Sabtu, 31 Julai 2010

SAKA...8 SEBAB PERLUNYA RAWATAN...

Iaitu sebab-sebab anda perlukan rawatan dalam
menghadapi gangguan saka...

1.Jin saka adalah jin ilmu...

Itu yang paling kerap...iaitu jin ini memiliki
ilmu kebatinan dan mempunyai kelebihan berban-
ding jin biasa yang 'kosong'...

Jin ini mungkin dulunya...pernah mendampingi
atau merasuk seseorang...atau mungkin ramai
orang sejak bertahun...beratus tahun atau
mungkin beribu tahun...dan menjadikan mereka
seorang ahli kebatinan yang hebat...

Maka apabila jin saka ini memilih anda sebag-
ai tuan atau rumah baru...samalah seperti
anda sedang berhadapan atau menentang sese-
orang yang memiliki ilmu kebatinan yang
tinggi...

Kerana itu anda perlu bantuan perawat juga
mendapat panduan serta amalan untuk membe-
entengi diri...

2.Jin saka biasanya sangat berpengalaman...

Jin saka ini biasanya tahu kelemahan dan
kelebihan seseorang yang didampinginya...

Maka ia akan mempergunakan segala 'kebij-
aksanaannya' dalam menguasai dan berbuat
tipu helah terhadap anda...sehingga anda
terkeliru atau berputus asa..

Perawat yang berpengalaman sangat perlu
dalam menghadapi jin saka...

3.Jin saka nampak anda..dan anda...

...pula sebaliknya...malah betapa ramai
orang yang jin sakanya bertapak kuat da-
lam badan...sebaliknya merasa sangat
marah bila dikatakan ada saka...semata-
mata kerana tak nampak benda-benda halus
ini...

Bagi perawat...walaupun ramai yang lan-
gsung tak nampak jin...tapi mereka ada
kaedah sendiri dalam mengesan atau mer-
awat gangguan jin saka...

4.Jin saka biasanya lebih daripada satu...

Katakan anda ada amalan pendinding diri
yang sangat hebat...mungkin sebahagian
jin saka itu akan lari..atau malah ter-
bunuh...

Namun yang pasti...akan ada yang dapat
terus bertahan menetap dalam badan anda.

Maka perawat akan membantu anda dalam
menghadapi bahagian jin saka yang degil
ini...

5.Bukan anda seorang sasaran saka...

Malah keluarga anda juga akan menghad-
api masalah gangguan saka...

Terutamanya jin saka yang beranak pinak
atau 'bergeng'...dan masing-masing akan
memilih 'rumah' yang dirasanya sesuai.

Kalau setakat anda seorang yang beramal
dan dapat menghalang kedatangan jin saka
tapi keluarga anda?

Serba sedikit anda Insya Allah dapat mem-
bantu...cuma pengalaman sangat penting
dalam menghadapi jin saka yang mungkin
juga sentiasa bergilir dan berpindah-
pindah dalam kalangan ahli keluarga...

6.Anda mungkin tak kenal 'musuh'...

Ada orang yang berharap sangat nak peli-
hara jin saka semata-mata kerana keing-
inan kepada berbagai kelebihan yang 'baik'
atau juga berbagai kelebihan yang akan mem-
buat diri merasa hebat...

Maka anda mungkin akan berkata...ini untuk
saya...itu untuk diberi pada orang...ini
untuk saya...sedangkan secara umum jin saka
adalah syaitan...iaitu yang menyesatkan...
dan akan makan tuan...

Anda perlu kepada nasihat serta panduan
perawat.

7.SAKA TERDESAK...

Antara perkara mendesak yang 'memaksa' jin
terus mendampingi seseorang manusia...dan
kerananya ia akan terus berusaha keras agar
terus mendampingi manusia hinggakan anda agak
sukar melepaskan diri daripada cengkamannya
tanpa rawatan perawat yang mahir...

iaitu...

a.Tempat perlindungan...

Iaitu tubuh manusia boleh menjadi tempat per-
lindungannya daripada sebarang gangguan atau
serangan jin lain.

(...tapi ada juga kes istimewa iaitu...seseorang
manusia diserang jin sedangkan yang menjadi
sasaran jin penyerang adalah jin dalam badan
manusia tersebut...maka manusia itu turut menang-
gung akibatnya seperti kesakitan dan sebagainya.)

Kerap terjadi...ia umpamanya...kalau anda dan jin
saka itu 'orang sekampung'...kemudian anda merantau
ke tempat jauh...tiba-tiba anda akan rasa nak meng-
amuk 'semacam' semata-mata kerana nak pulang kampung...
tapi pada hakikatnya..jin saka dalam badan itulah
yang nak pulang..tapi takut disakat oleh jin lain
dalam perjalanan...maka 'dia' nak bawa 'kubunya'
sekali pulang kampung...

b.Kelaparan...

Iaitu kadang-kadang jin itu telah dijaga makan
minumnya oleh manusia sejak dahulu lagi...

Maka jadilah ia 'jin malas dan bengang'...tak tahu
cari makan sendiri...

Kerana itu...bila tuan asalnya meninggal dunia...
jin ini akan mencari gantinya terutama dari kalangan
keluarga tuannya tadi...

Kalau tak dijaga bersyarat seperti dulu...masuk tin-
ggal dalam badan atau rumah pun...jadilah...
yang penting ada makan minum 'percuma'...

Kalau tak dapat ganti...itu sebabnya ada jin saka kurus
kering...kebulur macam kucing kurap terbiar...

c.Desakan 'perasaan kasih dan sayang'...

Jin ini biasanya kalau dah benci pada seseorang man-
usia...terlebih-lebih...
kalau sayang pun...terlebih-lebih...

Kerana itu 'kasih sayang' kepada tuannya...akan terus
menurun kepada anak cucu...

Sehinggakan kerana desakan perasaan kasih dan sayangnya
kadang-kadang ia seperti kata...biar derita (kerana di-
serang atau dirawat...),yang penting...'engkau terus
berada disampingku'...

Kalau yang 'kata itu'...manusia...mungkin anda akan bah-
agia...tapi kalau saka yang 'kata'...alamat anda akan
'ditimpa bala'...kerana saka ini biasanya tak akan tahu
duduk diam...akan ada saja 'idea-ideanya' yang bernas
untuk menganiaya anda...

8.Kerana Perjanjian...

Biasanya saka itu ada perjanjian samada secara langsung
atau tak langsung ketika ia diterima...
maka perjanjian itu akan menjadi alasannya untuk terus
mendampingi seseorang manusia atau keturunannya...

Dan antara sebab jin saka itu berpegang kuat kepada
perjanjian...

...kerana ia menganggap perjanjian dengan man-
usia itu sesuatu yang sangat istimewa...berharga...dan
mesti ditunaikan...iaitu samada kerana jin itu sangat
bijak...atau sangat 'betul bendul' dan tak tahu nak fikir
pertimbangan lain...

...atau sebenarnya ia tak terikat dengan
perjanjian...tapi 'saja-saja' sebagai alasan agar ia tak
terpisah...

...yalah...tempat tinggal 'free'...makan minum 'free'...
'tempat bermain'...kesempatan mudah menganiaya manusia
dan sebagainya...bukan sebegitu mudah nak dilepaskan.

Kehadiran perawat mungkin akan menyedarkannya...dia itu
makhluk yang tak diingini...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan