( Iaitu sambungan dari BAYANGAN MISTERI...)
Rahsianya...rakan itu beritahu...ketika ia berdiri
dan beredar...ia terus membayangkan dirinya masih
duduk berhadapan dengan jin yang merasuk wanita
tersebut...
Maka pada pandangan jin itu...rakan tadi masih
duduk...
tanpa menyedari rakan itu sebenarnya dah keluar
dari bilik...
Ketika rakan itu dah hilang tumpuannya bahawa ia
masih duduk dalam bilik...dirinya di hadapan jin
itu hilang serta merta...
Diri rakan yang masih duduk dihadapan jin itu ada-
lah sebahagian daripada roh...dengan 'ibu rohnya'
adalah pada tubuh kasar di luar bilik...
Walaupun roh itu seolah terbahagi dua...sebenar-
nya ia tetap berkait dan masih dikira satu...
Agar lebih mudah di faham...seperti yang disebut da-
lam hadis...roh orang-orang yang tidur itu akan kel-
uar berkumpul ke suatu tempat antara langit dan bumi
dan akan berbual sesama mereka dalam apa juga perkara.
Maka pada masa itu...roh itu ada di antara langit dan
bumi...sedangkan pada masa yang sama...roh itu ada
dalam jasad yang tidur...
kerana sekiranya keseluruhan roh itu keluar dari jasad
maka terjadilah Maut...iaitu jasad itu akan mati...
Agar lebih mudah difahami...roh yang keluar semasa se-
seorang itu tidur dipanggil rawan...iaitu sebahagian
roh...
...Wallohu a'lam...
Satu persoalannya di sini...adakah semua orang itu akan
dapat melakukan seperti yang dibuat oleh rakan tadi?
Jawapan saya.." maaf...saya tak tahu... "
kerana kajian saya cuma terbatas pada rakan-rakan ahli
tenaga dalam...maka saya tak tahu..adakah orang yang
tak belajar 'apa-apa' akan dapat melakukan perkara yang
sama...malah kebanyakan rakan juga tak faham...atau
tak dapat melakukannya...
Cuma saya pernah terbaca kisahnya...ketika Tok Kenali
( yang pada pandangan ramai ia seorang wali Allah..)
bersama beberapa orang muridnya berkeliaran di pantai
membawa jamung ( obor? ) pada suatu malam...orang
Inggeris yang datang membawa kapal perang melihat
jamung yang begitu banyak..seperti seluruh pantai di-
penuhi oleh orang...menyebabkan tentera laut Inggeris
itu takut dan berundur...dan rasa-rasanya Tok Kenali
bukan seorang ahli tenaga dalam ( wallohu a'lam ).
Iaitu tak mustahil...orang-orang yang belajar Rukyah
atau sebagainya dapat melakukannya...
yang mana jin dapat melihat sesuatu yang dibayangkan
dalam fikirannya..atau diniatkan dalam hatinya akan
kelihatan benar-benar ujud pada penglihatan bangsa
jin.
Tapi tujuan saya mendedahkan perkara ini cuma satu...
iaitu kehebatan roh manusia pada pandangan jin...
Maka tak kira siapa dapat melakukan..atau siapa tak
dapat melakukan...ia tetap memperlihatkan kehebatan
roh manusia...sedangkan selama ini kita cuma didedah-
kan kehebatan jin pada pandangan manusia...
Kita perlu sedar...' jin bukanlan segala-galanya...".
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan