Isnin, 6 September 2010

TANDA BESAR ADA SAKA...BERAT DADA...

Iaitu...

1.Anda selalu atau kadang-kadang rasa berat
dada...tanpa sebab munasabah...

Ia biasanya tanpa sebarang kahak...tapi dada
rasa berat nak bernafas...
maka tarik nafas tak habis...lepas nafas juga
tak habis...

Kalau kehospital...dan disambung oksigen...ia
boleh jadi tak berkesan...atau sembuh hanya untuk
sementara sahaja...dan tak ada pengesanan kepada
sebarang masalah terutamanya pada paru-paru atau
otot bahagian dada...

2.Kekerapannya bergantung kepada jenis gangguan
...jenis pengganggu juga kekuatan pendinding
diri seseorang...

3.Bagi sebahagian orang...ia mungkin berlaku be-
berapa kali sahaja dalam satu tempoh masa yang
panjang...

Dan bagi sebahagian orang...ia lebih kerap seperti
beberapa kali dalam sebulan...dalam seminggu...
atau malah mungkin hampir setiap hari samada secara
berterusan atau bermusim...

4.Bila anda mengalami berat dada...anda akan jadi
serba tak selesa...
berdiri...duduk atau lebih-lebih lagi...kalau ber-
baring...anda akan merasa seperti tak cukup udara.

...dan biasanya pada masa yang sama anda tak merasa
sebarang sakit...

5.Ia boleh jadi berpanjangan beberapa jam... mungkin
setengah hari...satu hari dan sebagainya...

...dan kadang-kadang ia akan datang dan hilang tak
tentu masa.

7.Penting sekali...apabila rasa berat itu terasa...
anda tak perlu panik...cuma ambil wuduk...atau ber-
zikir...
dan anda boleh ambil angin di kaki lima atau luar
rumah...jika waktu siang...

Dan kalau anda dah berpuas hati bahawa ia adalah
gangguan...maka sebaik-baiknya jangan tumpukan per-
hatian kepada rasa berat...kerrana biasanya ia akan
semakin terasa...

...sebaliknya jika anda sedang melakukan sesuatu
tugas atau kerja...maka teruskan...
atau anda boleh melakukan sesuatu yang anda suka
agar anda tak tertumpu kepada rasa berat berkenaan.

Rasa berat dada itu biasanya akan hilang sendiri...

8.Berat dada adalah gejala gangguan dalam dada...dan
biasanya sebelum mengalami gejala berat dada...
seseorang itu biasanya mengalami suatu keadaan iaitu
dada berdebar-debar...

...atau jantung berdegup lebih kuat daripada biasa
tanpa sebarang sebab...atau tanpa sebarang sebab yang
munasabah...

9.Dan apabila sampai ketahap rasa berat dada...ia
biasanya menunjukkan gangguan semakin kuat...atau
angin bisa dalam dada semakin padat...atau...
jin itu dah tinggal dalam dada...

10.Pada tahap ini biasanya...seseorang itu sering
mengalami gangguan perasaan seperti sedih...gembira...
takut...marah...lemah atau putus asa...dan sebagainya
tanpa sebab munasabah...

Dan kalau seseorang itu tak faham...maka ia sering
mengalamun dan berfikir perkara-perkara yang menyedih-
kannya sendiri...kadang-kadang seolah-olah ia tak akan
hidup lama lagi...dan menjadi risau tentang diri dan
keluarga yang bakal ditinggalkan.

Rahsianya...fikiran-fikiran seperti ini akan menjadikan
aura...atau kekuatan roh anda menjadi lemah...menurun
dan secara 'automatik' membuka...atau memudahkan ser-
angan atau kerja jin dalam tubuh anda...

Wallohu a'lam

18 ulasan:

  1. salam, tuan. semoga dirahmati Allah SWT selalu. menarik entri2 tuan. boleh saya tahu tuan berguru dengan siapa? agak berminatlah:-)

    BalasPadam
  2. WSalam AH CHAI...

    ...terima kasih...

    Saya adalah ahli biasa pertubuhan tenaga dalam Iman Teraphy...

    Konsep aliran ini rasanya sama saja seperti pertubuhan tenaga dalam lain...iaitu...perkara terbaik yang anda boleh buat adalah perkara yang paling anda minat...kerana ia menunjukkan bakat diri anda sendiri...
    Maka saya buat apa yang saya suka...

    Guru utama adalah pengasas aliran ini sendiri
    kemudian siapa saja akan jadi guru saya...
    seperti rakan-rakan juga budak-budak yang ber-
    pengalaman dengan gangguan...dan kemudian saya akan cuba kaji dan tapis mengikut tahap kefahaman saya sendiri...

    Pendek kata...saya mengkaji dan menulis atas inisiatif saya sendiri sambil mengambil panduan pada guru utama...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Dan perkara pokoknya...
    kita sekadar berusaha...dan setakat mana kita akan tahu...itu semua atas izin dan kehendak Allah semata-mata...

    BalasPadam
  4. Salam'Alikum , bagaimana caranya untuk mengubati perkara ini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth .rara.

      Biasanya angin bisanya sudah agak
      padat dalam bahagian dada...atau
      kata lain...gangguan ini agak
      sebati...maka ia perlu perawat
      yang berpengalaman...

      Di samping itu...kalaulah mampu...
      kita amal ayat Manzil...atau mana-
      mana yang termampu...boleh juga
      tanya pada perawat (ust)...

      Kalau setakat amal sendiri tanpa
      perawat juga agak mengambil masa
      dan biasanya benda yang menggangu
      akan cuba bertahan...

      Insya Allah .rara. ya...

      Padam
    2. Assalamualaikum ustad.
      Saya alami berat dada yang seolah2 mencengkam jantung dan kadangkala amat menyakitkan. Setelah berubat dengan perawat, saya merasa pada bahagian belakang tubuh bahagian yang ditepuk penyihir masih terdapat kesakitan seperti cucukan jarum. Kadangkala angin sejuk terasa di bahagian dada dan badan terasa amat berat. Saya amalkan ruqyah dsbnya namun setelah setahun...masih tidak sembuh. Adakah cara untuk keluarkan angin bisa tersebut? Adakah ia jin saka? Terima kasih..

      Padam
  5. Wa alaikum salam wbkth orang biasa...

    1. Anda masih perlu rawatan...ianya belum selesai lagi.

    Apabila kita amal tapi masih kurang berkesan....sebaik-baiknya kita berubat pada orang yang pakar.

    Kalau masih rasa cucukan jarum maka sihir itu juga belum selesai....angin sejuk
    itu angin bisa jin atau jin yang bergerak dalam badan...badan berat samada kerana
    berat angin dalam badan atau ada jin duduk menumpang atas badan.

    Bagi sebarang masalah gangguan dan apalagi kalau pernah disihir....maka kemungkinan saka walau tidak semestinya tapi biasanya ada....malah tidak kurang
    kerana ada saka kita mudah jadi pilihan atau sasaran sihir.

    Kesimpualnnya teruskan maalan juga minta rawatan secara berterusan sehingga
    'dapat berdikari sendiri'...atau sehingga kesan angin bisa hilang atau lemah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ustad, terima kasih atas nasihat tersebut. Saya sebenarnya sudah cuba bermacam2 perawat dan pernah juga tertipu yang mengecewakan. Disebabkan pengalaman pahit tersebut saya putuskan untuk tidak mendapat mana2 rawatan lagi walau masih sakit. Saya teruskan amalan dan berzikir untuk atasi serangan jin. Pada bahagian kaki, saya juga boleh merasakan pergerakan seperti cacing, semut2 dan berat di tengkuk selain di dada. Dada memang terasa cengkaman dan sukar bernafas. Pernah juga saya sakit pada ulu hati yang amat menyakitkan. Saya terbaca blog Tuan dan yakin apa yang diterangkan di sini amat membantu saya memahami masalah sebenar yang di alami. Moga Allah memberi rahmatNya pada tuan atas ilmu yang dikongsi. Saya mohon Tuan untuk cadangkan tempat mana yang saya boleh beruba? Bolehkah saya dirawat jarak jauh? Tolonglah saya Tuan....tumpuan kerjaya kewangan amat terganggu gara2 masalah sihir ni...mohon tunjuk ajar..

      Padam
  6. Wa alaikum salam wbkth orang biasa...

    1. Petanda sekarang menunjukkan anda mesti amalkan sendiri pendinding diri...dan
    mudah-mudahan agar amalan lebih berkesan ambil amaln berijazah dari mana-mana
    Ustaz atau guru yang diyakini.

    2. Anda sebaik-baiknya amalkan Ayat Manzil...baca dan buat airnya guna minum
    sehari-hari.

    3. Bagi rawatan...mungkin ada yang berkesan terutamanya kalau pulih walau
    sekejap dan sakit semula atau sedikit berkurang...iaitu menunjukkan ia perlu
    rawatan secara berterusan sambil beramal.

    4. Semut-semut dan cacing itu adalah pergerakan jin dalam badan...dan cacing
    biasanya ia adalah jin ilmu samada jin saka...sihir...tangkal atau jin ilmu terbuang
    dan ada laluan utama dari hujung jari kaki.

    5. Dada terasa cengkaman samada gangguan jin dari luar...atau dalam dada...atau
    khusus pada jantung...dan memnag antara kesannya adalah berat dada...sesak...
    dan mungkin panas atau sakit.

    6. Cuba anda buka tajuk blog-blog perawat Islam...mungkin ada yang dekat...atau
    boleh juga telefon terus dengan guru utama saya untuk mendapat nasihat...dan
    saya cadangkan sebaik-baiknya ambil ijazah amalan.

    Secara umumnya rawatan jarak jauh lebih sesuai untuk gangguan baru atau ringan
    cuma Insha Allah kalau sekadar buat air doa...silalah beritahu saya kalau anda rasa
    perlu ya...

    Silalah rujuk juga ya tajuk Senarai Amalan Pendinding pada catitan sepetmber
    2010 dalam blog ini...mudah-mudahan ada yang dapat diamalkan....juga tajuk
    3 Qul dan petua pernafasan catitan mac 2011...Insha Allah orang biasa ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Salam Ustad, hari ni saya merasa ada kelainan pada kesihatan yang rasanya berbeza dari hari sebelumnya. Sakit pada dada dan ulu hati sudah berkurangan pada tahap 90 peratus. Selain tu, pergerakan seperti cacing pada tubuh juga sudah berkurangan dan seperti hampir tiada. Sebenarnya saya tidak faham mengapa ia terjadi sedemikian namun bersyukur dengan kekuasaan Allah dan saya doakan Tuan dirahmatiNya. Alhamdulillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum orang biasa..maaf kerana mencelah..macamana orang biasa dapat sembuh dengan cepat?adakah tuan junied merawat anda dari jarak jauh? Terima kasih..

      Padam
    2. Puan Nur Aina, saya memang sembuh lepas amalkan apa yg tuan junied telah nasihatkan. Namun, saya perlu teruskan amalan supaya kekal sihat dan saya sentiasa baca blog Tuan Junied dan Tuan guru utama bagi mengetahui apa masalah saya sebenarnya. Setelah memahami apa yg dibaca maka saya akan amalkan teknik2 yg diajar seperti pernafasan dll...alhamdullilah saya sembuh. Cuma bukanlah saya dapat sembuh sepenuhnya kerana masih perlu sentiasa berwaspada....dan sentiasa positif telah disembuhkan. Bagi saya, makhluk2 halus samada suruhan, ambilan ilmu dll...mereka boleh baca fikiran kita dan bila saja kita niat untuk musnahkan mereka jika berdegil....kita akan hairan kenapa mereka tidak menyerang dan lari. Tapi saya ni masih perlu belajar banyak...saya masih jauh ketinggalan berkenaan ilmu sebegini dan tunjuk ajar Tuan Junied dan pengasas amatlah diperlukan. Rawatan jarak jauh juga...Tuan Junied telah terangkan tidak berkesan untuk yang telah alami serangan sudah lama dan ayat2 al quran itu sendiri adalah penyembuh dan dengan iman saya yakin sedikit sebanyak dapat membantu saya menghadapi masalah ini....saya masih memerlukan rawatan dan terus terang, saya ingin sentiasa positif telah disembuhkan dengan izin Allah..

      Padam
    3. As salam tuan puan...

      Memang benar seperti ulasan orang biasa bahawa kita mesti sentiasa
      berwaspada walaupun kita merasa sembuh...kerana jin pengganggu
      pastinya masih berkeliaran dan cuab mencari sebarang kesempatan.

      Bagi rawatan jarak jauh...ada keadaannya ia berkesan walaupun ia
      serangan lama...cuma apabila ia berkaitan jin yang sebati dalam
      darah daging...maka sebaik-baiknya ia dirawat berdepan.

      Tentang fikiran tersebut..bukan bermaksud jin boleh baca fikiran kita
      tapi ia bemaksud dengan semangat dan kekuatan berkat amalan...
      dan paling asas...dengan izin Tuhan...baru saja kita berfikir untuk
      menyerang...maka sebenarnya serangan kita sudah pun bermula
      menyebabkan jin lari...

      Kerana itu dalam peringkat untuk menguasai seseorang manusia jin
      akan cuba melemahkan jiwa...atau semangat orang tersebut...
      sehingga jin itu tidak menghadapi sebarang 'serangan balas'.

      Apabila kita merasa lemah...rasa sakit dan putus asa...maka jin akan
      mempergunakan fikiran dan perasaan-perasaan negatif ini untuk
      menguasai diri kita...dan dalam sudut lain...kekuatan roh kita...kita
      gunakan untuk melemah dan merosakkan tubuh fizikal kita sendiri.

      Maka walau dalam keadaan mana juga kita mesti sentiasa berfikiran
      positif...bersangka baik dan sentiasa bergantung harapan kepada
      Tuhan yang menentukan segala-galanya.

      Wallohu a'lam
      Wallohu a'lam

      Padam
  8. Alhamdulilah...saya amalkan apa yang telah dikongsikan oleh Ustad. Saya gembira diri beransur pulih...Allah Maha Besar..

    BalasPadam
  9. Wa alaikum salam wbkth orang biasa...

    Alhamdulillah...setiap pertolongan dan kesembuhan itu hakikatnya dari Allah
    semata-mata...

    Mudah-mudahan dengan izinNYA...dalam keadaan sihat pun jagalah amalan
    sebaik-baiknya ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  10. Assalam ustad, saya nak mohon pendapat. Saya masih merasa cucukan jarum pada jari di kaki kiri dan dengar bunyi berdesing pada telinga kanan. Selain itu, ada gerakan seperti cacing pada tapak kaki kiri saya di bahagian tepinya. Seolah2 saya diserang semula dan bahagian tulang belakang pun seperti ada pergerakan sedikit . Tolong ya ustad...bantu saya untuk memahaminya..terima kasih

    BalasPadam
  11. Saya ada amalkan kaedah pernafasan yg diajar tu dan ada angin dari telinga, kaki dan bau hanyir keluar...dan pada lengan kiri terasa nyilu. Adakah ia petanda jin terkena sasaran? Tq

    BalasPadam
  12. Wa alaikum salam wbkth orang biasa...

    Bagi gangguan lama...apa yang berlaku pada saudara itu menjadi suatu kejutan
    pada pengganggu...mungkin kerana pagar yang terbentuk darinya...maka ada
    perubahan ketara.

    Namun benda itu masih ada samada di luar...atau keluar masuk...kerana itulah
    bagi gangguan lama setiap orang mesti ada amalan secara berterusan samada
    ia rasa sihat atau sebaliknya...

    Yang penting gangguan hanya memberi kesan paling minima...Insha Allah
    maka keluar masuk perkara biasa...termasuk pada orang yang kelihatan
    sihat tapi ada gangguan.

    Cuma kalau masuk mudah-mudahan jin itu tidak bertahan lama atau rasa
    selesa dalam badan...apalagi untuk buat penempatan.

    Angin bisa dan bau itu angin bisa atau jin yang keluar....nyilu tanda tempat
    persinggahan atau penempatan...atau ada laluan masuk dari hujung jari
    tangan tersebut...

    Insha Allah memang jinnya kena...malah mungkin ada yang dulu di dalam
    lari keluar.

    Insha Allah saudara...istiqomahkan amalan...selalu berdoa dan berharap pada
    Tuhan dalam kita berusaha dan berikhtiar...

    Jangan lupa jadikan air doa minuman harian ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam