Rabu, 30 Disember 2009

MENGENAL GANGGUAN JIN CARA MUDAH...

Iaitu bagaimana anda nak pereksa diri sendiri
samada ada gangguan jin atau tiada...

Iaitu...
tapak tangan sentiasa lebih panas daripada
suhu badan...

Caranya...
lekap tapak tangan anda ke lengan sebelah...
samada tangan kiri ke kanan atau sebaliknya...

Kalau anda rasa tapak tangan anda itu panas...
sedangkan anda tak demam...
atau anda sentiasa rasa sihat sekalipun...

...bererti...
ada angin bisa dalam badan anda...

Angin bisa ini lain...dan angin biasa itu suatu
yang lain pula...

Angin bisa bererti angin yang berpunca dari
jin...atau kita boleh katakan itu kepandaian
atau auranya...

Kalau dalam badan anda ada gangguan dan
anda kuat beramal dengan amalan yang tidak
jin sukai...seperti Ayat-Ayat atau Doa...
biasanya tapak tangan bertambah panas...

Dan kalau ia berpeluh...atau anda berpeluh
di mana-mana bahagian badan atau anggota...
itu bisa yang keluar dari dalam diri anda...

Atau kalau titik peluhnya besar...
kemungkinan besar itu sebab jin keluar me-
ngikut lubang roma anda....

Kemudian tak semestinya kalau ada jin dalam
badan...anda akan jatuh sakit...
kerana ia mungkin belum sebati dengan badan
atau mana-mana anggota atau bahagian dalaman...

Tapi akhirnya ia akan membawa kepada sakit...
atau kalau anda sakit biasa...maka sakit biasa itu
akan lebih berat dan susah sembuh atau lambat
sembuh dari yang sepatutnya...

Atau anda akan mengalami gejala-gejala sakit
yang sepatutnya tidak ada...atau yang tidak sesuai
dengan sakit biasa yang di alami...

Kalau anda merasa tanda di atas...
sebaiknya anda minta ' scan ' dengan perawat-
perawat yang pakar dan tidak melencong dari
ajaran Agama...

Dan jangan sekali-kali dengan perawat jin...yang
mungkin akan menambahnya lagi samada sedar
atau tidak...

Wallohu a'lam

3 ulasan:

  1. Ustaz kalau saya buat solat hajat aja boleh tak? saya tak percaya nak jumpa mana-mana perawatlah. sebab pernah terkena dulu.

    BalasPadam
  2. Boleh...atau amal tahajjud secara berterusan minta petunjuk dan kesembuhan dari
    Tuhan....mudah-mudahan Tuhan bagi kelapangan....kekuatan..dan jalan keluar
    dari segala kesulitan tapi jangan menolak rawatan secara mutlak...manalah
    tahu kalau Tuhan melalui perawat atau sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Boleh...atau amal tahajjud secara berterusan minta petunjuk dan kesembuhan dari
    Tuhan....mudah-mudahan Tuhan bagi kelapangan....kekuatan..dan jalan keluar
    dari segala kesulitan tapi jangan menolak rawatan secara mutlak...manalah
    tahu kalau Tuhan melalui perawat atau sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam