Ahad, 10 April 2011

DUNIA MISTERI...Gangguan Jin Hutan ?

Sudah sepuluh hari ibu itu ditahan di-
hospital...namun doktor tak dapat men-
gesan sebarang penyakit padanya...

Ibu itu mengalami gejala kesejukan tan-
pa sebarang sebab munasabah...dan sakit
tekak...

Petang itu saya memberinya Air Manzil
kemudian tengah hari esoknya...ibu itu
telah dibenarkan pulang...bukan kerana
dah sembuh...tapi doktor mengesahkannya
tak ada sebarang penyakit...

Tiga hari kemudian...ibu itu menelefon
...rupa-rupanya ia telah mengambil nom-
bor telefon bimbit saya daripada seorang
jiran yang juga ditahan dihospital...

Jiran itu yang meminta rawat...tapi be-
berapa orang pesakit lain...turut meng-
ambil kesempatan meminta rawat...teruta-
manya setelah ditahan beberapa lama tanpa
sebarang perubahan atau tanda-tanda akan
sembuh...malah penyakitnya tak dapat di-
kesan...

Bagi saya...tak ada pilihan...samada saya
berpengalaman atau tidak...malah ada gej-
ala gangguan yang tak pernah saya jumpa
tapi sekurang-kurangnya saya ikhtiarkan
juga setakat mampu kerana tak ada perawat
lain...

Apabila sampai dirumah...ibu itu terbaring
di tengah ruang tamu...

Oleh kerana semasa di hospital..saya tak
ada 'scan' maka saya cuba 'scan' pada titk
2 bahagian kepalanya...

Semasa menutup mata itu...ibu itu memberit-
ahu ia nampak sekumpulan lelaki keluar dari
hutan dan datang kepadanya...

Kumpulan lelaki itu minta 'dilayan'...atau
mereka mengancam...ibu itu akan menderita
sakit sampai mati...

Saya bertanya padanya...hutan mana asalnya
tapi ibu itu tak tahu tempatnya...

Tiba-tiba ibu kepada ibu tadi menyampuk...
benda itu datang dari hutan di kampung asal
mereka...

Ketika itu...pinggang ibu tadi mula sakit
secara tiba-tiba semasa mengetam padi bukit.

Apabila di'scan'..ternyata makhluk-makhluk
itu tinggal pada bahagian tekaknya...dengan
laluan masuk dari tengkuk...

Angin bisa makhluk-makhluk itu juga memenuhi
tubuhnya...dan terdapat laluan masuk pada
hujung jari-jari kaki...kerana itu ia mera-
sa kesejukan...

Setelah setengah jam Rukyah...ibu itu mula
berpeluh...dan suhu badannya menjadi normal.

Sakit tekaknya juga beransur kurang dan hil-
ang...dengan izin Allah...

Wallohu a'lam

4 ulasan:

  1. salam encik junied

    saya pernah terserempak dengan jin hutan sewaktu sekolah dulu. masa tu cikgu Geografi buat ekspidisi kelas untuk mengenali hutan kanopi.

    kami berhenti seketika untuk makan. budak2 lelaki pula mandi sungai. tiba2 datang 3 orang lelaki berpakaian gelap. yang sorang tu pakai baju hitam macam ala2 komando.

    saya ingat dia tu orang pejabat hutan. dia memberitahu saya supaya jangan buang sampah merata-rata. jadi saya cuma mengangguk dan memberi tahu cikgu.

    tapi kawan saya kata saya bercakap seorang diri. saya beritahu cikgu saya yang orang perhilitan yang suruh tapi kawan saya kata saya cakap sorang2.

    wallahua'alam

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam ButirStar...

    Bagi saya ini adalah pengalaman baru...
    dan apabila ibu itu memberitahu apa yang
    dilihatnya semasa 'scan'...saya mengambil
    masa beberapa saat sebelum mempercayainya.

    Terima kasih kerana perkongsian pengalaman-
    nya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. salam encik junied

    untuk pengetahuan encik, saya juga pernah merawat tapi beberapa kali sahaja. dan saya pernah diserang oleh jin ketika dia menganggu sepupu saya.

    saya juga banyak kali terserempak dengan jin. ada jin Islam dan ada juga jin kafir. saya pernah ditemani jin Islam setiap kali saya pergi berkhemah ataupun kursus di tempat yang jauh

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam Butirstar...

    Mungkin seperti segelintir orang...kalau
    'pandang dari luar'...saya juga ingin
    mempunyai pengalaman seperti ButirStar...

    ...tapi bagi empunya diri...biasanya
    kita akan lebih suka tanpa pengalaman-
    pengalaman sedemikian kerana kerapkali
    ia sebenarnya membahayakan...

    Sebab itu ada orang yang sanggup berdam-
    ping dengan jin semata-mata kerana nak
    tengok atau berhubung dengan jin...

    wallohu a'lam

    BalasPadam