Jumaat, 5 Februari 2010

SELAYANG PANDANG...ANDA DAN ANJING...

BAYANGKAN...

...anda sedang berjalan kaki di satu lorong seorang
diri...sambil membawa tongkat kayu...

Tiba-tiba muncul seekor anjing besar berwarna hitam
dari arah bertentangan....
dan ia berjalan menuju ke arah anda...

Apa yang anda rasa...?

Pilihan anda...

1.Anda merasa yakin yang anjing itu akan menyerang
anda...dan anda tak mampu melakukan sesuatu untuk
mempertahankan diri...

Anda membayangkan kaki dan tubuh anda mengalami
luka parah diserang oleh anjing itu...

2.Anda merasa yakin anjing itu akan menyerang anda...

Tapi dengan tongkat kayu di tangan...
anda membayangkan anjing itu lari kesakitan kena pukul
-an tongkat kayu...

3.Anda yakin...anjing itu juga cuma lalu di situ...
anjing itu tak akan mengganggu atau menyerang anda...

Dan persoalannya...

Apa perasaan anda kalau anda punya pilihan pertama...?

Apa perasaan anda kalau anda punya pilihan kedua...?

Dan...apa pula perasaan anda kalau anda punya pilihan ketiga...?

Anda akan berbeza pada satu perkara...iaitu perasaan...

Iaitu...bukan keadaan atau situasi yang akan membuat anda
merasa takut...
tapi keyakinan...dan cara anda berfikir...

Wallohu a'lam

1 ulasan:

  1. Woww mksud tersirat dari cerita ini mmbawa 1001 mkna dlm khidupan sharian,lbih khusus lg dlm situasi berhadapan dgn makhluk yg bernama jin.
    Rupa ny perasaan dan keyakinan memberi impak yg besar dan memain peranan yg sgt penting dlm satu2 situasi..

    BalasPadam