Jumaat, 9 Oktober 2009

GANGGUAN JIN...OTAK DEPAN...

...Iaitu otak bahagian depan...
( dalam dahi )...

...ia adalah pusat gangguan lintasan
fikiran...

...contohnya masa solat...masa berzikir...
membaca Quran dan sebagainya...
banyak bayangan terlintas dalam fikiran...

...kalau gangguannya agak berat...
malah seolah-olah anda boleh melihat
segala bayangan-bayangannya...
sehingga mengganggu tumpuan pada
apa yang sedang anda buat atau baca...

...dan lebih jelas lagi ( lebih teruk )...
jika anda menutup mata...

...Mungkin kerana itu...makruh
kita solat sambil menutup mata...

...Tanda utamanya...
kalau anda cuba memaksa diri
untuk memberi tumpuan...
...anda akan merasa sakit pada
bahagian dalam dahi (otak depan )...

Wallohu a'lam

3 ulasan:

  1. Minta Saudara memberi sumber referens berdasarkan al quran dan hadis agar lebih mudah untuk membuat rujukan serta lebih tepat

    BalasPadam
  2. As salam saudara...saya hanya ada asas dan kalau
    saya perlu terangkan secara terperinci tentang
    gangguan jin dan sumbernya dari keterangan Al Qur'an
    atau hadis....maka banyak perkara yang tidak boleh saya tuliskan disini...

    Contohnya...mana sumber menyatakan bahawa
    kehadiran jin dalam otak akan menyebabkan seseorang
    itu akan sering mimpi buruk...atau mana sumber
    dari Qur'an dan hadis secara khusus yang menerangkan
    bahawa kalau jin sentiasa duduk atas tengkuk atau
    bahu seseorang..ia akan sentiasa merasa letih lesu
    tanpa sebab...

    Contohnya ada hadis yang meneyebutkan bahawa jin itu
    boleh bergerak dalam badan manusia melalui saluran darah...maka apa yang saya buat adalah kajian untuk menerangkan lebih lanjut sekadar mampu penempatan
    dan juga laluan jin...juga kesannya kepada seseorang
    manusia...iaitu dalam erti kata lain...ia kajian lebih
    lanjut dari kenyataan hadis tersebut...( pengembangan
    ilmu )...

    Namun dalam kajian ini...saya cuma tulis benda yang
    saya yakin betul...tapi saya tidak fikir bahawa apa
    yang saya tulis mesti dipercayai orang lain...

    Secara asasnya...kita cuma wajib percaya kepada
    kenyataan hadis tersebut...dan tidak mengapa kalau
    tidak percaya kepada sesuatu kajian mengenainya
    secara lebih dalam...kerana sebagai manusia biasa
    kita tidak akan terlepas dari salah silap ( dan harap
    pembaca betulkan...)

    BalasPadam
  3. ...atau contoh lainnya...tidak ada keterangan khusus
    mengenai jin atau angin bisanya boleh masuk ke dalam
    badan manusia melalui hujung-hujung jari...atau
    mengenai jin itu boleh tinggal dalam perut...atau jin
    boleh merasuk seseorang dari titik tertentu dalam otak
    dan boleh pula dengan merasuki tubuh atau angggota
    seseorang...sedangkan telah saya yakini dan pastikan
    dan orang yang mengalaminya sendiri merasakan....
    itulah yang berlaku...

    ...dan tidak ada keterangan khusus dari Qur'an dan
    Hadis apabila saya alami sendiri keadaan darah yang
    mendidih pada tangan apabila cuba di masuki jin...
    dan tidak ada keterangan khusus bahawa apabila
    mengalami keadaan itu zikir Laa ilaaha illalloh dalam
    hati seperti yang saya lakukan sehingga keadaan
    darah seperti mendidih itu tertolak dan keluar melalui
    hujung-hujung jari...

    Dan tidak ada keterangan khusus dari Qur'an dan
    hadis...bahawa antara tanda-tanda ada jin atau
    angin bisa jin dalam badan seseorang itu ialah tapak
    tangannya sentiasa panas membahang...atau barah
    perut itu boleh jadi dari sebab gangguan jin...
    dan sebagainya...

    Maka kalau saya perlu mengambil sesuatu keterangan
    secara khusus mengenainya dari Qur'an dan Hadis
    maka saya tidak akan dapat menulisnya di sini...

    Sebenarnya Qur'an dan Hadis itu satu segi...ia
    menerangkan secara terperinci tentang sesuatu
    perkara...dan kadang-kadang pula hanya memberi
    asasnya saja dan boleh dikembangkan mengikut
    pengetahuan dan perkembangan zaman....

    Ringkaskata...blog ini hanya kajian lanjutan...atau
    pengembangan ilmu...dan bukanlah sesuatu yang
    wajib dipercayai...

    Bagaimanapun setiap teguran atau pandangan mem-
    bina sangat-sangat di alu-alukan...

    Terima kasih banyak-banyak atas pandangan sauadara.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam