Jumaat, 23 April 2010

MANZIL ...PERLUKAH IJAZAH ?

Iaitu...untuk mengamalkan Ayat manzil samada untuk
wirid harian...atau untuk perubatan dan sebagainya...
anda tak perlu minta ijazah ( kebenaran ) daripada sesia-
pa...

Cuma kalau anda tak berpengalaman atau tak berguru
dalam perubatan...saya harap anda tak menggunakannya
kecuali untuk diri...keluarga...dan mungkin teman rapat
itupun kalau gangguannya tak serius...

Tapi kalau anda berguru...atau sudah sedia terlibat dalam
bidang perubatan...maka tak ada halangan...anda boleh
menggunakannya hingga setakat mana saja yang anda
mahu...

Ini adalah untuk keselamatan terutama diri anda sendiri
kerana melibatkan diri dalam bidang ini...apalagi kalau
melibatkan gangguan sihir atau saka...mungkin akan
ada serangan balas...juga berbagai tipu daya jin...

Ada beberapa perkara yang boleh menjadikan anda seba-
gai sasaran serangan jin...iaitu...

1.Anda perawat...

2.Anda membantu perawat...

3.Anda hadir dalam majlis atau ruang perubatan...

4.Anda memperkenalkan perawat...

5.Anda rakan perawat...

6.Anda menemani rakan yang sakit...

7.Anda seorang yang lemah semangat...

...dan mungkin juga menjadi sasaran atas sebab yang jin
itu ada-adakan...termasuk sebab yang tak masuk akal...
atau saja jin itu nak menganiaya...atau memilih anda...

Kalau perawat...keluarganya juga boleh menjadi sasaran
maka ia juga perlu mengamalkan 'amalan pendinding'
untuk keluarganya...

Bagaimanapun kalau anda selalu mengamalkan membaca
Ayat manzil pagi petang...iaitu Subuh...dan Asar atau
maghrib atau selepas solat Isya'...dengan izin Allah...anda
terdinding daripada serangan jin liar atau jin sihir...dan
memberi 'pukulan hebat' pada jin saka anda sekiranya ada.

Wallohu a'lam.

9 ulasan:

  1. Dah kalau pi bawa isteri untuk di rawat? kena serang juga...?

    BalasPadam
  2. ana ada bacakan manzil untuk kakak ana yang terkena sihir, adakah ana akan di serang?

    BalasPadam
  3. Saudara musafir...tak semestinya...faktor terbesar adalah kualiti amalan pendinding diri seseorang juga kekuatan serta perangai jin pengganggu.
    Biasanya serangan terjadi bila jin itu 'rasa-rasa boleh makan'...kalau dah awal-awal ia dah rasa 'tak ada jalan' maka kemungkinan besar ia tak akan menyerang.Tapi kalau dah isteri yang kebetulan menghadapi perkaranya...maka suami biasanya akan mengalami gangguan atau serangan walau dengan cara apa juga...samada secara langsung atau tak langsung...iaitu samada ia menghantar isterinya berubat atau tidak...terutama kalau dalam masa yag sama si isteri turut mengalami gangguan pada bahagian dada dan kepala ( perasaan dan fikiran )...dan lebih-lebih lagi kalau si isteri itu terkena jenis sihir pemisah atau terkena jenis saka yang suka merosakkan rumahtangga...atau saka yang benci pada si suami.Tapi kalau jin pengganggu itu jenis yang suka menumpukan pada cuma 'satu misi dan satu sasaran'...maka kemungkinan serangan adalah lebih kecil.

    ...bagi setiap orang yang bertindak sebagai perawat maka serangan balas adalah perkara biasa.Cuma kelebihannya bila anda membacakan Ayat Manzil untuk merawat orang lain...maka dengan sendirinya ia juga menjadi pembenteng kepada diri sendiri.
    ...seperkara yang sangat penting...serangan balas tak semestinya hanya akan mengenai perawat...tapi ada kemungkinan besarnya keluarganya...atau orang-orang yang ada di dalam satu ruangan juga boleh menjadi sasaran serangan balas.maka anda perlu pastikan bahawa anda ada amalan pendinding untuk semuanya.walaupun ia cuma satu kemungkinan...tapi setiap perawat perlu mengambil kira akan risiko ini.
    ...antara kelebihan yang terdapat dalam Ayat manzil...ada antara ayatnya yang bukan sahaja
    bersifat menyerang...tapi juga melumpuhkan kekuatan jin.kalau kena syarat dan serasinya...dan yang sangat penting...dengan izin Allah...maka jin itu tak mampu nak menyerang sesiapa pun...dan terutamanya kalau orang yang dibacakan Ayat manzil itu dapat merasa semut-semut bergerak dalam tubuh atau anggota...ia adalah jin yang dalam keadaan lemah.
    ...cara guna Ayat Manzil...terutama kalau seseorang itu tak ada ijazah (berguru secara berdepan )maka caranya hendaklah dibacakan pada air...dan antara cara terbaiknya...letakkan botol air yang terbuka tutupnya atas tapak tangan kanan...pegang badan botol dengan tangan kiri...dan rapatkan muncung botol pada hujung bibir iaitu pastikan setiap kali membaca sesuatu...nafas anda terus sampai ke air....baca dengan suara terang dan jelas...
    ...Air manzil itu boleh di guna minum dan mandi serta direnjis pada penjuru-penjuru bilik...
    ...dan antara cara paling mudah guna...masukkan ke dalam botol 'spray'...dan
    di 'spray kabus' pada seluruh tubuh pesakit terutamanya pada tempat-tempat sakit pada bila-bila masa.
    ...bagaimana pun...kalau sihir...sebaik-baiknya di rawat juga oleh orang yang berpengalaman...dan anda bantu...cuma masalahnya ada yang sudah berubat ke sana sini tapi tak berkesan...atau ada tempat-tempat yang sukar dicari perawat...maka terus ikhtiarkan terutama dalam kalangan keluarga.
    wallohu a'lam.

    BalasPadam
  4. Allah kurniakan kekuatan pada ana amalkan pagi dan petang seperti berikut:

    1) doa abu darda
    2) doa anas bin malik
    3) saiyyidul istighfar
    4) bismillahillazi la yadhurru...sampai akhir
    5) a'uzubikalilatillah... sampai akhir
    6) hasbiallahulailaahailla huwa'alaihitawakkaltu...sampai akhir
    7) a'auzubillahissami el alim... dan 3 ayat akhir al-hasyar
    8) selawat, istigfar, tasbihat

    manzil..waktu baca tak tetap..ikut mood...selepas baca website tuan, saya nak azam tetapkan waktu..lepas subuh dan asar..

    Ana pun tak reti juga nak explain dah kena di serang atau tak.... sebab tak pernah alami pun...dan tak tahu pun sampai tahap ini, makhluk jin...buat permusuhan...

    BalasPadam
  5. Saudara musafir...

    Alhamdulillah...pada no 7 itu...a'uuzubillah...itu 'standard'nya kalau perlu...dibaca 21 x...dan Lau anzalana...3 x.

    Sekurang-kurangnya tanda-tanda seseorang itu dalam perhatian jin bagi tujuan serangan...petanda utamanya adalah rasa pening seperti orang mengantuk dan letih lesu badan tanpa sebab munasabah.

    Biasanya ketika pulang malam dari menyertai rakan-rakan pergi merawat ( dulu....sekarang dah tak aktif lagi...ramai yang ke luar kerana belajar atau kerja )...rasa pening itu mula terasa ketika hendak masuk ke dalam rumah...dan mengambil masa antara 3 hingga 7 minit sebelum ia hilang...

    Rawatan manzil boleh dibuat rukyah sambil dibaca pada air...untuk minum...mandi...pagar setiap ruang ( termasuk membakar jin yang cuba bertahan dalam suatu ruang )...dan satu cara mudah masukkan ke dalam botol spray...spray kabus pada badan atau tempat sakit...atau pada suatu ruang...dan kalau diminum...boleh disapu pada muka dan pada bahagian belakang daun telinga...terutama apabila seseorang itu mengalami gangguan hasutan jin dari luar...

    Insya allah dalam sehari dua ini...mungkin saya dapat memberi sedikit maklumat tentang
    'wanita tua' itu dalam satu tajuk khusus...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Salam bolehkah merawat dengan memperdengarkan bacaan ayat manzil dari mp3/cd/youtube/etc ke atas pesakit/diri sendiri?

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam onlinedoit...

    Bergantung kepada kekuatan gangguan...
    iaitu ia boleh jadi memadai...dan boleh
    jadi pula sekadar bantuan...

    Namun samada kita beramal merawat diri
    atau meminta rawatan...amalan mendengar
    ayat manzil ini...Insya Allah jauh lebih
    baik daripada tak mendenagarnya...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. Patutpun sy dpt serangan slps mbawa famly buat rawatan. Benteng diri yg lemah buat jin2 yg zalim blh myakitkn.

    BalasPadam
  9. ..tidak apa...jangan pula syera jera...biasanya
    serangan balas awal jin memang agak 'berhabis'...
    terutama apabila jin itu sudah dapat rasa...kalau
    kita teruskan boleh menjejaskan mereka...

    Maka jin itu cuba tunjukkan....kononnya ia lebih
    kuat agar kita patah semangat...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam