Ahad, 1 Mei 2011

Rahsia Duit Syiling Tenaga Dalam...

AURA ?

1.Apabila seseorang ustaz membaca ayat-ayat Qur'an
kemudian meniup ke arah botol yang berisi air...
maka jadilah air tersebut air doa...

Dan tidak menjadi halangan kalau botol air itu jauh
di hadapan...contohnya apabila Ustaz tersebut mem-
bacakan pada berpuluh botol yang diletak dihadapan-
nya sekaligus.

Yang nyata..semasa membaca..malah semasa meniup pun
nafas ustaz tak sampai pada air...tapi ia tetap ja-
di air doa dengan izin Tuhan...

Ini menunjukkan bukan sekadar membaca ayat qur'an
atau nafas semata-mata...tapi ada sesuatu bentuk
tenaga yang sampai kepada air tersebut...memboleh-
kan air itu menjadi air doa...dan saya istilahkan
ia dengan aura...

Iaitu walaupun bacaan tak sampai...nafas juga tak
sampai...tapi ia tetap jadi air doa kerana auranya
sampai...

Apa yang akan saya sebutkan di sini adalah peminda-
han aura setiap bacaan ayat Qur'an ke sekeping du-
it syiling dengan menggunakan Tenaga dalam ( perna-
fasan )...

Caranya...

1.Boleh gunakan duit syiling 10..20 atau 50 sen...

2.Baca - fatihah 1 kali...

salawat 3 kali...

Ayat Kursi 1 kali...

3.Tutup mata...dan tarik nafas perlahan-lahan...
sambil berzikir Allah...Allah dalam hati 7 atau
11 kali...

4.Tahan nafas sambil berzikir Allah...Allah...7 atau
11 kali dalam hati...

Semasa menahan nafas ini...tumpukan perhatian kepada
duit syiling tersebut...

..bayangkan ia ada di hadapan dahi...di tengah-tengah
antara dua mata...

5.'Hentak' nafas ke dalam sekali...dan serentak itu
anda bayangkan aura bacaan ayat-ayat Qur'an tadi se-
kaligus berpindah ke dalam duit syiling tersebut...

6.Terus hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung
sambil berzikir Allah...Allah 7 atau 11 kali dalam
hati...sambil terus bayangkan aura ayat-ayat tadi
terus berkumpul dalam duit syiling tersebut...

Kalau nak buat air jarak jauh...letak botol air di-
atas duit syiling...dan ketika terus menghembuskan
nafas...bayangkan aura yang sudah dipindahkan ke-
syiling tersebut naik dan masuk memenuhi air dalam
botol...

Uji Sendiri...Adakah anda Boleh Memindahkan Aura...?

Iaitu adakah anda dapat memindahkan aura ke duit syi-
ling...sila uji sendiri...

1.Caranya sama seperti di atas cuma bezanya...syiling
itu berada dalam genggaman seseorang lain...sambil ia
menutup mata...

2.Apabila ia merasa sesuatu tindakbalas pada syiling
tersebut sebaik sahaja anda memindahkan aura...contoh
-nya ia merasa syiling itu tiba-tiba menjadi suam..
atau panas...mengeluarkan suatu tekanan...gatal atau
sebagainya...bererti anda telah berjaya memindahkan
aura...

Tapi kalau ia tak merasai sesuatu...anda boleh men-
cuba pada rakan lain...dan rakan itu pula boleh men-
cubanya ke atas anda...

3.Kalau tak ada tindakabalas....ia antara dua kemung-
kinan...

- anda tak berjaya memindahkan aura...

- tak ada angin bisa jin pada tapak tangan rakan ter-
sebut kerana hanya orang yang mengalami gangguan akan
merasa tindakbalas dari aura tersebut...

4.Cara saya...

Saya beri 5 keping syiling kepada 5 orang kanak-kanak
iaitu setiap seorang menggenggam syiling...( biasanya
anak buah...dan kelebihan kanak-kanak mereka sangat
peka serta berterus terang...)

Kemudian saya akan pindahkan aura kepada lima keping
syiling tersebut serentak...biasanya saya akan bayang-
kan aura tersebut meletup pada syiling dan masuk ke-
dalam tapak tangan...

Dua orang merasakan syiling itu panas suam beberapa
saat semasa aura tersebut dipindahkan kepadanya...

Maka ia ada beberapa kesimpulan...

- pemindahan aura itu berjaya ( dengan izin Tuhan )

- aura boleh dipindahkan kepada lebih daripada seke-
ping duit dyiling dalam satu masa...

- ada angin bisa jin pada tapak tangan dua orang kan-
ak-kanak tadi...maka besar kemungkinannya ada gangg-
uan jin dalam badan...

KEGUNAANNYA...

1.Untuk membuat air doa jarak jauh...iaitu seseorang
yang minta dibuatkan air itu menyediakan duit syiling
dan meletakkan botol air di atasnya...tak perlu buka
tutupnya....

Lebih baik..ia bacakan Bismillah...sekali...salawat
3 kali dan tiup pada air sambil niatkan air itu ia
minta buat pengisian...

Tapi lebih baik ia bacakan fatihah sekali...salawat
3 kali...dan kalau nak tambah...ayat Kursi 1 atau
3 kali...

Dengan ini...kalau anda nak buat air doa pada kelua-
rga seperti ibu bapa...anak-anak..adik beradik...
saudara mara atau sebagainya...tak perlu gunakan
banyak masa dengan mengepos..mengirim melalui kende-
raan awam...keretapi...kapal terbang dan sebagainya.

walaupun ia khusus untuk ahli tenaga dalam...tapi sa-
ya kaji rahsia ini dan bukakan ia kepada umum...siapa
pun anda...anda boleh uji sendiri...dan kalau dengan
izin Tuhan anda dapat melakukannya...maka sila guna-
kan untuk kebaikan...

Saya cuma menyampaikan rahsianya...tapi perkara samada
anda boleh melakukannya atau tidak...saya tak ada se-
barang jaminan...dan pasti ada yang boleh dengan izin
Tuhan...dan ada yang tak boleh...dan biasanya atas se-
bab musabab tertentu...

Kalau anda bukan ahli tenaga dalam...anda boleh cuba
ia dengan fatihah 3 senafas...lebih-lebih lagi kalau
anda dah biasa mengamalkannya...

Bagi ahli tenaga dalam pula...ia tak perlu sebarang
alat...hanya terus kepada air...maka bagi bukan ahli
agak sukar bagi anda untuk mengujinya...( tapi saya
yakin..bukan ahli tenaga dalam sahaja yang boleh
melakukannya...)

ANTARA AIR DOA BIASA DENGAN AIR DOA JARAK JAUH...

Setakat yang saya fahami...sama sahaja khasiat antara
keduanya...

...dan bagi jarak jauh...ia akan jadi air fatihah se-
kiranya yang dibacakan itu fatihah...atau manzil jika
yang dibacakan itu Manzil...dan sebagainya...

Kesan Air Doa...

Samada ia air doa biasa atau jarak jauh..maka ia mem-
punyai beberapa kemungkinan jika diminum oleh seseora-
ang yang sedang mengalami gangguan...

1.Dengan izin Tuhan ia sembuh dan pulih sepenuhnya...

2.Gangguan sekadar berkurangan...

3.Bertambah sakit...kemudian perlahan-lahan sembuh...
samada 'separuh sembuh' atau sepenuhnya...

4.Baik...tapi kemudian gangguan datang semula...

5.Menyebabkan jin bertambah agresif...atau sakit ber-
tambah kuat...dan memerlukan rawatan berhadapan untuk
meredakannya...

6.Kelihatannya seperti tak berkesan...tapi hal sebenar-
nya Tuhan lebih tahu...kerana kadang-kadang jin itu
pandai bersendiwara...

Dan sebagainya...

Berapa Kerap Perlu Dipindahkan ?

Kalau anda buat air Ayat Kursi contohnya...

1.Baca Fatihah 1 kali...

2.Baca salawat 3 kali...

3.Ayat Kursi 11 kali...

4.Al Ikhlas 3 kali...

5.Al falaq 1 kali...

6.An Naas 1 kali...

Asasnya...lebih kerap aura dipindahkan dalam satu sesi
doa itu...lebih baik pengisiannya...

Contohnya...baca 1 dan 2..pindahkan...

...Baca ayat Kursi 2 kali...pindah...kemudian setiap
3 kali...

Atau baca 6 kali pindah...baca 5 kali pindah...

...dan baca seterunya kemudian pindahkan sekali...

Kalau ayat Manzil...anda boleh pindahkan sebanyak sekali
..3 kali...5 kali atau sebagainya selama membacakannya...
terpulang pada budi bicara dan pendapat anda sendiri...

Selain itu...Bismilllah 5....7..Ayat seribu Dinar...dan
sebagainya juga boleh dipindahkan.

PERNAFASAN...

Iaitu pernafasan memindahkan aura dengan lebih terperinci.

1.Apa bila anda menarik nafas panjang dan dalam-dalam se-
cara perlahan-lahan...kempiskan perut serta kembangkan da-
dada juga perlahan-lahan ( pernafasan dada ).

Sambil menutup mata..tumpukan perhatian kepada gerakan an-
gin yang masuk...dari hidung...perlahan-lahan masuk dan
turun ke dada...

2.Semasa menahan nafas...perhatian yang sedang kita tumpu-
kan ke dada itu...perlahan-lahan tumpukan naik ke atas...
ke tengah-tengah dahi...dan masa itulah bayangkan syiling
tersebut...serta tumpukan perhatian kepadanya...

Adapun gerakan aura itu sebenarnya tak mengikut arus angin
tapi ianya mengikut rasa tumpuan kita...maka aura itu boleh
digerakkan ke mana-mana mengikut tumpuan perhatian kita...
termasuk ke tapak tangan...tapak kaki...dada...perut...atas
kepala dan sebagainya...

Biasanya ia hanya boleh dibuat setelah beberapa lama berla-
tih mengikut latihan serta bakat masing-masing...

Maka tumpuan ke syiling tersebut membuatkan tumpuan aura
kita berpusat kepadanya...

Wallohu a'lam

22 ulasan:

  1. salam encik

    saya pernah dengar tentang aura ni dari kawan sekelas saya. dia juga pernah tunjuk beberapa kebolehan yang dia ada pada saya.

    dia pernah menyuruh saya genggam duit syiling dan dia akan salurkan auranya pada duit tu. tapi saya tak percaya dengan aura ni. kita memang ada gelombang elektrik dalam badan kita. tapi tentang salurkan aura ni, saya tak percaya sangat.

    kalau kita genggam apa2 pun, ia memang akan jadi panas. sebab badan kita mengeluarkan haba. syiling pula logam jadi memang akan jadi panas sebab logam penyalur haba.

    memang susah saya nak percaya tentang aura. harap encik tak tersinggung dengan cara saya menulis

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam sonnet...

    Pada cara yang saya sebutkan di sini...dengan
    menggunakan pernafasan...anda akan genggam
    duit syiling kurang seminit atau boleh jadi
    kurang setengah minit dengan menggunakan
    ayat atau zikir ang lebih ringkas...

    Kemudian...panasnya adalah mendadak terasa
    kemudian dalam masa beberapa saat ia akan
    hilang semula juga dalam genggaman...ber-
    gantung kepada padat atau sedikitnya angin
    bisa dalam tapak tangan...

    kalau ia perlahan-lahan menjadi panas deng-
    an bertambah lama ia digenggam...maka saya
    juga berpendapat keadaannya adalah seperti
    yang sonnet sebutkan di atas...

    Terima kasih atas ulasannya...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Slm...

    Saudara Junied, sy ada beberapa soalan. Hrp saudara dpt memberikan penjelasannya.

    1) Adakah air ruqyah (Manzil, Yaasin, doa, etc) boleh di 'topup'? Cthnya dengan menambahkan air biasa ke dalam botol yg berisi air tersebut yg tinggal separuh. Adakah air tersebut akan hilang/berkurangan 'khasiatnya'?

    2) Adakah amalan yg kita lakukan dikira sebagai tidak ikhlas jika kita berniat kerana Allah Taala di samping ada niat2 lain spt utk kesembuhan, pendinding diri dsb? Perlukah niat2 tersebut diutarakan setiap kali ingin beramal?

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam surihoney...

    1.Setakat yang saya faham...boleh di-
    tambah tapi akan berkurangan khasiatnya...
    wallohu a'lam...(harap ada rakan yang
    tolong betulkan jika silap).

    Namun cara tambah yang sesuai ialah air
    yasin ditambah ke air yang belum didoakan
    ...dan bukan sebaliknya...

    2.Pada Qur'an itu ada penawar dan rahmat
    untuk orang-orang mukmin...daripada huraian
    maksud ayat Qur'an...

    Jelas ia antara tujuan Qur'an diturunkan...
    dan Rasulullah SAW membaca 3 Qul dan menya-
    pu pada tubuh baginda...yang menunjukkan
    ia boleh digunakan untuk tujuan sedemikian
    ( pendinding diri ).

    Begitu juga...rasulullah SAW merukyah seora-
    ng yang terkena ganguan jin dengan Manzil...
    ( rawatan ).

    Namun tetapkan dalam hati...dari amalan-
    amalan itu...keredhaan Allah adalah keuta-
    maannya...dan dengan berkat ayat-ayat itu
    kita memohon kesembuhan dan perlindungan daripada Tuhan...

    Sebaik-baiknya niat sentiasa diutarakan
    setiap kali ingin beramal...kerana kekua-
    tan niat akan memberi kesan kepada kekua-
    tan rawatan atau pendinding...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Ok, terima kasih di atas penjelasannya.

    BalasPadam
  6. Salam, menarik sekali post kali ini dan ianya mengingatkan saya kepada perpindahan penyakit kepada objek.

    Saudara saya pernah berubat dengan seorang pakcik indonesia. Beliau tinggal di johor. Saudara saya mengalami sakit batu karang dan dia mengatakan sakitnya itu bagaikan tercabut kakinya daripada pinggang.

    Semasa dirawat, pakcik tadi menyuruhnya membeli limau sunkist. Dan limau tersebut dipotong dan sebahagiannya dilalukan pada pinggang saudara saya. Selepas itu dia memerah limau sunkist tersebut dan berderai batu-batu kecil jatuh ke atas pinggan.

    Setelah 2 kali rawatan, saudara saya kini telah sembuh dan tidak mengadu sakit seperti sebelum ini.

    Persoalan yang bermain dalam fikiran saya, adakah teknik yang sama digunakan pakcik tadi? ataupun permainan batin yang lain.

    ** psst saya ada lihat batu2 kecil tu..sama sahaja macam batu pasir di tepi jalan..

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam Dr Lee...

    Ini pertama kali saya tahu adanya ilmu
    seperti itu...

    Saya pernah tahu satu ilmu iaitu apabi-
    la perawat memandikan pesakit...maka pe-
    nyakit itu akan berpindah pada pada bina-
    tang yang disediakan seperti ayam atau
    kambing jika penyakitnya berat...

    Dan yang diketahui...badan binatang ter-
    sebut akan menjadi kebiru-biruan seperti
    terkena bisa...malah ada yang mati kemu-
    diannya...

    Tapi untuk kedua-dua ilmu di atas...saya
    minta maaf ya...saya tak dapat memberi sebarang komen kerana ianya sama sekali di luar pegetahuan saya...

    Terima kasih Dr Lee atas perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. Saudara junied, mohon ulas yang ini.

    5.'Hentak' nafas ke dalam sekali...dan serentak itu
    anda bayangkan aura bacaan ayat-ayat Qur'an tadi se-
    kaligus berpindah ke dalam duit syiling tersebut

    Hentak nafas tu macam mana ya?? :)

    BalasPadam
  9. Terima kasih Dr atas pertanyaannya...

    Caranya...

    1.Bunyikan huruf Khoo...atau bunyi huruf
    kho baris di atas...

    2.Apabila membunyikan huruf ini...bayang-
    kan angin yang kita bentuk darinya masuk
    ke tengah-tengah dada...kalau boleh...sam-
    pai ke ulu hati...( dan bukan keluar mulut).

    3.Di hujung bunyi itu....letakkan huruf
    hamzah mati...maka ia jadi...kho' (ada
    hentakan nafas dihujungnya )

    4.Apabila telah mendapat bunyi yang betul
    maka buat semula bunyi tersebut tapi den-
    gan mulut tertutup...maka ia jadi lebih-
    kurang...hme'...

    Iaitu kita hentak nafas ke tengah-tengah
    dada...atau lebih baik kalau terasa ia
    sampai ke ulu hati...

    Hentakan nafas ini adalah untuk menghasil-
    kan aura yang padat ke syiling secara mengejut...atau sekaligus...dan apabila
    kita bayangkan ia satu letupan aura...maka
    syiling itu ada akan mejadi panas atau
    suam mendadak.

    Apabila ia di buat 3 kali...maka dalam seka-
    li genggaman itu...seseorang itu akan merasa
    3 kali ia panas atau suam...

    Ini adalah kaedah Tenaga Dalam...iaitu me-
    mindahkan aura bacaan ayat-ayat Qur'an atau
    zikir ke syiling dengan menggunakan tenaga
    eltrik badan ( aura )...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  10. saudara junied,
    Jika saudara dapat mengajar bagaimana nak mengeluar jin dalam badan

    BalasPadam
  11. Insya Allah nijn...oleh kerana saya juga tahu
    sedikit...maka saya akan cuba huraikan serba
    ringkas pengetahuan yang sedikit itu pada blog nampak hati dalam beberapa hari lagi ini ya...

    Terima kasih atas persoalannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Saudara Junied,

    Saya pernah ditawarkan untuk mewarisi ilmu khas merawat gangguan jin oleh arwah bapa mertua saya. Arwah bapa mertua saya hanya merawat menggunakan solat hajat yang memakan masa lama. Bagaimanapun saya menolak atas 2 sebab;
    1. saya tidak fasih dan menguasai hukum tajwid dengan tepat kerana tiada pembelajaran formal dalam bidang Al-Quran (tapi boleh membaca dengan mengenal hurup dan belum khatam Al-Quran)
    2. Saya bimbang tidak dapat memberi bantuan kepada orang yang memerlukan pada waktu tertentu misalnya larut malam.

    Masalahnya
    Isteri saya sering mendapat gangguan jin. Biasanya arwah bapa mertua saya yang membantu. namun setelah ketiadaanya saya terpaksa berusaha sendiri.dengan sedikit tunjuk ajar dari beberapa orang perawat, saya dapat menghalau jin tersebut (tak tahu betul ke tidak). Saya terlalu ingin mempelajari ilmu rawatan dan sudah bersedia menjadi perawat untuk membantu orang lain kerana terlalu kasihan bila melihat isteri diganggu (istri saya akan hilang kesedaran dan bercakap mewakili jin tersebut)
    soalnya adakah saya mampu menjadi perawat walaupun tidak dapat membaca ayat Al-Quran dengan baik. Di manakah saya boleh belajar dan bolehkan ilmu itu dipelajari dari jarak jauh?
    Bolehkah saya mempelajarinya dari saudara dan bagaimanakah caranya.
    saya sangat kasihan pada isteri saya tapi tidak tahu cara untuk merawatnya dengan betul.
    Saya takut untuk berguru dengan sebarang orang kerana takut menyeleweng dari ajaran islam. Saya juga takut untuk menghantar kepada perawat kerana bimbang perawat tersebut menggunakan jin.
    minta tolong saudara berikan pendapat

    BalasPadam
  14. Salam saudara ali...

    Sebaiknya kalau mahu jadi perawat...maka
    fasih membaca ayat-ayat Qur'an...
    tapi saudara dah ada asasnya...maka Insya
    Allah boleh ditingkatkan...

    Saya sangat tak galakkan belajar jarak ja-
    uh semata-mata kerana akan banyak risiko
    kesilapan dan tipudaya jin syaitan...

    Apa yang ada dalam blog ini...terutama
    Ayat Manzil adalah tambahan atau samping-
    an kepada orang yang belajar...atau kepada
    orang yang terdesak kerana tak ada perawat
    atau tak ada orang yang mahu merawat...

    Dan saya cadangkan saudara ali merujuk ke-
    pada amalan Ayat Manzil juga cara guna di-
    samping cuba mencari guru atau perawat yang
    diyakini...

    Sebaiknya kalau kita ada keluarga yang ada
    gangguan...maka jadilah perawat kepada kelu-
    arga sendiri...

    ...dan jangan sekali-kali merawat orang
    lain kecuali kita dah rasa cukup bersedia
    untuk mempertahankan diri dan keluarga dari sebarang kemungkinan serangan jin pesakit...

    Maaf ya...kerana lambat sangat menjawab
    persoalan saudara ali kerana masa yang agak
    terbatas...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  15. Secara umum...orang-orang yang mengalami
    rasukan jin...biasanya perlu mendapat
    rawatan orang yang pakar...kerana itu
    menunjukkan jin tersebut sudah lama dan
    agak sebati...

    Bagi tenaga dalam...walaupun tak perlu
    fasih sangat membaca ayat-ayat Qur'an...
    namun untuk gangguan yang agak berat
    maka tenaga dalam semata-mata amat-amat
    tak memadai...

    Sekurang-kurangnya seseorang itu meng-
    amalkan Ayat Manzil...dan faham tipu
    helah jin...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  16. saya hadapi masalah yang pernah berlaku sblm ni 5 tahun lps...kini berulang lagi, kepala saya sakit sgt2 dan pening, belakang sebelah kanan pn sakit..makan saya x selera..badan amat pns waktu malam spt bahang api..tapi bila sentuh kulit x rasa panas..dada saya berdebar2 xtak tahu sebab..tidur pn terganggu..saya dah byk kali jumpa doktor, tapi doktor ckp x de mslh ape2..mungkin stress je..lg 1, dada saya cam kene tekan2 kuat..badan saya turut lesu..kehidupan seharian saya pn terganggu. saya jd x seceria dulu...adakan ni pn pnca saka?

    BalasPadam
  17. Langkah berjumpa doktor satu tindakan yang
    sepatutnya...dan apabila sakit dan masalah-
    nyata...tapi doktor tak mengesan sebarang
    masalah maka ia menunjukkan rawatannya ada-
    lah pada kaedah lain...

    Ia tanda-tanda besar ada saka...namun per-
    hatikan juga samada sakit itu ada kaitan dengan tempat...atau orang...atau dengan sesuatu benda.

    Contohnya sakit itu datang kalau tinggal
    pada tempat tertentu...atau mungkin kalau
    berjumpa dengan seseorang...atau menyim-
    pan sesuatu benda seperti perhiasan atau
    sebagainya...

    Kalau tidak...maka benda itu bergerak
    bebas atau sudah lama mengekori...atau
    tinggal dalam badan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  18. salam..boleh ke aura di pindah lan ke batu cincon untuk perubatan..dan merasa sesuatu bila berada di sesuatu tmpat berpenghuni dan ketika menyentuh org yg ada saka..dapat terasa mencucuk seperti arus elektrik..dan apa bcaan yg sesuai untuk pengisian pada batu cincin..

    BalasPadam
  19. Wa alaikum salam wbkth Panglima...

    Bagi saya duit syiling itu salah satu dari kajian
    perpindahan aura...untuk tujuan pengisian atau
    perubatan terutama di awal-awal penglibatan
    saya dalam kaedah aura ini...

    ...tapi sekarang...saya amat jarang mengguna-
    kannya kerana pengisian boleh di buat secara
    langsung tanpa perlu alat seperti duit syiling...

    Dan apalagi cincin...saya belum pernah guna-
    kannya walaupun rakan lain ada yang mengg-
    unakannya...

    Pada pendapat saya...boleh dipindah aura...
    cuma bahayanya apabila hati kita terlalai
    tanpa sedar kita rasa bergantung harap...
    atau berlindung...atau harap disembuhkan
    oleh cincin tersebut...

    Apalagi syaitan asli tentera Iblis itu...kerja-
    nya mengawasi dan menyesatkan hati-hati
    manusia dan mereka cekap mengambil
    kesempatan....

    Seorang rakan berkata...saya buat pengi-
    sian pada cincin dengan zikir itu dan ini
    dan ternyata kesannya apabila berurusan
    dengan orang lain...

    ...saya berkata...kenapa perlu buat pengi-
    sian pada cincin...kalau ia sendiri punya
    aura dan boleh terus ' dipancarkan ' dari
    dirinya sendiri tanpa perlukan sebarang alat...

    Dan seperkara lagi... setakat ini saya dapati
    bahawa aura itu umpama lampu yang semakin
    lama akan semakin malap kurang cas...

    ...kecuali seperti kata seorang rakan lain...aura
    yang lebih tahan lama ialah apabila ada jin
    Islam yang sentisa berzikir dalam cincin ter-
    sebut...tapi saya berpendapat ia sama juga
    dengan bergantung pada jin...yang menjejaskan
    akidah kita...

    BalasPadam
  20. Saya lebih pasti apabila kita melatih aura dan
    pernafasan akan membolehkan kita mengesan
    sesuatu pada tempat atau pada seseorang...
    atau merasa sebarang tinsakbaals...

    ...tapi kalau melalui cincin yang dibuat pengisian
    saya belum pernah mencuba atau mengkajinya...
    dan belum pernah membuat pengisian pada
    cincin...

    Namun secara teorinya...pengisian itu bergantung
    kepada niat kita...iaitu ayat-ayat yang berkaitan
    di samping ma'rifat kita sendiri...( tapi saya sangat
    tidak galakkan...).

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam