Selasa, 29 Disember 2009

MENGENAL GANGGUAN...Sakit Jantung 10 Tanda...

Iaitu sakit jantung dari sebab gangguan jin.

Gejalanya :

1.Anda selalu rasa berdebar-debar tanpa
sebab...

...kadang-kadang seolah-olah anda dapat
mendengar degupan jantung anda sendiri...

...atau anda rasa berdebar-debar tanpa sebab
bila berdepan dengan perawat...
atau bila di bacakan Rukyah...

2.Anda sering mengalami gejala Rasukan
Perasaan...seperti sedih...gembira...takut...
benci...marah...dan sebagainya...tanpa sebab.

3.Anda sering...atau kadang-kadang merasa
berat dada seperti dihimpit...sesak nafas...
atau sebagainya...

...tapi biasanya anda akan merasa nafas di-
tarik tak habis...nafas dilepas pun tak habis...
dan ubat biasanya tak mendatangkan kesan...

Biasanya ia datang tiba-tiba...kemudian akan
hilang sendiri...kadang-kadang cuma sekejap...
kadang-kadang ia berlangsung lama berjam-jam
lamanya...

4.Anda mengalami kesukaran mengawal per-
asaan marah...kerana ia biasanya tiba-tiba
melonjak naik tanpa kawalan....

...dan anda akan merasa sangat marah walaupun
pada perkara-perkara yang anda sendiri anggap
perkara kecil...

...kemudian rasa marah itu lambat hilang...
kadang-kadang menjadi dendam...

...biasanya anda hanya akan dapat berpuas hati
jika dapat melepaskan marah tanpa dikawal...
malah kalau boleh...mengamuk.....dan jika ditahan
...pada sebahagian orang akan merasa sakit dada...
kepala...atau seluruh badan.

...semuanya bergantung kepada tahap penguasaan
jin dalam dada seseorang...

5.Anda selalu atau kadang-kadang suka bersendirian.

...dan biasanya merasa kurang selesa atau takut
berada didepan...atau dikhalayak ramai...

6.Kadang-kadang rasa sakit pada jantung...seperti
dicucuk sesuatu...atau digenggam...atau seperti
pembuluh darah dipicit...dan sebagainya.

7.Ada juga orang yang dapat merasakan sesuatu
bergerak dalam dadanya...

...mungkin seperti semut-semut...angin...dan se-
bagainya.

...atau mungkin anda tak rasa...kecuali apabila
anda dibacakan Rukyah.

8.Kadang-kadang terasa sesuatu menyucuk dalam
dada...dan kalau lebih teruk ia terasa tembus
dari depan kebelakang dada...

9.Kadang-kadang terasa sakit dalam dada...dan ia
berpindah-pindah tempat...

10.Kadang-kadang terasa panas dalam dada...
atau seluruh tubuh...

Biasanya orang yang mengalami gangguan pada
dada akan serentak sekali mengalami gangguan
pada bahagian kepala...

Gejalanya :

1.Suka berkhayal...

2.Sangat pelupa...

3.Sukar menumpukan perhatian pada pelajaran...

4.Cepat mengantuk dimajlis ilmu...terutama majlis
Agama...

5.sering rasa pening...

6.Sering rasa sakit kepala...

7.Kadang-kadang...sering pitam terutamanya jika
gangguan cukup kuat...

Pihak Hospital :

1.Mengesahkan anda sihat...sedangkan anda rasa
sakit...

2.Mensyaki anda ada masalah jantung...tapi tak
dapat mengesannya...

3.Ubat tak berkesan.

Cuma ada keadaannya...dimana ada bangsa jin yang
alah pada dadah pengawet ubat...atau alah pada
bau ubat Hospital...

...maka ia akan keluar dari bahagian dada...
dan anda akan rasa lebih sihat...

...cuma dalam kebanyakan kes...rawatan Rohani
lebih sesuai untuk rawatan gangguan jin...

Wallohu a'lam

35 ulasan:

  1. Assalammualaikum WBT..

    Alhamdulillah, dengan membaca blog saudara ini banyak info yang telah saya perolehi. sebelum ini saya hanya mengenal jin hanya pada nama sahaja. suatu ketika ketika sy sedang solat sy akan merasa sangat lemah dan mengantuk yang teramat sangat. rasa mengantuk ini tidak boleh ditahan2 sehinggakan sy tidak fokus pada bacaan solat. sy berusaha untuk solat dengan sepenuh hati namun tiba2 tersedar yang sy telah tertidur sekejap. bila dah sedar sy akan fokus lagi dan serangan rasa mengantuk itu datang lagi seolah2 seluruh deria termmasuk otak sy ditutup. keadaan itu berulang sehinggalah sy selesai solat. kadang2 sy tidak sempat membaca doa, doa pendek kerana sy tidak pasti apa yang sy doakan dan bacaan solat tidak sempurna. yang peliknya, selesai solat, rasa mengantuk hilang (rasa segar) namun badan masih terasa letih dan sengal2. kadang2 semua sendi terasa lemah atau bisa. perkara ini akan berulang tidak kira masa tapi tak terlalu kerap. adakah ini sebahagian daripada tanda-tanda adanya gangguan jin? (perkara ini berlaku walaupun sy cukup tidur). dan satu lagi, secara tiba2 sy menjadi seorang yang sangat pelupa. sy seolah2 kehilangan dairy hidup untuk waktu tertentu dan sy tidak sedar apa yang telah berlalu dalam kehidupan harian sy. banyak perkara yang sy lupa, dari sekecil2 hingga ke perkara yang besar. sy juga merasa sy tidak sedar apa yang telah sy lakukan sebelumnya. dalam situasi ini sy sering berfikir, kenapa sy buat begitu? begitukah yang sy lakukan? adakah situasi ini juga adalah disebabkan oleh gangguan? terima kasih atas kesempatan ini.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth imdad...

    Terima kasih atas ulasannya...dan biasanya
    gejala yang imdad alami itu menunjukkan
    angin bisa jin yang agak padat pada bahagian
    kepala (otak)...

    Semua gejala semasa solat itu juga gangguan
    fikiran seperti lupa dan sebagainya adalah
    tindakbalas juga kesan angin bisa tersebut.

    Sengal-sengal...bisa dan lemah sendi juga
    adalah kesan angin bisa jin pada otot juga sendi...

    Kesan atau gejala itu cuma akan hilang apa-
    bila angin bisa jin dibuang darinya melalui rawatan juga amalan...Insya Allah...

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum WBT..

    Alhamdulillah, terima kasih di atas penerangan saudara. setakat bacaan sy dalam blog ini, angin bisa itu ialah LALUAN atau BEKAS tempat tinggal atau PENEMPATAN jin dalam tubuh badan seseorang..(kalau salah mohon dibetulkan).

    adakah dengan adanya angin bisa dalam badan sesorang itu petanda PASTI bahawa badan itu pernah DIMASUKI jin? atau, diekori dan diperhati jin sahaja sudah mampu meninggalkan angin bisa dalam badan?...

    adakah terdapat perbezaan diantara angin biasa dengan angin bisa dalam badan seseorang? maksud sy dari segi rasa atau simptom dan bagaimana mengenal angin tersebut dalam keadaan biasa (tidak discan atau dirawat). terlebih dahulu sy minta maaf sekiranya pertanyaan sy ini sudah ada dalam penulisan saudara tetapi sy belum sempat membacanya.. andai ada, apakah tajuknya?

    apakah bacaan yang perlu untuk dijadikan pendiding segera ketika kita berjalan jauh atau kemana sahaja selain menjadikan Ayat Manzil sebagai amalan?
    (sekiranya belum menjadikan Ayat Manzil sebgai amalan)...

    dalam Al-Quran, Allah telah berfirman; Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu...maksudnya, bangsa jin juga dituntut agar beribadah kepada Allah, begitu juga manusia, beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi. Di akhirat kelak, segala amalan manusia akan ditimbang seadil-adilnya untuk menentukan kesudahan syurga atau neraka. bagaimana dengan jin?

    adakah yang dikenali sebagai 'orang bunian' itu juga adalah jin?

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth Imdad...

    1.Angin bisa ialah angin jin...atau bisa
    jin...

    Angin bisa itu samada sebagai laluan atau
    penempatan jin...atau ilmu sihir jin ter-
    sebut...

    Ada angin bisa..maka ada jin asalnya...sa-
    mada jin itu masih di dalam atau telah ke-
    luar...

    Sisa angin bisa menunujukkan pernah ada jin
    ..atau sedang ada jin...atau akan di datangi
    semula olah jin...

    2.Angin biasa sakitnya tetap...tak tak ber-
    ubah-ubah dengan amal...atau ke mana-mana
    juga kita pergi...

    Angin bisa biasanya memberi tindakbalas pa-
    da amalan...hilang-datang...ada masa bertam-
    bah kuat...ada musim..dan sebagainya...

    Juga mungkin akan bertindakbalas apabila
    kita bertemu orang ramai...atau memasuki
    seseuatu tempat...dan biasanya juga menye-
    babkan gangguan fikran dan perasaan...
    dan sebagainya...

    3.Pendinding...sentiasa amalkan Ayat Kursi
    tiap lepas solat...keluar masuk rumah atau
    tempat kerja...atau apabila akan memasuki
    sesuatu tempat...majlis...pasar...kampung
    dan sebagainya...Insya Allah...kalau di-
    izinkanNYA..saya akan menulis serba sedikit
    mengenainya pada blog nampak hati...

    4.Bangsa jin yang berakal juga akan memasuki
    Syurga atau Neraka...

    5.Bunian...oleh kerana kewujudannya lebih
    seperti jin...maka ia adalah jin...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum WBT...

    Alhamdulillah, terima kasih atas penjelasan yang mudah difahami. sekiranya sy mempunyai kemusykilan lagi tentang perkara ini, sy akan bertanya lagi.InsyaAllah...

    BalasPadam
  6. alhamdullillah.....selepas pengambilan produk sne.,mak saya tak jadi buat bypass, skrg cuma checkup setahun sekali sahaja....berikhtiarlah menggunakan produk sne ini utk sesiapa yg ada masalah jantung....www.produksne.com.my

    IKHTIAR dengan produk SNE untuk ANDA yang bermasalah:
    1.Lumpuh/Strok/Saraf
    2.Jantung/Darah tinggi
    3.Koma/Patah Tulang
    4.Buah Pinggang/Gastrik
    5.SakitPinggang/Sendi
    6.Buasir/Haid/Sembelit
    7.KencingManis
    8.SLE/Luekimia/Thalassemia
    9.Gout/Sakit Lutut
    10.Asma/Lelah/Resdung
    11.Thyroid/Bisul/Jerawat
    12.SukarMengandung/Keguguran
    13.Kanser/Fibroid
    14.Penyakit Kulit((Psoriasis/Ekzema)
    15.Prostat/Hati/Paru-Paru
    16.Masalah Seksual/Berat Badan
    17.Batu Karang/Tidak Lawas
    18.Penyakit yg sukar di ubati.....

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...semoga rakan-rakan
    pembaca di mana-mana juga dapat
    memanafaatkan maklumat ini...

    Terima kasih saudara atas perkong-
    siannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. assalam. sya ingin bertanya. sya sering rasa takut apabila berada dikhayalak ramai,seperti dimasjid,shooping mall,airport dan sebagainya sehingga menyukarkan sya utk berada lama didalamnya. sya juga sering pening kepala,terasa panas dibelakang telinga,takut apabila berada seorang diri selain sekali sekala dada rasa panas dan bagai dipicit2. sya tak mampu utk berjemaah dimasjid krn apabila sya hendak solat selalunya sya akan rasa lemah bdn,kepala pening dan rasa nak muntah dan diikuti dgn perasaan takut serta berdebar2. apakah petanda semua ini ustaz?

    BalasPadam
  9. Wa alaikum salam wbkth GSS...

    Ada jin atau angin biasa jin padat dalam diri...ada angin bisa atau jin pada bahagian
    kepala dan dada...ada gangguan jin pada jantung...maka jin meresapkan perasaan-
    nya dalam perasaan anda sehingga timbul perasaan atau fikiran-fikiran yang tidak
    wajar...dan lebih utama untuk anda ketahui...itu semua bukan sifat atau perangai anda...tapi jin yang mendampingi dan mengganggu.

    Ia biasanya gejala jin saka...maka minta rawat dan anda mesti ada pertahanan
    atau amalan sendiri secara berterusan.

    Sebaik-baiknya rumah juga perlu dirawat dan dibuat pendinding...kerana ada
    kemungkinan jin ' berumah dalam rumah '...yang akan memberi kelebihan jin
    tersebut untuk terus cuba menguasai anda...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  10. salam sy ingin bertanya....saya ni kena gastrik dh dekat sebulan.....tapi x baik2 juga...hospital,pakar,klinik dh byk kali g,tp still sama gak...dah ambk darah,masuk air,buat ecg(bacaan jantung),darah tinngi sumenya normal.....tapi sy sesak nafas,badan sejuk,kaki kebas,pening2,muntah,loya.....dan juga sendawa x berhenti2....ada sesiapa yg boleh bg pendapat dgn kes sy ini???ubat kampung sy dh g tp ustaz tu ckp sy tiada kena ganguan pape....

    BalasPadam
  11. Wa alaikum salam wbkth Shafiq...

    1.Sakit nyata...pihak hospital mendapati tiada masalah...

    2. Sesak nafas...badan sejuk....kaki kebas...muntah...loya...sendawa tak henti...

    ...adalah gejala masuk angin bisa atau gangguan jin.

    Secara teorinya...angin bisa jin masuk dari kaki...maka rasa kebas...badan sejuk
    tandanya angin bisanya meresapi seluruh badan...pening-pening...angin bisanya
    samapi dikepala...muntah loya...dari sebab angin bisa atau mungkin ada penempatan pada uluhati...sendawa tak henti...badan serba sedikit walau angin
    biasa agak padat...dapat dikeluarkan melalui sendawa....ustaz kata tak ada
    gangguan samada kebetulan ustaz tu kepakarannya bukan pada bidang ini...
    atau gangguan bersembunyi atau lari sebelum jumpa ustaz...maka nampak sihat...
    sesaknafas banyak angin biasa dalam dada...atau gangguan jin melibatkan jantung
    dan sebagainya...wallohu a'lam

    Perhatikan juga kalau sakit hanya dalam rumah dan diluar sihat....atau lebih sihat
    maka ada jin tinggal serumah.

    Amalkan Manzil...Ayat Kursi dan 3 Qul pernafasan...pagar atau minta pagar atau
    rawat rumah...trutama bilik tidur...sentiasa minum dan kalau boleh mandi air doa
    setiap hari...pantang sementara makan telur ayam...buah pisang dan daging
    binatang berkaki empat...sentiasa pasang rukyah sepanjang tidur malam...
    sentiasa berwuduk sebelum tidur dan lebih baik sepanjang masa setakat mana ter-
    daya kerana ada kemungkinan angin akan keluar selalu...kalau rasa jangan tahan...
    kerana ia juga cara badan buang angin bisa...usahakan cari perawat Islam berkaitan
    gangguan jin...Insha allah Shafiq ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. ...assalamualaikum....bnyk simptom aneh sy alami...tpi yg pling pnting dn menyedihkn ble sy spt hilang sgle prsaan...prsaan sdih,khusyuk,prsaan tnang dn tkowt ble menyebut nme Allah sume sy ta ase...sy rsau keadaan sy ni...ble sy solat,ngji,lwat org mti dn sbgainyer sy ase ksong ta ase pape....dlu sy bkn camni...simptom2 bi jdi sjak bln 5 thun lpas....agk2 pe yg sy alami ni ye???

    BalasPadam
  13. Wa alaikum salam wbkth fiqa...

    Ia boleh berpunca dari bolak baliknya hati kita sendiri...atau pengaruh amalan...
    atau pengaruh orang lain dan sekeliling.

    Dalam sekurang-kuranya 40 hari kita mesti mendengar ceramah agama sebagai
    motivasi...dan lebih banyak lebih baik...juga pilih kawan rapat dari orang yang
    menguatkan hati kita kepada Tuhan...bukan orang yang mati hatinya kerana
    'kematiannya' itu akan menular pada hati kita.

    Dan boleh pula dari sebab gangguan...dan untuk ini silalah fiqa lihat tajuk
    'scan' diri sendiri pada blog nampak hati.

    Kalau ada sebarang tindakbalas bererti kita ada gangguan jin...terutama bagi
    kes seumpama fiqa kalau ada ganggguan mungkin akan pening atau jantung berdebar...dan sebagainya...silalah ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam

  14. Rasa jantung berdebar boleh menjadi tanda-tanda awal penyakit jantung. Sebaik-baiknya kita tahu apa punca jantung berdebar pada diri kita kerana penyakit ini jika tidak dirawat ia boleh mendatangkan pelbagai komplikasi pada kemudian hari.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah Tuan Dr...terima kasih atas perkongsiannya...

    Biasanya saya akan buat ujian 'cubit cabut' atau minta pesakit buat rawatan kisar
    pada jantungnya...dan kalau rasa debar itu boleh hilang serta merta maka saya
    lebih galakkan rawatan gangguan jin terlebih dahulu.

    Dari segi gangguan...jantung berdebar itu kerana ada angin bisa atau jin padanya.

    Jin suka pada jantung kerana jin akan dapat mempengaruhi malah menguasai
    perasaan seseorang dengannya....selain menimbulkan kesan seolah-olah
    penyakit jantung termasuk sakit...lemah denyutan dan sesak nafas.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum ustaz..sy sering sesak nafas, berdbr2, rasa lemah n selalu mengatuk. Buat keje walaupun ringn sy trsa terlalu pent sehingga sesK nafas. Bdn terasa sejuk, kebas dan berdenyut2. Lagi2 di bhgian kaki. Bdan sering terasa sengalsendi. Ttp sekjp shja, lps tu rasa sengal tu hilg. Bdan sy pun sentiasa mengeluarkn angin. Ad rsa pening tp tidak selalu. Sy juga sentiasa berfikiran negatif. Sy sentiasa berfikir mengenai mati. Dan juga hal2 yg lain. Sy sentiasa rasa sedih, dan takut. Nk solt sorg pun sy takut. Mst ad yg teman kn sy. Sy juga ad mendengar bacaan ruqyah. Tersa berdebar dan ketar2 bdan. Tp tidak la truk. Sy cuma xpasti sma ad gguan, prsaan sy shja atau cuma angin biasa yg tidk melibtkn jin dn sbgainya. Mohon pandgan ustaz mengenai penykit yg sy alami ni. Sy dh xsanggup. Kdg2 trsa hilang semgat dan rsa tidk ceria seperti dulu.Terima kasih ustaz.
    Blog yg amat membantu sy

    BalasPadam
  18. Wa alaikum salam wbkth Shana....

    1. sesak nafas...cepat penat...sentiasa rasa sedih takut...hilang semangat...adalah gejala gangguan jin pada jantung...iaitu apabila berdebar...tanda-
    nya ada jin sedang duduk dalam jantung...cuba ya rawatan kisar
    rujuk pada blog nampak hati pada tajuk-tajuk beberapa bulan ke-
    belakangan...buat juga air doa sendiri serta amalan tiga Qul per-
    nafasan...

    ...disamping kalau boleh....minta rawat pada yang pakar...

    2. Selalu mengantuk...pening...fikiran negatif...fikir mati...adalah berpunca dari gangguan angin bisa atau jin pada bahagian kepala ( otak ).

    3. Rasa kebas berdenyut...lemah...ketar...sengal sendi...adalah
    gejala angin bisa jin dalam badan...sentiasa buang angin...angin
    itu biasanya berserta angin bisa jin keluar...dan gangguan itu
    masih belum dapat merasa selesa dalam badan...

    ....iaitu bukan perasaan semata-mata....tapi gejala-gejala gangguan
    jin dalam badan...termasuk pada bahagian kepala...jantung...sendi...
    perut...

    Gangguan -gangguan fikiran dan perasaan adalah dari sebab gangguan jin...atau keracunan angin bisa jin...dan bukan perasaan dan fikiran sebenar Shana.

    Semua penyakit ada ubatnya...sambil minta rawat...buat amalan pen-
    dinding juga rawatan diri sendiri...dan pantamgkan sementara makan
    telu ayam...buah pisang dan daging binatang berkaki 4 sehingga
    perasaan atau tubuh rasa selesa menurut pertimbangan diri sendiri.

    Insha Allah Shana ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum ustaz...adakah telur ayam,pisang dan daging binatang berkaki 4 itu juga makanan jin? kenapa jika ada serangan jin ustaz kata kena berpantang dari makanan tersebut

    BalasPadam
  20. Wa alaikum salam wbkth aki...

    Nak pantang boleh...tak pantang boleh terpulang pada pilihan sendiri...cumanya kalau kebetulan ada jin dalam badan...makanan ini menjadi makanan tenaga atau pemulih pada jin yang bertahan atau cedera.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  21. Salam.baru2 ni saya ade brmimpi digigit lipan.esoknya semasa bkrja saya ade mnum tehtarik.lbh kurg 1jam memandu tiba2 jntung saya berdebar2 n rasa nk pitam.saya cb bc bbrpa doa dn ayat2 suci dn rs brdebar tu beransur hilang ttpi msih ade saki baki.saya ade cb kurangkn mnum tehtarik n mnum air bacaan doa.saya jg kerapa sendawa.lpas sbulan rasa berdebar dan sesak nafas dtg lagi semasa solat.itu terjadi lpas 1jam mnum teh tarik.sy bc doa2 dia air n mnum dn debar pun beransur kurang ttpi tiba2 saya asek sendawa saja.bila smpia tgh mlm ini sy rasa ok sikit.adakah ini adenye gguan angin jim atau angin biase atau sakit jntung?

    BalasPadam
  22. Salam.baru2 ni saya ade brmimpi digigit lipan.esoknya semasa bkrja saya ade mnum tehtarik.lbh kurg 1jam memandu tiba2 jntung saya berdebar2 n rasa nk pitam.saya cb bc bbrpa doa dn ayat2 suci dn rs brdebar tu beransur hilang ttpi msih ade saki baki.saya ade cb kurangkn mnum tehtarik n mnum air bacaan doa.saya jg kerapa sendawa.lpas sbulan rasa berdebar dan sesak nafas dtg lagi semasa solat.itu terjadi lpas 1jam mnum teh tarik.sy bc doa2 dia air n mnum dn debar pun beransur kurang ttpi tiba2 saya asek sendawa saja.bila smpia tgh mlm ini sy rasa ok sikit.adakah ini adenye gguan angin jim atau angin biase atau sakit jntung?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Debby...

      Ia gangguan jin terutamanya rasa berdebar itu hilang selepas
      baca doa.

      sendawa itu bisa jin atau jin yang keluar ikut angin.

      Debar dan sesak nafas itu satu set gangguan jin...namun
      dari segi lain apabila sesuatu jenis minuman kelihatan-
      nya seolah-olah menyebabkan sesuatu ketidak selesaan
      maka sebaiknya elakkan.

      gangguan berulang itu tanda gangguan masih ada cuma agak
      lemah atau jin yang mengganggu sentiasa mengintai men-
      cari peluang mengganggu atau masuk badan .

      sebaiknya minta scan dan rawatan juga pada perawat islam
      yang berpengalaman disamping ikhtiar amalan kita sendiri
      kerana biasanya gangguan seumpama ini adalah dari bangsa
      jin yang juga berpengalaman dan ada tipu helahnya.

      Wallohu a'lam

      Padam
  23. Assalamualaikum.. Saya nak tanya, saya selalu batuk,tiada kahak. Makan ubat pun tidak lega. Sudah rujuk ke Doktor, sudah x-ray tapi tiada apa2.. Seminggu dua ni saya sering sakit di bahagian dada bawah dagu. Sakit ulu hati. Kadang kala dada rasa panas pedih. Sukar bernafas juga.. Badan saya juga sering lenguh2 dan letih walhal tidak berbuat apa2..kaki saya juga sering sejuk. Kenapa ya?

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum.. Saya nak tanya, saya selalu batuk,tiada kahak. Makan ubat pun tidak lega. Sudah rujuk ke Doktor, sudah x-ray tapi tiada apa2.. Seminggu dua ni saya sering sakit di bahagian dada bawah dagu. Sakit ulu hati. Kadang kala dada rasa panas pedih. Sukar bernafas juga.. Badan saya juga sering lenguh2 dan letih walhal tidak berbuat apa2..kaki saya juga sering sejuk. Kenapa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth yani...

      Rawatan hospital tidak mengesan sebarang punca dan ubat
      tidak berkesan tandanya ia berkemungkinan besar dari
      sebab gangguan jin makamgejalanya semua yang yani rasa.

      Sebaiknya minta rawatan perawat Islam yang pakar kerana
      kaki sejuk menandakan angin bisa jin masuk melaluinya
      hingga ke dada dan lenguh seluruh badan.

      kaki sejuk juga menunjukkan gangguan itu sudah lama dan
      angin bisa agak sebati dalam badan.

      Untuk ikhtiar sendiri sambil minta rawatn bacakan fatihah
      21 kali pada sebotol mineral 1.5 liter.

      Caranya buka tutup sentuh bibir bawah pada muncung botol
      dan baca suroh fatihah dengan suara terang atau jelas
      atau lantang dan selepas habis suroh ke 21 tiup air
      tersebut guna minum renjis 4 penjuru bilik dan campur
      air mandi

      pantang sementara makan telur ayam daging binatang ber-
      kaki 4 dan buah pisang kerana makanan ini akan menguat-
      sementara masih berawat...hinggalah badan rasa agak lebih
      selesa atau sihat insha Allah.

      Letak tapak tangan atas dada baca fatihah sambil sapu pusing
      lawan arah jam...kemudian takbir 7 kali dan sapu dari dada
      naik ke tenggorok serta sapu keluar mulut niat musnahkan
      dan buang keluar sekiran ya ada gangguan angin bisa atau jin dalam dada.

      Buat sekurang-kurang sekali pagi petang atau boleh 3 kali
      pagi petang...secara berterusan hingga rasa benar-benar
      sihat...Insha Allah

      Wallohu a'lam

      Padam
  25. Assalamualaikum ustaz...sy juga mengalami jantung berdebar debar setelah bangun pagi hingga waktu asar...bila malam sy rasa tenang sikit...sy slalu fikir tentang mati dan rasa sgt takut...selera mkn pon menurun...bila sy mkn perut rasa tak kenyang selalu lapar..adakah ini simptom2 gangguan..mohon pencerahan dri ustaz terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth uk.Jantung berdebar tanda ada jin sudah lama menumpang dalam badan.Selalu takut mati bias
      sanya tanda jin yang menumpang itu adalah jin yang yang sudah kematian tuan asalnya.Mungkin keluarga atau mungkin orang la
      in .Lapar seumpama itu tandanya ada jin tumpang makan biasanya tinggal dalam perut.Maka sebelum makan baca Surah Al Ikhlas 3 kali niatkan lalau jin tumpang makan terbakar dan hancur segala ilmunya zahir dan batin.Wallohu a lam

      Padam
  26. Saya juga mengalami gangguan jin yang menumpang dalam badan. Kadang jantung saya terasa sangat sakit dan terasa ada benda yang bergerak. Saya Dan pergi berjumpa perawat Dan perawat terse but telah tarik buang jin dalam badan saya tapi setelah saya balik kerumah jadi balik sakit, lagi teruk sakit didada Dan Belakang seperti dicucuk. Saya ada mandi menggunakan sabun terapi ruqyah Dan terasa apa bila saya sabun saja saya rasa panas Di bahagian yang terasa ada benda tu duduk adakah gangguan masih ada pada saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih ada.Kalau jin sekedar dibuang tanpa dihancurkan ilmunya maka jin itu mungkin akan balik atau mungkin juga rumah yang ditinggalkan dibadan akan dimasuki jin lain.serangan yang lebih teruk itu mungkin saja jin itu nak beri pengajaran dan pembalasan kepada kita agar tidak lagi minta rawat.Rumah juga hendaklah dirawat dan dipagar kerana jin itu mungkin sudah menguasai rumah maka sakit atau gangguan akan berulang sebaik melangkah masuk le dalam rumah

      Padam
  27. Saya juga mengalami jantung berdebar debar. Susah tidur. Kerap fikir yang bukan bukan. Selera makan menunrun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua gejala diatas tanda ada jin sudah lama menumpang dalam badan.Walluhu a lam

      Padam
  28. Assalamualaikum..ustaz.saya ni sesak nafas sat ok sat xok

    BalasPadam