Rabu, 20 Oktober 2010

TENAGA DALAM...MEMBUNUH JIN?

Saya kategorikan jin dari segi mudah atau sukar bunuh
pada beberapa bahagian...

1.Jin tua yang berilmu tinggi...(ilmu sihir atau ilmu
batinnya tinggi)...

Ia mungkin sudah ratusan atau mungkin ribuan tahun men-
dampingi manusia sebagai jin saka atau jin sihir...

2.Jin muda berilmu tinggi...

Ia mungkin baru beberapa tahun...bulan..minggu atau be-
berapa hari mendampingi manusia...

3.Jin liar yang pernah mendampingi manusia...dan mungkin
'tuannya' meninggal dunia atau membuangnya...

4.Jin liar...bebas tak pernah mendampingi manusia...dan
ini baru pertama kalinya...

5.Jin liar yang tinggal di merata tempat...seperti pokok
...batu...lubang tanah...air mata air dan sebagainya
yang tak berminat mendampingi atau mengganggu manusia...

6.Jin liar yang takut dan menghindar diri dari bertemu
atau 'cari pasal' dengan manusia...

Dan sebagainya...

( Adapun tenaga dalam yang akan saya maksudkan di sini
adalah tenaga dalam yang disatukan dengan Rukyah...

Dan bukan tenaga dalam yang berlatih pernafasan semata-
mata sambil mengosongkan fikiran...termasuk melupakan
Allah...yang biasanya boleh menambah banyakkan jin
dalam badan...

...atau tenaga dalam yang bertunjangkan kekuatan jin...
yang biasanya jin itu lari takut atau 'berkecuali'
apabila 'tuannya' di serang jin...)

ADAPUN... golongan jin mudah bunuh atau mudah terbunuh
(tak disengajakan)...

1.Jin-jin liar yang tinggal di merata tempat...maka ter-
bunuhnya oleh kerana...

a.Dipijak atau disepak...atau dilanggar manusia...

b.dilempar sesuatu...

c.Disiram air panas...

d.Dilanggar kereta...

e.Dihempap pokok tumbang...

Dan sebagainya...

Terbunuh oleh Rukyah ( doa dan bacaan ayat Qur'an ) atau
pukulan tenaga dalam...

1.Jin liar yang terbunuh kerana termasuk ke dalam kawasan
rumah contohnya yang telah dipagar rohani...

2.Jin yang terbunuh kerana tak sempat lari ketika seseorang
manusia membaca Ayat Kursi...atau ayat-ayat rukyah lain...

3.Ada bentuk pagar tenaga dalam berserta Doa atau ayat-ayat
Qur'an yang dibuat dari tengah rumah...kemudian tenaga itu
menyebar ke sekeliling seperti gelombang air tenang apabila
seketul batu jatuh padanya...

a.Maka...ada jin lemah dalam rumah yang tak sempat lari ke-
luar...dan ia terbunuh...

b.Atau ia tinggal...atau singgah dikawasan luar rumah seperti
pokok-pokok kayu dan ia terbunuh...

seorang rakan kata...kadang-kadang ada daun kering seolah-olah
terkena bahang panas dalam kalangan daun-daun segar...
maka ia adalah kesan jin terbakar...( wallohu a'lam )

c.Ada jin yang kebetulan lalu dan terkena 'pukulan pagar'
dan ia terbunuh...

Dan sebagainya...

Terbunuh dalam badan...

Ia terutamanya jin-jin liar yang masuk ke dalam badan manusia
kerana mengikut jin saka atau sihir..kemudian ia terbunuh bila
orang itu dirawat dengan Rukyah atau tenaga dalam...

Dan biasa juga terjadi..jin liar yang baru masuk ke dalam badan
seseorang cabut lari ketika ia tahu orang itu akan berjumpa pe-
rawat...atau lari sebaik saja berhadapan dengan perawat...

JIN SUKAR DIBUNUH...

Biasanya jin-jin tua yang berilmu tinggi dan sudah lama berda-
mping dengan manusia...

Kerana...biasanya ia banyak pengalaman menghadapi cabaran
atau serangan dari orang yang diganggunya juga dari perawat...

Maka kalau ia 'tak cukup ilmu'...ia samada dah lama lari atau
terbunuh...

Cara bertahannya...

1.Dengan ilmu kebatinannya menentang ilmu perawat...

2.Ia tahu mencari tempat bersembunyi dalam badan manusia...

3.Ia tahu bila masanya nak bertahan...dan bila masanya bersem-
bunyi atau lari...

4.Dengan berbagai tipu helahnya terhadap perawat juga orang yang
diganggunya...

5.Ia menumpang kekuatan roh manusia..terutama manusia yang keliru
dan tak tahu sebenarnya ia sedang menguatkan jin yang mengganggu-
nya...

Dan sebagainya...

Manakala lain-lain golongan...ia boleh jadi mudah dibunuh...
atau agak sukar dibunuh...

Dengan menggunakan tenaga dalam...anda boleh menyerang jin-jin
liar di mana-mana saja...dan dengan izin Allah...
sekali serang saja boleh mengakibatkan puluhan...ratusan atau
ribuan jin terbunuh...termasuk yang 'kanak-kanaknya'...'orang-
orang tuanya'..'orang-orang sakitnya'...dan lain-lain lagi yang
lemah...yang mana 'mereka' ini sepatutnya dikasihani...

Begitu juga...jin liar masuk badan...ada rakan-rakan berpenga-
laman membunuh atau meletupkan puluhan jin hanya dengan sekali
pukulan...

Cuma biasanya...ketua jin liar itu agak liat...tapi tak sampai
kemana...

Namun pada keadaan lain...cara serangan yang sama...mungkin
hanya membuat jin tua cedera ringan atau mungkin sekadar
cedera parah...tapi tak mati dan akan cepat pulihnya...

Ia menunjukkan jurang ketahanan dan dan kekuatan yang amat
jauh berbeza dalam kalangan bangsa jin sendiri...

Setakat yang saya faham...disekeliling kita lebih banyak jin
yang mudah dibunuh...daripada yang sukar dibunuh...
maka gangguan pada manusia yang biasanya dibuat oleh jin-jin
yang agak sukar...atau sukar dibunuh...terutama oleh jin saka
dan jin sihir...adalah kes istemewa...

Dan sekali-kali tak bermakna bahawa jin itu lebih hebat dari-
pada manusia...

Tak ada sebabnya kita perlu takut...segan atau merasa martabat
kejadian kita lebih rendah daripada jin...hanya semata-mata
kerana kita tak nampak mereka...

Kita adalah khalifah Allah di atas muka bumi ini...

Wallohu a'lam.

4 ulasan:

  1. salam saudara empunya blog...
    sy nk mnta tlg..
    klu xkberatan..nk brhubung melalui email..

    BalasPadam
  2. wa alaikum salam tarie...

    Sila rujuk pada tajuk ...SUMBANGAN SAKA
    KEPADA PENCERAIAN...MARAH...
    catitan ogos 2010...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..mohon izin bertanya, boleh bantu saya dapatkan seseorang yang boleh membantu saya membuang jin yang mempunyai tuan yg menumpang di dalam badan adik saya di kota bharu kelantan.. sila email saya >> suzelisuzeli@gmail.com

    BalasPadam
  4. Wa alikum salam wbkth tuan...

    Maaf ya...saya kurang tahu tempat-tempat luar ni...harapnya tuan dapat menghubungi
    tuan guru utama saya Ustaz Muhammad...

    ...atau pereksa pada google tajuk blog-blog perawat Islam...mungkin ada yang
    dekat...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam