Iaitu...kenapa sakit yang disebabkan oleh
gangguan jin itu berulang semula...
Maka ia dari beberapa sebab dan antaranya...
1.Jin pengganggu menarik angin bisanya dari
tempat sakit...samada kerana takut kepada
perawat...atau untuk mengelak dari terus di-
serang...maka anda rasa sembuh...
Apabila dirasanya keadaan sudah selamat...jin
itu mula menaburkan bisanya semula...dan anda
sakit kembali...
2.Jin pengganggu lari dari tempat sakit...
dan bersembunyi pada mana-mana bahagian tubuh
atau anggota....maka sakit anda merasa lega...
3.Jin pengganggu lari keluar kerana takut per-
awat...atau sebagainya...maka tiba-tiba anda
merasa sihat...
*Pada 2 dan 3...apabila jin itu merasa selamat
...maka ia akan kembali semula...dan sakit
anda berulang...
4.Jin benar-benar dihalau dari badan...tapi la-
luan masuknya masih terbuka...
Maka ia akan masuk kembali...dan anda akan sakit
semula...
5.Kadang-kadang jin pengganggu itu terbunuh se-
masa proses rawatan...tapi masih ada ruang ser-
ta laluan masuk peninggalannya...
Maka jin lain mengambil kesempatan untuk masuk
dan tinggal pada ruang tadi...dan anda sakit se-
mula...
6.Kadang-kadang jin pengganggu terbunuh...maka
anda merasa sihat...tapi ada keluarga...atau ra-
kannya...atau sebagainya yang marah...dan menye-
rang anda...maka sakit anda berulang semula...
7.Jin pengganggu cedera parah tapi terperap dalam
badan...maka anda rasa sembuh...
Kemudian pada tempoh tertentu...jin itu pulih dan
sihat kembali...dan mula menyerang anda dari dalam
...maka sakit anda berulang...
8.Anda melanggar pantang perawat...
Saya berpendapat...adanya pantang larang perawat
yang tak ada kena mengena dengan penyakit...
boleh jadi dari sebab pengubatan yang melibatkan
penggunaan jin...
Contohnya...anda menjadi sihat kerana jin perawat
yang gagah itu dapat menghalau jin pengganggu anda
dan anda rasa sihat...
Kemudian bila jin itu nak balik pada tuannya...ma-
ka dihasut atau dilalaikan anda agar melanggar pan-
tang dan jin itu dah ada alasan untuk kembali kepada
tuannya...
Yelah...daripada duduk menjaga anda yang tak tau
memberi makan atau sebagainya...lebih baik balik
kepada tuannya yang cukup serba serbi...
Maka jin pengganggu tadi kembali kepada anda...
dan anda sakit semula...
Tapi ada kemungkinan lain...'jin penjaga' sengaja
menghasut atau menunggu anda melanggar pantang yang
telah tuannya syaratkan...agar ia ada alasan menye-
rang atau menyakiti anda...
Maka anda yang rasa diri dah sembuh...sakit semula
dan mungkin lebih parah lagi...kerana jinnya lebih
gagah dari jin pengganggu anda sebelumnya...
Kadang-kadang juga...perawat dan jin pendampingnya
itu dah berpakat...untuk menjaga anda sementara
sahaja...dan apabila jin itu kembali kepada tuannya
...jin pengganggu itu menyakiti anda semula...
9.Anda beramal atau berubat...atau kedua-duanya se-
kaligus...dan jin pengganggu anda keluar dari badan
kerana tak mampu bertahan...dan anda rasa sihat...
Tapi kemudian anda lalai...berhenti berubat...atau
berhenti beramal...dan jin itu berjaya masuk semu-
la ke dalam tubuh anda...maka sakit anda berulang..
...Dan sebagainya...
Biasanya sakit yang berulang itu adalah dari sebab
gangguan jin saka...atau sihir yang dah lama berta-
pak dalam tubuh anda...
Maka sebaik-baik penyelesaian adalah beramal sendiri
sambil berubat...
Kalau jin itu...sekali sekala dapat masuk ke dalam
tubuh...tapi keluar tak sanggup bertahan lama-lama
maka itu sudah memadai...
Penyakit itu hanya akan terbentuk...apabila jin itu
tinggal dalam badan...dan menyebarkan angin bisanya.
SEPERKARA...apa pun pantang yang berkaitan dengan pa-
ntang penyakit...tak kira penyakit biasa atau luar
biasa...ia sangat penting dijaga dan dipatuhi...
Kalau sekadar berubat tapi tak menjaga pantang penya-
kit maka lambat atau sukar sembuhnya...
Wallohu a'lam
slm tuan,bolehke dibaca ayat peletup jin atau surah al hadid ayat 1 sehingga 6 (ayat panas) yg tuan tulis dalam blog ni.saya dah mula menghafal ayat-ayat ni. untuk membuang angin bisa jin tu,macam mana nak tutup laluan selain daripada beramal seperti yang diterangkan .(tutup laluan )daripada jin tu sesuka hati masuk dan pegi dlm bdn seseorang bolehke , ada ke caranya
BalasPadamWa alaikum salam kilat...
BalasPadamInsya Allah...Alhamdulillah...silakan...
semua ayat Qur'an itu boleh kita amal-
kan...
Antaranya...
1.Minum air doa...
2.Mandi air doa...
3.'Spray' kabus tubuh dengan air doa...
4.Buat pagar ruang rumah atau bilik de-
gn air doa...
5.Selalu berwuduk...
6. Selalu berzikir...
7.Menyegerakan solat bila telah masuk
waktunya...
8.Amal solat-solat sunat juga...terutama-
nya Tahajud...Dhuha...sunat Subuh dan rawatib...
9.Sentiasa memakai minyak wangi...
10.Elakkan maksiat..kerana ia melemahkan
jiwa da menarik jin kepada kita...
...dan sebagainya...
Jin keluar masuk badan adalah perkara
BalasPadambiasa...yang penting kalau masuk...ia
tak sanggup bertahan lama...
Kalau badan berbenteng pula hingga jin
tak dapat masuk...kelalaian dan maksiat
bila-bila masa saja akan membuka semula
ruang masuk...
Walloh a'lam
Assalammualaikum tuan..biasanya apakah pantang2 yang diberikan perawat kepada pesakit?
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Aina...
BalasPadamIa bergantung kepada perguruan...serta ilmu atau penadapat perawat sendiri...malah ada juga yang tak ada sebarang pantang....
Wallohu a'lam