Isnin, 22 Februari 2010

DUNIA MISTERI...RAHSIA BILIK SAJIN...

Iaitu satu bilik yang menjadi tempat penyajian jin
dengan hidangan-hidangan seperti ayam panggang...
telur ayam...kopi...dan sebagainya...

ketika itu saya tak pasti...samada benar-benar ada
jin yang datang...
atau saja petua yang dibuat-buat...
cuma yang pasti ia lebih merupakan satu daripada
amalan aliran kebatinan dari tanah seberang.

Seorang rakan pernah memberitahu...
seorang Ustaz berpesan...
kalau kita nampak jelmaan jin...maka baca Ayat
Kursi...
dan tarik nafas ke dalam badan...
dan sekali-kali jangan ditiup...kerana ditakuti jin
itu mungkin cedera atau terbunuh...

...maka tak mustahil kita akan diserang oleh kawan
atau keluarganya sebagai membalas dendam...

Jam 7.30 malam...dirumah seorang rakan...ada
sebuah bilik sajin disebelah bahagian dapurnya...
malam jumaat...
ertinya sajian sedang terhidang...

Saya baca Ayat Kursi sekali...
dan tiup kearah bilik yang pintunya sentiasa
bertutup rapat...
lampu bilik itu sengaja dipadamkan...
dan cuma beberapa batang lilin jadi penerang...

Tak sampai setengah minit...
tiba-tiba terasa seperti jarum-jarum yang tajam
meruncing menyerang dari arah belakang...

Terasa jarum-jarum halus menembusi tulang bahagi-
an belakang kepala...terus masuk kedalam kepala...
dalam masa setengah minit lebih kurang ada tiga atau
empat serangan...
bagi saya ia sangat diluar dugaan...

Saya terdiam seketika 'merasa' serangan-serangan yang
bertali arus...
hingga saya dapat pastikan benar...
hujung jarum-jarum itu menjadi cair sebelum sempat
mencecah bahagian otak...dan tak rasa sebarang sakit...

Untuk lebih pasti...saya baca sekali lagi...dan tiup ke arah
bilik...
ternyata serangan semakin kerap...

Terasa jarum-jarum menyerang dari belakang...tepi kanan
dan kiri kepala...tak ada pula yang datang dari hadapan...
tapi semuanya terasa cair sebaik saja menembusi bahagian
tulang kepala...

Serangan itu berterusan hinggalah saya mula tidur...tapi saya
tak hirau...'tak sakit pun...biarlah jin itu menyibuk tak ada
hasil...'

Saya dapat tidur nyenyak...dan ketika bangun Subuh...
serangan itu dah tak ada lagi...

JIN DALAM BILIK SAJIN...

Saya sering tertanya-tanya...makhluk apa sebenarnya yang ada
dalam bilik sajin itu...
dan 2 tahun kemudian melalui seorang rakan...saya tahu 'benda-
nya'...

Malam jumaat...di dalam bilik itu ada sebuah meja makan...
dan...dalam cahaya suram lilin...
dua makhluk besar berdiri menghadapi hidangan...

Kepalanya seperti anjing...berbadan seperti manusia tapi penuh
bulu...setinggi pintu bilik...

Kemudian di sekelilingnya...
lembaga-lembaga hitam setinggi 3 kaki memenuhi ruang...

Makhluk seperti anjing itu bertindak seperti ketua...
dengan lidah menjelir panjang...
kedua-duanya menjilat semua makanan yang terhidang dengan
lahap...
air liur meleleh di merata makanan dan meja...
sementara lembaga-lembaga hitam itu menanti dengan senyap...

Setelah selesai...makhluk berkepala anjing itu menyorong hida-
ngan ke hadapan...
dan tanpa membuang masa...lembaga-lembaga hitam itu berebut-
rebut menikmati hidangan seperti anak-anak anjing yang sedang
kelaparan...

Secara zahir...makanan itu masih ada...seperti tak terusik...
tapi secara rohani ia tinggal umpama hampas yang penuh dengan
air liur beracun...
dan akan meninggalkan kesan bahaya kepada manusia yang me-
makannya...

...iaitu racun itu akan mendedahkan ia kepada serangan
makhluk-makhluk berkenaan...
iaitu jin itu akan mudah masuk ke dalam badannya...
membawa kepada gangguan kesihatan jasmani juga rohani...
tubuh juga akan menjadi sangat berat (malas) untuk mengerja-
kan solat...

Kemudian pada suatu masa lain...di waktu siang...ada satu lagi
makhluk berkepala lembu...dan berbadan manusia...cuma ber
seluar pendek...
walaupun bentuk tanduknya panjang seperti kerbau...tapi badan-
nya putih kekuningan seperti lembu...

Menurut rakan tadi...makhluk berkepala lembu itulah ketua se-
benar...

Nota :

1.Adapun makanan yang di hidang untuk sajian jin itu...
ia ada beberapa perubahan fizikal selepas 'di makan'...dan antara
yang paling jelas ialah rasanya akan menjadi tawar dari sebelum-
nya...

2.Amalan yang menjadikan 'kebal' terhadap serangan jarum itu
ialah Amalan Ayat Manzil...
Ketika itu saya sentiasa membacanya setiap pagi dan petang...

Asal Ayat Manzil ini adalah dari sebuah hadis yang menceritakan
bagaimana Rasulullah SAW membacakan ayat-ayat ini kepada se-
seorang yang sedang dirasuki jin ( hingga disangkakan gila )...
tiba-tiba orang itui sedar seperti biasa...seolah-olah tak ada apa-
apa yang berlaku...( Insya Allah akan saya perincikan pada tajuk-
tajuk khusus ).

3.Golongan jin yang menyerang bahagian kepala ini sebenarnya
bermusuh dengan golongan yang mengganggu bahagian dada...
dan ia turut menyerang itu bukan atas dasar 'tolong menolong'...
tapi kerana mengambil kesempatan semata-mata...

...ia seperti...apabila anda 'berperang' dengan satu puak...tiba-tiba
puak lain turut datang menyerang puak yang menyerang anda...
bukan kerana nak membantu anda...
tapi kerana mengambil kesempatan dari sebab terjejasnya keku-
atan puak jin yang kebetulan menjadi musuh mereka...

Wallohu a'lam.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Saudara...

    Baru baru ini sya mengadakan kenduri dan banyak daging yang di tempah...

    Soalan saya bagaimanakah melindungi makan ini yang belum dimasak atau sudah dimasak dari pada tercemar daripada "makhluk halus"

    keadaan pertama
    1. daging mentah yang diletak kan didalam periuk besar tetapi tidak boleh ditutup rapat untuk mengelaknya berbau...

    2. Makanan yang sudah dimasak dan tidak tutup kerana proses pengagihan (contohnya semasa kenduri..)

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam AV...

    1.Baca Bismillah...ketika meletak dan me-
    nutupnya...dan kalau tutupnya tak rapat
    pun tak apa...

    Malah kalau pada sebelanga...letak seba-
    tang lidi niat sebagai penutup sambil
    membaca Bismillah...pun tak apa...

    Penutup serapat mana pun...tak akan dapat
    menghalangnya...

    Bismillah...itu yang penting...

    Baca Bismillah...pada setiap gerak mengurus-
    nya seperti meletak...mengacau dan menyeduk-
    nya.

    Kalau nak tambah...bacakan Ayat Kursi dan
    tiup dari jauh dan niat minta lindung...juga boleh...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam