Iaitu ada kerunsingan dan keresahan
yang punca utamanya bukan kerana
perkara atau masalah yang sedang
anda hadapi...
...tapi dari sebab gangguan...bisikan
dan hasutan jin...
Gejala-gejalanya :
1.Fikiran anda sangat runsing...
perasaan anda pula resah gelisah...
seolah-olah banyak sangat perkara
nak difikir...atau nak di buat...
...tapi anda tak tau apa perkara...
atau bendanya...
2.anda sedang atau akan menghadapi
hal-hal atau perkara yang pada
pandangan anda...
...cuma perkara mudah...kecil atau
remeh temeh...
...tapi fikiran anda sangat runsing...dan
perasaan tertekan...
dan...
anda sendiri dapat merasakan ia tak
berbaloi dengan hal atau perkaranya...
3.Sukar menenangkan diri...
...iaitu anda masih dapat berfikir atau
mempertimbangkan sesuatu secara tepat
dan rasional...
...tapi kerunsingan dan keresahan tetap
rasa mencengkam...
seolah-olah kebijaksanaan anda itu tak
ada kesan motivasi dan faedahnya...
4.kerunsingan dan keresahan yang tak
berkesudahan...
...tak kira apa pun yang anda buat...malah
anda sedang ria bersama keluarga atau
teman-teman contohnya...
...kerunsingan dan keresahan tetap anda
terasa...
atau sekurang-kurangnya anda lupa
untuk sementara...
...tapi kemudiannya akan terasa semula...
5.Tiba-tiba fikiran menjadi runsing...
dan perasaan jadi resah gelisah...
...tanpa sebab...
6.Kalau anda dirukyah...
...atau minum air doa...iaitu anda
mendapat kaedah rawatan yang sesuai...
kerunsingan dan kegelisahan hilang serta
merta...
...bererti...
semua kerunsingan dan kegelisahan yang
hilang itu adalah dari sebab gangguan jin.
...kalau hanya sebahagian hilang...
maka bahagian yang hilang itu adalah dari
sebab gangguan jin...
...bagaimanapun anda perlu ambil
perhatian...bahawa jarang sekali ia akan
hilang begitu saja...
...biasanya...ketenangan itu hanya
sementara...dan bila jin yang lari itu datang
semula kepada anda...
maka anda akan merasakannya semula...
...ia boleh dirawat...tapi perlu berterusan
dan sebaiknyanya anda sendiri juga ber-
amal dengan amalan pembenteng jin dari
amalan doa dan ayat Qu'ran.
...kalau dirawat juga menggunakan jin...
asal saja jin perawat dan yang mengganggu
itu berperang...
maka anda akan rasa lebih tak tentu arah
tanpa sebab...
malah anda mungkin mengamuk...atau
rasa 'jadi gila'...
...penting sekali anda berpantang sementara
makan telur ayam...atau bahan yang ada
campuran telur ayam...daging binatang
empat kaki...juga pisang...
...kerana jenis makanan ini akan memberi
tenaga dan kekuatan kepada jin dalam
badan...
...kalau anda rasa sihat...anda boleh makan...
cuma kalau ada kesannya seperti gangguan
datang atau bertambah kuat...
maka sebaiknya anda berpantang sementara...
Wallohu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan