Rabu, 11 Ogos 2010

PETUA...TARIK DOAMU...

Iaitu apabila anda membaca Ayat-Ayat Qur'an atau
doa...

Terutamanya yang anda amal sebagai pendinding diri
atau rawatan diri sendiri...

Maka angkat tangan seperti membaca doa...rapatkan
antara dua tepi tapak tangan...dan dekatkan ke-
mulut...

Iaitu...dengan sekurang-kurangnya...apa juga yang
anda baca...nafas anda biar sampai ketapak tangan...

Setelah membacanya...tutup muka dengan kedua-dua
tapak tangan tadi....dan tarik nafas panjang dan
dalam...

Iaitu...semua 'gelombang' doa tadi yang anda takung
dengan tapak tangan itu...anda sedut kedalam diri.

Barulah anda sapu muka agar apa-apa kesan doa tadi
terutamanya yang berbentuk wap air dari nafas...
yang tidak dapat di 'tarik'...disapu kemuka...

Adapun bila masa anda mahu 'menarik doa' tadi...
ia terpulang kepada anda...

Contohnya ...AMALAN ASAR KE ASAR...
Anda mungkin baca fatihah...dan tarik...
kemudian Alf Lam Mim...dan tarik...
baca Ayat Ayat Kursi...dan tarik...dan seterusnya..

Atau anda baca daripada Fatihah hingga penutup
Al Baqoroh...baru di tarik...dan sebagainya...

APA YANG 'DITARIK'...

Para Ustaz...para perawat biasanya membaca doa...
dan meniup air...jadi Air Doa...kerana dalam nafas
itu ada 'gelombangnya'...

Dan bukan hanya Ustaz atau perawat...anda membaca
sesuatu...juga ada 'gelombangnya'...dan itulah yang
anda takung dan 'tarik' kedalam diri...masuk ke dalam
paru-paru...
dan disebarkan keseluruh tubuh dan anggota melalui
oksigen...meresap dalam darah daging...

Maka berbanding anda membaca doa begitu-begitu saja
Insya Allah...dengan petua ini...
mudah-mudahan amalan anda lebih berkesan.
(...lebih cepat sebati dalam diri...)

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan