Isnin, 16 November 2009

...padah menghina orang mukmin...

Sesiapa yang menghina ( atau memandang hina )
seseorang mukmin dengan sebab dosa yang di-
lakukannya...
...nescaya orang yang menghina itu tidak akan
mati...sebelum ia melakukan dosa ( kejahatan )
seperti mana yang ia hinakan...Maksud Hadis.

...iaitu kalau anda menghina seseorang mukmin
yang mencuri...
maka anda tak akan mati sebelum anda juga
mencuri...

...kalau anda menghina atau memandang hina
orang yang mengumpat...
maka anda tak akan mati sebelum anda juga
mengumpat...atau jadi pengumpat...

...seseorang menghina suami isteri yang
bergaduh....
2 tahun selepas kedua-duanya meninggal...
ia pula bergaduh suami isteri...
malah lebih teruk lagi...

...seseorang menghina anak orang lain kerana
mencuri...
2 minggu selepas itu...anaknya pula mencuri...

...seseorang menghina kawannya yang mati
bunuh diri dengan meminum racun...
...2 tahun selepas itu...
ia membunuh diri dengan cara yang sama...

Bukan kebetulan...tapi
itu yang Rasulullah SAW telah peringatkan...
...sebesar-besar musuh seseorang manusia
itu ialah lidahnya sendiri...

Wallohu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan