Selasa, 12 Oktober 2010

PANDANGAN MATA JAHAT (AIN)...

Iaitu pandangan mata jahat seseorang kepada orang
lain...

Iaitu...kalau anda ingin memiliki pandangan jenis
ini...anda hendaklah memenuhi beberapa syarat...

1.Tumpuan...

Beri tumpuan penuh kepada seseorang yang anda sasar-
kan...dan jangan ingat benda-benda lain...
nanti kekuatan pandangan mata anda itu tak akan ter-
tumpu sebagaimana yang anda perlukan...

2.Benci...

Tentu saja orang yang anda pandang itu hendaklah orang
yang sangat anda benci...anda sangat marah...anda
sangat meluat...dan sebagainya....

3.Dengki...

Iaitu punca anda benci kepada orang tersebut hendaklah
kerana anda sangat-sangat dengki padanya...

Punca dengki tu...mungkin kerana kecantikannya...keram-
ahannya sehingga disukai ramai...
atau kerana pangkat dan kedudukannya...kerana hartanya
yang melimpah ruah...

Malah tak kurang...kerana dia tu suka sangat menyakitkan
hati anda...suka menunjuk-nunjuk...
memang dia nak kena sangat ni...dia belum tahu siapa anda?

3.Dendam...

Kalau dah dengki tu...lagi baik kalau bercampur dendam
kesumat...tak kira anda yang betul atau dia yang betul.

..yelah...kalau hati dah dendam...peduli apa semuanya
tu...

4.Doa...

Jangan anda hairan...bukan dengan tujuan baik saja baru
ada doanya...
nak 'menjahanamkan' orang dengan pandangan mata ni pun
ada doanya juga...

...iaitu cacian...makian...kutukan...dan sumpah seranah
semoga apa saja kelebihan yang ada pada dia tu hancur...
hangus...lesap...lingkup...dan sebagainya...
tapi mesti dalam hati saja tau...tak boleh cakap...
nanti kekuatan dalaman anda 'lari' keluar ikut suara...

Malah kalau masa tu juga dengan sekelip mata 'dia padam'
dari dunia yang fana lagi melalaikan ini...lagi baik.

5.Terus tenung dia dengan segala kejahatan yang bergelo-
ra dalam dada anda...

Kalau nak tenung tu...jangan 'alang-alang'...seperti
kata 'kerengge'...alang-alang menyeluk pekasam...
biar sampai habis sebelanga...

Tenung betul-betul...kalau boleh..jangan kelip mata...
supaya pandangan mata jahat anda itu tambah berbisa.

Kalau waktu itu..orangnya nampak mata anda...tentu dia
akan kecut perut dengan cahaya mata anda yang membara
memancarkan cahaya kebencian...kemarahan dan dendam...
serta ancaman...

Dan sekarang bayangkan pula...tanpa pengetahuan anda...
ada seseorang sedang merenung anda dengan pandangan
mata yang sangat jahat...

Maka ada beberapa kemungkinan...

1.Kalau kekuatan pandangan jahat orang itu cukup kuat...
melebihi kekuatan roh anda...dan anda pula tak ada seba-
rang amalan pendinding diri...

...maka ada kemungkinan anda akan terkena kesannya...iaitu
bermacam gejala seolah-olah terkena gangguan atau serangan
jin...kecuali kerasukan...

...kerana roh itu tak akan terbang dan merasuk orang lain.

2.Tapi kalau kekuatannya tak cukup disebabkan roh anda
lebih kuat...atau anda ada pendinding diri yang kuat...
maka pandangan jahatnya tak akan dapat memudaratkan anda.

Pada hakikatnya...pandangan mata jahat adalah satu cara men-
yerang manusia lain dengan menggunakan kekuatan roh...
dan menjadi senjata kepada seseorang yang sangat kotor dan
cemar jiwanya...

Oleh kerana roh kita juga makhluk ghoib...seperti jin juga
makhluk ghoib...maka cara rawatannya lebih kurang sama...

Cuma pandangan mata jahat ini...kekuatannya sukar diduga...
di mana ada kisahnya seorang lelaki...pandangan jahatnya
boleh membunuh seekor kuda...

Ketika ia cuba mengenakan seorang lelaki yang kebetulan
ada amalan pendinding diri...matanya tercabut dan terkeluar
dari tempatnya...

Sekurang-kurangnya untuk mengelak kesan pandangan mata jahat
anda boleh amalkan Ayat Kursi..3 Qul...dan Surah Zalzalah...
(izaa...zul) setiap pagi dan petang...

Wallohu a'lam

6 ulasan:

  1. Apakah tanda2 seseorang terkena pandangan jahat ini?

    BalasPadam
  2. ...kita merasa kurang sihat tanpa sebab...
    atau mengalami gangguan juga sebarang sakit.

    Ia banyak persamaan dengan gangguan jin...
    cuma bezanya ia adalah dari kekuatan roh.

    Begitu pula pandangan matanya...tajam dan
    memancarkan kebencian atau kejahatan yang
    amat sangat...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. selain dr ayat2 yg saudara listed kan. Apakah zikir2 yg boleh dibaca ketika hadas haid. Saya beberapa kali bermimpi ada lelaki memandang gambar saya dgn tenungan tajam. Mimpi yg sama. Apakah itu petunjuk bahawa saya cuba disihir? Buat masa ini saya sering rasa mengantuk ketika beribadah sehingga saya tak mampu utk bangun bertahajud. Saya benar2 ingin tau, saya berterima kasih diatas jawapan yg saudara beri.

    BalasPadam
  4. Semua zikir nama-nama Tuhan...dan
    semua jenis salawat...

    Antaranya yang bermaksud menunjuk-
    kan kebesaran...dan kegagahan Tuhan
    seperti yang Maha Gagah...Yang
    Maha memaksa...Yang Maha Agung...
    Yang Maha Mulia...dan lain-lain...

    Rasa mengantuk ketika beribadah me-
    nunjukkan adanya angin bisa jin
    pada bahagian kepala (otak)...

    ...dan biasanya ia menunjukkan dah
    ada 'benda' (jin) yang 'jaga'...
    malah sebaiknya lily minta 'scan'
    dan biasanya memerlukan rawatan...
    sambil amal pendinding diri...

    Maka mimpi itu boleh jadi samada ada
    orang cuba sihir...tapi boleh jadi
    ada jin jantan minat...

    Halangan beribadah bererti amalan itu
    akan menjejaskannya (menyakiti atau
    menjauhkan ia) dengan izin Tuhan...
    kerana itu ia perlu menghalangnya dari
    peringkat awal lagi...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Terima kasih. Semoga Allah lindungi saya dengan Rahmat Nya.

    BalasPadam