Baru dua hari balik ke sekolahnya di Keningau
anak buah saya itu menghubungi bapanya...
....tangan kanannya bertambah sakit...
Ia bermula sejak ia membelek talipinggang
lama yang dijual di Tamu Ranau...namun sakit
itu datang hilang...sehinggalah ia balik ke sekolah-
nya..sakit itu semakin kuat malah melarat hingga
ke bahu...
Antara pilihannya...suruh ia pulang Ranau untuk
dirawat...atau kirim air doa dengan bas...atau
suruh cari sendiri perawat di sana....
Tapi seperti yang Guru Utama sebutkan dalam
blog perguruan tentang istilah rawatan tanpa
sempadan...ia adalah pilihan yang paling prak-
tikal...
Walau sekadar pengkaji dan penulis bebas
tapi seperti yang saya selalu katakan kepada
rakan-rakan...dengan keluarga selagi anda
dapat berusaha maka ikhtiarkan...
Saya pesan pada bapanya agar memberitahu
budak tersebut agar menyediakan sebotol air
dan malam itu saya bacakan Fatihah...Bismillah
7 ...Bismillah 3...Ayat 7...ayat Laqud ja akum...
Ayat Kursi...Lau Anzalna 3x...dan 4 Qul...
Dengan izin Tuhan...esok pagi bapanya meng-
hantar sms...sakit tangannya sudah hilang...
Satu pengajaran lain...mungkin dengan ' silap-
beli ' barang lama yang dijual di pasar...
anda mungkin dapat hadiah percumanya..
iaitu jin saka...
Kaedah rawatan di sini adalah mengikut kajian
dan latihan saya semata-mata...dan saya masih
kurang tahu cara yang Ustaz gunakan yang
tentunya lebih lengkap dan terperinci...
Tapi itulah kenyataannya...ketika baru ambil
ijazah amalan peringkat pertama dengan guru
utama...Ustaz ada tunjukkan beberapa kaedah
asas juga amalan mudah sehari-hari...dan yang
paling berkesan pada hati saya apabila ustaz
menyebutkan...terpulanglah pada Tuhan kalau
IA mahu memberi kamu sebarang kelebihan
dengan amalan ini...
...terdetik pada hati saya...tentu amalan ini
lebih banyak kelebihan daripada sekadar asas
yang ustaz ajarkan tadi...
Dari detik hati ini...maka saya kaji dan coretkan
sekedar mana mampu dalam blog rnj dan nh....
dengan harapan...semoga ia serba sedikit ber-
manafaat kepada orang lain...
Terima kasih ustaz...juga kepada rakan serta guru
ke peringkat dua iaitu Ustaz Salehuddin...
Wallohu a'lam
Salam buat semua. KURSUS ASAS MENJADI PERAWAT IMANTHERAPY sessi KK/2012 akan diadakan pada 7/10/2012 (ahad) jam 9 pagi - 5 petang. Kepada sesiapa disekitar Kota Kinabalu yang berhajat boleh menghubungi Ustaz Muhammad 013 207 3001 / 016 880 3001 (sms NAMA/KP/NO TEL) SUMBANGAN RM 350.00 (sila bank in sbelum kursus-tempat terhad-20 kuota shj)
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Ustaz....
BalasPadamHarapnya pembaca di mana-mana juga tidak
melepaskan peluang ini...Insya Allah...