Iaitu angin bisa atau jin itu sendiri masuk
ke dalam bahagian dada...
Maka ia akan menghasut anda supaya cemburu
buta pada pasangan dari dalam dada anda...
Tanda-tandanya...
1.Perasaan cemburu meluap-luap...lebih parah
daripada cemburu biasa...iaitu cemburu kerana
sayang...
...kerana cemburu jin itu berbaur dengan bisa
dan hasutan-hasutan tajam yang berterusan...
2.Rasa cemburu itu...tanpa sebarang sebab...
atau tanpa sebarang sebab yang munasabah...
3.Anda mungkin merasai berbagai'penyakit' dalam
dada seperti sesak nafas atau berat dada...
sakit...panas...terhimpit...angin atau 'batu ter-
sumbat'...benda tajam menyucuk dan sebagainya...
Dan anda mungkin juga merasa benda-benda bergerak
atau berpindah-pindah tempat...
4.Kalau gangguan lebih kuat...anda mungkin dapat
mendengar suara menghasut...atau bisikan menghasut
atau bisikan tanpa suara...
iaitu anda cuma merasa seperti ada bisikan...tapi
sangat jelas maksudnya...
...dan sebagainya...
Lain-lain perkara...
1.Anda mungkin sukar tidur di waktu malam semata-
mata kerana dihantui oleh perasaan cemburu yang
kuat...
2.Kadang-kadang...rasa cemburu itu menjadi-jadi
diwaktu malam...maklumlah syaitan itu sangat
segar diwaktu malam...
Maka bukan main lagi 'kerja' dan lagaknya...dan
hasilnya...
anda menghabiskan waktu malam yang sepatutnya
masa rehat dan tidur itu dengan 'soal siasat'
terhadap pasangan...malah tak kurang...malam itu
adalah jadual tetap anda membelasah pasangan...
3.Amat jarang sekali hasutan cemburu itu hanya
melalui bisikan pada telinga semata-mata...keculi
ia mungkin masih pada peringkat awal gangguan...
Biasanya ia adalah gabungan hasutan melalui telinga...
otak dan dada sekaligus...
Kecuali kalau jin itu sudah sebati dalam dada...
maka biasanya ia akan menghasut dari dalam dada dan
kepala sekaligus...
4.Biasanya juga...kalau tak ada 'bahan baru'...
syaitan itu akan menghasut anda supaya mengungkit-
ungkit perkara-perkara lama...
...iaitu mana-mana saja perkara yang sesuai dengan
'tajuk...kau curang...kau patut menerima padahnya'.
5.Kerap berlaku pada keadaan-keadaan anda anda hanyut
pada hasutan syaitan...otak (fikiran) anda akan
separuh kerasukan pada syaitan...
maka anda akan mengucapkan sesuatu...atau melakukan
sesuatu dalam keadaan separuh sedar...
Itu sebab terjadinya ucapan-ucapan atau keganasan yang
anda buat tapi anda tak ingat..atau sangat sedikit
sahaja yang anda ingat...dan biasanya membawa kepada
penyesalan.
Tak kurang pula pada saat kegilaan cemburu ganas itu...
seseorang itu mengalami rasukan penuh yang mengejut...
Maka tiba-tiba sahaja ia sedar...pasangannya dah ber-
lumuran darah...atau dah tak bernafas...
Tak hairan pun!...kerana kalau anda dah beri laluan
syaitan menguasai diri anda...syaitan itu pasti
'menghargainya'...dengan harga air mata...kehancuran
rumahtangga...darah...nyawa...dan iman anda...
Wallohu a'lam
salam junied, smlm masa sy bgduh dgn kwn sy tu, seolah2x mcm ade suara dari hati bkata2x..x taw la bisikan ke ape,,
BalasPadamtpi suara tue mcm mengapi2xkan lagi laa...
Wa alaikum salam wbkth fieka...
BalasPadamIa adalah hasutan jin...dan ia lain
lagi daripada hasutan syaitan asli
yang biasanya tak ada suara atau
tak terasa bisikannya...
Wallohu a'lam