Sabtu, 27 Februari 2010

DUNIA MISTERI...Itu UFO...Bukan jin...

Pandangan dari bawah...benda itu kelihatan sangat jelas...
bentuknya bulat...berwarna putih kekuningan...
tanpa sebarang cahaya yang memancar atau menyuluh...

Malam masih awal...baru jam 8.10 minit...di awal-awal
Tahun 80'an.

Ketika itu langit penuh dengan taburan bintang yang
seperti pasir berkerlipan...
namun sebahagian langit di tutupi oleh awan tebal...
manakala bahagian langit yang tak berawan...butiran
bintang sangat jelas kelihatan...

Setelah beberapa ketika objek putih itu terbang perlahan
...akhirnya jelas ia berada di bawah paras awan...
iaitu ia sedang terbang di bawah awan tebal...

Saya sempat terpana oleh perasaan kagum meneliti objek
putih itu...tapi taklah sampai ternganga...takut nyamuk
masuk mulut...

Bagi saya ia suatu pemandangan yang luar biasa...dan saya
pasti tentang satu perkara...
iaitu bahagian bawah objek putih itu betul-betul menghadap
ke arah saya...

Terdorong oleh perasaan nak berkongsi pengalaman yang
saya anggap luarbiasa...dengan nada suara separuh tinggi
saya memanggil anak buah saya yang kebetulan sedang
berdiri dekat pintu keluar kekaki lima...

Objek putih itu seperti 'terkejut'...tiba-tiba ia bergerak laju
membuat satu pusingan bulatan sambil naik kearah atas...
dan ketika ia menyempurnakan satu bulatan...objek itu
sudah menghilang dibalik awan...

...dan pada gerakan laju itu pun tak ada sebarang cahaya
yang menyuluh atau memancar...juga tak ada sebarang
bunyi...

Saya anggarkan objek putih itu cuma memerlukan masa
dua atau tiga saat saja untuk menghilang dari pandangan...

Pendek kata kalau nak dilancar peluru berpandu anti pe-
sawat pun...cuma sempat berasap 'aja'...
sebelum sasarannya 'lesap' entah ke mana...

Pada hujung tahun 70'an...di Majalah Koleksi...iaitu majalah
misteri yang paling terkenal pada masa itu...
ada kisahnya pengakuan seorang Professor Barat (saya lupa
di mana...)
yang mendakwa sudah dua kali di datangi oleh makhluk asing...
dan bukti yang ada padanya hanyalah beberapa keping gambar
kapal piring...Wallohu a'lam.

Menurutnya rupa makhluk itu seperti manusia biasa...dan ber-
agama Islam...
serta kaum wanitanya juga berpakaian bertudung.

Mereka datang dari planet Marikh dan sudah beberapa kali
datang ke planet bumi pada sekitar bulan....(saya lupa)...
di mana ketika itu planet Marikh berada paling hampir dengan
bumi.

Makhluk asing itu boleh bertutur dalam dua bahasa iaitu B.I
dan Perancis...

Cara belajarnya...mereka menangkap suara-suara dari bumi
dan menterjemahkannya kepada bahasa mereka dengan
menggunakan komputer....

Mungkin ini penjelasan lojiknya...objek itu menghilang sebaik
saja saya meninggikan nada suara...
mereka sedang menangkap suara saya...dan mungkin mereka
sedang belajar Bahasa Melayu pula...

...atau kalau tak faham pun...
mungkin nada suara tinggi itu mereka anggap saya nak buat
sesuatu yang boleh mengancam mereka...
walaupun senjata paling moden yang ada pada saya masa itu
ialah lastik...

Tapi satu perkara yang lebih menarik bagi saya ialah tentang
dakwaan professor itu...
bahawa makhluk itu memberitahunya bahawa akan tiba masa-
nya nanti dunia dan seluruh alam ini akan hancur oleh kedatan-
gan Hari kiamat...

Dan akan ada satu malam terakhir...di mana ketika itu semua
manusia akan tertidur nyenyak...

Pada ketika itu Allah akan mendatangkan satu angin lembut
dan sejuk...
dan setiap kali ia melewati seseorang mukmin...
rohnya akan dicabut (...mati...) dalam keadaan ia tertidur...

Oleh kerana ia cuma dakwaan seorang Proffesor non Muslim
tapi berkaitan dengan Hari Kiamat...
selama lebih dua puluh tahun saya bersikap berkecuali...iaitu
tidak percaya tapi tidak pula menolaknya begitu saja...

Kemudian dalam Tahun 2002...saya terjumpa beberapa kete-
rangan dari majalah dan buku Agama ...(juga saya lupa namanya)
tapi ia memberikan maklumat lebih lanjut tentang hal itu...

Iaitu...bahawa Hari Kiamat itu akan berlaku pada Hari Jumaat.
dan malam sebelumnya...adalah malam terakhir untuk seluruh
alam ini...

Kemudian seperti yang Proffesor itu beritahu...angin sejuk itu
Allah turunkan untuk mematikan orang-orang Mukmin...

Dan pagi Jumaat itu...matahari akan terbit di sebelah Barat...
dan bukan di sebelah Timur sebagaimana kebiasaannya....

Maka kisah kengerian Hari Kiamat yang di sebut dalam Suroh
Al Zalzalah itu tidak akan di rasai oleh orang-orang Mukmin...

kemudian dalam kitab lain ada disebutkan...
bahawa alam ini akan Allah hancurkan keseluruhannya dengan
tiupan Angin Sur-Sur...
iaitu angin yang disimpan di Lapisan bumi yang ketujuh...

Maka bumi dan langit akan tergulung umpama kertas yang di-
renyuk-renyukkan...

Angin itulah yang menghancurkan kaum Nabi Hud As yang ga-
gah perkasa...dengan bukaan pintu 'kurungannya' tak sampai
pun sebesar hujung jarum...

Wallohu a'lam

2 ulasan: