Pada pandangan mata jin...orang yang meng-
amalkanAyat Manzil ini...akan ada padanya
satu lapisan cahaya yang meliputi tubuhnya...
Lapisan cahaya ini berwarna putih...serta panas...
dan semakin lama seseorang itu mengamalkan
Ayat Manzil...maka lapisan itu bertambah tebal
dan panas...
Seorang rakan...dalam jarak seratus meter sebe-
lum sampai ke satu tempat...
jin di tempat itu sudah dapat merasakan bahang
panas lapisan cahayanya...
Iaitu sebelum nampak 'orangnya'...jin sudah tahu
ia akan datang...dari sebab jauhnya jangkauan
cahaya yang meliputi tubuhnya...
Jika dalam sesebuah rumah itu tidak ada orang
sembahyang atau membaca Qur'an di dalamnya
maka pada pandangan jin...suasana dalam rumah
itu suram dan kelam...
Iaitu keadaan yang digemarinya...(...walaupun
contohnya rumah itu secara zahir sangat terang
oleh cahaya lampu...)
Tapi bila ia dimasuki oeh orang yang mengamalkan
Ayat Manzil...maka suasana kelam tadi menjadi
cerah ceria pada pandangan mata jin...dan panas.
Dari segi lain...lapisan cahaya putih yang tebal itu
sangat berkesan dalam menghalang serangan jin...
Pertama sekali...kerana semakin ia menghampiri
seseorang itu...
semakin panas bahang yang dirasakannya...
Tanpa perlu menyerang...sesekor jin itu sudah tahu
samada ia mampu mengatasi seseorang manusia itu
atau tidak...
hanya dari ukuran luasnya capaian lapisan cahaya
putih ini...
Ia akan sampai satu peringkat...jin itu akan terbakar
sebelum sempat menyentuh seseorang yang tebal
lapisan cahayanya...
Maka perkara jin lari sebelum terserempak menjadi
perkara biasa...ia terutamanya bagi jin liar...
Bagaimana pun...jin ini banyak jenis dan bangsanya...
dan sebahagiannya mempunyai kelebihan serta
kekuatan yang lebih daripada yang lainnya.
Contohnya...
jin mungkin lari sebelum sempat ia nampak anda...
manakala yang lainnya pula mungkin masih dapat
bertahan mendekati anda...terutama jika kebetulan
anda ada jin saka...juga jenis jin tertentu yang men-
dampingi tukang-tukang sihir...
Maka pengamal Ayat Manzil masih berkemungkinan
menghadapi serangan jin tertentu...
terutamanya kalau anda terlibat secara aktif perkara-
perkara atau perbuatan-perbuatan yang berkaitan
dengan jin...
...contohnya anda menjadi...atau membantu perawat...
menyimpan tangkal atau secara tak sedar mengamal-
kan sihir...menjadi sasaran pendengki...
atau...orang-orangyang sakit hati...dan sebagainya.
Cuma mengikut pengalaman sendiri...setakat ini...
sehebat mana pun serangan yang diterima...anda
mungkin tak perlu mencari perawat...kecuali kalau
anda rasa perlu...maka tak mengapa berubat juga
dengan orang lain...
Wallohu a'lam.
Salam,
BalasPadamSaya memang byk tanda2 saka. Saya ada jugak amalkan manzil inin. Mula2 saya baca memng terasa berat dan asyik kena ulang saja dan terasa di kacayu. Tapi Allhamdulillah sekrang ini kalau saya baca, lancar saja. Ada kah saya perlu terus membaca. Apakah tanda nya pulak apabila saya baca sekarang ianya sudah lancar?
Cuma masalah saya sekarang ialah ada spot2 tertentu dirumah iaitu di kawasan sinki dapur bila saya pergi akan meremang bulu roma saya. Begitu juga kalau saya mula2 masuk rumah atau mula2 masuk bilik tidur saya akan rasa mcm seram sejuk tetapi akan hilang bila saya beri salam nabi sulaiman dan terus membaca ayat kursi.
BalasPadamWa alaikum salam wbkth En Shari...
BalasPadamKadang-kadang ada halangan daripada jin
yang mengganggu kita...maka apabila kita
dah lancar...ertinya gangguan itu semakin
lemah...
Pada pengamatan saya setakat ini...bagi
orang yang ada saka...dan Alhamdulillah
atas 'motivasi' ini...Tuhan beri kita
ayat-ayatnya...maka sebaiknya ia adalah
amalan seumur hidup...
Bukan kerana nak benteng saka...tapi jadi
amalan Akhirat...semoga menjadi teman dan
cahaya selepas kehidupan sementara kita
ini....malah kalau mampu...usaha tambahkan
lagi amalan kita yang lain...
Dan kebetulan pula...biasanya bagi orang
yang berhenti beramal...ada kemungkinan
jin saka itu akan kembali semula...
Bagi saya itu tandanya Tuhan tak izin kita
buang apa yang sudah IA berikan kepada kita.
Saka itu boleh jadi gangguan besar...tapi sangat kecil berbanding keredhaan Tuhan...
Tentang kawasan yang agak menyeramkan itu
Oleh kerana En Shari dah tahu doanya...ia
bukan lagi masalah...
Sekurang-kurangnya...renjis air Manzil pada
4 penjuru ruangan tersebut...atau kalau ada
botol spray...spray kabus pada sekeliling
dinding...
Insya Allah En Shari ya...
Salam En Junied,
BalasPadamSebenarnya nama saya Sharifah....
Terimasih kerana berkongsi ilmu En Junied.
Spray kabus tu spray banyak2 ke?
En Junied,
BalasPadamKalau ikut tulisan En Junied - kalau saya teruskan amalkan ayat2 manzil ini dah merenjis2 selalu di rumah atau saya minum + mandi - Insyallah saya boleh sembuh kan?
Oh ya kalau saya ABC (Allah Bagi Cuti) saya boleh teruskan membaca manzil ini?
Wa alaikum salam wbkth Shari...
BalasPadamMaafkan saya pn/Cik Sharifah...
Sama-sama...kalau spray tu...asal ada
saja pun boleh...tapi lebih banyak lagi
baik...
Tentang sembuh tak sembuh...hanya Tuhan
yang lebih tahu...kita sekadar berusaha
dan berserah padaNYA...maaf ya...
Biasanya saka hanya selesai kalau benda
itu dibunuh kesemuanya sekali kalau ia
lebih daripada satu...atau dikurung...
atau diikat...atau ia mencari 'rumah'
baru...atau ia tak dapat bertahan dekat
dengan kita...
Kalau ABC pun kita masih boleh membaca-
nya dalam hati...kalau tak hafal...pa-
sang hp...kaset...cd...dan sebagainya
dan ikut baca dalam hati...atau baca
dalam hati jika ada tulisannya dalam
komputer atau internet...
Setakat yang saya tahu...baca secara
lisan (biasa) hanya boleh kalau ianya
Al fatihah dan 3 Qul dengan niat kita
baca doa...
Namun...
...ada ustaz berpendapat kalau dah
jadi amalan biasa...maka boleh baca
bila2 masa sahaja dengan niat doa
tanpa cuti...tapi saya masih cuba
mencari kepastian mengenainya...
Wallohu a'lam
Salam En Junied,
BalasPadamSaya faham - terimakasih banyak2.
Terimakasih kerana melayan pertanyaan saya. Semoga Allah merahmati En Junied.
Saya ada lagi soalan panjang untk Encik di seksyen satu lagi. :).
Wa alaikum salam wbkth Sahri...
BalasPadamSama-sama...Insya Allah...
Assalam, saya teryarik dgn entri ni. Bagaimana cara nak ubat anak yg d ganggu jin melalui ayat manzil ini? Apa beza ayat ruqyah dan ayat manzil?
BalasPadamWa alaikum salam puan...
BalasPadamBaca pada air jadi minuman anak tersebut secara berterusan...guna
mandi...atau sapu badan....
Dan selalu baca Ayat Kursi 11 kali pada ubun-ubunnya...kemudian
tiup dari ubun-ubun ke kaki...sekurang-kurangnya setiap malam...
dalan kalau mampu juga di waktu pagi.
...kalau ada rakaman...pasang sepanjang masa ia tidur malam....dan
kalau ia jadi amalan harian maka Insha Allah...kesanya pada diri kita
atau pada rawatan kita akan lebih ketara.
Kalau buat air doa..pastikan nafas kita sampai pada air selama masa
kita membacanya.
Rukyah bermaksud apa juga ayat Qur'an...doa terutama doa dari Nabi
saw...atau doa-doa yang diharuskan kita baca pada pesakit.
Ayat Manzil adalah sekumpulan ayat terpilih yang diambil dari satu
Hadis Nabi ketika merawat seseoprang yang mengalami rasukan jin...
dan ianya ada 33 ayat.
Wallohu a'lam
Terima kasih byk byk krn panduan ini. Insya Allah akan diamalkan.
PadamAlhamdulillah...sama-sama puan.
BalasPadamYang penting dalam berusaha kita sentiasa berdoa dan dan bergantung harapan
pada Tuhan...sentiasa minta petunjuk dan jalan keluar dari segala ujian yang
kita hadapi....dan tentunya ujian itu juga dari Tuhan yang menguasai segala-
galanya...Wallohu a'lam
Salam ustaz..
BalasPadamSaya telah mengalami gangguan sihir yang dituju kepada saya 2 mgu lps, seseorang telah mencadangkan supaya saya mengamalkan manzil selama 40 hari berturut2 sebagai pendinding dari jin dan ilmu hitam...soalan saya:
1. Klu saya uzur (period), bolehkah saya masih mengamalkan ayat2 manzil ini secara lisan?
2. Adakah saya boleh amalkan manzil ini bila2 masa..atau ada masa2 tertentu untuk menbacanya?
Terima kasih atas pencerahan tuan.
Wa alaikum salam wbkth Syarliza....
BalasPadam1. Amalan kebiasaan sehari-hari maka oleh teruskan seperti biasa pada masa cutinya cuma saya berpendapat jangan menanggung buku atau risalahnya...
boleh letak pada dinding...
Ketika cuti ini biasanya jin yang sudah faham akan berusaha keras untuk me-
manafaatkannya maka dari segi lain...kita dalam darurat.
2. Pagi petang atau sekali sehari....pagi petang atau malam terpulang pada ke-
sempatan masing-masing....namun amal setiap hari.
Ia bukan amalan 40 hari tapi berterusan kerana jin tak pakai jumlah hari....malah
akan menyerang bila-bila masa kita lalai.
Seperkara yang sangat penting...amalkan 3 Qul pernafasan...yang dibaca tiga-
tiga kali pagi petang atau setiap malam kerana ia amalan pelbagai khasiat...
termasuk pembenteng dan penghancur sihir....
...biasakan juga bismillah 21 kali sebelum tidur sebagai pembenteng diri...
keluarga juga kediaman...seperti juga amalan 3 Qul dan jangan dilalaikan
kerana sebahagian sihir datangnya malam ketika kita akan lelap atau
sedang tidur.
Amalan sebelum tidur jadi pagar ketika kita tidur...dan lebih baik pula kalau
mampu amal tahajjud...serta Ayat Kursi 11 kali pagi petang....dan sebagai-
nya...
Wallohu a'lam
Bismillah. Saya dgn penuh syukur ingin mengijazahkan amalan kitab manzil yg saya perolehi di Khanqah Shahranpur drp Maulana Muhammad Talha db. Ijazah diterima pada Aprill 2004. Baca dan hembus pada segelas air. Air kemudian di campur dan di buat minum, masak, mandi dan semburan. Insya Allah. Allah kabul kan niyat yg ikhlas. Semuanya dari Allah sahaja.
BalasPadamSaya terima pengijazahan amalan kitab manzil ini. terima kasih tuan
PadamSy mohon izin terima ijazah ini drp tuan yer.. Terima kasih
Padamqobiltu
PadamSaya mohon terima ijazah ini daripada tuan. Terima kasih
PadamAlhamdulillah...silakan semoga bermanafaat dengan izin Allah...Wallohu a'lam
PadamSaya terima pengijazahan amalan kitab manzil ini. terima kasih tuan
PadamSaya terima pengijazahan amalan kitab manzil ini. Terima kasih tuan
PadamSAYA TERIMA PENGIJAZAHAN AMALAN KITAB MANZIL INI.TERIMA KASIH TUAN
PadamSaya terima pengijazahan
PadamBykan doa: inna lillahi Wa inna illahi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati Wah lukhli khairan minha.
BalasPadamAlhamdulillah....terima kasih JAMI 1967....semoga bermanafaat
BalasPadamuntuk kita semua dunia akhirat dengan izin Allah...
Wallohu a'lam
Amalan manzil ini dlm prubatan islam,dan diijazahkan kpd pgamalnya,114
BalasPadamAs salam haikal...
BalasPadamJuga boleh di amal tanpa ijazah...cuma sebaiknya kalau
mahu jadi perawat secara khusus ambil ijazah amalannya
tapi kalau nak buat rawatan juga tanpa ijazah...buat
air doanya guna minum mandi renjis bilik atau rumah
dan sebagainya.
Wallohu a'lam
Assamualaikum tuan, saya baru2 ini telah di ijazahkan oleh seorang sahabat pengamal manzil. Tetapi dikenakan bayaran rm350 kerana dimaklumkan adalah penetapan oleh persatuan rm350. Soalan saya? adakah untuk ijazah manzil ini memang dikenakan bayaran?
PadamIZINKAN SAYA MENGAMALKAN NYA TUAN
PadamWa alaikum salam wbkth UK...
BalasPadamPada asasnya tak ada...tapi kalau pengijazah minta bayar
untuk tujuan atau manafaat tertentu...terpulang saja pada
kita nak ambil atau tidak.
Tapi nak amal Ayat manzil tak perlu ada ijazah kerana
ia adalah susunan ayat dan Suroh dari hadis rasulullah
SAW. Saya juga amal Ayat manzil bartahun-tahun tak ada
ijazah hanya amal dari buku.
Tapi kalau nak jadi perawat...maka sebaiknya ambil ijazah.
Wallohu a'lam
Aslkm.. boleh tuan terangkan tujuan dan sebab ditetapkn bayaran rm350 untuk pengijazahan dan mengamalkn ayat2 manzil ini... juga beza sekiranya kita amalkn dgn ijazah yg dibayar itu dengan amalan tanpa byrn pengijazahan itu.. sekian.. terima kasih..
PadamWa alaikum salam wbkth Eriq...
PadamIa lebih kepada dana bagi operasi persatuan...seperti
untuk sewa pejabat...aktiviti perubatan dan sebagainya.
Pada asasnya...tak ada bezanya...ia bergantung kepada
amalan kita sendiri...
Wallohu a'lam
Pengijazahan (berbayar atau tidak) tu bermaksud seorang guru (pemberi ijazah) akan bertanggungjawab atas amalan penerima ijazah di dunia & akhirat.
PadamSeorang penerima ijazah akan menyusur laluan dalam perjalan kerohanian si pemberi ijazah & ujian2 sepanjang beramal dengan amalan yang diijazahkan tu.
Jangan pandang remeh pengijazahan kerana barakah guru mengalir kepada murid & pengijazahan tu tali pengikat antara murid & guru.
Semakin kuat orang beramal semakin hebat bala tentera diutuskan Iblis untuk menghancurkannya, tanpa barakah guru .. ramai pengamal kecundang ...
Bayaran yang biasa dikenakan adalah untuk menampung keperluan perbelanjaan menyebarkan amalan tu sendiri supaya lebih ramai dapat menikmati manfaatnya.
Guru yang tak mengenakan bayaran biasanya menanggung sendiri perbelanjaan tersebut.
As'salam.. Alhamdulillah, entri ini byk membantu.. Sy sebenarnya slh seorg pngamal perubatan Islam.. Namun mungkin sy ingin tambahkan sedikit di sini utk manfaat bersama.. Bg mereka yg ingin merawat diri sndiri, ahli keluarga ataupun org yg dirawat dgn mnggunakan ayat Manzil @ Ruqyah, mungkin tips di bawah boleh membantu:-
BalasPadam1/. Niatkan utk 2 perkara.. Pertama, sbg amalan ibadah tambahan buat diri kita slain dr ibadah wajib, dan yg ke2, untuk memelihara diri ataupun ahli keluarga mahupun sesiapa yg dirawat drpd sbrg gngguan makhluk halus ataupun sebarang penyakit misteri.
2/. Baca mengikut tertib dan jgn tergesa2, takut2 timbul mslh lain spt tersalah baca yg akhirnya mungkin mngubah maksud ayat.
3/. Yakin dgn kekuasaan Allah SWT, bukan yakin dgn ayat tersebut semata2. Ini harus dijaga, krn takut2 nnt kebergantungan si pembaca adlh thadap ayat2 tersebut, sedangkan ayat2 tersebut adalah kalamullah, dtgnya drpd Allah.. Maka yakinlah dgn Allah, mudah2an ikhtiar dgn membaca ayat2Nya itu mampu melindungi diri, ahli keluarga atau sesiapapun yg dirawat.
