Jumaat, 6 April 2012

Penyakit Pembunuh Misteri...

Ibu  itu  meninggal dunia setelah bertahun lamanya sakit ter-
lantar di atas katil.....dalam  keadaan  tubuhnya  yang kurus
kering tanpa sebarang punca yang dapat dikesan oleh pihak
hospital...

Tapi ia bukan orang pertama yang meninggal dalam keadaan
sedemikian...sebelumnya....suaminya meninggal dunia dalam
keadaan yang sama...

Sebaik sahaja suaminya meninggal...gejala penyakit itu mula
berpindah kepadanya dan pemeriksaan hospital tak dapat
menjelaskan apa sebenarnya sakit si ibu...

Dan...suaminya  juga bukan orang pertama yang meninggal
dalam keadaan sedemikian...

Seorang  rakan  menyewa tanah suaminya untuk menanam
padi...dan atas sesuatu perkara..mereka berselisih faham.

Rakan tersebut  pernah menyatakan rasa tak puas hatinya
pada suami si ibu tadi...dan rakan ini juga adalah seorang
bomoh sambilan...

Tak lama kemudian...tiba-tiba sahaja suami si ibu tadi jatuh
sakit...dan telah dirawat oleh seorang perawat yang juga
saudara dekatnya...

Dalam masa terdekat..tiba-tiba rakannya si penyewa  tanah
itu jatuh sakit...badannya juga turut bertambah susut hingga-
lah ia terlebih dahulu meninggal dunia dalam keadaan yang
menjadi tanda tanya akan penyakitnya...setelah beberapa
lama ia berubat di hospital...

Tiga orang meninggal dunia dalam keadaan yang sama bertu-
rut-turut...tanpa sebarang penyakit yang dapat dikesan oleh
pemeriksaan hospital...pastinya bukan suatu kebetulan...
dan sehingga kini....pemeriksaan dan perubatan moden tak
dapat memberikan sebarang penjelasan....

Cuma saya ada mengkajinya melalui bidang perubatan lain
dan mendapat maklumat daripada beberapa sumber...dan
ini penjelasannya...

Penyewa tersebut telah memberi racun sihir pada si suami
tapi perawat si suami telah mengembalikan racun tersebut
kepada si penyewa...maka ia juga jatuh sakit dalam keadaan
yang sama...hinggalah ia meninggal dunia...

Bagaimana pun masih ada sisa racun sihir dalam badan si
suami...maka akhirnya ia juga meninggal dunia dalam kea-
daan yang sama...

Kemudian jin racun sihir dari badannya telah berpindah ke-
badan isterinya...hinggalah ia juga meninggal dunia dalam
keadaan yang sama...

..dan ada tandanya...penyakit itu cuba menular ke badan
anak perempuan yang menjaga selama hidupnya...tapi ke-
lebihan si anak...ia ada amalan pendinding dan juga me-
minta rawatan gangguan...

Iaitu...jin  racun sihir itu berpindah dari badan ke badan...
dan  menyebabkan gejala  gangguan  dan penyakit yang
sama...

Namun apa sebenarnya yang berlaku..hanya Tuhan yang
mengetahui akan perkaranya....

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan