Khamis, 21 Januari 2010

5 Tanda Saka Dalam Keluarga (Keturunan)...

Iaitu saka keturunan...

1.Mimpi buruk pada malam yang sama dalam
satu keluarga...

2.Mempunyai masalah atau penyakit yang sama
dalam kalangan satu keluarga...

...samada yang masih hidup atau ada kalangannya
yang sudah meninggal dunia...

3.Seseorang mula sakit apabila salah seorang ke-
luarganya meninggal dunia...

...dan gejala penyakitnya sama dengan keluarga
yang sudah meninggal...

4.Penyakit yang datang serentak dalam kalangan
ahli keluarga...

...atau penyakit yang seolah-olah bergilir-gilir
datang di antara ahli keluarga...

5.Saling membenci di antara ahli keluarga tanpa
sebab yang munasabah...

atau...mungkin bermusuhan walau dengan sebab
yang kecil...atau sebab-sebab yang sengaja di ada-
adakan...

atau...tak dapat dipisahkan tanpa sebab-sebab yang
munasabah...

Wallohu a'lam.

NOTA :

1.Tanda mimpi lain...iaitu ada dalam kalangan ahli
dalam satu keluarga bermimpi aneh atau mimpi
buruk...dengan bentuk mimpi yang sama...
dan tidak semestinya dalam masa atau malam
yang sama...

...contohnya...
mimpi anak sama dengan mimpi ibunya...seperti
selalu bermimpi orang kerasukan...datang ke satu
rumah besar...jumpa orang tua dan sebagainya...

2.Contoh masalah yang sama dalam sekeluarga
ialah seperti masalah rumah tangga...pelajaran anak-
anak...suka lari dari rumah...minum minuman
memabukkan...panas baran...masalah perniagaan...
berat jodoh...suka termenung dan sebagainya...

5 ulasan:

  1. Bagaimana pula jika saya seorang sahaja yang mendapat mimpi? Contohnya,saya sudah tidur tapi dalam mimpi saya,saya terjaga dari tidur dan nampak sesuatu yang menakutkan seperti bebola api yang mengelilingi saya..apabila saya ingin jerit ketakutan dan memanggil ahli keluarga saya yang lain,saya seolah-olah bisu dan sesak nafas..apabila sedar je rupanya ia hanya mimpi dan mimpi itu seperti realiti pada saya..
    Boleh jelaskan pada saya?

    BalasPadam
  2. As salam Sheyra...

    Ia merupakan gangguan jin semasa tidur...dan apabila ianya kerap berlaku...atau
    mimpi ganjil atau menakutkan sering berlaku...maka ia lebih kepada aktiviti jin
    dalam otak kita...iaitu jin tersebut dalam kepala dan menyasarkan bahagian
    otak tertentu agar kita dapat ditakut-takutikannya.

    Kemudian satu punca lagi...ialah gangguan kepada rawan ( roh ) kita namun
    biasa puncanya adalah seperti di atas.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum
    masa sekolah tadika saya pernah mimpi jin itu datang dan cuba bunuh saya dan keluarga saya.ia kerap berlaku dan tiba -tiba tidak muncul lagi.Tahun ini ia muncul kembali dengan menyakiti badan saya dan menggangu fikiran saya serta terdengar ia mencarut kepada tuhan ketika solat.saya bimbang Allah tidak terima saya dan tidak akan mengampunkan saya. Pelajaran juga sedikit merosot dan saya bakal menduduki SPM tahun depan.
    saya juga sedar ia menghasut saya supaya benci seseorang walhal itu orang tersayang saya. boleh beri panduan kepada saya bagaimana untuk mengabaikannya ?

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth Roserra...

    1. Nampaknya jin itu sudah lama mengikut anda...dan pastinya jin itu tahu kelebihan
    dan kelebihan anda...maka jangan kita 'terkejut' kalau gangguannya 'sangat sesuai'
    dengan 'perkembangan semasa' kita.

    Kalau badan jadi sakit-sakit dari sebab gangguannya...maka salah satu kemung-
    kinan adalah jin atau angin bisa jin keluar masuk badan kita...maka hasutan itu
    mungkin pada telinga atau dalam bahagian otak kita.

    Insha Allah solat itu tak akan 'terkurang pahalanya' dari sebab gangguan ter-
    sebut...malah apabila kita terus menjaga solat dalam keadaan bersusah payah
    Insha Allah...ia adalah medan perang yang jauh lebih besar dan hebat daripada
    perang Badar...maka demikian juga pahalanya...Insha Allah.

    Dan jin itu telah melakukan dosa besar kerana mencarut atau mengganggu
    orang yang sedang menyembahTuhannya.

    Sebaik-baiknya ada perawat yang berpengalaman kerana gangguan lama
    biasanya banyak muslihat dan tipudayanya...

    ...dan dalam masa yang sama...amal pendinding secara khusus...seperti Ayat
    manzil...3 Qul Pernafasan berserta ayat Kursi secara tetap.

    Kalau gangguan itu sudah masuk badan...atau jin itu sudah masuk bahagian
    otak maka sebaik-baiknya dirawat dan dikeluarkan...kerana kalau sekadar
    beramal semata-mata mungkin jin dan angin bisa agak mengambil masa
    untuk 'dibersihkan'.

    Bagi hasutan...kita perlu latih diri menumpukan ke pada perkara lain dan bukan
    melayannya walau dengan niat untuk melawan kerana perhatian akan memberi
    kelebiihan pada jin...dan apabila tumpuan kita beralih kepada benda lain maka
    kekuatan hasutannnya semakin lemah atau putus.

    Alihkan kepada perkara berfaedah lain seperti berzikir...baca Qur'an...membaca
    buku agama ...belajar...membuat sesuatu kerja dan sebagainya...

    Insha Allah Ros ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth Nurfa...

    Lelaki itu jin yang datang dalam mimpi...mungkin juga raja
    atau anak raja jin bagi satu kerajaan kecil jin.

    Ia nampaknya seperti rawan Nurfa di tahan di alam jin dan
    berkahwin dengan jin tersebut.

    Untuk rawatan...rawan atau semangat atau sebahagian roh
    Nurfa perlu di pisahkan dan dikembalikan ke badan.

    Alam mimpi kita adalah dunia sebenar bagi jin...dan kata
    lain...rawan kita tinggal sama dalam kerajaan jin di alam
    jin.

    Sebaiknya minta rawat pada yang pakar...biar dalam mimpi
    kuatkan niat untuk balik ke badan...jangan tanya tapi
    kata dengan nama Allah mula sekarang saya putuskan
    semua hubungan saya dengan kamu seluruhya...baca fatihah
    atau ayat kursi berulang-ulang dengan niat minta Tuhan
    bakar atau hancurkan mereka sehingga Nurfa terlepas
    dan balik ke badan.

    Amal juga fatihah pernafasan...3 Qul pernafasan...fahami
    dan buat kata pemutus walau dalam mimpi...buat air doa
    sendiri...juga kalau mampu amal ayat Manzil...serta
    dengar rakamannya setiap hari.

    Amalan di atas silalah rujuk pada blog nampak hati ya.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam