Rabu, 30 Jun 2010

DUNIA MISTERI...Jin Penghalang Tahajjud...

Seorang rakan menceritakan...
ketika ia mula berazam mengerjakan Sunat
Tahajjud...

Jam 2 pagi...ketika ia keluar dari bilik
untuk mengambil wuduk...ruang diluar sangat
terasa seperti 'ramai orang'...

Semasa ia terus melangkah...'orang ramai'
itu menangis merayu-rayu agar ia membatalkan
niatnya...malah terasa bayangan 'dua orang
perempuan muda berambut panjang' menangis
dan berpaut pada kaki juga menarik tengannya.

Walaupaun agak seram...rakan itu terus juga
ke bilik air dan mengambil wuduk...

ketika ia kembali ke bilik...ruang yang tadinya
di penuhi 'orang ramai' dah menjadi kosong...

wallohu a'lam

NOTA

1.Baru niat dan berwuduk saja pun dah jadi
pembenteng jin...

10 ulasan:

  1. Salam ustaz.klu kita tgh merawat.jin pesakit tu habaq awk pon ada jin jgk.nama nya jin asap.bleh percaya tk ustaz

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Polaju...

    kadang-kadang jin itu cakap betul...kadang-kadang hanya
    helah agar kita terhenti atau terlalai merawat.

    Wallohu a lam

    BalasPadam
  3. Salam.ustaz.nk tanya psl tiupan.time bila tiup kuat.bila tiup pelan.mcm buat air tiup kuat kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Polaju...ya.

      Kuat pelan perkara kedua mana-mana saja yang penting
      tumpuan dan niat kuat sambil meniup...ikut kekuatan
      dan keyakinan hati sendiri...Wallohu a lam

      Padam
  4. Salam ustaz.amalan harian sy tarik nafas.tahan.bca 3 kul.bismilah 5.dan salawat.tumpuan fikiran d jantung.ketika lps nafas sy byg kn tenaga umpama karen dari jantung menyebar ke seluruh anggota.ok ke ustaz

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth Polaju...setakat pengalaman saya
    tidak ada masalah...kekuatan boleh kita bentuk dari
    tumpuan...latihan juga kreativiti kita sendiri...
    Wallohu a lam

    BalasPadam
  6. Salam ustaz.org yg kuat tenaga dalam ni apa manfaat nya ustaz

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth Polaju...

    Tenaga dalam itu adalah kekuatan dari dalam diri sendiri
    maka kekuatan itu akan terguna pada apa jua yang kita
    niat dan lakukan...Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. Salam ustaz.seorang perawat menghadiahkan ayam kepada jin agar jin itu keluar.tpi bkn ayam betul.cuma jin itu ditunjukkan ayam secara makrifat.ada jugak saka tk nak keluar dgn syarat dya cuma nk balik pada tuan nya yg da meninggal dunia.perawat pon menunjukkan tuan nya secara makrifat.baru jin tu keluar.apa pandangan ustaz cara perawat ni

    BalasPadam
  9. Wa alaikum salam wbkth Polaju...

    Pada asasnya apa juga imbalan...hadiah atau persembahan
    yang jin minta tidak boleh diberi...

    ...cuma kalau dalam hal ini samada timbul soal darurat
    iaitu itu saja pengetahuan perawat untuk menghilangkan
    kemudaratan dari pesakit...Wallohu a'lam...silalah Polaju
    bertanya pada orang yang lebih tahu ya.

    Cuma sekadar pengalaman saya...apa juga yang kita mak-
    rifatkan dapat dilihat malah diterima oleh bangsa jin
    iaitu jin itu benar-benar dapat ayam dan 'tuannya'
    yang sudah meninggal.

    Bukan bermaksud tuannya atau roh tuannya itu datang
    malah tidak ada kena mengena dengannya...tapi yang kita
    makrifatkan tuannya itulah yang jadi dan dilihat
    oleh jin tadi.

    Tapi dari segi sudut lain...kalau jin dapat yang ia minta
    tadi belum tentu jin itu benar-benar pergi..atau kalau
    pergi kemungkinan besar jin itu cari orang lain pula
    termasuk keluarga pesakit...maka tidak selesai ganggguan-
    nya malah dengan pemberian barang makrifat itu tadi
    boleh jadi menambah kekuatan sihir jin tersebut...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam