Jumaat, 28 Mei 2010

TANDA BESAR SAKA KELUARGA...SAKIT 'BERPINDAH RENDAH'...

1. Iaitu tanda besar sesebuah keluarga itu ada saka
adalah penyakit yang sama dan berpindah rendah
dalam kalangan ahli keluarga...

2. Contohnya...ibu sakit anak sihat...anak sakit ibu
pula sihat...atau abang sakit adik sihat...adik sakit
abang pula sihat dan sebagainya...

...kemudian penyakit itu pula mempunyai gejala-
gejala yang sama...

3. Antara sebab jin saka berpindah rendah dalam
ahli sekeluarga...

a. Nak cari tempat yang lebih sesuai...

b. Nak cari penempatan baru atau tambahan...

c. Manusia yang ditumpanginya meninggal dunia...

d. Tak dapat bertahan tinggal di badan orang yang
samada dirawat atau beramal...

4. Biasanya jin saka akan cuba kembali kepada
tubuh asal yang ditumpanginya...
atau kalau tak mampu kerana terhalang oleh sebab
kesan rawatan...ia cari ahli keluarganya yang lain.

Wallohu a'lam

4 ulasan:

  1. As'kum wbt Uncle Junid..

    Kalau selain ahli kuarga ada kemungkinan 'benda' tuh akan berpindah x?..contohnyer kawan2 rapat ke? Coz saya ada seorg close fren. Mmg rapat sgt..tapi apa yg saya perasan lepas sy rasa sakit2, soon dia laks rasa sakit...saya dah byk kli nk bagitau dia ada yg xkena dengan dia, tapi sampai skrg xtau macam mana nk yakinkan dia...ada x cara utk saya buat dia nmpk/rasa apa yg dia ada...coz klu nk suruh dia scan diri sendiri, dia bukan jenis yg macam tu...macam mana ye?

    BalasPadam
  2. wa alaikum salam seribayu2k...

    Tak mustahil...terutama kalau ia tak terikat
    dengan sebarang perjanjian...dan tak ada ahli
    keluarga tuannya yang dirasa sesuai...maka ia
    cuba sesuaikan dirinya pada orang lain yang
    dirasanya mungkin sesuai...terutama orang yang
    rapat dengan tuannya...

    Sebab lain...
    biasanya yang terjadi antara dua...iaitu...
    contohnya si A dan si B ada gangguan masing-
    masing...maka mereka akan saling merasa kesan
    tindakbalas dengan sebab jin pendamping mere-
    ka yang bermusuh malah mungkin 'bergaduh'...

    ..dan kedua ialah jin pendamping seseorang
    menyerang orang lain termasuk kawan karib tuan-
    nya tanpa disuruh...malah tanpa diketahui...
    kerana pada hakikatnya jin itu adalah diluar
    kawalan tuannya...

    Antara cara nak menyedarkannya...dengan memberi
    minum air doa...atau air yasin...atau Air Manzil sekedar sedikit...contohnya seteguk...
    maka mungkin ada tindakbalasnya...

    Cara lain...baca Ayat Kursi pada tapak tangan
    kemudian sentuh kulit tangannya...
    dan kalau ia rasa panas...maka ia ada gangguan angin bisa...

    Dan lebih mudah...suruh ia lekapkan tapak
    tangan kanannya ke kulit tangan kirinya...
    kalau ia rasa tapak tangannya itu panas
    membahang...tanda ada angin gangguan...

    Dan sebagainya...

    Wallohu a'lam.

    BalasPadam
  3. Salam saudara. Kalau kita pegang atau picit tengkuk sesorang dan ia seperti merasakan ada karan ditangan kita itu maknanya apa ya?

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth puan...

    Tengkuknya itu ada angin bisa...itu yang kita rasa karan kerana kita ada
    pendinding...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam