Isnin, 31 Disember 2012

IT...' Scan ' Penyakit Dan Gangguan...

Azm...cuma beritahu selalu sakit perut
(gastrik)...namun  ' scan ' mudah tenaga
dalam memberikan beberapa keputusan
lain...

1. Ada  laluan  keluar  masuk  jin  pada

jari-jari tangan kanan dan kiri...serta kaki
kanan dan kiri...

...begitu juga pada bahagian ubun-ubun-

nya...

2. Angin bisa jin menyebabkan ia men-

galami serba sedikit gangguan pada
bahagian kepala seperti pening...dan
bingung tanpa sebab munasabah...

...kemudian sakit perut ( yang disangka 

gastrik )...sakit belakang pinggang kanan
dan kiri...kebas serta kejang otot kaki
kanan dan kiri...juga sakit serta bisa-bisa
pada bahu kanan dan kiri...

Kali ini saya guna kaedah cubit cabut pada

semua jari kakinya...tulang belakang....
tulang pinggang...belakang telinga...untuk 
menarik keluar  jin serta angin bisa dari
badannya...dengan izin Tuhan...

Apabila Azm memejamkan mata...saya

membuat pengisian ke bahagian dahi ( otak)
dan dada untuk cuba mengesan gangguan
lain...

Seketika kemudian...Azm beritahu ia nampak

langit gelap...tak lama...ia nampak sebuah
kolam...dan di situ ada bayangan kabur satu
lembaga berambut panjang...tapi Azm tidak
tahu tempat itu di mana...

Saya meminta Azm membuka mata kemudian 

tutup semula...dan kali ini jelas...
Azm menunjukkan arah ke samping kirinya...
di situ ada satu lembaga perempuan  ber-
pakaian serba putih sedang duduk melutut...

Mukanya tidak kelihatan kerana ia menunduk-

kan mukanya dan ianya ditutupi oleh rambut 
yang panjang mengurai...

Saya ada ' idea bagus '...saya menarik nafas

dan membayangkan ada gelombang menarik
pada tapak tangan kanan...

Saya bayangkan belakang kepalanya melekap

pada tapak tangan...dan saya menariknya
ke belakang memaksanya mendongak...

Dengan izin Tuhan ia berhasil..." saya sudah

nampak mukanya...senyum pada saya..."
kata Azm...tapi ada sesuatu yang kurang...
iaitu matanya..." dia ada satu mata saja..
di tengah-tengah dahi..." sambung Azm...

Ketika itu Azm ingat tempat tersebut...

kolam itu terletak di ladang  mereka bebe-
rapa belas km jauhnya dari pekan Ranau...
di tengah hutan...

Ia pernah ke situ...dan Azm dapat merasa-

kan makhluk itu mengekorinya pulang...
mungkin kerana benda itu suka kepada-
nya...

Ada tandanya...ada sesuatu yang bergayut

pada belakang Azm pada masa-masa ter-
tentu...kerana itu ia sering merasa letih
lesu tanpa sebab munasabah...dan saya
berpendapat ' perempuan ' itu bendanya.

Saya membaca Lau Anzalna berserta per-

nafasan...Azm beritahu...lembaga itu masih
di sebelahnya tapi bayangannya mula men-
jadi kabur...

Saya guna gelombang tolak...benda itu hilang

dan dari jauh...Azm ternampak bunga...
mungkin makhluk itu bersembunyi di balik 
bunga tersebut...

Ada juga angin bisa pada belakang daun telinga-

nya...tandanya ada jin yang selalu berbisik di 
situ...tapi Azm beritahu ianya suara lelaki 
maka tentu ada gangguan lainnya...

Apabila saya Azm memejamkan mata dan

menumpukan perhatian...ia nampak hidung
yang agak panjang...tak lama...ia nampak
wajah penuhnya...makhluk jantan panjang 
hidung yang cuma ada kepala terbang tanpa 
badan...

Itulah makhluk yang selalu memangggilnya

dan datang dari sebuah flat sekolah yang
sudah lama dikosongkan setelah senget
semasa berlaku gegaran tanah pada awal
tahun 90 an...

Sementara Azm masih bercakap mengenai 

makhluk itu...dalam diam saya buat kaedah 
peletup jin dengan niat memusnahkan 
kepala tersebut...

...saya tidak tahu apa yang berlaku padanya...

tapi azm beritahu...kepala itu tidak kelihatan
lagi...

Berbanding ' penanggal ' yang terbang bawa

tali perutnya sekali...makhluk ini bukan
manusia berdamping jin...tapi saya ber-
pendapat ianya adalah jin penuh...

Rumah jiran pernah didatangi kepala terbang

yang mengelilingi rumah tersebut dan ber-
laku beberapa kali...

...dan seorang rakan yang pernah nampak 

kepala perempuan tanpa tali perut terbang 
mengelilingi rumahnya kemudian bermimpi
perempuan itu datang dengan bertubuh
penuhnya dan menyatakan suka pada
rakan tadi...

Ini cuma sedikit...pasti masih banyak lagi

benda-benda yang tidak terlihat oleh mata
kepala ujud di sekeliling kita...

Ini juga sebahagian kecil dari caraguna IT

...iaitu anda diberi berbagai asas...
kemudian terpulang pada anda untuk men-
golahnya dan mungkin pada cara anda dan
bakat anda sendiri...

Inilah yang pernah diberitahu oleh rakan juga

guru ( Pkt 2 )yang dihormati Ustaz Salehuddin 
kepada saya...namun harus berhati-hati dan 
sentiasa merujuk pada guru apabila ada 
sebarang kemusykilan...

Wallohu a'lam

Isnin, 24 Disember 2012

Iman Theraphy...' Aura Pasang Siap ' ?

Seorang  rakan  yang  sedang  dirasuki  jin 
silat...untuk beberapa saat ia merenung air 
dalam gelas...tiba-tiba ia senyum...geleng
kepala dan menghulurkan semula air yang
saya beri kepadanya tadi...

...ternyata  ia  tidak  mahu  meminumnya 
walaupun setahu saya...ianya adalah air 
kosong...

Seorang  rakan lain yang lebih berpengala-
man menerangkan...bahawa  semasa saya
memegang  gelas  tadi...maka  aura  dari
tapak  tangan  masuk  ke dalamnya walau
tanpa saya niatkan...

Oleh kerana saya amal Fatihah...juga zikir
amalan IT serta  Ayat  Manzil  maka...air
itu dengan izin Tuhan jadi orang doa...
mengikut amalan-amalan tersebut...

Ini menunjukkan  aura yang aktif pasang
siap walau tanpa kita niatkan  atau kita 
bersedia...

' Aura  pasang  siap '  ini  adalah  antara
ciri-ciri utama kesan amalan IT...di mana
ia  sangat  penting  terutamanya kerana
anda  mungkin  menghadapi  kejadian-
kejadian  yang  di luar dugaan...seperti
serangan...gangguan...kemalangan  dan 
sebagainya...

Maka  walaupun Ustaz lebih menekankan
perkara berkaitan perubatan...namun se-
benarnya amalan IT ini mempunyai ke-
gunaan atau fungsi umum...terutamanya
mengikut kehendak atau keperluan
masing-masing...

Ianya  termasuk  dalam  berurusan  dengan
orang lain seperti temuduga...urusan kerja
...urusan perniagaan...atau tugas-tugas
anggota keselamatan  yang seringkali
menghadapi situasi bahaya...dan sebagai-
nya...

Iaitu  aura  itu  akan bertindak mengikut
niat atau usaha anda...atau ia bertindak-
balas tanpa niat atau mungkin tanpa
pengetahuan anda...bergantung kepada
keperluan serta keadaan...

Contohnya  anda  disihir...tanpa  dilihat
malah tanpa pengetahuan anda...namun
aura anda akan bertindakbalas terhadap
serangan itu ( jin sihir atau angin bisanya )
sehingga serangan itu terhenti...menjadi 
lemah...atau mungkin musnah sekadar 
mana izin Tuhan...

Rakan-rakan  ada  yang  berpengalaman
gelasnya meletup atau tertumpah tanpa
diketahui puncanya ketika akan minum
di rumah juga di gerai...

Begitu  pula...kalau  ada  orang  berniat 
jahat kepada anda...ia mungkin merasa
pening...lesu...lemah tanpa anda sedari
sehingga niat jahatnya tadi hilang...

Kadang-kadang  pula...apabila kejahatan
seseorang itu dari sebab hasutan jin saka
atau jin sihirnya...ia ' menjadi baik '
dengan anda apabila jin pendampingnya
lari menjauh daripada diri anda...

...atau mungkin jin itu akan ' membawa
tuannya ' menjauh dari anda...

' Aura pasang siap ' ini juga antara sebab-
nya rukyah menjadi lebih berkesan...
kerana apabila anda mula berniat merukyah
maka aura anda mula bertindak sebelum
anda mula membacanya lagi...

Ada  juga  terjadi seseorang yang tidak di-
kenali tiba-tiba sakit kepala sebaik berada
di sebelah seorang rakan....

Ia  biasanya  kerana  ada  gangguan  pada
orang tersebut...dan aura anda menyerang
pendampingnya untuk mencegah sebarang
serangan...

Namun  orang  tadi  turut  merasa kesannya
kerana jin atau angin bisa jin itu ada dalam
badannya...

Begitu pula...serangan ' aura pasang siap '
juga boleh berlaku kepada jin luar badan
contohnya jin yang cuba mengganggu di-
tepi jalan...di rumah kosong...laut...jin
dalam hutan dan sebagainya...bergantung
kepada amalan anda serta pagar kalau
anda juga buat pagar khas...

Namun  semuanya  itu  hanya akan terjadi
atas izin Tuhan...tapi ianya telah terbukti.

Wallohu a'lam

Khamis, 6 Disember 2012

Iman Theraphy...Rukyah Berkesan ?

Di rumah seorang rakan...selepas solat
Maghrib...

Oleh kerana 'tidak ada' orang lain...tuan
rumah minta saya yang baca doa selamat
dan saya pilih mula dengan tahlil ringkas...

Tiba-tiba salah seorang rakan menunjuk-
kan 'reaksi positif'...rakan itu mula batuk-
batuk tanpa dapat dikawalnya...

Rakan  itu  akhirnya keluar ke kaki lima
sehinggalah batuknya agak reda...

Setelah selesai doa...rakan itu memberi
tahu...semasa tahlil tadi...ia terdengar
suara halus perempuan  ketawa dari
bawah rumah...

'Ujian' rakan itu nampaknya belum lagi 
selesai...

...badannya mula terasa kepanasan....
dan semakin panas...

Mulanya  rakan  itu  sangka ia disebab-
kan  keadaan  dinding  ruang  tamu itu
agak  tertutup...tapi  dua  orang anak
remajanya memberitahu...mereka tidak
rasa panas atau tidak selesa...

Rakan itu tidak dapat bertahan lama...
sebaik sahaja selesai makan malam...ia
meminta diri pulang...badannya terasa
semakin panas hingga berpeluh-peluh.

Sebenarnya ada jin saka menumpang
dalam badannya sejak sekian lama...
namun ia agak kurang serius berubat...
tunggu sakit dulu baru minta rawat...

Adapun suara perempuan ketawa  itu
adalah jin dari tangkal lama yang di-
gantung atas pintu masuk rumah ter-
sebut...namun si tuan rumah sentiasa 
menunda-nunda untuk membuangnya...

...mungkin kerana merasa benda itu tidak
mengganggu sedangkan salah seorang
anak remaja perempuan tuan rumah ter-
sebut sudah beberapa kali ternampak
'perempuan muda panjang rambut ber-
pakaian seba putih tersebut'...

Sepatutnya jin itu berkeliaran dalam rumah
tapi mungkin ia juga keluar kerana menge-
lak 'bahang panas' dari bacaan-bacaan
surah terutama ayat-ayat pembuka surah
Al Baqoroh dan juga ayat-ayat akhirnya
termasuk Ayat Kursi juga 3 Qul...serta
tahlil...

Ini adalah salah satu caranya ayat-ayat pen-
dinding berfungsi memagar diri juga rumah
dengan izin Tuhan...

Bukan hanya jin yang kepanasan...malah
rakan yang ada angin bisa jin yang agak
padat dalam badan juga turut merasa
bahang panasnya...

Saya pernah merukyah juga membaca tahlil
sebelum ijazah amalan IT...dan tidak pernah
ada kejadian seumpamanya...

Maka ia juga bererti...dengan ijazah amalan 
IT...rukyah juga amalan pendinding lebih
berkesan dengan izin Tuhan...

Pada 8 dan 9 haribulan ini...Pusat Rawatan
IT akan menganjurkan kursus amalan IT 
juga rawatan sebagai salah satu daripada
program kemasyarakatan...

...semoga anda tidak melepaskan peluang
keemasan ini...Insya Allah...

Wallohu a'lam

Sabtu, 1 Disember 2012

Saya Nak Pijak Qur'an...

Seorang rakan menceritakan....setiap kali
ia berdiri di hadapan Qur'an di atas meja 
kecil dalam biliknya...

...hatinya bagai didesak-desak untuk me-
mijaknya...

Ketika ia berjumpa dengan seorang rakan
yang lebih berpengalaman...rakan itu mem-
beritahu...rakan ini ada jin pendamping...

Ia samada jin saka...atau jin ilmu...dan jin
itulah yang menghasutnya agar memijak
Qur'an tersebut...

"...patutlah...macam ada saja suara mau
bisik-bisik...buduh betul itu jin..." rakan
itu mencaci jin pendampingnya...

Biarlah rakan itu mencaci...kerana ia lebih
baik daripada segelintir rakan...yang ber-
usaha 'berbaik' malah menghambakan diri
semata-mata agar dapat 'memanafaatkan'
jin yang mendampinginya...

Wallohu a'lam