Ia hanya sekedar sebiji botol mineral 1.5 liter...
tapi dengan Fatihah 3 kali...ia jadi botol
penyedut jin ( ada cara 'buatnya' ).
Botol itu di tanam di satu sudut halaman rumah
hingga ke 'paras lehernya'...dan dengan muncung
terbuka ia akan menyedut setip jin yang lalu dekat
atau terbang di atasnya...
Asalnya botol itu ditanam untuk menyedut jin yang
cuba mengganggu rumah jirannya itu...tapi rasanya
ia kurang berkesan kerana hanya jin yang 'lemah'
saja dapat disedut...tapi bagi jin yang 'kuat' agak
kurang berkesan sedangkan golongan inilah yang
paling banyak mengganggu.
Saya tak nampak pun jinnya yang terperangkap
tapi saya dapati daun-daun pokok bunga yang ber-
ada di bahagian atas muncung botol jadi layu kuning
seolah-olah terkena bahang panas unggun api.
Namun seorang rakan lain dengan izin Allah berjaya
menyerang dan menangkap jin sakanya sendiri...
kemudiannya di kurung dalam botol itu...
Saya pernah menegur rakan pembuat botol sedut
itu...kalau dah masuk botol bagaimana jin itu nak cari
makan...terutama kalau jin itu cuma kebetulan lalu
dan tak berniat mengganggu sesiapa...
Tapi rakan itu mengatakan jin dalam botol itu masih
dapat 'menangkap' makanan yang kebetulan lalu di-
atas...dan pada hakikatnya jin itu terkurung tak seperti
manusia...ia masih dapat mencari makanan di luar.
wallohu a'lam.
Rakan itu pernah mengurung seekor jin dalam botol
tapi kali ini muncung botol itu di tutup.
Untuk beberapa lama...rakan itu mendapati jin itu
dah kebulur dalam botol yang tertutup...dan kerana
simpati...ia melepaskan jin itu keluar.
Sebaliknya kemudian ia mendapat serangan balas
dendam yang hebat dari jin tadi...hinggakan rakan itu
rasa ' ingatkan saya dah nak mati '...tapi jin katakan...
ia juga makhluk Allah...hanya sekedar dapat berusaha...
Allah tak izin ia membinasakan rakan tadi...usahanya
gagal begitu saja...
Rakan itu beritahu...jin tak akan menghargai simpati
orang yang melepaskannya...
jin itu cuma tahu...' oo...kau seksa aku ya!...sekarang
rasakan akibatnya...' memang dasar perangai jin...
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan