Tengahari itu...salah seorang adik perempuan
menelefon...seorang jiran ada di rumahnya
sedang menunggu...
Jirannya itu mengalami sakit kepala yang agak
teruk sejak seminggu lebih lalu...
Sudah beberapa kali ia ke Hospital dan sepatut-
nya ia dah kena tahan tapi rakan itu lebih san-
ggup berulang alik dari rumahnya daripada ting-
gal terlantar di katil Hospital...
Yang ' kurang sedapnya '...adik saya dah jan-
jikan pada jirannya itu bahawa saya boleh cuba
merawatnya...sedangkan saya sendiri belum tahu
apa-apa tentang penyakitnya...
Seluruh kepala dan badan rakan itu panas mem-
bahang...dan yang Doktor katakan padanya ada-
lah demam dan ' Migrine masak '...
Oleh kerana sudah dijanjikan...saya cuba juga
' scan ' samada sakit kepalanya itu ada kaitan
dengan gangguan jin...
Kesimpulannya...
1.Ada berpuluh ekor jin tinggal dalam kepalanya.
2.Penempatan utama makhluk-makhluk itu...pada
bahagian ubun-ubun...otak depan...tepi kepala
kanan kiri...dan belakang kepala...
Atas izin Allah...dengan Rukyah amalan Asar
dan Ayat-Ayat Sihir serta penafasan...semuanya
mudah ditarik keluar...
3.Saya hampir berpuas hati sebelum menyedari
belum ' scan ' pada bahagian belakang telinga-
nya ( bahagian dalam kepala ).
Ternyata rakan itu dapat merasakan berbelas
' anai-anai ' bergerak pada bahagian tersebut
iaitu makhluk-makhluk halus yang masih tinggal
cuba bersembunyi...
Kalau yang lainnya cuma sebesar ' semut-semut '
...menunjukkan bahawa makhluk-makhluk yang ber-
sembunyi di bahagian belakang daun telinga itu
adalah Jin Ilmu...
Apabila saya cuba menariknya...makhluk-makhluk
itu dapat mengelaknya dengan lari ke bahagian
ubun-ubun...
Ketika itu...rakan tadi merasakan ada satu lub-
ang dalam kepalanya yang memanjang dari ubun-ubun
ke bahagian dahi ( dalam dahi ).
Ia seperti satu terowong gelap dan ia samada lal-
uan atau penempatan jin...atau kedua-duanya seka-
li.
Apabila saya cuba menariknya...' anai-anai ' itu
berjaya mengelakkan diri dengan lari ke bahagian
dalam dahi melalui terowong gelap itu...
Kali ini saya tak cuba menariknya lagi...tapi men-
ggunakan kaedah tangkap letup...
Rakan itu merasakan satu letupan kecil pada bahag-
ian dalam dahinya...dan rakan itu tak terasa seba-
rang pergerakan lagi.
Meletup itu seperti kata ustaz...samada jin itu
cedera...cedara parah dan mungkin akan pulih sem-
ula...atau terbunuh...maka saya tak menganggapnya
sudah selesai...
Cuma yang pasti...sakit kepala serta demamnya dah
agak kurang berbanding sebelum rawatan tadi...
Saya membekalkan air doa...tapi menggalakkan rakan
itu terus juga menghabiskan ubat sebagaimana yang
Doktor syorkan...
Jam 10 pagi esoknya...adik perempuan itu menelefon
..jiran itu ditahan di wad kecemasan...
...tengahari itu saya datang menziarahinya...
Rakan itu sedang terlantar kesakitan...kedua-dua
tangannya memegang kepala dengan muka berkerut me-
nahan kesakitan...ia merasa bahagian ubun-ubun ke-
palanya sangat sakit seperti diketuk-ketuk dengan
tukul...
Beberapa orang petugas duduk di kaunter...dan be-
berapa orang lain sibuk memeriksa pesakit lain...
Sebenarnya bukan mereka tak pedulikannya...Doktor
dah memeriksa tadi dan darahnya telah diambil untuk
pemeriksaan lanjut...
Pil ubat telah diberi...tapi langsung tak berkesan.
Oleh kerana 'di tengah ' khalayak '...saya cuma mel-
etakkan tapak tangan atas kepalanya dan menggunakan
pernafasan untuk menarik angin bisanya keluar...
Dua puluh minit kemudian...rakan itu mula merasa
lega...rasa diketuk-ketuk tukul dah hilang...
Petang kelmarin ia dah merasa agak sihat...tapi
malamnya ia bermimpi diserang tiga ekor beruk...
kemudian ia nampak kelibat muka seorang lelaki
yang tak pernah dikenalinya...
Lelaki itu meniupnya...dan serta merta kepalanya
sakit semula hingga ia terjaga...
Paginya ia dihantar ke hospital..dan ditahan di-
wad kecemasan...
Dari hospital saya terus ke rumah rakan tadi...
dan mengambil serta membuang tiga biji botol ber-
isi air sihir dari tiga penjuru rumahnya...
Sepatutnya empat biji...tapi yang satu itu dah
lama pecah...
Saya tak tahu samada tiga biji botol itu ada kai-
tan dengan tiga ekor beruk dalam mimpinya...tapi
saya pasti botol itu tak ' kosong '...
Petang itu...ia dah dibenarkan pulang...
Esok petangnya...rakan itu minta ' scan ' kepala-
nya...masih ada ' makhluk ' yang menceroboh semula
tapi tak sebanyak sebelumnya...cuma yang terasa
seperti anai-anai itu dah tak ada lagi...
Satu lagi masalah rakan itu...sudah beberapa la-
ma ia merasa sakit pada belakang pinggang kanan-
nya...dan bila saja sakitnya timbul...seluruh
tubuhnya akan menjadi panas...
Bila saya letak hujung jari pada bahagian ping-
gangnya...rakan itu memberitahu ada satu benda
seperti semut di dalamnya yang ' berlari-lari '
ke tengah dan ke tepi...
Kalau begitu ia bukan sakit biasa...
Bila saya menariknya keluar...benda bergerak
itu hilang...
Hampir dua minggu berlalu...baru tadi saya ter-
jumpa rakan itu di hospital...ia bertugas di-
sana...
sakit kepalanya dah sembuh...dan ia masih minum
air doa yang saya bekalkan dulu...
Ketika saya merasa tapak tangannya panas...
ia adalah tanda...masih ada angin bisa dalam
badannya...
...tapi saya tak dapat mencadangkan padanya
sebarang amalan atau doa...kerana rakan itu
bukan Muslim...
Empat hari kemudian...ketika menziarahi ra-
kan yang sakit di hospital...saya berjumpa
dengannya...wajahnya cukup ceria...tapak
tangannya dah normal..tak seperti sebelum-
nya ia terasa panas...
Ia memberitahu air doa itu belum habis...
dan meminumnya setutup botol serta disapu
ke muka dan kepala setiap hari pagi dan
petang...
Walaupun ia bukannya Islam...tapi ternyata
ia yakin dengan perubatan menggunakan doa
dan ayat Qur'an...
Apa-apa pun...hakikat kesembuhan itu dari
Allah semata-mata...
Wallohu a'lam
Nota
1.Ada satu perkara yang menarik...rakan itu
mula sakit kepala apabila ia memakan mee
goreng kantin hospital...
..dan kebetulan ia masih berhutang di situ
maka rakan itu mensyaki ia telah di beri ma-
kan sihir oleh tuan punya kantin kerana marah
hutangnya yang lambat dibayar...
Tapi kesimpulan scan menunjukkan sihir itu
tak ada kaitan dengan makanan atau tuan
kantin...sebaliknya dikirim melalui angin.
Ia adalah satu daripada cara syaitan yang pa-
ling popular...' menyelam sambil minum air '
iaitu menyakiti sambil menimbulkan fitnah...
boleyh tahu x saper yang mengubatu.saya pon nak try......sebab saya ada sebahagian tanda2 itu..
BalasPadamSalam astina...
BalasPadamCuba buka blog perawat-perawat Islam...
manalah tau ada perawat yang dekat...
silakan ya...