Sabtu, 16 Januari 2016

PUKULAN ' ILMU HITAM '

Hari ketiga...tiba-tiba kakak menelefon saya...ia
beritahu pakcik tu yang sepatutnya minta rawat
ulangan diri dan anak perempuannya ternyata
berubah fikiran.

Dari penerangan kakak saya saya simpulkan
kerana pakcik itu  mengatakan  saya meng-
amalkan sejenis ilmu hitam...dan bila saya
ingatkan kembali keadaan ketika saya ber-
jumpa dengannya dua hari lalu...saya andai-
kan...faham sebabnya.

Pakcik itu minta rawat anak perempuannya...
saya tidak mengesan sebarang benda yang
tak kenanya...namun apabila saya hendak
pulang rumah pakcik itu memberitahu saya.

Petang itu ia tertidur...tiba-tiba ia bermimpi
seorang lelaki datang kepadanya dan berkata
" hantar saya pergi ke tempat lain...saya tidak
mahu lagi menunggu di sini..." tiba-tiba
pakcik itu terjaga dikejutkan oleh deringan
telefon dari kakak saya memberitahu bahawa
saya akan datang ke rumah sewanya sebentar
lagi.

Ketika saya masuk dan duduk didepannya...
tiba-tiba pakcik itu merasa sangat sakit ter-
utama pada bahagian belakangnya seolah-olah
isi dan dagingnya di pulas-pulas.

Silapnya saya kerana lupa memberitahu
pakcik itu sebabnya hanya sekadar menyapu
dan ' membuang ' rasa sakit itu dari belakang-
nya.

Sebenarnya saya tidak tahu samada pakcik itu
berkata benar tidak pernah menuntut apa juga
ilmu tapi keadaan itu menujukkan ada jin
yang sebati dalam badannya.

Saya tidak membuat sebarang pagar berbentuk
perisai...pagar cahaya...tembok atau sebagainya
hanya doa dan amalan IT...Ayat Manzil dan
yasin jadi amaln tetap Insha Allah.

Namun aura kita akan menyerang jin bila ia-
nya secara agresif sedemikian menunjukkan
potensi dan niat jahat jin tersebut sendiri pada
kita.

Dan ini sangat jarang berlaku...tapi saya ber-
pengalaman ketika masih sekadar mengamal
ayat Manzil mendapat serangan keras dari
jin pendamping seorang rakan tanpa peng-
tahuannya sendiri menyebabkan dalam tempoh
cuma setengah jam saya mengalami demam
panas kuat...bisa seluruh sendi dan sakit kepala.

Tidak pula bererti pakcik itu ada amalan jin
kerana kalau dulu orang sibuk cari jin jaga
tapi zaman saka sekarang jin pula yang sibuk
cari orang untuk 'dijaga'....Wallohu a'lam