Setelah dirawat...rakan itu akhirnya terlepas dari
gangguan jin 'terpelajar' yang mengikatnya sekian
lama...
Selama dalam kawalan jin tersebut...rakan ini sen-
tiasa menulis siang dan malam...dan tak mempedulikan
dunia sekelilingnya...
malah ia makan sekali saja dalam masa tiga hari..
namun ia terus sihat dan bertenaga...
Ia menulis berbagai ilmu seperti aura manusia...
ilmu perang..tentang wanita dan sebagainya...
kemudian buku yang telah penuh ditulis itu sama-
ada dibakar atau ditanam dalam hutan...
Dalam masa sihatnya itu ia terus mengamalkan susunan
wirid yang telah diajarkan oleh ustaz...
Beberapa bulan kemudian ia mula mempertikaikan amalan
tersebut dan menuduh ia adalah ajaran sesat...
malah semua orang yang mengamalkannya juga dituduhnya
sesat...
Entah apa yang jin itu ajarkan kepadanya...sehingga
ia mula pula meninggalkan solat...malah turut minum
arak...
Yang pasti..walaupun telah tewas...jin itu tak berputus
asa dan perlahan-lahan membisikkan berbagai hasutan dan
tipudaya...yang akhirnya berjaya mempengaruhi semula
rakan tadi...hingga meninggalkan amalan pendinding diri
dan malah solat...serta mula meminum arak...
Ketika ustaz sampai di hadapan rumah...rakan itu terjun
dari kaki lima dan menyusup masuk ke dalam hutan...
Asal saja ustaz datang...ia boleh mengesan kedatangan-
nya setengah jam sebelum ustaz sampai ke rumah...
dan ia akan lari ke dalam hutan...
Siapa saja yang sangat dibencinya...kalau tak cukup
amalan pendinding akan mengalami demam panas
dan leher bengkak bernanah...terutama dalam kalangan
keluarganya sendiri...
Ia dapat mengesan setiap air yang didoakan...dan akan
mengelak daripada meminumnya...
Pada kemuncaknya...semua air doa itu dibuangnya ke-
dalam tandas...
Bezanya..dulu ia benar-benar nak buang jin tersebut...
tapi kali ini ia mempertahankannya pula...
Akhirnya ia kembali seperti dulu...menulis dan menulis
...tak peduli dengan dunia sekeliling...
Wallohu a'lam
Ada lak yang hari-hari makan, sampai 6 kali sehari lak. Tidur terlebih cukup. Cuma tak terjun dari rumah je sebab dia duk rumah apartment banyak tingkat. Tapi dia tak minum arak. Bahkan suka wangi-wangian, suka dengar orang ngaji dan nasyid selawat. Marah klu keluarganya pasang TV. Marah klu ahli keluarganya masuk rumah tak beri salam tul2. Simptom sama gak, menulis, menaip, menulis. Camne tu?
BalasPadam'Rakan' yang anda ceritakan itu, dah kerasukan, dek kerana jin tu melawan sebab 'rakan' tu dah mula buat amalan.
BalasPadamJika nak rawat, kena cari ustaz yang pandai rawatan jarak jauh.
Wallahualam.
Saudara Awang Timur...
BalasPadamKalau rasanya ada yang tak kena...atau ada
tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan
adanya gangguan...maka sebaiknya ia kena
'scan' untuk mendapat kepastian...
Kerana manusia ni...macam-macam perangai
dan ragamnya...
Cuma contoh sekiranya ada jin dalam badan-
nya...maka ia perlu dirawat...dan jin itu
hendaklah dijauhkan...tak kira 'baik' mana
pun jinnya.
Biasanya sebaik-baik jin itu...pada awal-
awalnya saja...kerana ada disebutkan dalam
surah al jin...bahawa jin itu mudah rosak
dan jadi sombong bongkak apabila merasa di
perlukan atau disegani oleh manusia...
Ketika itu...pasti ia akan 'telan' apa saja
yang boleh 'dibahamnya'...termasuk darah
dan zat makanan dalam badan tumpangannya...
...disinilah padahnya berdamping dengan jin
dan itu belum kira lagi dengan segala tipu
dayanya...
Ketika seekor jin mengajarkan Abu Hurairah
Ra supaya mengamalkan Ayat Kursi untuk membenteng diri dari gangguan jin pun...
Rasulullah SAW tetap mengatakan jin itu ada-
lah penipu...walaupun apa yang ia kata pada
Abu Hurairah Ra itu benar...
Kalau Rasulullah SAW sendiri pun tak percaya pada jin...kenapa pula kita nak percaya...?
Terima kasih atas info Saudara awang Timur
mengenai rakan tersebut...dan begitulah ken-
yataannya...ada masanya rawatan jarak jauh
itu sangat diperlukan dalam rawatan...
Wallohu a'lam
rakan saya pernah alami menda ni. hampir sama diceritakan oleh tuan. Alhamdulillah sekarang dia dah okay.
BalasPadamTuan,
seorang sepupu saya dia pernah menuntut ilmu batin. dulu dia pernah ajak saya join sekali. tapi saya takmahu. nak dijadikan cerita
beberapa hari lepas dia ada ceritakan pada saya yang dia ada batu cincin. dimana batu cincin tu mempunyai khadam pendamping. dia dapat dari mana. saya pun taktahu.
dia cakap khdam tu khadam silat, dia akan seru jin dalam cincin tu, pastu tiba2 dia bersilat. Saya pernah tengok dia bersilat. Memang saya rasa kelainan bila melihat. kadang2 gerun jugak. yelahh bukan dia yang control badan dia. saya dah banyak kali nasihat dia supaya stop buat menda tu. tapi dia marah saya balik.
cuma saya ingin tanye pada tuan. kalau la khadam tu duduk dalam cincin.bukan pada badan dia. adakah boleh effect menjadi saka??
oh ya. memandangkan blog tuan ni semakin hari semakin hangat. saya cadangkan agar tuan letak chatbox ataupun alamat email. supaya yang lain senang untuk bertanya..sebab kami yang tanya ni dapat la bagi pendapat ataupun nak tanye soalan2 yang memerlukan jawapan daripada yang arif.
BalasPadambak kata pepatah..
" malu bertanya sesat jalan " hehehe
terimakasih tuan..
Saudara aMm...
BalasPadamJin batu cincin itu...kalau ia terikat dengan
cincin dari sebab suatu perjanjian...sumpahan
asal usul atau bahan...dan sebagainya...
maka ia akan hanya jadi saka pada orang yang
menyimpannya...
...tapi kalau cincin itu hanya jadi alat atau
alasan ia nak mendampingi atau merasuk manusia
iaitu ia sebenarnya tak ada sebarang ikatan...
maka ia akan jadi saka pada seseorang biar pun
cincin itu dibuang atau diberikan kepada orang
lain...
Terima kasih...atas pandangan dan cadangan Saudara...cuma kerana pengetahuan yang sedikit
saya cuba tumpukan kepada penyebaran ilmu yang
saya tahu...sekurang-kurangnya mungkin untuk sementara...mudah-mudahan ia memberi manafaat
kepada umum..Insya Allah...
...dan tambahan pula masa yang agak terhad...
sedangkan menulis ni pun kalau kebetulan ada masa sahaja...takut-takut soalan saja masuk...
tapi jawapannya tak keluar-keluar...
Terima kasih sekali lagi atas pandangan serta sokongan aMm juga semua rakan-rakan pembaca blog ini...
Wallohu a'lam
Berita terbaharu...adik rakan itu menghantar mesej...abangnya sudah beransur pulih...dan
BalasPadamdah tahu mengurus dirinya sendiri...
Terimakasih pada ustaz yang melakukan rawatan
jarak jauh yang berterusan......dan tak lupa
rakan-rakan di Brunei yang telah turut sudi menyumbang masa dan tenaga untuk rawatan yang
sama tak silap saya selama sepuluh hari ter-
akhir puasa lalu...
Dan benar seperti yang dikatakan oleh Saudara
Awang Timur...
Wallohu a'lam.