Siapa mengamalkannya...
1.Akan terlepas daripada segala macam
kesusahan Dunia dan Akhirat...
2.Terpelihara dari mara bahaya...sama-
da pada diri...keluarga...mahu pun
hartanya...
3.Murah rezekinya...dengan tak terkira-
kira dan dari jalan yang tak disangka-
sangka...
4.Menjadi dinding di waktu kecemasan
membawa kepada kebahagiaan Dunia Akh-
irat.
5.Kalau tahu cara gunanya...untuk me-
nghancurkan jin...
Antara cara amal terbaiknya...iaitu
dibaca 3 kali setiap kali selepas So-
lat Fardhu...dan sebahagian Ulama
menyatakan...selepas membaca ia 3
kali...baca pula...
Laa haula walaa quwwata illa billah
...10 atau 11 kali...
Wallohu a'lam
1.Seorang isteri...dah bertahun berka-
hwin...ia tak dapat mengandung...
Apabila saya mengarahkan jari telu-
njuk ke perutnya...dan membaca Ayat
Seribu Dinar 3 kali...ia merasa sak-
it dalam perutnya...menunjukkan ke-
mungkinan besar ada gangguan padanya.
2.Apabila saya menghadapkan tapak tangan
ke arah kudis gatal dan berair seorang
sepupu...ia merasa semut-semut bergerak
di atasnya...dan ia sebenarnya adalah
jin...maka kudis itu dari sebab gangguan
jin...
Baru sekali dibacakan (3 kali baca)...
esoknya kudis itu mula kering...
3.Jika dibuat air...baca 3 kali pada sa-
kit...dan tiup...kemudian dibacakan 3
kali pada air...dan tiup untuk diguna
minum....
...dan sebagainya...
Wallohu a'lam
assalamualaikum tuan,saya ada mengamalkan ayat seibu dinar ini (melalui pembacaan buku-buku agama dipasaran) saya ingatkan mengamalkan ayat seribu dinar ni hanya untuk murahkan rezeki aje,rupa-rupanya banyak khasiat yang lain.kalau gi kedai-kedai makan dan restoran-restoran biasa nampak ayat seribu dinar ini di letakkan ,mungkin agaknye untuk pelaris atau murah rezeki.tuan adakah dengan meletakkan ayat tersebut boleh menjadi pendinding kat kedai-kedai atau pemurah rezeki( maksud saya tuan punya kedai sendiri tak amal baca ayat seribu dinar tapi hanya letakkan saje).Tuan ada mengatakan ayat seribu dinar juga boleh menghancurkan jin ,kalau tau caranya... saya memang tak tau,bolehkah tuan perturunkan caranya, semoga menjadi manfaat pada saya dan rakan-rakan pembaca yang lain .tima kasih
BalasPadamsalam encik junied
BalasPadamsaya juga mengamalkan ayat seribu dinar ini. arwah nenek saya selalu berpesan, sebelum tidur baca ayat seribu dinar selepas baca ayatul kursi.
saya dulu mudah diganggu jin ketika hendak tidur dan sering bermimpi buruk. setelah arwah nenek saya menyuruh saya mengamalkan ayat ini, alhamdulillah dah kurang gangguan jin.
saya pernah setelah membaca ayat ini, saya terbau hangit, seperti bau kertas terbakar. ada orang kata, itu bau jin hangus. wallahua'alam
salam tuan , saya ingin berkongsi pengetahuan mengenai ayat seribu dinar (SB)ini.Menurut Abu Zar,Nabi Saw telah bersabda: Aku mengetahui satu ayat,sekiranya manusia mengamalkannya ayat tersebut maka ia sudah mencukupi bagi mereka, lalu baginda membaca ayat: wa mai yattakillah yaj 'al lahu....(ayat seribu dinar)Ada beberapa kitab Tafsir yang muktabar yang menerangkan sebab diturunkan ayat seribu dinar ini antaranya kitab tafsir Ibnu Kathir,Qurtubi,al-bahgawi dan lain-lain. Dalam satu riwayat daripada Jabi b Abdullah, Ayat SB ini diturunkan berkaitan dengan peristiwa salah seorang sahabat nabi yang bernama 'Auf b Malik al Asyja'i yang anak lelaki beliau bernama Salim telah ditawan oleh kaum musyrikin. Kemudia beliau berjumpa nabi untuk bertanya apakah patut beliau lakukan,Lalu nabi bersabda" Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah.Dan aku minta anda dan isteri anda memperbanyakkan menyebut: tiada daya dan upaya melainkan(tolongan) Allah"(La haula wala qu wata illabillah}.Kemudian Auf pun pulang menyuruh isterinya berbuat demikian ,setelah mereka beramal.ditakdirkan pihak musuh lalai ketika menjaga anak lelakinya,lalu dia terlepas dan membawa pulang bersama empat ribu kibas.Kemudian turunlah ayat tadi SB dan Rasulullah menghalalkan kibas-kibas itu bagi dimiliki keluarga Auf tersebut.menurut riwayat dari Ibnu Abi Hatim pula,ketika anak si Auf terlepas dari tawanan musuh ,ketika dia lari balik ,dia terserempak dengan seekor unta musuh lalu dia menunggang unta tersebut,kebetulan unta itu lalu di tempat pengembalaan unta kaum musyrikin ketika itu 50 ekor unta yang berada disitu mengikut Salim balik kerumah bapanya Auf bin Malik.Peristiwa ini menyebabkan Auf pergi berjumpa nabi untuk bertanya tentang binatang ternakan itu,setelah mendengar penjelasan maka baginda pun bersabda "Buatlah apa yang engkau suka sebagaimana engkau buat dengan hartamu".Kemudian turunlah ayat seribu dinar.( akhir ayat ke 2 surah at-talaq hinggalah ayat ke 3.)(kitab rujukan : Al Ustaz Tolhah Muzakir)wallohu a'lam
BalasPadamWa alaikum salam Kilat...
BalasPadamMemang banyak kedai atau restoran di mana-
mana...dan pasti sebahagiannya dengan men-
ganggap agar terdinding atau murah rezeki...
dan mengenai hal tersebut...Wallohu a'lam.
Dulu saya selalu ke satu restoran India...
dan memang ramai pelanggannya...
..tapi apabila ia silap resepi memanjang...
kuah roti terlebih masin...akhirnya ia
tutup restoran..dan maaf...ada ayat
seribu Dinar pada dinding restorannya...
Cuma daripada anjuran Nabi SAW...ia sepatut-
nya diamalkan...(di baca)...
Tambahan pula beza besar antara amal dan tu-
lisan semata-mata...adalah antara benda ber-
nyawa dan tak bernyawa...antara benda yang
ada semangat (aura hidup) dengan benda yang
sekadar ada 'aura kaku'...antara kejadian
makhluk yang paling mulia (khalifah Allah)
dengan sekadar makhluk kertas dan dakwat se-
mata-mata...
Pada pendapat saya...sekadar tulisan tanpa
amal sangat-sangat tak memadai...wallohu
a'lam...(tapi kalau Allah mengkhendaki akan
sesuatu kelebihan daripadanya...IA lebih
tahu...)
Cara hancur jin pada asasya...beri tumpuan
...baca berulang-ulang dengan niat agar ia
hancur...dan selebihnya terserah pada Tuhan
apa yang akan ia takdirkan pada makhluknya
itu...wallohu a'lam.
Tapi kalau dikaitkan dengan tenaga dalam...
kaedahnya terpulang pada kreativiti masing-
masing...dan antara caranya...baca Ayat Se-
ribu Dinar 7 kali...tarik nafas...kemudian
petik jari dengan membayangkan jin yang di-
sasarkan dihimpit dan dihancurkan diantara
dua jari tersebut...iaitu petik sambil ba-
yangkan ia hancur berkecai...
Kalau seseorang itu tak nampak jin...maka ia
boleh guna pada gerakan semut-semut pada se-
seorang ( kewujudan jin berupa semut-semut
dalam badan )...
Kalau ditakdirkan ia berkecai...'pesakit'
akan dapat merasa letupannya...
...atau...baca ayat Dinar 3..7 atau lebih...
tarik nafas...tahan...baca fatihah dan ayat
Kursi dalam hati...kemudian hentak 'nafas'
ke dalam dada sambil bayangkan jin pada
mana-mana tempat itu hancur...
..dan terpulang pada Tuhan akan selebihnya..
hancur tak hancur...berkecai tak berkecai itu
ketentuaNYA semata-mata...
...dan sebagainya...
Terima Kasih Kilat ya akan Hadisnya...ternya-
ta Rasulullah SAW menganjurkan kita agar meng-
amalnya...semoga dapat dimanafaatkan kita
semua...
Walohu a'lam
Wa alaikum salam ButirStar...dan kita semua
BalasPadamdapat mengetahui antara khasiat membacanya sebelum tidur...dan Insya Allah..semoga sama-sama kita dapat mengamalkannya...
Biasanya jin yang terkena itu adalah jin
dah memang manjadikan kita sebagai sasaran
gangguannya...
Terima kasih ButirStar atas perkongsian pengalaman dan ilmunya...
Wallohu a'lam
Salam en junied...
BalasPadamSaya ada mengamalkan ayat seribu dinar ini..bila saya membacanya berulang kali sambil kaki diletakkan dihadapan sambil duduk,saya dapati terasa semut2,kebas pada kedua belah kaki...apakan itu tandanya ada angin bisa??
Wa alaikum salam Al-Khattab...
BalasPadamKalau duduk tanpa membacanya...tak rasa
apa-apa...dan kalau dibaca pula...rasa
kebas dan semut-semut...maka ia angin
bisa...
Wallohu a'lam
as'kum.. Bolekah ayat nurun nubuwwah dibaca sewaktu dtg haid?
BalasPadamWa aalaikum salam Aryaties...
BalasPadamKalau doa...tak ada 'cutinya'...tapi
masalahnya dalam doa tersebut ada ter-
selit ayat Qur'an...
Kalau saya mesti kata ya atau tidak...
maka saya akan kata tidak boleh...
Bagaimana pun silalah Aryaties ber-
tanya pada yang tahu ya...
wallohu a'lam
terima kasih kerana berkongsi ilmu.. sy cuma mengamalkannya baca selepas solat sahaja.. untuk menambah rezeki.. terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi ilmu ye.... mohon di kongsikan bersama..
BalasPadamAlhamdulillah...Sama-sama Zam Nia...
BalasPadamDan ada petua ulama lain...selepas membacanya...
sambung Laa haula walaa quwwata illaa billah...
10 kali...dan antara lainnya ia menjadi doa benteng
dari segala bahaya...juga penawar rasa duka cita...
dan sebagainya...
Terima kasih Zam Nia atas perkongsiannya...
...Wallohu a'lam
Tambahan pada persoalan amalan doa ini...apa
BalasPadamjuga doa atau ayat qur'an boleh dibaca dalam
hati tanpa sebarang cuti atau halangan tempat
maka sesiapa juga boleh meneruskan amalan
biasanya secara terus menerus.
Tapi ada juga yang mengamalkan ayat Manzil
walau dalam keadaan cuti...dengan niatkan
ia jadi doa...apalagi kadangkala ia seolah-
olah suatu keadaan terdesak...di mana kerap
berlaku serangan semata-mata kerana bercuti
bagi seseorang yang ada gangguan..
Kalau saya silap harap rakan-rakan pembaca
perbetulkan...
wallohu a'lam