Rabu, 28 Oktober 2009

NAMPAK JIN...MASA SEDAR...MATA TERTUTUP

Iaitu anda menutup mata...
dan anda nampak jin...

Ia ada 3 keadaan...

1.Jin menampakkan dirinya...

...biasanya ia 'nampak sesaat'...
iaitu anda menutup mata...
dan anda nampak jin...

Contohnya...
Anda sedang membaca buku...dan anda
terlelap sesaat...
atau...
anda mencuci muka...
...masa mata anda tertutup 'sesaat' itu...
anda terbayang wajah hodoh penuh kudis...
atau...
...anda terbayang lembaga hitam yang
sedang duduk di penjuru bilik...

...gejala di atas biasanya menunjukkan
bahawa anda ada gangguan jin...
...dan biasanya...
benda-benda yang anda
nampak itu terlibat secara langsung
pada gangguan diri anda...
...kerana itu anda boleh terbayang ia...

...dan ada juga ...
orang yang terbayang muka hodoh penuh
biji-biji daging bergantungan...
pada masa yang sama...
kulit orang tadi juga sedang tumbuh
biji-biji daging halus...

2.Ada jin dalam badan (...mata..) anda..

...kerana itu anda boleh nampak jin...
terang macam nampak orang...

...kalau mata terbuka...anda boleh
nampak jin yang ada di depan anda...

...tapi kalau anda menutup mata...
maka anda boleh nampak jin yang ada
di belakang anda juga...

...malah di sekitar rumah anda...
atau...
tempat yang berbelas kilometer
jauhnya dari tempat anda...

(samada anda nampak terang atau kabur
...bergantung kepada kekuatan
gangguan...
juga kepandaian jin yang
ada dalam mata atau badan anda...
serta kebolehan serta bakat anda sendiri...)

...dan kalau anda tahu petuanya..
anda boleh minta pertolongan kawan
agar pandangan jarak jauh anda terang...
seolah-olah anda sendiri berada di tempat
yang anda nak tengok itu...
...iaitu jin anda menumpang kekuatan
roh anda juga kawan anda...

(...samada kita guna jin...atau menyuruh
orang lain guna jin...hukumnya sama..
adalah di larang...dan ada padahnya...
...penerangan di atas sekedar pengetahuan..
jangan sekali-kali dipraktikkan...harap
difaham ya...)


3.Pandangan matahati...

...kalau anda 'nampak' jin dengan matahati...
maka 'penglihatan' itu akan bertambah jelas
dengan menutup mata...

...biasanya ia digunakan untuk melihat
jarak jauh...
iaitu sesuatu yang jauh...

...gunanya untuk 'melihat' tempat jauh...seperti
orang hilang...benda dicuri...punca gangguan...
keadaan seseorang...penyihir...dan sebagainya...

(...kadang-kadang anda boleh merasa sesuatu
yang jauh...

...seperti tiba-tiba risau atau gelisah semasa
anda teringat seseorang yang jauh...
kebetulan ada sesuatu yang kurang baik
berlaku padanya...
seperti jatuh sakit tiba-tiba...

...ia samada penglihatan mata hati anda...
atau ada gangguan jin pada orang tadi...
dan anda ada kaitan dengannya...

...mungkin jin yang sama juga ada gangguan
nya pada anda... iaitu angin bisa jin itu ada dalam
badan anda...terutamanya jenis jin saka...)


wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan