Kerana unta hanya seekor...maka Saidina Umar RA
menetapkan bahawa ia akan bergilir-gilir menung-
gang unta itu dengan khadamnya...
Ketika sampai di sempadan wilayah yang akan di-
lawatinya...kebetulan kena gilirannya pula ber-
jalan kaki...
Sambil menarik kekang unta...ia berkaki ayam...
kedua-dua kasut dipegangnya kerana mereka baru
saja melintas kawasan berair...sedangkan khadam-
nya enak-enak duduk di belakang unta...
Demi melihat keadaan yang sedemikian...Gabenor
Wilayah itu berkata...
"Wahai Amirul Mukminin...sesungguhnya dibelakang
sana...penduduk-penduduk wilayah ini sedang ber-
himpun menunggu kedatanganmu...
apa nanti kata mereka......beginikah rupanya
pemimpin orang-orang Islam...
ia berjalan berkaki ayam sambil menarik unta....
sedangkan khadamnya enak-enak duduk di belakang
unta itu...?".
Jawab Saidina Umar RA " Sesungguhnya Allah telah
memuliakan diri kita dengan memilih kita ke dalam
agamanya...maka kita tidak perlu lagi kepada di-
muliakan oleh sesama manusia.."
Wallohu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan