Isnin, 25 Januari 2010

RAWATAN SAKA...Mesti Dari Puncanya...

iaitu...
rawatan saka pada diri seseorang hendaklah
bersama-sama dengan puncanya (seseorang
lain...iaitu dari mana jin saka itu datang )...


...Kes yang paling kerap adalah seseorang...
dengan ibu ( sangat kerap )...bapa...pakcik
abang...adik...atau sebagainya...


...kerana itu ada anak-anak kecil yang selalu sakit
rawatan rohani kepadanya kurang...atau malah
tak berkesan...kerana punca sakanya dari ibu...
( contoh )...


...maka ibu walaupun tampak sihat...perlu men-
dapat rawatan berserta dengan anak kecilnya...


Atau contoh lain...anak kecil itu selalu berkudis
dan tak sembuh oleh rawatan Hospital...
dan kebetulan dari dulu lagi bapanya juga selalu
mempunyai masalah yang sama...
maka bapanya juga perlu dirawat sekali...


Semua ini kerana jin saka itu 'menyerang'nya
semula dari tubuh orang tuanya sendiri..yang
menjadi tempat perlindungan juga mengatur
rancangan dan serangan...
dan ia boleh berpindah melalui pandangan...
sentuhan...nafas dan sebagainya...


Ada kes...anaknya selalu ketakutan kerana
nampak ' hantu '...setelah ibunya dirawat sama
barulah ia pulih seperti biasa...


Bagi orang dewasa...biasanya memadai hanya
ia dirawat...kecuali ada beberapa kes dan keadaan...
iaitu bila ia menyentuh tubuh asal
tempat sakanya...maka saka itu boleh masuk
semula ketubuhnya...


...tak kira samada saka itu
dari ahli keluarganya sendiri...orang lain...
atau malah daripada benda-benda mati....
seperti keris atau tangkal...


...atau sebaliknya jika dalam kes sekeluarga
dimana hanya orang tuanya di-
rawat...maka jin saka dari tubuhnya boleh ber-
pindah semula ketubuh orang tuanya melalui
sentuhan...
sedangkan asal saka itu dari orangtuanya...
(contoh)...


...dan perkara berpindah rendah ini boleh jadi
juga jika jin saka merata antara ahli keluarga...
maka sebaik-baiknya...semuanya dipereksa
dan kalau ada...perlu rawatan...


...atau kalau anda mahu mencegah kejadian ber-
pindah rendah ini...selain rawatan...pilihan ter-
baik adalah anda beramal sendiri....


Wallohu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan