Jam menunjukkan hampir jam 12 tengah malam...apabila
RD yang tadinya 'rancak' bercerita...tiba-tiba terdiam...
RD memberitahu tiba-tiba ia teringat pada isterinya yang
ditinggalkan di KK..dan merasakan ada sesuatu yang tidak
kena...
RD yang duduk bersila menutup matanya...dan jelas seper-
ti sedang menumpukan perhatian kepada sesuatu yang
jauh...
Beberapa saat kemudian RD memberitahu ia nampak isteri-
nya yang berseluar hitam dan berbaju putih nipis sedang
duduk dirumah...
RD juga dapat merasakan ada seorang lelaki akan datang
untuk menemui isterinya...dengan kata lain...RD dapat
mengesan dari jarak jauh akan kecurangan isterinya...
Bayangkan saja..jarak antara Ranau dan K.Kinabalu lebih
kurang 80 km...
Sebelum ini...sudah beberapa kali RD yang menjaga anak
dirumah dapat melihat bayangan isterinya yang sangat jelas
bermain kayu tiga semasa keluar kerja...malah pernah
sekali ia melihat bayangan isterinya sedang berzina dengan
rakan sepejabatnya sendiri...
Kebetulan pula...sudah beberapa kali isterinya 'mengamuk'
dirumah meminta cerai...
Biasanya ia akan menelefon saya dan bertanya samada apa
yang dilihatnya itu benar...dan samada ini suatu kelebihan
kurniaan Tuhan atau gangguan jin semata-mata...
Saya tidak tahu...tapi saya memintanya supaya bersabar
kerana dari buruknya bayangan yang dilihatnya itu...
mungkin ia tipudaya jin...
Oleh kerana sangat jarang sekali RD dapat pulang ke Ranau
rasanya ini masa yang sangat sesuai untuk memastikan
samada bayangan yang dilihatnya itu benar atau sekadar
gangguan...
Teori mudahnya saya akan cuba mengesan kehadiran angin
bisa pada bahagian kepala RD...
Apabila saya letakkan hujung jari telunjuk pada tengah-tengah
ubunnya dan membuat satu set pernafasan...RD merasa ada
denyutan pada ubun-ubunnnya...dan ia merasa tak selesa
pada kesemua bahagian kepalanya (otaknya)...
Ia menunjukkan kehadiran angin bisa...malah ia agak padat...
Apabila saya menggunakan kaedah cubit cabut untuk mena-
rik keluar angin bisa tersebut...RD merasa urat di bahagian
tepi kanan kiri dahinya bergerak-gerak...
Saya menggunakan cara yang sama pada kedua-dua baha-
gian tersebut...
Apabila RD menumpukan semula perhatiannya...RD melihat
isterinya sedang baring-baring rehat sambil bermain 'game'.
Cuma kali ini...RD tidak lagi merasa ada seorang lelaki akan
datang ke rumahnya...
Selagi angin bisa tidak ditarik melalui dahi depannya (otak
depan...atau juga yang disebut mata ketiga) angin bisanya
pasti masih bersisa...
Tapi RD ada cadangan yang bagus...ia menelefon isterinya
dan ternyata dari suaranya...isterinya itu baru saja bangun
dari tidur untuk menyambut panggilan suaminya...
Maka bayangan isterinya bermain 'game' juga permainan
jin semata-mata...
Sebenarnya sebelum RD melihat bayangan isterinya...ada
suatu perkara ganjil berlaku...
AZ yang datang bersama RD menceritakan...apabila tiba-
tiba RD memberitahu ia nampak bayangan yang sangat
jelas seorang perempuan tua datang...
...dari celah pintu depan yang terbuka sedikit...AZ merasa
seram...dan dapat merasakkan perempuan tua itu sedang
duduk di luar...
Tiba-tiba saja tanpa melihat benda itu masuk...bayangan
perempuan itu itu seperti bersatu dengan tubuh RD...
malah...mukanya turut berubah seperti rupa RD...
Pada masa yang sama...RD melihat perempuan tua itu
menengkingnya..." Pulang!!"...
Pada mulanya tadi saya sangkakan 'perempuan tua' itu
adalah jin ilmu buangan yang berkeliaran pada kawasan
berdekatan...namun dari caranya...ia lebih kepada jin ilmu
yang mendampingin RD...
Kemudian tak lama selepas itu...RD melihat bayangan isteri-
nya...
Sebelum ini sudah beberapa RD menceritakan bagaimana
ia mengejutkan rakan-rakan lain dengan bertanya tentang
sesuatu perkara yang mereka sedang fikirkan...
Rd dapat merasakan apa yang rakan-rakannya sedang
fikirkan...atau sedang hadapi...walaupun tak kepada semua
rakan...tapi ternyata ia sempat membuat rakan-rakan ter-
sebut terkejut malah ketakutan...
Saya tidak tahu samada RD ada firasat bersih tanpa peng-
libatan jin tua tadi...tapi yang pasti...firasat-firasat buruk
terhadap isterinya adalah tipudaya jin semata-mata yang
bertujuan untuk menghancurkan rumahtangga mereka...
Namun tidak pula mustahil...jin ilmu firasat ini dapat mem-
berikan gambaran atau 'gerak hati' yang benar...malah kerap
kali jin jenis ini datang kepada penggemar ilmu kebatinan
dengan membawa kebolehan yang guru mereka tak pernah
ajarkan...
Maka ia tinggal...samada anda terpedaya...atau tahu tapi
menerimanya...dari sebab kebolehan yang akan membuat
orang lain kagum dan yakin kepada anda...
Dan pada masa yang sama...kehebatan asli manusia (keku-
atan roh)...boleh sehebat atau malah lebih hebat daripada
dari ilmu jin ini...
Contoh terbaik adalah Saidina Umar ra yang mengetahui
kedudukan tentera Islam juga musuh...malah suara arahan-
nya dapat didengar sedangkan jarak antara medan perang
dengan Madinah itu lebih daripada sebulan perjalanan...
Juga kisah seorang wali Allah...yang dapat memindahkan
singgahsana Puteri Balqis...lebih cepat daripada kemampuan
seekor jin ifrit...
Bagi ilmu firasat jin...maka sasaran utama gangguan adalah
bahagian otak (fikiran)...yang mungkin akan membuat anda
merasa tak siuman...atau membuat orang lain menyangka anda
tak siuman...menderita berbagai gangguan fikiran...
...dan pada jangka masa panjang kemungkinan lain adalah ber-
bagai sakit atau penyakit bahagian kepala...termasuk pitam...
ketumbuhan...dan apa juga gejala...bergantung kepada 'kepaka-
ran' jin firasat ...juga pertahanan atau penyerahan diri anda
terhadap jin tersebut...iaitu sejauh mana anda percaya dan
membiarkan diri dikuasainya...
Wallohu a'lam
Nota
1.Apa yang RD nampak sebagai isterinya itu..ia adalah suatu
gambaran rekaan jin dalam bahagian otak...
...dan cara gangguan yang sama pada kebanyakan orang ada-
lah...perkara atau peristiwa yang kita nampak dalam mimpi.
...terutamanya bagi seseorang yang selalu bermimpi aneh atau
mimpi buruk...
Cuma bezanya...RD nampak dalam sedar...sedangkan kita
nampak ketika kita sedang tidur...
2.Gangguan lain yang juga caranya hampir sama seperti di-
atas..adalah bagi seseorang yang suka atau kuat berkhayal
dari sebab gangguan jin....
Maka walaupun ia tak nampak secara terang atau nyata...
tapi ia merasa seolah-olah melihatnya....dan perkara tersebut
mempengaruhi perasaannya...
Wallohu a'lam
salam sahabat junied....saya pernah menelefon guru sahabat bernama pakcik salehuddin.dia memang sorang yang merendah diri dan memberi tunjuk ajar walau tidak pernah bersua muka...katanya dia dah tak buka pusat rawatan tapi dia membuat perubatan islam sepenuh masa
BalasPadamsalam sahabat junied..alangkah eloknya kalau saya dapat belajar perubatan islam yang dibawa oleh sahabat junied...dapat lah saya mengubat ayah saya yang sakit skrg ni....tapi proses pembelajaran ni akan mengambil masa yg lama kan...
BalasPadamWa alaikum salam wbkth naruto...
BalasPadamKadang-kadang saya rasa ada bendanya yang
'terbalik'...guru saya bersifat sedemikian
tapi saya pula yang tak ada apa-apa...
banyak pula 'cakap'...cuma harap-harapnya
akan bermanafaat pada umum...Insya Allah.
Sebenarnya naruto...
...asas kekuatan amalan ini adalah dari
amalan perguruan Pusat Rawatan Iman Theraphy...dan saya sekadar cuba
mengkaji dan mendedahkannya kepada umum.
Ertinya...kalau seseorang itu ada ijazah
amalan juga menguasai pernafasan perguruan
ini...maka ia boleh menggunakan atau
melatih teknik dan hasil kajian saya...
(atau anda mungkin ahli sebuah perguruan
lain terutamanya yang menggabungkan antara
rukyah dan ilmu pernafasan)...
Contohnya...seorang rakan seperguruan...
sudah hampir sebulan sakit lutut...apabila
saya ajarkan ia teknik 'cubit cabut' yang
cuma mengambil masa seminit dua...ia dapat
merawat sendiri sakit lututnya...tak sampai
seminit...dengan izin Tuhan...
Begitu pula kalau seseorang itu ada 'kekua-
tan'...kalau ia dapat memahami teknik 'scan'
dalam blog ini...maka ia dapat menggunakan-
nya serta merta...dengan izin Tuhan...
Maka ia bergantung kepada persediaan diri
seseorang juga kefahaman mengenai kaedahnya.
Insya Allah..
salam saudara junied.bagi saya saudara tidak melebih lebih pun dari guru saudara...rasanya pendedahan saudara banyak membantu saya yang selama ini mencari secubit ilmu di lautan ilmu allah swt yang maha luas ini....saya kiranya disini kalau dapat mempelajari ilmu rawatan dari saudara alangkah gembiranya di hati...
BalasPadamWa alaikum salam wbkth naruto...
BalasPadamTerima kasih atas penilaiannya...
Sebenarnya saya anggap apa yang ada
di dalam blog ini adalah maklumat
perubatan juga rawatan serba sedikit
berkaitan gangguan makhluk-makhluk
halus (jin)...dan saya harap siapa
juga akan mendapat manafaatnya...
termasuk pada naruto...Insya Allah.
Adapun teknik-teknik rawatan atau
'scan'...kekuatannya kita boleh dapat
dari mana-mana saja perguruan terutama
yang menggabungkan antara rukyah dan
pernafasan...dan tak guna jin..
Wallohu a'lam