Rabu, 6 April 2011

Ayat-Ayat Sihir...

Iaitu ayat-ayat daripada 3 Suroh...yang ter-
utamanya menceritakan tentang kisah Nabi Musa
alaihis salam... menentang sihir Raja Fir'aun
...iaitu...

1. Ayat 81 dan 82 daripada Suroh Yunus...

...dengan ayat...INNALLOOHA SAYUBTHILUHuu...
boleh diulang 3...7...11 kali atau lebih...

2. Ayat 117 hingga ayat 122 daripada Suroh
Al A'rof...

..dengan ayat..WA ULQIYAS SAHAROTUS SAAJIDIIN...
boleh diulang 3...7...11 kali atau lebih...

3. Ayat 69 daripada Suroh Thoha...

...dengan ayat...WALAA YUFLIHUSSAAHIRU HAITSU-
ATAA...boleh di ulang 3...7...11 kali...atau
lebih...

( nota...bacaan rujuk pada teks arabnya...)

Cara amal...

1.Sekurang-kurangnya baca 3 atau 7 kali atau
lebih...pagi petang...

...dan antara khasiatnya menjadi pembenteng
sihir ( pelumpuh serangan jin )...dan rawatan
diri...

2.Dibaca pada air...3 atau 7 kali...

- Untuk guna minum bagi orang yang sakit gang-
guan...atau minum sebagai pembenteng tambahan.

- Dan untuk mandi...untuk rawatan juga pemben-
teng tambahan...

- Juga untuk pagar ruang...renjis pada penjuru
atau sekeliling sesuatu ruang...

- Rendam alat-alat sihir untuk mematikan atau
membatalkannya...

- Boleh di'spray' kabus pada diri sebagai ra-
awatan atau pembenteng tambahan...atau pada
sesuatu ruang...atau pada orang lain...

3. Baca 7 kali pada orang yang sakit gangguan
dan beri minum serta mandi...Insya Allah...

Oleh kerana kisahnya khusus mengenai sihir...
maka jin atau benda sihir sangat 'sensitif'
pada ayat ini...

Minyak Wangi Ayat-Ayat Sihir...

Boleh juga dibacakan pada minyak wangi dengan
khasiat seperti tersebut di atas...dan mungkin
tukang sihir...atau orang yang ada gangguan
akan memberi atau merasa sebarang tindakbalas
apabila terhidu bau wanginya...

Dan boleh juga disapu pada tempat-tempat sa-
kit...dan kalau gangguan dari luar...mungkin
jinnya akan lari...dengan izin Allah...

Jika disapu pada mana-mana tempat sakit...dan
anda merasa ada sesuatu tindakbalas pada tempat
sakit tersebut...ia menunjukkan ada penglibatan
gangguan jin...

...malah mungkin sakit itu dari sebab gangguan
jin semata-mata...

Kalau anda ke mana-mana dan ada jin pada tempat
tersebut...jin itu akan menghindar...dengan iz-
in Allah...

Amalan Membaca Ayat-Ayat Sihir...

Pengalaman saya sangat sedikit...tapi saya ber-
peluang menggunakan ayat-ayat ini sekali...ket-
ika seorang rakan kerasukan dan cuba mengamuk.

Dengan membaca Ayat-Ayat Sihir sekali ...saya
mengulang 3 kali ayat...WALAA YUFLIHUSSAAHIRU
HAITSU ATAA...lalu menepuk bahunya...ternyata
jin perasuk tak dapat bertahan...dan rakan itu
pulih...dengan izin Allah...

Kalau anda cuma membacanya...maka antara cara
sebaiknya...bacakan pada tapak tangan seperti
berdoa...

...pastikan nafas sampai pada kulit tangan...
tutup muka...tarik nafas dalam-dalam dan telan
liur...

...kemudian sapu ke seluruh muka...dan kalau
anda nak buat lebih...sapu hingga ke hujung-
hujung jari kaki...

Kalau untuk rawatan...boleh dibaca 3 atau 7
kali dan tiup pada tempat sakit...

...namun sebaiknya sambil juga bacakan pada
air untuk minum...guna mandi dan sebagainya..

...atau pada minyak wangi jika gangguannya
'kecil'...atau kebetulan hanya ada minyak wa-
ngi...

Wallohu a'lam

8 ulasan:

  1. salam tuan terima kasih atas ilmu yang sangat bermanfaat ini. saya ada juga mengamalkan ayat tersebut hampir 3 tahun lamanya itupun selepas saya berubat dengan seorang pak haji dari sabah kerana saya pernah terkena buatan orang, alhamdulillah hari ini saya dah ok dengan izin allah. tapi kaedahnya saya baca sebanyak 21 kali ayat 81 dan 82 surah yunus ayat tersebut setiap kali lepas magrib,tuan bagaimana kalau kita gunakan ayat sihir ini dengan merendamkan alat sihir pada air untuk mematikan sihir atau membatalkannya,berapa lama harus direndam barang tersebut. kalau sudah direndam barangan dan air tersebut kita nak buat macam mana tuan, dibuangkan ke sungai,@ laut@ longkang atau ditanam.mohon pencerahan

    BalasPadam
  2. salam encik junied

    terima kasih kerana post ayat2 sihir ni. saya ada 2 orang pelajar dimana keluarga mereka terkena sihir. nanti bolehlah saya syorkan mereka mengamalkan ayat2 di atas supaya mereka tidak diganggu jin2 sihir.

    saya juga boleh gunakan ayat ini sebagai pendinding..dengan izin Allah. seronok dapat berkongsi ilmu dengan encik

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...


    Terima Kasih diatas perkongsian dan penerangan....

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam Kilat...

    Terima kasih atas perkongsiannya...

    Setakat yang saya faham...asalkan dah
    rendam Insya Allah mati sihirnya...

    Sebaiknya buang di tempat yang tak di-
    langkah dan lebih baik ke sungai atau
    ke laut...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam ButirStar...

    ...sama-sama...semoga bermanafaat
    kepada kita semua...Insya Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. assalamualaikum.. saya ada seorang kawan baik yg sudah pun berkahwin dan mendapat satu org cahaya mata. tetapi hubungan mereka tidak kekal lama sejak wujudnya seorang lelaki yg di katakan mengamalkn ilmu hitam untuk mendapatkn bekas isteri kawan saya. saya di pahamkan lelaki itu sudah pun berkeluarga. saya mohon pertolongan dari anda. agar kehidupan rakan baik saya kembali bahagia seperti dahulu.

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Biasanya sihir begini prosesnya ialah dengan
    memasukkan angin bisa atau jin atau kedua-
    duanya sekali dalam badan wanita tersebut...
    kemudian jin sihir itu akan memperdayakan
    atau mempengaruhinya supaya 'jatuh hati'
    pada si penyihir...

    Saya masih sangat kurang pengalaman dalam
    rawatan perkara sebegini...tapi sebaiknya saudara
    cubalah hubungi yang Berbahagia Guru Utama
    saya Ustaz Muhammad di Putatan...sila lihat
    pada blog Rawatan Imantheraphy pada profil
    saya ya...atau pada Guru saya juga iaitu Ustaz
    Salehuddin...juga di Putatan...

    Rawatan ini biasanya akan melibatkan 'perang'
    maka sebaiknya perawat itu adalah seorang yang
    cukup pengalaman dan ikhtiarnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam