SIAPA SI 'DIA' NI...?
Ia adalah sejenis makhluk daripada bangsa jin...biasanya
berupa perempuan tua...
Ia mungkin kelihatan seperti jin Islam...atau mungkin
seperti jin kafir...
Tapi bila ia hidup dalam satu keturunan...satu keluarga
atau pada seorang manusia ...ia adalah 'syaitan' kerana
ia akan buat kerja syaitan...
CARA NAK DAPAT...?
Tak payah dicari...tak payah amal sihir...tak payah buat
apa-apa...kerana jin ini akan datang sendiri...termasuk
pada anda kalau dah jadi pilihannya...
Tak timbul soal percaya atau tidak...tahu atau tidak...
mahu atau tidak...bersedia atau tidak...sanggup atau
tidak...dan bermacam-macam atau lagi...
Tapi kalau anda bukan pilihannya...anda sengaja panggil
pun...bagi 'rasuah' ayam...kopi o...cerut...atau apa saja...
...tipis harapan...terutama kalau ia dah ada pilihan lain.
Pada kebanyakan kes...'perempuan tua' ini adalah jin saka
dan akan berpindah kepada orang lain...samada anak...cucu
...cicit...sepupu...saudara dan sebagainya kepada tuan badan
yang didampinginya...tapi kalau pilihannya adalah orang lain
yang tak ada kena mengena keturunan pun...tak ada masalah
...tapi pasti orang yang jadi pilihannya akan ada masalah....
Yang penting...pilihannya itu adalah orang yang paling rapat
...paling disayanginya...oleh tuannya...juga tak ada halangan
seperti amalan pendinding yang kuat...atau yang ada saka
yang tak 'ngam kepala' dengannya...dan sebagainya.
Pilihannya itu tak kiralah...lelaki atau perempuan...budak-
budak...bujang atau dah berkahwin...tapi kalau ada pilihan
antara lelaki atau perempuan...biasanya yang 'bertuah' jadi
pilihan syaitan ini adalah yang perempuan.
Rahsianya kerana perempuan umumnya kuat emosi...
maka peranan 'perempuan tua' syaitan yang pakar dalam
'memandu' emosi manusia ini...akan lebih 'lancar dan
berjaya' di dunia...(tapi akan 'lingkup' di Akhirat...)
Begitu juga...tak ada jaminan pilihannya itu akan tetap
pada seorang saja dalam satu masa...malah tak ada jaminan
pula syaitan ini tak akan berpindah orang...terutama kalau ada
halangan untuk tetap pada seseorang...samada kerana di-
rawat atau kerana beramal...dan tak mustahil pula ia berpindah
rendah dalam sekeluarga...atau satu keturunan dalam 'pengem-
baraannya' mencari 'tempat berbuat jahat' yang mudah dan
selesa...
Tanda-tanda anda didampingi 'perempuan
tua' ini...
1.Selalu pening kepala tanpa sebab...selalu runsing atau
bingung tanpa sebab...mudah buntu...gugup...
2.Selalu rasa berat kepala tanpa sebab...
3.Selalu sakit kepala tanpa sebab...
4.Kalau gangguan lebih berat...mungkin selalu rasa nak pitam
atau mungkin selalu pitam...sedangkan anda tak ada masalah
tekanan darah...
5.Kadang-kadang anda hilang ingatan...iaitu ingatan terputus
pada satu jangka masa yang pendek...tapi ia terus berlarutan
dalam sehari-hari...
6.Kadang-kadang anda kurang sedar...atau boleh jadi tak sedar
semasa melakukan sesuatu...khususnya semasa menyakiti hati orang
khususnya pasangan...samada anda mengucapkan sesuatu...atau mel-
akukan sesuatu...
7.Anda sangat pelupa...lupa itu dan ini...termasuk perkataan atau
perbuatan kasar yang anda buat terhadap orang lain...terutamanya
kepada pasangan...
8.Mata anda merah...kadang-kadang ada gangguan yang menyebabkan
mata seseorang itu merah kedua-duanya dan ada juga merah sebelah
mata sahaja...
9.Mata kerap rasa berat atau mengantuk tanpa sebab munasabah...
10.Kadang-kadang timbul cahaya asing yang ganjil pada mata...
11.Mungkin muka anda kalihatan garang atau seperti dalam keadaan
marah tanpa anda sedari...dan tanpa sebab...
12.Mata menjadi berat mengantuk...
...semasa membaca buku ilmiah...
...semasa membaca buku agama...
...semasa membaca Qur'an...
...semasa mendengar bacaan Ayat-Ayat Al Qur'an...
...semasa dirukyah...itu pun kalau jinnya tak lari atau bersembunyi
pada masa itu...
...semasa mendengar Khutbah...
...semasa dalam majlis tahlil...
13.Kerap rasa berdebar-debar tanpa sebab yang munasabah...
14.Kalau gangguan dah bertambah kuat...ada penyakit dalam dada...
seperti sesak nafas...berat dada...sakit di mana-mana termasuk jantung...
rasa terhimpit...rasa panas...rasa pedas...rasa dicucuk jarum atau benda
tajam...dan boleh sampai ke tahap kanser...(tapi biasanya ialah sakit
jantung)
15.Ada perasaan takut...benci...marah...gembira...dendam...rindu...
dan sebagainya tanpa sebab yang munasabah...kadang-kadang marah tak ada
sebab...maka anda mulalah nak 'cari pasal' terutama kepada pasangan...
16.Sangat mudah menyangka buruk terhadap orang lain...termasuk rasa orang
lain mengata anda...atau memburuk-burukkan anda...atau ada niat jahat ter-
hadap anda (bergantung kepada bentuk dan kekuatan gangguan...)
17.Perasaan marah biasanya melonjak naik tanpa sebab munasabah...dan kerana
itu anda sangat sukar mengawal perasaan marah...
18.Kalau berbalah pendapat...tak mahu kalah...tak kira anda rasa anda betul
atau tak betul...kerana yang penting adalah melempiaskan perasaan marah...
19.Kuat berdendam...
20.Anda selalu merasa letih lesu tanpa sebab yang munasabah...
21.Anda mungkin ada merasakan tubuh menggeletar...atau lihat pada jari-jari
tangan...kadang-kadang ia jelas menggeletar...
22.Selalu mimpi aneh atau mimpi buruk...
23.Atau selalu 'tidur mati'...
24.Kadang-kadang tersedar selepas tengah malam...dan sukar lelap semula...
25.Ada juga yang mengunyah-ngunyah sesuatu seperti orang 'makan-makan'
semasa sedang tidur...
Kalau seseorang itu didampingi jin saka ini sejak kecil...maka ia akan
mengalami antara gejala di bawah...(termasuk sejak bayi)...
1.selalu demam panas...
2.Ada kudis di kaki atau di tangan...atau seluruh tubuh...kadang-
kadang ia gatal...samada ia ada air atau kudis kering...
3.Tidak suka mandi...
4.Selalu mengigau malam...
5.Selalu mimpi aneh atau mimpi buruk...kadang-kadang bermimpi
berjumpa atau di sakat perempuan tua...
6.malas ke sekolah...
7.Selalu mengantuk atau berkhayal di dalam kelas...
8.Sukar menumpukan perhatian pada guru...atau pelajaran...
9.Pendiam...tapi kalau dah mula bermain...selalunya terlebih-
lebih...
10.Suka menyendiri...gelisah atau takut berada di kalangan
orang-orang baru...
11.Tidak berminat belajar...baru seminit dua mengulangkaji...
mata dah jadi sangat berat kerana mengantuk tiba-tiba...
12.Selalu runsing nak ke sekolah...kalau tak terkawal akan
selalu ponteng.
13.Sangat penakut pada hantu...
14.Selalu menggeletar...samada jari-jari atau seluruh tubuh...
tanpa sebab yang munasabah...
15.Sangat pemanas...
16.Kuat merajuk...dan suka membalas dendam...
17.Selalu nampak perempuan tua datang pada masa antara jaga
dan tidur...
dan sebagainya...
Anda mungkin dapat mengesan atau mengetahui kehadiran perem-
puan tua ini pada beberapa keadaan...
1.Tertangkap dalam gambar...
2.Anda nampak ia dalam mimpi...atau pada masa antara tidur
dan jaga...
3.Anda merasa diri anda seperti perempuan tua...contohnya
merasa bongkok dan terketar-ketar...atau anda rasa perangai
anda macam perangai seorang perempuan tua...
Ia samada tak bersebab...atau semasa anda beramal...semasa
berdiri di hadapan orang ramai...atau semasa anda di rukyah
dan sebagainya...
4.Mungkin perawat atau rakan-rakan yang tahu...atau 'nampak'
perempuan tua itu akan memberitahu anda...
Dan sebagainya...
Pilihan pewaris utama adalah orang yang paling rapat dan
disayangi tuannya...
anda mungkin nak tahu kenapa...?
Seorang rakan yang menjadi pewaris dari ibunya yang baru dua
minggu meninggal...pada suatu ketika ia terjaga dari tidur
tengaharinya...ia mengalami rasukan perasaan jin saka itu...
dan ia gambarkan...
"...saya sangat bingung!!!mustahil tuan saya sudah meninggal
dunia...ia mesti masih ada di sini...saya mahu berjumpa dia
...saya mahu menemani dia...mana dia...mana dia!!!mustahil
dia sudah meninggal dunia!!!uwaargh!!!"...
Rakan itu beritahu hatinya meraung-raung kesedihan...rasa
nak berguling-guling di atas tanah kerana kerinduan dan
kesedihan yang sangat meluap-luap...
Mujurlah rasukan perasaan saka tak sampai pun 5 minit...
itu pun rasanya dah naik gila...
Itulah kasih sayang 'seekor' jin saka perempuan tua dan
kesedihannya yang sangat hebat ditinggal mati oleh tuannya.
Maka waris pilihan utamanya adalah orang yang paling rapat
dan disayangi tuannya...
Tapi anda mungkin 'suka' nak tahu..apa yang dibuat oleh saka
itu ketika tuannya masih hidup...syaitan itu melaga-lagakan
tuannya dengan si suami...hari-hari bertengkar dan bertekak
malah hingga terungkit segala sakit hati...segala salah silap
masing-masing biar yang sudah bertahun...berbelas tahun...malah
berpuluh tahun yang lalu...dan tuannya itu sudah membungkus
semua pakaiannya dalam bungkusan-bungkusan sarung kerana nak
lari dari rumah...dan ketika itulah tuannya jatuh sakit tiba-
tiba dan akhirnya meninggal dunia...
Dan dengan izin Allah...ketika rakan itu berpeluang menyerang
sakanya dengan pukulan-pukulan tenaga dalam...ternyata perem-
puan tua itu langsung tak melawan atau cuba melarikan diri...
ia terus 'bersabar' menerima serangan-serangan dari pewarisnya
walaupun ia tampak kesakitan...seolah-olah ia rela diperlakukan
apa saja dari seorang yang sangat disayanginya...
Akhirnya rakan itu menangkap jin saka itu dan memasukkan ia ke-
dalam sebiji 'botol penyedut jin' yang dibuat oleh seorang rakan
lain...
Wallohu a'lam.
Nota.
1.Segala tanda-tanda di atas juga adalah gejala-gejala anda di-
dampingi jin saka...tak kira jin jantan atau jin betina...jin
muda atau jin tua-tua keladi...makin tua...jahatnya makin men-
jadi-jadi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan