Sabtu, 16 Oktober 2010

TENAGA DALAM VS JIN...

Di suatu senja...entah dari mana datangnya belalang
pelesit itu...

Tiba-tiba saja bunyinya amat bingit memenuhi ruang
dapur...sampai macam nak pekak telinga dibuatnya...

Saya rasa ada bendanya yang tak kena...bunyinya yang
luarbiasa kuatnya menimbulkan rasa agak seram...

Setelah dicari..belalangnya tak kelihatan di mana-
mana...dan saya mengambil keputusan untuk menyerang
benda tersebut...

Caranya..dengan menggunakan pukulan tenaga dalam...

Kepada para pengamal tenaga dalam...dan siapa saja
yang mampu...atau dalam keadaan terdesak nak mencuba
...bagaimana caranya nak menyerang jin yang tak keli-
hatan oleh kebanyakan orang...samada dengan mata kepa-
la atau mata hati...termasuk saya sendiri?

Rahsianya...untuk menyerang jin dengan tenaga dalam...
anda tak perlu nampak jinnya...atau di mana kedudukan-
nya...atau berapa jumlahnya...

Anda cuma perlu kata kunci...iaitu sekurang-kurangnya
satu maklumat yang ada kaitan dengan jin yang nak di-
sasarkan...

Contohnya di sini...saya niatkan untuk menyerang bela-
lang tersebut jika ianya adalah jelmaan jin...dan juga
menyerang semua jin yang datang bersama belalang ter-
sebut jika belalang itu adalah belalang biasa...

Maka pukulan tenaga dalam itu dibuat ke arah hadapan
dengan meniatkan anda memukul semua benda yang anda
tentukan dengan kata kunci tadi...

Saya satukan pernafasan...gerak pukul dengan zikir dan
ayat Afahasibtum yang biasanya digunakan untuk menghalau
...menyeksa atau malah jika Tuhan izinkan...membunuh jin.

Cuma sekali pukul...ternyata ia amat berkesan...bunyi itu
segera beralih keluar dapur...dan menjauh menuruni ke arah
bawah bukit...

Akhirnya bunyinya yang sayup-sayup kedengaran itu hilang
dan tiba-tiba terdengar bunyi seperti pokok besar tumbang
dipukul ribut...

Saya pasti benar..bunyi belalang pelesit itu menuju ke-
arah satu kawasan di bawah bukit di mana terdapat sebuah
batu besar..

Esok harinya...saya ke sana dan melihat ada sebatang pokok
yang tumbuh atas batu besar tersebut...
dan seseorang menceritakan ia bermimpi melihat pokok itu
terbakar...

Saya dapati seluruh daun pokok itu kelihatann kering seperti
dipanggang bahang api...dan seminggu kemudian...
seluruh daun pokok tersebut menguning kering...dan pokoknya
juga mati kering...

Seperkara yang perlu di ambil perhatian...ketika itu saya
sentiasa mengamalkan Ayat Manzil setiap pagi dan petang..
(..sekarang biasanya cuma setiap malam sahaja...)
maka tentu saja keberkatan amalan tersebut...berperanan
besar dalam menjadi 'bisa' kepada tenaga dalam...

Semuanya terjadi dengan izin Allah belaka....

Pada hakikatnya...tenaga dalam merupakan salah satu daripada
kekuatan roh manusia...dan istemewanya..anda cuma perlu me-
masang niat...dan kekuatan roh itu sendiri akan memastikan...
tenaga itu mengenai atau memusnahkan jin sasaran...
walaupun andainya ketika itu...jin itu sudah lari dan berada
beribu batu jauhnya jarak dari anda...

Pukulan yang anda niatkan sekelip mata...akan mengenainya
pada saat yang sama...

Kalau pada jasad kita...mungkin jin nampak ianya lemah dan
banyak kekurangan untuk menghadapinya...tapi tidak pada roh
kita...

( Nota...akan datang...ADAKAH TENAGA DALAM AKAN MEMBUNUH ATAU
MEMBAHAYAKAN SEMUA JENIS JIN?...dalam...TENAGA DALAM MEMBUNUH
JIN?...Insya Allah...)

Wallohu a'lam

6 ulasan:

  1. terima kasih ya junied atas sebaran ilmunya..

    BalasPadam
  2. Salam adiwangsa adi...

    Terima kasih...dan pastinya masih terlalu
    banyak perkara dekat...malah yang ada
    dalam diri kita sendiri...belum kita
    ketahui...

    Sesungguhnya ilmu Tuhan itu maha luas.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum tuan...kalau bukan perawat,boleh ke bunuh jin dengan baca ayat Afahasibtum tu cam tu je.sebab yang bukan perawat kan takde pendinding..tak ke jin tu masuk dalam tubuh kita bila kita ganggu jin tu.rumah saya selalu belalang hijau tu masuk.besar-besar lagi tu.kadang2 ada yang berbunyi kadang2 ada juga yang tak mengeluarkan bunyi.saya memang tak berani dekat dengan belalang tu.takut kalau2 belalang tu jin.

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth Aina...

    Kalau guna ayat...maka tidak ada masalah...cuma soal hidup mati kita juga makhluk
    lain seperti jin di tangan Tuhan.

    Biasanya orang kata ia hanya sebagai tungganggan dan jin itu duduk ditengkuknya
    ...wallohu a'lam...

    Boleh baca Ayat Kursi dan tiup sambil niat minta perlindungan dari Tuhan...dan
    maudah-mudahan benda itu keluar dari rumah...dan boleh percik ia dengan air
    doa..juga pada setiap penjuru ruang bilik dalam rumah.

    Jin kalau jadi serangga...apabila dibunuh...maka ia mati terus dengan izin Tuhan
    cuma kadang-kadang jin itu juga ada 'geng' atau keluarga...maka mungkin boleh
    jadi ada serang balas...atau mungkin tidak ada...Wallohu a'lam

    BalasPadam