Jumaat, 5 Oktober 2012

IMAN THERAPHY...Aliran 'Karan' ?

...Assalamu alaikum tuan...betul pula tuan cakap tu...
lepas ambil ijazah barula dapat rasa semua kesan...

...sekarang bila saya baca semua zikir...saya rasa
ada karan-karan di kedua-dua tangan...ini mesej
seorang rakan baru selepas ambil ijazah IT...
( rakan tu panggil saya tuan...tak apala...seronok
juga sekali sekala kena panggil tuan ni...)

Ia mengingatkan saya pada mula-mula ambil ijazah
IT dengan guru utama di Surau....

Ketika itu kami lebih kurang 12 orang semuanya.

Ustaz ajarkan serba sedikit cara guna juga cara nak
rasa gelombang....

Ketika saya duduk melunjurkan kaki...seorang rakan
( anak buah ) duduk bersila di depan sambil meng-
alirkan gelombang masuk ketubuh saya dengan tapak
tangannya...

Beberapa minit berlalu...saya tidak merasa sebarang
kesan gelombang...hati saya juga ragu-ragu samada
akan dapat merasainya...

Namun pada minit kelima... saya dikejutkan oleh
suatu kesan seperti terkena renjatan letrik hingga
ke paras pinggang...

Ianya cukup kuat...cuma tidaklah menyakitkan...

Kemudiannya saya tahu bahagian tersebut banyak
angin bisa...dan untuk beberapa lama saya merasa
panas membahang padanya setiap kali berzikir
dan akhirnya hilang dengan izin Tuhan...

Kesan renjatan itu bolehlah saya katakan kesan
'kubu' angin bisa itu pecah...dan ianya banyak
membantu dalam proses penyembuhan selepas-
nya...

Rakan tadi mengalami gangguan saka yang agak
kuat dan telah ambil ijazah amalan dengan seorang
perawat....ada perkembangan tapi gangguannya
masih kuat hingga terpaksa mencari perawat lain.

Saya cadangkan ia ambil ijazah IT...bukan saja ia
akan dapat amalan baru...malah kesan amalan
yang diambil sebelumnya juga akan lebih kuat....

Dan kesimpulannya...aura rakan itu jadi lebih
aktif dan mula memberi 'pukulan' yang lebih
kuat kepada jin sakanya...

Wallohu a'lam

16 ulasan:

  1. Assalamualaikum Saudara Junied.
    Umi ada sedikit pertanyaan tentang saka /gangguan jin. Apakah sebab paling munasabah untuk diberikan sbg alasan bg mendapatkan rawatan? kerana tiada histeria/rasukan/gangguan ketara. Hanya diri sendiri dpt merasakan perubahan emosi/hilang keyakinan diri/rasa tak bersemangat dll. Jazakillahukhair.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Ummi...

    Ia menandakan adanya angin bisa sekurang-
    kurang pada bahagian dada dan kepala...

    Angin itu jika tiada halangan ( rawatan
    atau amalan pendinding ) biasanya akan
    bertambah padat...

    Akhirnya seseorang itu boleh mengalami
    rasukan...dan yang Ummi rasa sekarang
    itu juga merupakan jenis rasukan perasaan
    pada peringkat awal...

    Pada akhirnya ia menjadi tekanan jiwa
    buatan yang bukan sahaja merisikokan
    hilangnya pertimbangan tapi juga
    berbagai jenis gejala penyakit seperti
    sasak nafas ( lelah buatan )...sakit
    dada...paru-paru berkuman...dan apa
    juga penyakit dalam dada selain pada
    bahagian kepala pening...berat...sakit
    termasuk migrain...atau kanser dan
    sebagainya bergantung kepada pertahanan
    seseorang juga kepakaran jin yang
    mengganggu...

    Selain itu mungkin akan membawa kepada
    sakit-sakit badan atau bisa sendi...

    Sementara itu tekanan jiwa buatan juga
    mungkin akan diikuti tinggi darah...
    sakit jantung sebenar disebabkan oleh
    tekanan berpanjangan...

    Risiko lain adalah gejala gangguan biasa
    seperti suka mengasingkan diri...tidak
    mahu berumahtangga bagi yang bujang...
    halangan rezeki...memusuhi orang lain
    tanpa sebab...juga boleh jadi rasukan
    penuh atau berbagai kejadian ganjil...
    dan sebagainya...

    Semoga Tuhan melindungi Ummi dan kita
    semua...sebaiknya berubat sebelum ia
    semakin padat...amal juga pendinding
    diri...dan sebagainya...Insya Allah
    Ummi ya...

    Wallohu a'lam




    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Saudara Junied.

    Soalan umi seterusnya ~ apa sebenarnya berlaku pada seseorang yang kerap mendengar suara azan di telinganya, walaupun bukan masuk waktu solat. Ia tak mengira waktu hampir setiap hari termasuk ketika di dalam tandas. Suara azan itu kadang2 separuh, kadang2 sampai habis. Keadaan ini sudah berlaku hampir setahun.

    Jazakillahu khairan kathira.

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth Ummi...

    Saya baru tahu adanya keadaan seperti
    ini...maka saya tidak tahu kesan akhir-
    nya terutama dalam jangka masa panjang.

    Maaf ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth ana...

    Ada..tapi maaf ya...untuk sementara ni
    saya belum bersedia untuk siarkan
    secara terbuka...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. salam tuan,saya ingin berkongsi pengalaman dan mudah-mudahan tuan dapat menambah info untuk bacaan rakan blog lain.Saya pernah membawa adik dan isteri dia berubat dengan salah seorang rakan rapat IT,setelah dirawat isteri adik saya mengalami sakit perut yang melampau..adik saya kemudiannya membawa isteri dia berubat dengan seorang yang pandai mengurut(kebolehan semulajadi)di tamparuli dan mengatakan bahawa rahim isteri dia pecah-pecah.Bagaimana pendapat tuan?

    BalasPadam
  7. salam tuan,saya merujuk catatan puan Ummi Amirah pada 24 okt..Saya pernah mengalami keadaan seperti itu tetapi dalam situasi berbeza.Saya pernah ditindih separa tidur dan sedar dan terdengar bisikan menyuruh mengazan dan azan berkumandang kedengaran di telinga.Apabila sedar sepenuhnya dari tidur, rakan sebilik mengatakan saya meraung-raung dan dia tidak terdengar sebarang azan.Saya simpulkan di sini bahawa ia adalah gangguan jin saka dan azan itu adalah helah jin tersebut.Saya mengalami 3 kali pada 4 tahun lalu kini saya tidak mengalami lagi setelah mendapat rawatan islam beberapa kali.Saya cadangkan kpd puan ummi supaya segeralah berubat dengan rawatan islam tanpa jemu.Wollah hu alam..

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam wbkth Js...

    Sakit melampau antara sebabnya...

    1.Penempatan jin diserang dan dipecahkan
    dengan kekuatan yang 'besar' secara serta
    merta atau mengejut...

    Satu cara mengelakknya ialah memulakan
    dengan rawatan yang lebih ringan...
    iaitu kurangkan bisa jin itu perlahan-
    lahan atau berperingkat terlebih dahulu
    agar ia tidak menimbulkan kesan tindak-
    balas yang kuat atau sekaligus...

    Tapi kesakitan itu juga menunjukkan ser-
    angan yang mengenai jin pengganggu...
    dan padanya (tempat sakit)ada angin bisa
    yang sudah agak lama serta padat...

    Cara lain...untuk mengurangkan sedikit
    kesan tindakbalas ialah dengan minum air
    salawat...

    Kesan kesakitan melampau juga boleh jadi
    kesan sementara...sakit tapi kesannya
    lebih cepat...dan boleh jadi rawatannya
    itu juga serasi cuma agak 'mengejut'...

    2.Rahim pecah-pecah itu kalau doktor hos-
    pital yang kata...maka betul lah rahimnya
    pecah-pecah...

    ...tapi kalau tukang urut yang kata maka
    ia lebih merujuk kepada kesan 'angin bisa'.

    3.Saya setuju dengan pandangan Js..ia lebih
    kepada helah jin...

    Saya harap Ummi juga terbaca ulasan rakan
    Js ini...

    Terima kasih Js atas ulasan dan perkongsi-
    annya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. bila terbaca tajuk 'karan'saya teringat kejadian sewaktu menjaga ayah di ward kerana accident.suatu malam wktu maghrib slepas saya membacakan ayat manzil tiba2 dia bangun dri tidur seperti nk bgtau sesuatu tp tak terucap.dia pandang sy dan sy menghampirinya,kemudian saya rasakan seperti aliran karan mengalir di tangan saya bila menyentuh lututnya.kemudian saya berikan kertas untuk dia tulis apa dia nk bgtau.tulisannya berangkai2 dan bukan tulisannya yg biasa.bahasanya juga tak dpt dikenal pasti.apa pandangan saudara?mohon perkongsian ilmu.wallahualam.

    BalasPadam
  10. Salam ros...

    1.Kalau karan itu dari tangan ke lutut..atau
    sebaliknya..biasanya kerana ada angin bisa
    pada lutut...

    2.Tulisan dan bahasa kalau pasti seseorang
    yang menulisnya itu tidak tahu atau tidak
    faham...apalagi kalau kita juga tidak faham
    maka biasanya tulisan itu adalah dari sesuatu
    makhluk yang tidak kelihatan (jin)...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  11. Secara umum...

    1.Kadang-kadang kita merasa aliran karan
    apabila ada angin bisa cuba masuk tangan
    sedangkan dengan izin Tuhan kita ada
    pertahanan...

    2.Bahasa itu (kalau dapat dikenal pasti)
    mungkin boleh menunjukkan bangsa juga
    tempat asal usul jin...

    Contohnya...ia bahasa Siam...dan mungkin
    kita pernah ke Siam atau mungkin tidak
    pernah tapi ada menyimpan sesuatu barang
    dari Siam...atau tidak pernah tapi pernah
    berjumpa seseorang dari Siam atau sebagai-
    nya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. terima kasih saudara di atas perkongsian..sy juga ingin bertanya lebih lanjut,apakah yg sy patut lakukan dgn kertas yg mengandungi tulisan tersebut?tulisan itu berhuruf rumi abc tapi bahasanya tidak difahami.adakah sy boleh membuangnya dgn begitu sahaja atau perlu merujuk kpd mana2 yg lebih arif?
    dan satu lagi persoalan saya adakah itu mungkin tanda2 saka diperturunkan dri ayah kpd anak melalui pemberian sebegitu?

    BalasPadam
  13. Sama-sama ros...

    Sebaiknya dirujuk pada orang yang lebih tahu
    memandangkan kadang-kadang jin ni akan
    buat syarat sesuka hatinya tanpa kita ketahui.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  14. jadi adakah dengan menyimpan kertas itu memberi apa-apa kesan?
    apakah yang patut saya lakukan sebagai pelindung diri?
    banyak persoalan yang saya fikirkan.
    harap saudara dapat kongsikan ilmu di
    meilingpunyer@gmail.com
    terima kasih


    BalasPadam
  15. Wallohu a'lam...sebaiknya jumpa orang yang lebih
    ari samada ia satu syarat atau tulisan kosong
    semata-mata...

    Sebaiknya kalau mampu...amalkan Ayat Manzil
    ...3 Qul pernafasan...Ayat KUrsi 11x...Al Insyiroh
    3 atau 7 x setiap lepas solat dan sebagainya...

    Kemudian jadikan air doa minuman dan mandian
    harian...juga pagar rumah..dan sebagainya...

    In-shaa Allah...

    BalasPadam