Iaitu ia suatu keadaan di mana sebaik saja
berhadapan dengan perawat...
anda mengamuk tak tentu sebab...
Padahal sebelumnya anda benar-benar nak
minta rawat...
Ia adalah antara 7 keadaan...
1.Gangguan pada otak...
Iaitu jin masuk dan menguasai bahagian otak
yang berfungsi mengawal pergerakan.
Maka tiba-tiba anda mengamuk ' tanpa niat 'dan
tak dapat mengawal pergerakan diri anda sendiri...
sedangkan... anda dalam keadaan sedar sepenuh-
nya.
2.Gangguan pada otak keseluruhannya...
Iaitu jin menguasai bahagian otak yang berkaitan
dengan fikiran juga pergerakan seluruhnya...
Maka anda akan berada pada suatu keadaan se-
olah olah diri anda tak ujud...anda tak sedar dan
tak tahu apa pun yang anda kata dan anda buat...
3.Rasukan lidah...
Iaitu jin masuk dan merasuk lidah anda...maka
jin itu berkata-kata menggunakan lidah anda se-
suka hatinya...
Anda sedar...tapi tak dapat mengawal lidah dan
perkataaan anda sendiri...
4.Rasukan sebahagian anggota...
Iaitu jin masuk dan merasuk sebahagian anggota
anda...seperti tangan...
tiba-tiba anda menarik tangan atau memukul pe-
rawat...tanpa dapat dikawal...
Iaitu kalaulah kebetulan anda tak melihat pada
tangan anda...contohnya anda sedang menutup
mata...mungkin anda tak rasa pun tangan anda
bergerak...
Atau kaki...mungkin anda menyepak perawat
atau anda berlari tanpa dapat mengawal perger-
akan kaki anda sendiri...
5.Rasukan penuh tubuh badan...
Anda dapat berfikir seperti biasa sepenuhnya...
tapi tubuh badan dan kaki tangan anda... diluar
kawalan anda sendiri...
Anda akan merasa ada sesuatu benda lain yang
mengawal segala perkataan dan pergerakan anda.
Maka anda bertindak mengamuk atau menyerang
perawat atau orang lain juga...dan tak dapat meng-
hentikannya.
6.Rasukan penuh...
Iaitu anda dirasuk sepenuhnya...dari keseluruhan
bahagian otak hingga tubuh...
Biasanya dalam keadaan ini...kadang-kadang sese-
orang itu melakukan sesuatu yang luar biasa tanpa
sedar seperti memanjat dinding...memakan api lilin
...mengangkat benda berat dan sebagainya...
7.Rasukan perasaan...
Iaitu seperti tiba-tiba anda merasa sangat marah
meluap-luap tak dapat ditahan...
Maka anda sedar sepenuhnya...tapi anda bertindak
mengamuk oleh sebab tekanan perasaan sangat
marah yang anda sendiri pun tak tau puncanya dari
mana...
Satu perkara saja yang penting bagi anda ketika itu...
iaitu lempiaskan segala kemarahan yang akan
' meletup ' dalam dada kalau cuba ditahan-tahan...
Ini semua adalah tipudaya jin...dan caranya ia mem-
pertahankan agar ia boleh terus tinggal dalam diri
manusia.
Tapi semua ini dengan mudah boleh dikesan dan
difahami bahawa sikapnya selama ini...bukan begitu
...dan ia sesuatu kejadian yang ganjil...
kalau ia sedar...biasanya ia akan merasa bingung...
...pening...sakit kepala...atau tertanya-tanya...apa
sebenarnya yang sudah berlaku...
Kadang-kadang dalam masa rasukannya itu...ia
mengalami pengalaman-pengalaman perasaan
yang aneh...dan ia boleh jadi apa saja...
Biar apa pun...
Apa juga jenis rasukan...biasanya ia menunjukkan
bahawa jin itu sudah lama tinggal dalam badan...
(...atau kepala )...dan ia sudah ada penempatan
di dalamnya...
Wallohu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan