat daripada
serangan jin...
Semua jin ilmu biasanya ada kelebihan masing-
masing...dan tahu mengkaji sasaran...
...termasuk anda...

Ketika menghantar sesuatu atas pesanan se-
orang anak buah...saya sempat 'cek' bendanya.

Benda tajam itu adalah suatu jenis gangguan
cuma saya tak pasti samada ia adalah jin itu
sendiri...atau senjatanya sahaja...

Seorang ustaz pernah menasihatkan saya...su-
paya hati-hati dengan serangan jarak jauh
bangsa jin...

Wallohu a'lam

Selasa, 9 November 2010

DUNIA MISTERI...Bola Cahaya Jin Barah???

Jam 8 malam...saya sedang duduk membaca Yasin
tiba-tiba seseorang yang sedang merakam (video)
dengan telefon bimbit bertanya...adakah saya
nampak suatu benda terbang di hadapan saya.

Saya tak nampak...tapi apabila melihat rakaman
tadi...sangat jelas...Ia dua bola cahaya kecil
berwarna putih cerah...

Bola cahaya pertama datang dari sebelah kanan
dan sebaik saja kedudukannya bertentangan dengan
dada saya...ia terbang ke arah atas...

Bola kedua menyusul...hampir serentak...datang
dari kiri melintas dihadapan saya terus ke arah
kanan...

Oleh kerana di ruang itu tak ada televisyen
juga sebarang pergerakan atau perubahan cahaya
saya yakin ia adalah bola cahaya penyerupaan
jin..

Saya syak benda itu datang dari seseorang yang
mengidap kanser mulut yang saya sedang bacakan
Yasin ( jarak jauh ) ketika itu...

Jam 2 petang tadi saya menziarahinya di rumah
atas permintaan keluarganya...

Sebenarnya sejak berbulan lalu ia berhasrat untuk
berjumpa dengan saya tapi keluarganya seperti
'kurang berminat'.

Oleh kerana tak ada sebarang pertalian keluarga
dan tak kenal sangat...maka saya juga segan nak
ziarah tak diundang...

Ada sebabnya si sakit itu nak jumpa saya...

Pada permulaan sakitnya apabila dibedah kecil
pada bahagian mulut...ia merasakan kesakitan
yang Pihak Hospital sendiri tak dapat
mengesan puncanya...dan ubat langsung tak ber-
kesan...

Kebetulan salah seorang saudaranya kenal dengan
saya dan mencadang minta buatkan air doa...

Pada asasnya saya lebih suka kalau seseorang itu
mencari rawatan daripada orang yang tahu dan
berpengalaman...cuma oleh kerana ketika itu setahu
saya tak ada orang lain dikenalnya...maka saya
buatkan juga...Alhamdulillah...sakit itu hilang.

Masalahnya bermula lagi apabila ia kembali ke
hospital dan dibuat pembedahan pada bahagian
mulutnya...
dimana untuk itu beberapa batang giginya turut
dicabut...

Dari sana ia mula menderita sakit...hingga
akhirnya ia dikatakan mengidap kanser...dan
beberapa kali menerima rawatan pancaran 'kemo'...

Bekas pembedahan itu malah tak ada sebarang tanda
akan sembuh...malahan terus melarat hinggakan se-
belah mukanya bengkak..sesak nafas...dan tak dapat
menelan makanan kecuali air bubur...

Ketika menziarahinya di rumah...ini kali pertama
saya melawat orang sakit...saya merasa sebak...
seolah-olah dapat merasakan penderitaannya selama
beberapa bulan ini...tambahan pula sejak berbulan
lalu ia nak jumpa dengan saya...baru kali ini saya
dapat datang...

Waktu malam ia tak dapat tidur...kerana sakitnya
akan menjadi-jadi...saya dah maklum dengan perkara
ini...

Sejak dulu lagi...saya syak ianya adalah gangguan
dan bukan penyakit biasa...

Ketika melihat rakaman tadi...seseorang yang turut
melihat bola cahaya putih itu senyum..." jin yang
kacau orang sakit tu...jin tu marah dengan kau...".

