Jumaat, 20 Ogos 2010

AL HIKAM...Racun Makanan Lazat...

Menurut para Ulama...
Setiap minuman dan makanan yang sedap
atau lazat...yang diingini dan dimakannya...

...yang demikian itu menjadikan rasa sombong
pada dirinya...kesesatan pada hatinya...dan
menjinakkan dirinya kepada dunia...

Jika keadaan itu diikut terus menerus...maka
akhirnya membibitkan kebiasaan suka kepada kelaza-
tan dunia...dan benci kepada mati untuk bertemu
Tuhan nya.

Dunia ini menjadi syurga kepadanya...dan mati
itu penjara baginya.

Makanan lazat tidak dilarang...sebaliknya halal
dan harus dimakan...
tapi jangan terlalu kerap...dengan tujuan untuk
mengurangkan hawa nafsu.

Kelazatan makanan mendidik nafsu dengan kenikma-
tan dan akan menjadikan kebiasaan padanya menyukai
kesenangan dan kemewahan.

Dan kadang-kadang seseorang itu terdorong mencari-
nya...hingga membawa kepada perbuatan-perbuatan
dosa.

Kerana itu...makanan yang lazat-lazat sebaik-baiknya
dibatasi...
kerana memudahkan sebab-sebab nafsu keinginan memun-
cak tidak termasuk tanda-tanda untuk kebajikan.

Tiada ibadat kepada Tuhan yang lebih besar daripada
menyalahi keinginan nafsu...serta meninggalkan yang
lazat-lazat...

Wallohu a'lam.

(Catitan 4.o4 pm 10 jun 1994)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan