Jumaat, 2 Julai 2010

TAHAJJUD...BENTENG SERANGAN JIN...

Sudah dua minggu sekumpulan lembaga putih ber-
keliaran dalam kampung...

Ke mana saja 'mereka' pergi...kumpulan anjing
akan mengejar dan menyalak...maka dengan mudah
saja kedudukan 'mereka' diketahui...

Ketika kumpulan lembaga putih itu cuba menye-
rang Pak Imam...seorang rakan berjaya menghalang-
nya...

Tapi ada akibat buruknya...lembaga-lembaga putih
itu melompat masuk ke dalam badan rakan tadi me-
lalui tangan kiri...dan terus menyerang bahagian
jantung...menyebabkan rakan itu terpaksa dihantar
ke wad kecemasan atas sebab serangan sakit jantung.

Mujur...rupanya kumpulan jin itu alah pada bahan
pengawet ubat sakit jantung dan terpaksa keluar.

Dalam masa beberapa minggu...dah beberapa kali rakan
itu dikejarkan ke hospital kerana sakit jantung men-
gejut...

Dan kali terakhir ketika lembaga-lembaga putih itu
keluar dari badannya...jin itu meninggalkan suatu
ancaman...sekali lagi rakan itu campurtangan dalam
'urusan mereka'...jantung rakan tadi akan dihancur-
kan...

Walaupun dah beberapa kali menerima 'serangan teruk'
namun rakan itu ternyata tak mahu ketinggalan menun-
juk belangnya...cuma kali ini ia mula Solat Sunat
Tahajjud...

Malam ketiga...kumpulan jin itu datang menyerang...
tapi kali ini kumpulan jin itu tak dapat menghampiri-
nya...

Puas 'mereka' mengelilingi rakan tadi...tapi ada satu
ruang disekelilingnya yang tak dapat ditembusi...

Malam keesokannya...kumpulan jin itu datang lagi...
bukan saja tak sampai...malah 'ruang selamat' di-
sekeliling rakan tadi semakin luas...

Untuk beberapa malam...kawasan itu terus bertambah
luas...akhirnya jin itu tak pernah datang lagi...

Seingat saya...kumpulan anjing menyalak itu terhenti
begitu saja...dan sampai sekarang masih tak diketahui
dari mana dan kenapa kumpulan jin itu berkeliaran
dalam kampung...

Wallohu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan