Selasa, 9 Februari 2010

BAHAYA DAMPING JIN...Jin Ikhlas...?

Wallohu a'lam...tak tau pula kalau ada jin yang mendampingi
seseorang manusia itu dengan niat ikhlas...

Secara tepat...ikhlas itu ialah jin mendampingi seseorang man-
usia dengan tujuan ikhlas membantu...untuk mencari keredha-
an Allah... dan bukannya 'ada udang di sebalik batu'...

Namun ada beberapa perkara yang perlu kita ambil kira...
iaitu...
adalah haram bagi jin memasuki tubuh manusia walau
dengan tujuan apa sekalipun...
tak kira samada ia ikhlas atau tak ikhlas.

Secara mudah difahami...
umpama sesebuah rumah...adalah haram bagi kita memasuki
rumah orang lain tanpa izin...
dan setiap tubuh manusia itu adalah ' rumah ' khusus untuk
rohnya...

...dan membenarkan jin sekalipun...memasuki tubuh kita
adalah dilarang kerana ia memudaratkan...
dan besar bahayanya...samada dalam jangka masa pendek atau
masa panjang...

dan perkara lain...
haram juga hukumnya meminta pertolongan jin...
samada secara langsung atau tak langsung...melalui rasukannya
pada tubuh seseorang dari kalangan manusia...

Maka hukumnya...sama seperti manusia...
iaitu tidak ada keharusan baginya melakukan perkara-perkara
yang diharamkan...
walau pun dengan tujuan untuk mencari keredhaan Allah.

Ia seperti kisah Robin Hood...
yang merompak harta orang kaya untuk membantu orang-
orang miskin...

Maka ikhlas jin untuk membantu adalah tertolak dengan ia
mengerjakan sesuatu yang di larang dalam Agama...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan