Khamis, 21 Jun 2012

'SCAN' MUDAH TENAGA DALAM (1)...Tanda Saka?

Sejak petang kelmarin semasa membersihkan kawasan
halaman rumah...pakcik itu mula rasa kurang sihat...


Ceritanya lagi...apabila ia pergi ke kebun getahnya...ia
juga selalu merasa bulu roma bahagian tengkuk...kepala
dan belakangnya meremang...malah rambutnya dirasa 
tegak berdiri...


Apabila pakcik itu membaca Fatihah..ayat Kursi...dan
3 Qul kemudian tiup keliling...keadaan tadi menjadi
pulih...tapi tidak lama kemudian...romanya terasa 
meremang semula...


Apabila di 'scan'...saya dapati ada angin bisa yang agak
padat pada bahagian kepala...tengkuk dan belakang...


Maka roma meremang itu adalah kesan dari tindakbalas
angin bisa tersebut pada kehadiran jin dalam kawasan
kebun getahnya di mana terdapat kawasan mata air...


Pada bahagian bahu kanannya ada kesan tinggalan
angin bisa atas kulit...menunjukkan ada masa-masa ter-
tentu ada 'benda halus' datang dan bertenggek pada
bahagian tersebut...kerana itu kadang-kadang pakcik
ini merasa lesu letih tanpa sebab...


Juga ada angin bisa jin pada tapak tangan kirinya...me-
nunjukkan pakcik itu didampingi jin ilmu yang sudah
menjadi saka...kerana itu ia menarik perhatian 'makhluk-
makhluk' halus dalam kebun getahnya...dan kadang-
kadang pendampingan sebegini boleh mengundang
serangan jin...


Apabila ditiup...roma meremang itu hilang...kemudian
berulang kerana makhuk-makhluk  tersebut menjauh
kemudian datang semula...menunjukkan amalan pagar
pakcik itu masih agak kurang sebati...tapi ianya sudah
terbentuk dan boleh meningkat dengan amalan  ber-
terusan atau ditambah...


Wallohu a'lam











19 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan, saya ada mengambil beberapa wirid dan zikir dari seseorang, dan dari amalan yg saya lakukan memang ada kesan yg terhasil. Khususnya utk rawatan diri sendiri dan keluarga. Namun saya tiada memiliki amalan pendinding atau pagar yg menyebabkan mudah saya diganggu. Bolehkah tuan berikan saya sedikit tunjuk ajar atau amalan-amalan yg boleh saya amalkan sebagai perisai atau pendinding... Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth pelita...

    Kalaulah mampu...saya cadangkan semua
    perawat atau pengamal pendinding diri
    sebaiknya mengamalkan juga Ayat Manzil....

    Ia bukan sekadar pendinding...malah
    kesan rawatan akan lebih baik lagi...
    Insya Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas maklum balas Tuan. Saya ada membeli kitab kecil Manzil dan juga membuat carian di internet, terdapat beberapa versi Ayat Manzil. Bolehkah Tuan berikan aturan/senarai Ayat Manzil yg Tuan syorkan utk saya amalkan.

      Terima kasih.

      Padam
  3. Sama-sama Pelita...

    Sila lihat catitan mac 2010 ya...ia ada
    senarai Ayat Manzil yang saya catitkan.

    Banyak Manzil dalam buku-buku rawatan
    ia ditambah dengan bermacam ayat lain
    ...dan ia sangat baik cuma agak timbul
    masalah pada kita yang masih kurang
    mahir mambaca Qur'an atau juga ada
    masa yang agak terbatas dalam sehari-
    hari...

    Ayat Manzil juga disebut ayat 33...
    dan itu yang 'standard'nya'....cuma
    kalau dapat tambah lebih...lebih
    baik pula...Insya Allah...

    BalasPadam
  4. Terima kasih Tuan,

    Saya dah melihat catitan Tuan berkenaan Ayat Manzil. Jika saya ingin mendapatkan Ijazah bagi amalan ini bagaimana caranya... bolehkah Tuan berikan sedikit penjelasan berkenaan perkara ini..

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama tuan...

      Ia adalah susunan dalam hadis...maka
      saya berpendapat...tidak perlu minta
      ijazah di mana-mana...ia adalah amalan
      untuk sesiapa juga...

      Saya cuma sebarkan...tapi kalau ada
      perguruan perubatan yang mengamalkan
      Ayat Manzil...maka tidak mengapa pula
      ambil ijazah amalan sekadar agar men-
      dapat berkat perguruan...Insya Allah...

      Wallohu a'lam

      Padam
    2. Terima kasih atas penjelasan Tuan, insyaAllah saya akan usaha amalkan Ayat Manzil... Mudah-mudahan Allah permudahkan dan moga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keredhoanNya...

      Terima kasih
      Assalamualaikum w.b.r

      Padam
  5. salam..tuan...sy sering mengalami ganguan..kekadang saya rasa berdebar..ketakutan...terutamanya pada waktu maghrib dan ketika nak tidur...nafas saya pun kenkadang susah nak tarik...seprti tersekat...apa sebabnya ye?saya rasa seram...seperti ada yang bergerak gerak kat tubuh saya

    BalasPadam
  6. assalamualaikum encik. boleh tak bagi email? sy ada sesuatu yg mahu diceritakan dan ditanya. terima kasih.

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth Azwin...

    Saya minta maaf banyak-banyak Azwin...
    rasanya saya belum bersedia untuk letak
    email saya pada umum...kebetulan agak
    kurang sedikit masa dengan intnt sekarang
    ni...

    Macam mana pun kalau tidak keberatan Azwin bagi email ya...

    Harap maaf...

    BalasPadam
  8. BAHAYA TENAGA DALAM

    Pada asasnya tenaga dalam itu samada halal tak halal ia bergantung kepada amalan juga isi tenaga tersebut.

    Kalau tak ada unsur syirik atau amalan menyimpang maka tak ada masalah...
    Namun sebaik baiknya anda berhati hati kerana walau tak ada unsur ramalan syirik tapi ada penglibatan jin secara langsung atau tak langsung maka jadi lah ia sebahagian ilmu sihir.

    Jin jin moden bukan seperti jin dulu dulu yang hanya tahu mentera tapi jin jin moden sebaliknya semakin banyak yang berselindung dengan amalan bersih seperti zikir malah ayat Quran an.

    BalasPadam
  9. Malah lebih banyak perguruan jenis tenaga dalam yang menggunakan jin samada secara sengaja atau tidak.

    Malah saya ingin panjangkan lagi pada rawatan Rukyah...tidak semua rawatan Rukyah itu bebas jin.samada jin ini datang dari jin saka sendiri atau guru atau dari benda benda berjin yang disimpan secara sengaja atau tidak...

    ...atau jin jin kehilangan tuan yang sedang cari tuan baru dan memilih seseorang itu yang berusaha menjadi perawat dengan cara bersih tapi hari tak ikhlas kerana Allah

    BalasPadam
  10. Tidak hanya pada perguruan tenaga dalam malah pada perawat perawat Rukyah sekalipun terdedah kepada kedatangan jin yang menjadi pendamping.

    Jin jin jin ini boleh jadi datang dari ilmu syirik atau jin saka sendiri atau jin saka guru atau dari jin jin ilmu
    Yang kehilangan tuan dan mencari serta memilih sendiri tuan barunya.

    BalasPadam
  11. Jin jin tenaga dalam memilih orang yang suka atau amal tenaga dalam malah jin yang tahu baca ,qur an akan pilih perukyah.

    Tidak semua orang itu jin suka atau jin pilih..biasanya jin akan kaji seseorang dan tahu orang yang mudah diperdaya.

    Contoh mudah...ada perawat yang suka sampingan wali wali atau khadam maka jin yang berperawakan wali atau khadam datang kepadanya.

    BalasPadam
  12. Pada zaman ini makin banyak jin kebal Rukyah atau amalan pendinding kerana jin jin ini sudah cukup banyak pengalaman dan tahu menyesuaikan diri atau mengelak kesan rukyah.

    Maka sudah jadi rutin jin tenaga dalam mempermainkan orang tenaga dalam dan Rukyah Sepert tidak berkesan langsung.

    BalasPadam
  13. Semua ini ada sebab dan rahsianya..
    dan sebenarnya semua jin ini lemah cuma ada kelebihan dari segi taktik perangnya.

    BalasPadam