Wallahu ta'ala a'lam.. Sekadar perkongsian, mudah2an memberi manfaat utk kita bersama.. Ampun dan maaf dipinta andai ada tersilap kata, krn sy juga msh belajar, n fitrah manusia itu tidak lari dr mlakukan kesilapan..
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamAlhamdulillah...terima kasih bagi pihak diri dan rakan-rakan
pembaca akan perkongsian yang sangat penting ini...semoga
bermanaffat bagi kita semua Insha Allah...
Wallohu a'lam
Iya tuan, mudah-mudahan ilmu yg serba kurang ini memberi manfaat buat kita bersama.. Aameen, Allahumma aameen..
PadamAlhmdulilah..sya juga tgh cb mgamalkan manzil..semoga istiqamah..terima kasih atas perkongsian..semoga dirahmati Allah.
BalasPadamSalam..Alhamdulilah.. sy mula terkena sawan 2 tahun lepas akibat sihir..hampir meragut nyawa bila tdak sedarkan diri ketika memandu..syukur setelah berubat dgn ustaz.. sy pulih
BalasPadamdan terus mengamalkan ayat Manzil hingga kini semakin sihat
Wa alaikum salam wbkth RIZpuisi...Alhamdulillah...mudah-
BalasPadammudahan kita semua di beri Allah keimanan dan kesihatan
yang berpanjangan...Wallohu a lam
Assalam, ustaz sya nak kepastian...beberapa hari yg lalu sya diberitahu oleh kawan untuk merawat gangguan cuba amalkan ayat-ayat manzil..jadi keesokkan harinya saya pasang manzil daripada telefon bimbit saya selepas subuh...selepas saya pasang kali pertama saya easa fikiran saya yang sebelum ini 'bengap'seolah-olah dibelenggu menjadi clear,kali kedua belakang saya menjadi panas dan kali ketiga belakang saya menjadi sakit seolah-olah ditarik ,bahu dan dada saya juga menjadi sangat sakit...adakah itu bermaksud ayat itu telah bertindak balas dengan badan saya?adakah saya mengalami penyakit rohani?
BalasPadamWa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamTanda ada angin bisa jin pada bahagian kepala atau otak.
Kalau panas bawah kulit maka tandanya ada jin tinggal
pada tulang belikat...kalau atas kulit samada jin suka
bergayut atau ikut dari belakang.
Hanya gangguan jin...sila rujuk blog dari ufuk timur...
catitan ogos dan sepetember 2017...sebaiknya amal fatihah
dan 3 Qul pernafasan...buat air doa sendiri...sambil minta
rawatan pada perawat yang diyakini dan berpengalaman...
Wallohu a'lam
assalamualaikum. sangat bermanfaat. terima kasih. saya nak share.. tahun lepas, saya masuk ke sekolah baru dan untuk kali pertama, saya menetap di asrama. saya selalu menjerit-jerit.. seolah diganggu. saya cepat penat... kerap juga saya kena. saya rasa macam tak sesuai duduk di situ. saya pergi berubat, ustaz tu kata, dalam badan saya takda apa-apa. cuma sebab bila saya kerap kena sebab jin keluar masuk dalam badan saya sebabnya saya pendatang baru. jadi, sukar untuk menyesuaikan diri. Saya kerap kena sampaikan orang sekeliling tak percayakan saya. dan saya pun kadang-kadang rasa itu semua emosi saya. tapi, saya keliru. dan sampai sekarang saya tak jumpa jawapan. tapi, Alhamdulillah sekarang saya dah sihat. saya amalkan mandian bidara. ustaz tahu tak kenapa saya macam tu??
BalasPadamAssalamualaikum wrt
BalasPadamAlhamdullilah...rakan temu bicara disini
Moga terus berusaha bahagia Dan mulia
Insyallah moga usaha semua rakan diberi kurnia dan makbul oleh
Allah...amin
Qobiltu ya ustaz
BalasPadamQobiltu ya ustax
BalasPadamsaya terima pengijazahan ini..maaf sbb baru sebut terima dah amal dulu..
BalasPadamAssalamualaikum tuan...
BalasPadamBagaimana kita hendak tau.. ayat² manzil yang telah di amalkan sudah sebati dalam diri.. mohon pencerahan.. kerana walaupun telah mengamalkan.. saya masih lagi diserang sihir tanpa henti