Baguslah...bisik hati saya yang masih rasa sebak
dan ketika itu juga timbul 'niat jahat'...

Dengan menggunakan ayat 1 hingga 11 As Soffat...
Fatihah dan Ayat Kursi...saya buat gerak 'tangkap
letup' ( Tenaga Dalam ) terhadap kedua-dua 'bola
cahaya' tersebut...

"...di mana sudah jin tu...?" saya bertanya...

"...Dah berkecai..." beritahunya...( wallohu
a'lam )...puas hati saya...

Malam kedua saya bacakan Yasin jarak jauh...
saudara si sakit yang memperkenalkan saya ber-
mimpi melihat si sakit telah sembuh dan sangat
sihat...

Rakan itu menegur..." kan betul kata saya...
kau sudah sihat sekarang..."

Si sakit tersenyum...tapi ia beritahu sudah
sampai masanya ia 'akan jalan'...

Jam 6 pagi esoknya...si sakit meninggal dunia.

Dan anehnya...bengkak pipinya telah hilang
begitu saja...wallohu a'lam...

Baru petang kelmarin jenazahnya dikebumikan...

walaupun sedih...tapi sekurang-kurangnya...
rasanya saya telah 'membalas dendam' untuknya
dan saya harap begitu...

Bagi saya..tak ada silapnya anda berubat dengan
hospital...dan tak ada silapnya juga anda ber-
ubat dengan rawatan pilihan lain...

Yang silap adalah anda berubat dengan hospital
semata-mata sedangkan ubatnya ada pada rawatan
pilihan lain...

..atau anda berubat dengan rawatan pilihan lain
semata-mata sedangkan ubatnya ada pada rawatan
hospital...

Rawatan cara Islam adalah gabungan antara kedua-
duanya...

Wallohu a'lam

Jumaat, 5 November 2010

JIN...TIPUDAYA TERANCANG...

Apabila permintaan Nabi Musa As diperkenankan Allah...
maka diperlihatkan kepadanya tentera Iblis yang memenuhi
segenap ruang di atas muka bumi ini...hinggakan Nabi Allah
itu berkata..." kalau begini...siapakah manusia yang akan
terlepas dari tipudaya syaitan...?"

Tapi sesungguhnya Rahmat Allah itu lebih luas...dan lebih
meliputi segala-galanya...

Namun yang demikian menunjukkan bahawa organisasi Iblis
Syaitan itu merupakan suatu organisasi yang sangat besar...
bermula kepada Rajanya Iblis yang paling bijaksana ( Tapi
paling sombong hingga menenggelamkan kebijaksanaanya...)
hinggalah golongan syaitan yang paling 'huruf Alif sebesar
pokok kelapa pun tak kenal '.

Organisasi Iblis Syaitan itu adalah suatu kerajaan ' yang
menjadikan manusia itu seluruhnya sebagai sasaran...maka ia
diatur sebegitu lengkap agar tak akan manusia yang akan ter-
lepas dari didatanginya...

Maka kajian syaitan terhadap manusia adalah sesuatu yang ber-
sifat sejagat...selari dengan sejarah manusia dari zaman ber-
zaman...

Kajian itu bermula dari asal keturunan kita lagi iaitu Nabi
Adam As...dimana Iblis memeperdayakan Hawa untuk memujuk su-
aminya untuk memakan buah Khuldi...kerana Iblis itu dah kaji
...ia tak akan dapat memperdayakan Nabi Adam AS...dan cara-
nya adalah mempergunakan isterinya...

Suatu kajian yang hasilnya bukan sedikit...iaitu Nabi Adam As
dan Hawa kehilangan kerajaan Syurga...

Kemudian banyak lagi...kalau dikira dengan 'calculator' pun...
pasti mesin itu 'mati kutu' nak kira dari sebab banyaknya ti-
pudaya syaitan ke atas manusia...

Namun yang kita boleh perhatikan...apa yang dibuat oleh golon-
gan Syaitan terhadap umat nabi-nabi tardahulu...

Syaitan itu mengajarkan kepada mereka supaya membuat patung
nabi atau orang-orang soleh dari kalangan mereka dengan 'tujuan
yang sangat murni'...iaitu kalau melihat patung-patung itu yang
disimpan dirumah-rumah mereka...mereka akan terus mengingati
ajaran-ajaran yang ditinggalkannya supaya taat kepada Allah
walaupun orang-orang soleh itu semuanya dah meninggal dunia...

Kemudian syaitan mendatangi cucu cicit umat-umat tersebut dan ber-
kata kepada mereka..." sesungguhnya patung-patung yang diwaris-
kan dirumah-rumah kamu itulah yang menjadi sembahan nenek moyang
kamu..." maka umat yang beriman itu..akhirnya menjadi penyembah
berhala...dan ia adalah dari hasil kajian syaitan terhadap mereka.

Ketika puak-puak penyembah berhala ' dah bingung ' memikirkan apa
lagi tindakan yang boleh dibuat ke atas Rasulullah SAW...Iblis
yang menyamar sebagai manusia mencadangkan kepada mereka...agar
bunuh saja Rasulullah SAW...

Caranya setiap puak akan menghantar seorang wakil dan menetak
Rasulullah SAW secara serentak dan beramai-ramai...maka keluarga
Rasulullah SAW tak akan mampu menuntut pembalasan ke atas semua
puak Arab yang banyak itu...paling-paling pun...hanya akan meminta
pembayaran ' ganti rugi '...dan mereka boleh membayarnya juga dengan
ramai-ramai...

Iblis dapat memberikan cadangan yang cukup baik itu...kerana Iblis
itu dah kaji adat budaya bangsa Arab Mekah...dan mempergunakan adat
budaya itu untuk menyesatkan mereka dan membunuh Rasulullah SAW...

Walaupun rancangan itu gagal akhirnya...dimana Iblis yang sejak ber-
kurun-kurun tak pernah tidur...' mendapat hadiah utamanya ' ia sen-
diri terlelap bersama pasukan pembunuh...(...'berang sakanla 'agaknya
'bos besar' segala syaitan tu ya... )

KESIMPULAN...

Golongan syaitan itu akan mengkaji...

1.Setiap diri manusia...

2.Setiap keluarga...

3.Setiap kumpulan...

4.setiap masyarakat...

5.Dan manusia sejagat...

Maka syaitan itu akan mengkaji cara berfikir...cara merasa...cara
hidup sehari-hari...kepercayaan...adat budaya...ilmu...cita-cita...
kegemaran dan segala peluang yang boleh membawa seseorang...sekelu-
arga...setiap kumpulan...dan setiap masyarakat serta generasi manus-
sia itu sesat atau jauh dari jalan kepada keredhaan Allah sesuai de-
gan peluang dan ruang yang ada...

Syaitan itu mungkin menggunakan kesempatan dengan kegemaran seseorang
atau sesuatu masyarakat itu pada benda atau perkara-perkara ghoib...
dengan berbagai perkara pelik...khurafat...dan ilmu-ilmu ghoib...

...atau pada sikapnya dalam hidup sehari-hari...contohnya pemurah di-
hasutnya jadi boros...jimat dihasutnya jadi kedekut...cermat dihasut-
nya jadi pembelit...jujur dihasutnya mengambil kesempatan...

...berani dihasutnya jadi semborono dan terburu-buru...lapang hati di-
hasutnya jadi penyombong...cita-cita murni dihasutnya jadi tamak
dan sebagainya...dan lain lagi halnya dengan berbagai sifat buruk yang
akan dibesar-besarkan sehingga menjadi darah daging yang sukar dikikis
dan sebagainya...

Maka syaitan itu akan mendatangi anda dari segenap sudut...samada keba-
ikan...apalagi kejahatan...

Yang paling penting dalam menghadapi serangan syaitan itu adalah ilmu
yang benar serta sifat Taqwa terhadap Tuhanmu...

Wallohu a'lam.

RASUKAN ROH ORANG MATI...

Perjalanan hidup manusia itu bermula dari Alam Roh
...ke Alam Perut...Ke Alam Dunia...ke Alam Barzakh
kemudian berhenti di Alam Akhirat sebagai tempat
tinggal yang kekal abadi...

Ia adalah jalan hidup sehala...dan perumpamaannya...
kalau anda mampu balik ke Alam Perut ( kandungan ibu )
maka anda telah membuktikan...bahawa kalau kita telah
sampai pada satu alam....maka kita boleh juga berpatah
balik ke alam sebelumnya...

...dan menjadi bukti pula...bahawa roh orang mati itu
juga akan dapat balik semula ke Alam Dunia.

Pada kebenaran ayat...roh orang jahat yang mati tidak
diterima bumi...ramai kalangan kita yang keliru...
bukan roh orang banyak dosa saja...malah roh orang
baik-baik pun tak akan diterima bumi...

Kerana bumi hanya terima atau tidak jasadnya sahaja...
sedangkan roh orang mati itu tempatnya bukan dibumi...
tapi berpindah ke Alam Barzakh...
tak kira ia orang baik atau orang yang banyak dosa...

Roh orang jahat...ada azab di Alam Barzakh menunggu...
roh orang baik-baik...ada Taman Syurga di Alam Barzakh
menunggu...

Rasukan roh orang mati itu adalah rasukan jin kafir
yang menyamar dan berlakon sebagai roh orang mati...

Memuja roh orang mati itu ilmu syaitan...dan ilmu
syaitan itu tak akan dapat menembusi Alam Barzakh...
yang laluannya dijaga oleh para Malaikat yang tak
pernah lalai dan alpa...

Ketika memperdayakan moyang kita Hawa...Iblis itu
berlakon sebagai seorang lelaki tua yang kesedihan
...dan 'bakat terpendamnya' itu akan terus dijejaki
oleh anak cucu serta pengikut-pengikutnya sampai ke
Hari Kiamat...

Dengan segala kajian serta lakonan syaitan...anda
merasa gerun...dan menyangka bahawa yang merasuk itu
adalah roh orang mati...
...yalah...kalau watak sekecil itu pun tak tau nak
dilakonkan...itu bukan pengikut Iblis namanya...

Wallohu a'lam

DEWA...

...KAMU LEBIH TAHU TENTANG DUNIA KAMU...adalah ayat
pada sebuah Hadis yang ada kalangan kita menjadikan-
nya hujah bahawa Dewa itu ujud...

Ertinya...kita kata Rasulullah SAW tak tahu pun apa
makhluknya yang dinamakan Dewa itu...sebab pada zaman
Rasulullah SAW...Dewa itu belum lagi ujud...

Padahal Dewa itu sangat terkenal diguna Pada Tuhan
Hindu...dan agama itu lebih awal mungkin ribuan tahun
daripada agama kita Islam...

Maka Rasulullah SAW pasti akan menyatakan mengenainya
tapi ternyata Baginda cuma sebut tentang manusia...
malaikat dan jin...menunjukkan makhluk Dewa itu tak
ujud...ini keyakinan kita...

Kalau Dewa itu dikatakan ujud selepas Rasulullah SAW
...bila masa pula ciptaannya?
adakah bangsa makhluk halus baru yang diciptakan
Allah selepas kewafatan Rasulullah SAW...?

...dan kalaulah ada..apa kedudukannya...?adakah ia
tertakluk kepada pahala ada dosa...?
kalau ya...kenapa Rasulullah SAW tak pernah pun men-
yebutkan mengenainya...

Kalau tidak...pun kenapa Rasulullah tak pernah
menyebutkan mengenainya...seolah-olah makhluk itu
tak terikat dengan sebarang kewajipan bertuhan...
makhluk apakah sebenarnya Ia???

Dewa dikatakan makhluk hebat dan lebih hebat dari
jin...kalau benar begitu...tentu Rasulullah SAW
tahu mengenainya...malah Al Qur'an pasti akan
menceritakan mengenainya...

Kalau yang disebut Dewa itu adalah merujuk kepada
makhluk halus yang tinggal dikayangan...maka ia
adalah merujuk kepada bangsa jin yang tinggal di
kawasan langit dunia...

Dengan kata lain...kalau Dewa itu ujud...maka ia
adalah bangsa jin yang didewa-dewakan...

Hadis berkenaan bermaksud tamadun dan cara...serta
adat hidup di zaman kita atau di dalam masyarakat
kita...
kerana Rasulullah SAW faham...dunia dan adat budaya
sentiasa berkembang dan berubah...

Wallohu a'lam

Khamis, 4 November 2010

ROH...RAWAN DAN PANDANGAN JIN....

MANUSIA DUA UNSUR...

Kejadian manusia terdiri dari dua unsur iaitu
jasad dan roh...

Jasad itu dipanggil diri luar...yang boleh di-
lihat dengan mata kepala...
manakala diri dalam itu adalah rohnya...

Roh itu pula boleh dibahagikan kepada dua ist-
ilah...iaitu roh dan rawan.

Roh bermaksud keseluruhan roh...manakala rawan
bermaksud sebahagian daripada roh...

Kalau diumpamakan badan...maka badan itu adalah
roh...dan tangannya umpama rawan...

Ia bererti...roh itu berdiam dalam satu tempat
yang tetap iaitu jasad...
tapi sebahagiannya boleh keluar dari jasad dan
pergi kemana-mana...maka yang keluar itu adalah
rawan ( sebahagian daripada roh )...

Walaupun rawan itu keluar...tapi ia tetap ber-
sambung dengan roh...
umpama tangan...ia boleh mencapai kemana-mana
contohnya ke hadapan...ke tepi...ke belakang...
ke atas dan ke bawah...tapi ia tetap bersambung
dengan badan...

BEZA ANTARA MATI DAN TIDUR...

Kalau roh keluar dari jasad...maka jasad itu
akan mati...
tapi kalau rawan keluar dari badan...jasad itu
tidur...atau separuh tidur...

Sebuah Hadis menyebutkan...bahawa ketika manusia
itu tidur...
maka roh-roh mereka keluar dari jasad seumpama
tentera yang dikerah...
kemudian roh-roh itu berkumpul pada suatu tempat
antara langit dan bumi...dan seterusnya...

Dalam istilah kita...untuk membezakan antara
roh seluruhnya atau sebahagian daripada roh...
maka roh-roh yang keluar itu disebut rawan...

PANDANGAN ROH SEMASA TIDUR...

Umumnya...rawan yang keluar dari jasad semasa
seseorang manusia itu tidur...ia merupakan per-
kara semulajadi...

Maka boleh jadi apa yang dilihat oleh seseorang
itu semasa tidurnya adalah pandangan roh ( atau
rawan )...

Oleh kerana roh atau rawan itu juga benda ghaib
maka ia boleh melihat pada dua alam iaitu Alam
Nyata dan Alam Ghoib termasuklah Alam Jin...

Roh ( atau rawan ) itu mungkin melihat sesuatu
yang tak pernah kita fikir atau sangkakan...
samada yang berkaitan Alam Nyata atau sesuatu
yang berkaitan dengan Alam Ghaib...

ANTARA ROH DAN JASAD...

Adapun roh itu adalah unsur ghoib yang sebati
dan tak akan terpisah dari jasad...
kecuali apabila sesorang manusia itu mati...

Kerana sebatilah...yang manjadikan proses ke-
matian...iaitu proses pemisahan antara roh dan
jasad oleh tarikan Malaikat Maut itu...
sesuatu yang amat pedih dan peritnya melampaui
segala kesakitan lain di atas dunia ini...

Roh itu akan ditarik dari segenap darah...daging
dan urat saraf...yang dikatakan oleh seorang sa-
habat Rasulullah SAW umpama kayu berduri cangkuk
yang ditarik dari dalam kaki hingga ke-ubun-ubun
maka koyaklah segala yang boleh koyak...dan ter-
putuslah segalanya yang boleh putus...

KAWALAN ROH...ATAU RAWAN ?

Tak akan ada manusia yang dapat mengawal keluar
masuk roh dari jasadnya...tapi boleh pada rawan-
nya.

Sementara kita biasanya tak dapat mengawal rawan
...sebahagian orang dapat mengawal rawannya...
mengikut tahap kebolehan dan kemampuan masing-
masing...juga mungkin anugerah Tuhan...
wallohu a'lam...

Sebahagian orang...rawannya dapat dikawal semasa
tidur...atau sebaik saja ia mula melelapkan mata
...dan pada sebahagian lagi...ia dapat mengawal
keluar masuk rawannya pada waktu sedar...

Pada cara ini...seseorang itu dapat merasakan
dirinya keluar dari jasadnya...
dan ia boleh melihat badannya yang ia 'tinggal-
kan'...

Biasanya jasad itu akan berada dalam keadaan se-
paruh tidur atau separuh terkawal...atau mungkin
ada keadaan lainnya...

Ketika itu ia boleh pergi kemana saja termasuk
Alam Nyata juga Alam Jin...

Dan inilah yang dimaksudkan Rawatan Tidur...ia-
itu ia boleh terus datang kepada punca gangguan
( jin yang mengganggu seseorang )...

NOTA

Setakat yang saya faham daripada beberapa kajian
yang serba terbatas...apabila kita merukyah atau
menyerang dengan tenaga dalam jin yang mengganggu
seseorang...maka sebenarnya kita telah menyerang
jin itu secara langsung...atau secara berhadapan
dengan rawan kita...

...iaitu dengan kata lain...jin itu berhadapan
dengan rawan kita...tanpa kita rasa atau ketahui.

Bezanya...orang yang dapat mengawal keluar masuk
rawan akan berhadapan dengan jin itu secara sedar
...dan akan nampak perkara-perkara yang tak terca-
pai oleh pandangan mata kepala...

RAWAN DAN GANGGUAN JIN...

Bagi sebahagian orang...kawalan rawannya melibat-
kan penggunaan jin...maka rawannya melayang ber-
sama jin pendampingnya...

Ini juga bererti...rawan itu boleh diganggu jin
seperti 'diculik'...dikurung...diperdayakan dan
sebagainya...

Dalam keadaan ini seseorang itu akan mengalami
antara beberapa situasi...

1.Seseorang itu sedar sepenuhnya tanpa sebarang
rasa gangguan jin...
tapi ia sering merasa dirinya kurang sihat...
atau mungkin rasa seperti terawang-awang...demam
dan sebagainya...

2.Ia mungkin dalam keadaan rasukan jin...atau
separuh rasukan...

3.Ia mungkin dalam separuh tidur...

4.Atau mungkin dalam keadaan koma...

5.Atau mungkin dalam keadaan seperti orang mati
cuma bezanya jasadnya tak membusuk atau rosak..

Pada keadaan gangguan yang kuat...seperti pada
2...3...4...dan 5...

1.Seseorang itu mungkin merasa berada di suatu
tempat atau alam yang asing....juga boleh nam-
pak jin....

Ia mungkin dikurung...terperangkap atau ter-
sesat...

Ini biasanya terjadi apabila seseorang itu da-
lam keadaan koma...atau seperti dah mati...

2.kadang-kadang seseorang itu tahu dan rasa be-
rada di atas katil sakitnya...tapi tak nampak
atau tak tahu keluarga yang berada disekelili-
ngnya...

Sebaliknya ia dilawati oleh orang-orang atau
makhluk yang tak dikenalinya...atau oleh ora-
ang-orang yang sudah meninggal dunia (syaitan).

3.Kadang-kadang ia kelihatan meracau atas katil
sakitnya...sedangkan pada rasanya ia sedang du-
duk berbual atau bekerja bersama rakan-rakannya.

Dan sebagainya...

CARA MENGELUARKAN RAWAN DARI JASAD...

Secara umum ia memerlukan ilmu...kawalan fikiran
dan perasaan...pernafasan...doa atau zikir men-
dalam dan sebagainya...
(...anda bertanyalah kepada orang yang arif
tentang perkara ini...saya tak tau banyak...)

RAWAN PADA PANDANGAN JIN...

Sementara para Ulama berbeza pendapat bagai-
mana hakikatnya keadaan roh manusia itu...
ada yang berpendapat tak berbentuk...tak ber-
warna...tak bertempat dan yang lain pula ber-
pendapat seperti rupa jasadnya...

...setakat kajian saya...pada pandangan jin..
rupa rawan itu seperti pada jasadnya...

Maka ini adalah rahsia...bagaimana walaupun se-
seorang itu membuat rawatan jarak jauh dan tak
pernah dikenali oleh pesakit...tapi jin yang men-
ganggunya nampak dan tahu asal sesuatu serangan
itu...kerana ia nampak rawan perawat tadi...

Tapi saya sama sekali tak bermaksud masuk campur
dalam urusan perbezaan pendapat Ulama itu...
kerana walaupun rupa rawan itu sama seperti jasad-
pada pandangan jin...tapi rawan itu hanya sebahag-
ian dari roh...

Maka kalau setakat kita nampak tangannya sahaja
kita tak boleh katakan rupa manusia macam tangan.

Malah dalam urusan ini...kedudukannya lebih rumit
lagi kerana ia mengenai benda-benda ghoib...

Bagaimana hakikatnya keadaan roh itu...kita serah-
kan ia pada pengetahuan Allah....

Wallohu a'lam

Selasa, 2 November 2010

AL HIKAM...DIAM RASULULLAH SAW...

Pada diamnya Rasulullah SAW itu ada
4 perkara...

1.Tenang hati...

2.Berjaga-jaga...

3.Memikirkan tentang takdir dan ke-
hendak-kehendak Allah...

4.memerhatikan kekuasaan Allah...

Wallohu a'lam.

Siapa ada padanya 4 perkara...nescaya
diampuni Allah dosa-dosanya walaupun
penuh dari hujung rambut ke hujung
kaki...iaitu...

1.Syukur...

2.Malu...

3.Tenang hati...

4.baik akhlak..

( huraian maksud hadis )

Wallohu a'lam

KISAH ROH KELUARGA...

KISAH 1...

Bayi itu meninggal dunia sebaik saja
dilahirkan...

Beberapa belas tahun kemudian...ibu
si bayi itu dirasuk oleh suatu roh
dari alam ghaib...

Roh itu adalah roh anaknya yang meni-
ggal ketika dilahirkan...

Kini ia dah meningkat dewasa dan meru-
pakan seorang yang terpelajar...

Rupanya di alam ghaib itu ia terus mem-
besar dan bersekolah...

kini ia kembali ke alam dunia untuk men-
cari ibunya...

Setiap hari raya ibunya akan memberi roh
anaknya itu sepersalinan pakaian...

Kisah 2...

Ketika dilahirkan...salah seorang anak
kembar itu meninggal dunia....

Ketika kembar yang hidup itu berumur
belasan tahun...ibunya dirasuk oleh roh
kembar yang meninggal dunia dulu...

Kini roh itu juga sebaya dengan kembar-
nya...dan ketika ini masih datang men-
ziarahi keluarganya di alam dunia ini...

Kisah 3...

Sudah seminggu sejak kematian datuknya...
kanak-kanak berumur 2 tahun itu sentisa
menangis pada waktu malam (tanpa sebarang
sebab munasabah...)

Apabila dibawa kepada seorang perawat...
rupanya anak kecil itu menangis kerana
ternampak roh datuknya yang datang men-
ziarahinya setiap malam...

Kanak-kanak itu adalah cucu kesayangan
si datuk...dan datuk itu datang kerana
rindu padanya...

...Cuma 3 kisah...dan anda mungkin tahu
kisah lain...
tentang syaitan yang datang dan mengaku
sebagai roh keluarga yang sudah meninggal
dunia...

Wallohu a'lam