Sabtu, 23 Oktober 2010

TANDA JIN LANGGAR PAGAR....

Iaitu kalau rumah anda dipagar dengan pagar rohani sam-
ada dengan doa..atau renjisan air doa dan sebagainya...

Dan ada jin yang cuba masuk tapi ia tak mampu kerana
terhalang oleh pagar rumah dengan izin Allah...

Maka antara tandanya adalah...

1.Anda merasa rumah anda bergegar tanpa sebab muna-
sabah...

Gegarannya mungkin kuat hingga ada bahagian rumah
yang berbunyi seperti berdentum...atau seperti di-
tolak sesuatu...

Atau seperti ada gempa bumi...anda rasa lantai atau
rumah terhoyong hayang tapi biasanya dalam masa yang
singkat...

...atau mungkin anda rasa lantai rumah anda bergegar
perlahan...iaitu antara rasa dengan tidak...

2.Kadang-kadang...jin itu tak akan terlanggar 'sesuatu'
...sebaliknya ia akan berubah menjadi serangga sebaik
saja termasuk ke dalam kawasan pagar...

Contohnya...ia mungkin menjadi serangga berbisa...seperti
lipan...labah-labah...atau serangga lain...sebaik saja
jin itu terkena 'pukulan' pagarnya...

Biasanya serangga itu boleh dikenali..iaitu kalau anda
merenungnya...anda akan rasa gelisah...ada yang tak kena
atau mungkin juga rasa seram...

Serangga itu boleh dibunuh...dan seandainya ia adalah
dari jelmaan jin...maka ia akan mati kekal...

Kalau ia jenis 'boleh makan'...maka boleh diberi atau di-
biar kucing anda memakannya...

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan