Iaitu suatu keadaan di mana anda mengalami
rasukan jin sepanjang masa...
...tapi bukan bererti anda terus dalam keadaan
dirasuk...
sebaliknya anda sangat sering dirasuk...
Contohnya anda dirasuk sekali dalam tiap-tiap
jam...atau pagi petang malam...dan sebagainya...
...iaitu keadaan anda sedar dan hilang kesedaran
bersilih ganti...
...dan keadaan ini berterusan selama berminggu-
minggu...berbulan-bulan atau mungkin bertahun
-tahun...
Dari satu sudut...rasukan ini terbahagi kepada
dua bentuk...iaitu rasukan jelas dan rasukan ter-
sembunyi...
Rasukan jelas ialah anda mengalami rasukan jin
dan anda menunjukkan gejala kerasukan yang
sangat jelas seperti berubah suara...
menjerit-jerit...mengamuk...tiba-tiba pandai
bersilat...pandai mengubat dan sebagainya...
Rasukan tersembunyi ialah suatu keadaan anda
dirasuk jin...tapi orang tak tahu pun anda sedang
dalam keadaan kerasukan...
...kerana anda tak menunjukkan gejala rasukan
yang ketara...sebaliknya terus bersikap seperti
orang normal sedangkan pada masa itu anda dah
tak sedar apa-apa lagi...
Bagaimanapun...pasti ada tanda-tanda rasukan
pada anda seperti...perangai anda tiba-tiba ber-
ubah serta merta...contohnya lebih lembut
atau lebih kasar daripada kebiasaannya...
...atau lebih 'bising' atau tiba-tiba jadi pendiam...
tak kenal orang...jari-jari tangan bergerak-gerak
...badan melenggang lenggok...mata merah ber-
cahaya...renungan yang aneh atau menakutkan
dan sebagainya...
Bagi rasukan tersembunyi ini seseorang itu mem-
punyai ingatan dan kesedaran yang terputus-
putus...
Contohnya...ia melihat seorang rakan yang datang
menziarah...beberapa detik kemudiannya ia
mengalami rasukan dan hilang kesedarannya...
...tiba-tiba beberapa jam atau keesokan harinya ia
sedar dan bertanya di mana rakan tadi...padahal
rakan itu sudah lama pulang...
...iaitu di antara masa ia nampak rakannya...dan
bertanya itu biar pun mengambil masa beberapa
jam atau mungkin sehari dirasanya cuma beber-
apa saat sahaja...
Apa saja yang ia buat semasa dalam keadaan di-
rasuk itu sama sekali tak diketahuinya...dan mun-
gkin menafikan sesuatu yang sebenarnya ia dah
buat...
Biasanya sebelum dirasuk...itu seseorang itu mun-
gkin mengalami pengalaman atau kejadian aneh
seperti ia ternampak makhluk yang ganjil...lalu
hilang kesedaran...
Pada peringkat ini...samada ia jenis rasukan jelas
atau tersembunyi...seseorang itu sudah sampai
ke peringkat tenat...
...dan jin itu sudah sebati atau bersatu dengan
darah dagingnya...
Sekiranya jin itu ditolak keluar ke ubun-ubun...
contohnya dengan kekuatan tenaga dalam...
mungkin daging dan organ dalamannya turut ter-
tolak ke atas dan menhadapi risiko pendarahan
dalam serta kerosakan organ jika terus dipaksa...
Biasanya dalam keadaan ini...seseorang itu akan
mengalami penyakit berat dan ganjil pada bahagian
dada atau kepala...atau kedua-duanya sekali...
Rasukan -rasukan ini biasanya dibuat oleh jenis jin
yang kalau kita ibaratkan seperti manusia...orang
yang memiliki ilmu kebatinan...
Walohu a'lam.
Bagaimana pula orang yang berpenyakit dyslexia sejak kecil? Itu makhluk halus ke apa? I ada dyslexia sejak kecil. Ingatan selalu terputus putus.
BalasPadamazlinar...
BalasPadamwallohu a'lam...tapi kalau rawatan Hospital kurang berkesan...minta rawatan Rohani.
Cuma memang ada...salah satu tanda-tanda gangguan jin adalah gangguan ingatan...samada sangat pelupa...termasuk ingatan selalu terputus-putus...malah ada orang yang ingatannya terputus sementara itu kerana ia sedang dalam keadaan rasukan...samada ia akan duduk diam atau melakukan sesuatu...kemudian tiba-tiba ia tersedar semula.
Dan secara umum bagi setiap sesuatu gangguan jin itu kalau dari kecil lagi...kemungkinan besar ia merujuk kepada gangguan jin saka.
Tapi untuk pastikan...azlinar boleh minta scan atau rawatan dari pakar-pakar rawatan Rohani...
Wallohu a'lam.