Isnin, 2 Mei 2011

Rahsia Nampak Jin...Rumusan...

KEPENTINGAN MENGESAN GANGGUAN JIN...

1.Agar gangguan pada diri seseorang itu dapat di-
kesan dan di beri rawatan sepatutnya...

kerana ramai orang yang sebenarnya sedang mengalami-
nya tapi ia terus terbiar tanpa tindakan semata-mata
kerana tak faham...

Maka ia berterusan mengalami gangguan sementara cen-
gkaman makhluk tersebut terus bertambah kuat dan se-
bati...

Gangguan itu mungkin memberi kesan kepada...

a. Gangguan fikiran...

b. Gangguan perasaan...hingga ke tahap penyakit
mental...

c. Gangguan perkembangan potensi diri...

d. Gangguan kepada pembesaran dan pembelajaran
anak-anak...

e. Gangguan kepada hubungan antara ahli keluarga...

f. Gangguan kepada keharmonian rumah tangga...

g. Gangguan kepada hubungan dengan orang lain...ter-
masuk masyarakat...

h. Gangguan kepada urusan mencari rezeki...

i. Gangguan kepada kesihatan fizikal ( penyakit ).

j. Kecenderungan kepada kejahatan atau perkara sikap-
sikap negatif...

k.Halangan kepada mentaati Tuhan...malah lebih cende-
rung kepada tiap sesuatu yang di haramkan...

...dan sebagainya...

RAWATAN PENYAKIT...

Pada satu segi ada beberapa kategori penyakit...

1. Penyakit biasa...perlu rawatan hospital...

2. Gangguan jin...perlu rawatan gangguan...

3. Penyakit biasa dan gangguan serentak...perlu ra-
watan hospital dan gangguan...

4. Penyakit biasa membawa kepada gangguan jin...per-
lu rawatan hospital...dan rawatan gangguan...

5. Gangguan jin membawa kepada penyakit biasa...per-
lu rawatan gangguan sahaja...atau mungkin juga perlu-
kan rawatan hospital...

Zaman moden...ada perubatan moden...maka kita manafaat-
kan sepenuhnya...kerana itulah antara hikmahnya Tuhan
memberikan kita ilmu perubatan yang sentiasa berkembang
maju...

Tapi masih ujud jin...maka rawatan gangguan jin adalah
rawatan sepanjang zaman...kerana jin itu akan tetap
ujud hingga ke penutup usia Alam Dunia ini...

Apabila sesuatu penyakit itu tak mendapat rawatan se-
bagaiman kepeluannya...contohnya penyakit biasa dengan
rawtaan gangguan...atau penyakit gangguan dengan rawatan
hospital...maka ia bererti...penyakit itu tidak dirawat
dan pesakit akan menanggung padahnya...

ZAMAN MODEN...ZAMAN TAK ADA JIN ?

Itu zaman dulu...begitu kata segelintir orang yang me-
nafikan ujudnya gangguan jin di zaman mode ini...

Ia tak mengetahui...sedangkan umur sesekor jin itu sa-
ma dengan umur berpuluh keturunannya...sedangkan jin itu
sentiasa beranak pinak...maka bagaimana akan terhentinya
gangguan jin ?

Malah seperkara kita peru mengambil kira...mengenai jin
saka...banyak antaranya adalah jenis beranak pinak...
dari berbelas...berpuluh atau hingga beribu ekor...

Maka kalau dulu-dulunya jin pada orang-orang tua itu sekor
dua...dan 'cukup' untuknya sahaja...bayangkan kalau dah
beranak pinak hingga berpuluh...ke beribu...berapa ramai
antara kita sekarang yang ada jin saka dari sebab pilihan
atau ketidak sengajaan orang tua-tua kita ?

Malah ada orang yang mengingkari keujudan makhluk-makhluk
halus itu adalah dari sebab pengaruh jin sakanya sendiri.

Ada satu kisahnya..rakan-rakan merawat seorang ibu...ke-
mudia menantu si ibu yang datang dari jauh dengan sinis
berkata...cuba rawat aku pula..manatau ada jin...
ternyata ia kemudiannya muntah-muntah agak teruk...

JIN ISLAM...BUKAN JIN ISLAM...

Ada orang suka...gemar...berhobi dan 'bergumbira' dengan
adanya pendamping Jin Islam...

Bahaya Pendamping Jin Islam...

1. Membahayakan akidah...

2. Membahayakan diri...

3. Membahayakan keluarga...

4. Membahayakan keturunan...

5. membahayakan orang lain...

...dan sebagainya...

Setakat yang saya tahu...semua Jin Islam yang pernah
saya dan rakan-rakan temui...biasanya penipu...talam
tiga muka ( kalau manusia paling banyak pun...dua muka
saja ) juga pembunuh ( dengan Izin Tuhan ) termasuk
bunuh atau menyeksa suami wanita yang didampinginya...

Bayangkan...kalau bunuh orang..Islam menentukan balas
bunuh...kalau bunuh jin ikut suka hati sendiri pun...
tak ada hukuman undang-undangnya...

Ia menunjukkan betapa rendahnya darjat jin berbanding
kita manusia...

Tapi sebaliknya ada segelintir kalangan kita memandang
jin itu makhluk hebat...mulia...digeruni...ditakuti...
menjadikan jin itu bongkak dan 'menginjak' sepenuhnya
kepala kita sendiri...malah mengambil kesempatan den-
gan mewahnya diri kita sebagai makanannya atau jadi
khadam tukang bagi makan kepadanya...

Maka apabila anda sengaja berdamping dengan jin...si-
lakan anda...keluarga anda..dan keturunan anda berse-
menerima padahnya...

Kalau anda memilihnya 'sorang-sorang' kemudian keluarga
dan keturunan anda menanggung akibatnya...bersiap-
siaplah untuk menghadapi tuntutan mereka di Akhirat
kelak...

Ingatlah...Jin Islam sebenar tak akan membuat kerja-ker-
ja syaitan...iaitu mencampuri..memperdaya..menyakiti...
atau menyesatkan akidah manusia...dan tak akan merasuk
manusia termasuk bini orang kemudian menyuruh anda menj-
aga solat lima waktu...

AMALAN MUDAH...

Semua amalan yang saya tuliskan dalam blog ini...Insya
Allah...saya niat sampaikan pada semua orang...semoga
dapat di manafaatkan...

Tujuan utama sentiasa keredhaan Tuhan...dan segala per-
tolongan...perlindungan...kita mohonlah dari Tuhan...
sambil kita terus berusaha sebagaimana peraturan yang
IA telah tentukan dalam kehidupan ini...

Amalan Fatihah 3 Senafas...khususnya adalah antara am-
lan utama saya yang didapati daripada seorang Ustaz Per-
awat Rukyah...yang menafikan keujudan Aura...dan saya
sampaikan semoga jadi amal Jariah baginya...

Kalau perbezaan pendapat pada hal-hal terbuka seperti
ini menghalang kita daripada menerima sesuatu ilmu
yang baik-baik...maka ia adalah kejayaan syaitan...

Terima kasih pada Guru utama dan guru saya...dan rakan-
rakan di mana-mana juga termasuk rakan pengulas dalam
blog ini yang mungkin tak sedar sebenarnya dah jadi guru
saya...semoga segalanya bermanafaat untuk kebaikan dunia
akhirat...dan terima kasih atas perhatian anda semua...

...dan saya minta maaf atas semua salah...silap kasar...
bahasa..terutama dalam mejawab sebarang ulasan...yang
kadang-kadang saya buat dalam keadaan mengejar masa...

Semoga blog ini serba sedikit bermanafaat untuk umum
dan tolong betulkan salah silap terutama mengenai sesu-
atu yang berkaitan hukum hakam...dan sebagainya...

Mungkin rehat untuk sementara atau mungkin tidak...namun
atas mana-mana ulasan saya akan cuba menjawabnya setakat
mampu...Insya Allah...

Segala salah silap dalam blog ini adalah atas tanggungan
saya sendiri...bukan guru atau perguruan...

Penting tentang rawatan...saya baru belajar sekerat...
dan umpama tin kosong...bunyi saja kuat...tapi tak ada
isi...cuma saya manafaatkan bunyi yang agak kuat setakat
mampu ini untuk cuba menyedarkan anda...selangkah lagi...
kaki anda mungkin akan terjerumus ke dalam lubang...atau
beberapa langkah lagi...dahi anda pasti akan terhantuk...
carilah perawat yang sebenar-benarnya perawat...
yang diamnya penuh berisi.

Insya Allah...yang baik itu dari Allah...wallohu a'lam

94 ulasan:

  1. Slm...

    Ilmu Allah itu amat luas. Bg sesetengah org, apabila mereka tidak pernah mendengar tentang sesuatu perkara, maka perkara itu dengan mudahnya di anggap mustahil, karut marut dan tidak wujud. Pernah terbaca dlm 1 forum mengenai khasiat Bismillah 5,6,dan 7... ada yg bertelagah dan mengatakan amalan tersebut bidaah, karut dan timbul akibat sikap orang Melayu yg mudah terpengaruh dengan amalan datuk nenek. Sebagai manusia yg diberikan akal, usahlah kita cpt menjatuhkan hukum dlm berbicara jikalau kita tidak berilmu. Bukan semua yg tiada dlm al-Quran itu jika di amalkan terus dilabel bidaah atau kepercayaan karut. Sedangkan kandungan Bismillah 5,6,7 dsb merupakan puji-pujian kepada Allah, membesarkan Si Pencipta... disamping memohon perlindungan dan pertolongan kpd yg Esa. Sama seperti kita berdoa selepas solat, dlm bahasa yg kita ciptakan sendiri... dengan ayat yg kita aturkan sesuai dengan apa yg kita hajatkan kpd Allah SWT. Usah kita sempitkan ruang pemikiran dan membataskan amalan semata2 kerana kejahilan. Islam menuntut umatnya mencari ilmu. Jika terdapat sebarang keraguan, rujuklah sebarang kemusykilan kepada orang2 yg mengetahui (guru,alim ulama' dsb).
    Terima kasih atas segala perkongsian ilmu yang berguna ini. Semoga saudara Junied akan terus menyumbangkan serba sedikit pengetahuan yg boleh dikongsi untuk kebaikan bersama. Semoga saudara tidak akan jemu berkongsi dan menceritakan pengalaman saudara dlm ilmu perubatan dan rawatan kerana ianya amat berguna kepada insan2 yg memerlukan. Bagi yg tidak mempercayai alam ghaib, ilmu perubatan Islam dan kaedah2nya yg pelbagai, usah cepat menunding jari mengatakan karut, sesat dan sbgnya hanya kerana anda tidak dpt menilainya dengan logik akal. Jgnlah mudah mengeluarkan kata2 sinis yg blh menyinggung perasaan org lain hanya kerana anda tidak 'terkena' dan tidak percaya. Mungkin anda masih bernasib baik kerana hanya perlu bergantung kpd rawatan2 moden dan tidak mengalaminya sendiri. Hormatilah setiap pandangan dan berhemahlah dalam membuat teguran. Wallahua'lam.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam surihoney...

    Insya Allah...terima kasih atas pandangan
    surihuney...

    Kita semua berpotensi untuk menjelajah
    lebih jauh ilmu-ilmu yang mungkin bagi
    pendapat sebahagian orang ianya tak
    ujud...

    Apabila kita membataskan ilmu itu hanya
    kepada benda yang terlihat oleh panda-
    angan mata...maka kita akan kehilangan
    banyak ilmu yang bermanafaat...

    Walohu a'lam

    BalasPadam
  3. assalamualaikum.Saya minta izin mengamalkan mana mana amalan yg dinyatakan dilaman ini (sudah beramal)izinkan juga saya memanjangkan kpd keluarga serta mereka yg memerlukan.Hanya allah yang dapat membalas segala keikhlasan saudara junied.Saya dan keluarga perlu mengamalkanya.

    BalasPadam
  4. Bagi sesiapa yg pernah mengalami pengalaman pengalaman yg berhubung dgn makhluk ghaib selalunya akan cuba memahami dan menyelaminya dgn lebih dekat atau dgn kata lain 'apa sebenarnya'.Saya mengucapkan berbanyak banyak terimakasih kpd saudara junied krn perkongsian ilmu bagi saya yg tiada nilainya.Mudah mudahan allah memberi keberkatan kpd saudara sekeluarga,Semuga saudara terus dapat memberikan bimbingan.

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam joe...silakan...

    Dan pada sesiapa sahaja yang nak amal
    mana-mana ilmu atau pengetahuan dari-
    pada blog ini...silakan...Insya Allah
    semoga ada manafaatnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam surihoney...

    Bismillah 5 itu juga baik dibaca pada air
    guna minum dan mandi...dan begitu juga
    Ayat Kursi...bacakan pada air...fatihah
    1 x...salawat 3 x...ayat Kursi 11 x...

    Bacakan pada botol mineral besar biar da-
    pat diguna beberapa hari...

    Insya Allah...mudah-mudahan ia dapat meri-
    ngankan 'beban' berbanding kalau kita ber-
    gantung kepada bacaan semata-mata...

    Air yang baik diguna adalah air yang tak
    dimasak...contohnya air mesin penapis...

    Apa yang dapat disimpulkan...benda itu dah
    mula menjadi saka...dan secara umumnya...
    semua orang ada gangguan saka sebaiknya beramal sambil berubat...kemudian menjaga
    amalan...

    Kalau mengharap perawat semata-mata...kita
    akan jadi 'barang permainan'...saka itu lari
    dan datang sesuka hati...

    Kemudian apabila saya bandingkan antara ber-
    amal semata-mata dengan mengharap perawat
    semata-mata...asalkan amalan sesuai...ia
    lebih berkesan daripada mengharap perawat
    semata-mata terutama dalam jangka masa pan-
    jang...( kecuali bagi sesiapa yang sengaja
    Tuhan permudahkan...)

    Terima kasih Surihoney atas perkongsiannya
    semoga dapat menjadi panduan kepada kita
    semua...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.
    Saya pun mahu mengucapkan terima kasih kepada Saudara Junied kerana dengan izin Allah swt, dapatlah saya mengambil ilmu yang ditulis oleh saudara dalam blog ini. Moga Saudara Junied sentiasa dalam lindungan rahmat dan redha Allah swt. Dan moga Saudara Junied dapat meneruskan perjuangan menyebarkan ilmu Allah swt di masa akan datang. Doakan saya juga ye. InsyaAllah, amin.

    BalasPadam
  11. Sama-sama abu fawwaz...terima kasih atas
    doanya...Insya Allah...semoga kita semua
    dilindungi Allah dalam kehidupan Dunia...
    Alam Barzakh dan lebih-lebih lagi di Hari
    Akhirat kelak...Amin

    BalasPadam
  12. Masih menanti jwpn dari saudara Junied berkenaan masalah yg sy utarakan di atas (pd 13 May 2011).

    BalasPadam
  13. As'kum Tuan,di sini saya ingin brtanya diantara Ayat Manzil&Ayat Rukyah yg mana 1 kah lebih kuat atau paling ampuh utk d bca sendiri dan gunakn sebagai scan atau mgubat diri sendiri? Terimakasih.

    BalasPadam
  14. salam tuan junied,Lama sungguh tuan tidak menulis ,rasa rindu pula dengan penulisan tuan, bolehkah tuan beri pencerahan pada 2 hari yg lepas ada seorang rakan sekerja saya minta tolong scan kan dia. jadi selepas saya buat satu set pernafasan dan meletakkan hujung jari saya pada bahu kanan dia kata dia terasa macam pitam dan sakit kaki dibahagian kanandan dia asyik terus sendawa tak henti-henti. saya pun terus melekapkan tangan saya dibahagian belakangnya mengapa apabila saya letakkan tapak tangan saya pada belakang sisakit selama beberapa minit dengan membaca berulangkali ayat peletup jin dia muntah-muntah teruk tapi tak keluar apapun cuma muntah angin, sakit bahagian jantung dan perut serta sesak nafas.selama beberapa minit sakit dibahagian jantungnya semakin kurang tapi di bahagian perutnya masih sakit.saya agak kesian melihat dia kesakitan maka saya hentikan bacaan dan beri minum air manzil.selepas proses tersebut beliau sakit kepala leher dan tangan disebelah kanan mungkin agaknya terlalu lama muntah-muntah angin. adakah ini tandanyanya penuh dengan bisa angin atau jin dalam kesakitan atau tanda sakit dari sihir. kalau sakit sihir contohnya ada barang sihir diperutnya atau dimana sahaja macam mana saya nak ikhtiarkan keluar atau matikan, tima kasih harap sudi menerangkannya

    BalasPadam
  15. Salam saudara..

    saya solute saudara kerna berani mempertengahkan perubatan islam ini...pengalaman saudara begitu menarik... lebih-lebih lagi saya juga baru menceburi diri dlm perubatan islam...

    saya juga menerima bebagai cobaan..walau tak sehebat anda... berbagai cara untuk mematahkan semangat saya dan keluarga... tapi saya teruskan juga..kerna ini adalah jihad...saya melihat anda sedang memegang bendera Jihad,,,

    BalasPadam
  16. Wa alaikum salam surihoney...

    Saya minta maaf kerana lambat menjelaskan
    persoalan yang surihoney utarakan...juga
    pada rakan-rakan lain...memandangkan dah
    beberapa lama tak dapat masuk ke dalam
    blog ini atas masalah email...

    Kesan rawatan yang menyakitkan itu memang
    benar dari sebab kerana sebatinya jin dalam mana-mana bahagian tubuh...

    Maka untuk mengurangkan kesakitan...antara-
    nya...

    1.Beramal...

    2.Minum dan mandi air doa...

    3.Dirukyah berulang kali...

    4.Kalau kaedah picit menyakitkan...masih ban-
    yak kaedah lain boleh digunakan...seperti
    rukyah dengan tapak tangan perawat atas kepala
    ...di belakang atau sebagainya...

    ...atau guna kaedah tepuk...tarik...tolak...
    tangkap dan sebagainya...

    Tapi kalau dah beramal dan dirawat bebrapa
    lama...dan dengan izin Allah angin bisanya
    dah berkurangan...maka kaedah picit mungkin
    tak sesakit seperti pada mulanya...

    Biasanya ya...kalau jin dah sebati dalam ba-
    dan...sebelum itu...ia akan menjalani berbagai
    proses dan peringkat juga mengambil masa...
    maka kesembuhannya juga akan secara berperin-
    gkat serta mengambil masa...

    Tak rasa apa-apa tak semestinya jin tersebut
    selamat..atau akan terus selamat...terutama
    kalau ianya dah berkubu...

    Lambat laun kubunya akan pecah...dan serangan
    dari rawatan akan mengenai jin tersebut secara langsung...

    Kadang-kadang pula sakitnya itu...kerana di-
    sengajakan oleh jin dalam badan agar kita serik
    berubat...tapi kalau terjadi sedemikian...ia
    menunjukkan jin tersebut tahu...rawatan itu
    akan menjejaskan atau menyakitkannya...maka
    surihoney jangan berputus asa ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  17. Wa alaikum salam Aryaties...

    Mana-mana sahaja amalan yang Rasulullah SAW
    ajarkan...maka ia kuat...contohnya ayat
    Manzil...atau Ayat Kursi..3 Qul....
    juga mana-mana ayat Qur'an yang ulama guna-
    kan sebagai amalan pendinding atau Rukyah...

    Seperkara yang perlu kita ingat...ada beber-
    apa perkara yang menjadikan kesan sesuatu amalan itu lebih kuat...antaranya...

    1.Sentiasa di amalkan sehari-hari...

    2.Kita faham maksudnya kerana kita akan lebih
    khusyuk...

    3.Keyakinan kita terhadap keberkatan ayat-ayat
    Allah...

    4.Membacanya dalam keadaan berwuduk...

    5.Membacanya dengan tajwid yang betul...

    6.Keyakinan serta pengharapan kita kepada per-
    tolongan Allah...

    7.kita sentiasa berusaha mengerjakan segala
    perintah serta meninggalkan segala larangan
    Allah...

    ...dan sebagainya...

    Cuma kalau semua perkara di atas kita miliki
    maka amalan seperti Manzil lebih baik kerana
    ia lebih lengkap...

    Begitu pula...kalau kita beramal atau meruk-
    yah dengan hati penuh lalai dan ragu...maka
    biasanya kesannya juga akan berkurangan...

    Perhatikan kata-kata lama...seandainya engkau
    cukup yakin...dengan hanya membaca Bismillah...
    engkau akan dapat berjalan atas air dengan izin
    Allah...

    Tapi kalau dibandingkan antara bacaan panjang
    tapi lalai...ragu...sebutan lintang pukang...
    dengan bacaan atau amalan yang lebih pendek...lebih khyusuk...yakin...tertib...
    biasanya amalan yang lebih pendek itu lebih
    berkesan...

    Kemudian lain-lain faktor...seperti kesesuai-
    an penggunaan ayat pilihan...ia mungkin akan
    lebih berkesan...contohnya untuk pendinding
    kejahatan manusia dan jin...ayat Kursi mungkin lebih sesuai atau berkesan daripada Suroh
    Al Kautsar...

    Wallohu a'lam
    sesuai daripada

    BalasPadam
  18. Wa alaikum salam Kilat...

    Antara keputusan 'scannya'...

    1.Ada angin bisa...atau malah mungkin jin
    pada bahagian otak...

    2.Ada angin bisa atau mungkin jin pada kaki
    kanannya...juga mungkin ada laluan masuk jin
    pada hujung jari atau tapak kaki tersebut...

    3.Ada gangguan jin pada bahagian jantung...

    4.Ada angin bisa atau jin pada bahagian
    dada dan perut...dan kemungkinan besar ada
    jin tinggal dalam bahagian perut...

    5.Ada angin bisa pada bahagian leher...kepa-
    la yang sakit...serta mungkin ada laluan jin
    pada tangan kanannya...atau boleh jadi penempatan...atau tempat persembunyian...

    ...dan sebagainya...Wallohu a'lam

    Muntah angin atau sendawa boleh jadi angin
    bisa keluar...dan boleh jadi juga ada jin
    ikut keluar...

    Benda sihir dalam perut biasanya boleh di-
    matikan dengan Air Manzil atau lain-lain...
    maka ia samada akan muntah...atau keluar
    ke tandas...iaitu tandanya...tiba-tiba perut
    sakit memulas dan 'membuang'...

    Kalau ia merasa benda keras atau besar dalam
    perut...maka letak tapak tangan dibahagian
    belakang ( tulang belakang pinggang ) dan
    baca rukyah...juga air Manzil Insya Allah
    menyebabkan ia menjadi kecil...pecah...dan
    sebagainya...

    Maka boleh dirukyah berulangkali sambil min-
    um air Manzil...

    Kalau nak guna tenaga dalam...hadapkan tapak
    tangan ke bahagian perut yang sakit...dan
    tarik angin bisa atau jinnya dengan tapak
    tangan...kita bayangkan tangan masuk ke dalam
    perut...lalu menggengam bendanya dan bayangkan
    tangan kita membawanya keluar...

    Sepanjang proses ini..kita gunakan nafas tarik.

    Bagaimanapun biasanya ia hanya boleh digunakan
    setelah kita merukyah...atau memberinya minum air Manzil hinga menyebabkan benda tersebut
    mengecil dan lemah...

    Terima kasih atas perhatian dan perkongsian
    ilmu Kilat selama ini...

    Untuk sementara ini...masa masih agak terhad
    dan Insya Allah...saya juga berharap akan da-
    pat terus menulis kelak..tertamanya pada
    serba sedikit lagi perkara yang saya ingin
    kongsikan pada semua orang...

    Wallohu a'lam

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  19. Wa alaikum salam Nubuwah...

    Terima kasih atas peringatan...perhatian dan sokongannya...

    Sedikit yang kita sebarkan itu...jauh lebih
    baik daripada seribu yang kita terus pendam-
    kan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  20. Tuan,
    saya baru mengikuti blog tuan ini. Agak istimewa juga dan saya tak nafikan akan kebenaran apa yg tuan nyatakan di blog tuan ini.
    Jin, syaitan dan iblis byk muslihatnya, ada yg suruh mengejar ilmu perawatan dgn membuat kita tamak dan akhirnya semua itu tak sempurna kerana asyik mengejar ilmu tapi amalan berterabur.
    Pada pendapat saya, dlm mengejar ilmu ini, ilmu yakin dan ilmu tawakal mesti kuat dulu. tah, mungkin saya silap. Ramai yg baca al-quraan tp kena juga atau baca byk2, benda halus tu ketawa je. Camne lak? YAKIN dan TAWAKAL bkn dimulut je agaknya kan. Mungkin letaknya di seluruh sifat diri yg dipinjamkan pd kita oleh Yang Maha Pencipta dan diperkuatkan dgn amalan zikir. Tah, mungkin tuan boleh komen lg jelas.
    Tenaga dalam pun penting dlm melawan benda halus ini. Saya harap tuan dpt menulis tentang tenaga dalam atau aura ini atau mungkin 2 benda berbeza. Setahu saya, tenaga dlm ini kita dpt melalui zikir2 tertentu.
    Jika saya silap kat mana dlm tulisan saya ni saya memohon maaf. Teruskan apa yg tuan tuliskan dlm blog. Menulis tentang hal ini memerlukan keberanian yg sebenarnya. Menegak sesuatu yg benar adalah sesuatu yg amat sukar di zaman ini. TANIAH

    BalasPadam
  21. Salam nijn...

    Tenaga dalam kalau kita hadkan ia kepada
    perubatan...pembenteng atau kesihatan
    maka jalan mendapatkannya pasti dengan
    latihan pernafasan...

    Ertinya...semua orang berpeluang meng-
    aktifkan tenaga dalam tak kira agama
    dan kepercayaan...

    Tapi kalau tenaga dalam itu kita satu-
    kan dengan zikir dan rukyah...maka te-
    naga yang kita dapat akan mempunyai ke-
    san yang tak akan ada pada tenaga dalam
    semata-mata...

    Ia terutamanya pada perkara yang berka-
    itan dengan makhluk-makhluk halus...
    juga khasiat zikir dan rukyah akan dapat
    digunakan dengan lebih bebas dan meluas
    ...contohnya...buat air doa jarak jauh.

    Dalam apa pun perkaranya...apabila kita
    tak ikhlas kerana mencari keredhaan Allah
    maka kita akan lebih terdedah kepada tipu-
    daya syaitan...dan bukan hanya pada mencari
    ilmu perubatan...contohnya solat...apabila
    seseorang itu terpedaya...maka mungkin ia
    akan terus solat dengan hakikat niatnya
    nak ambil hati mertua contohnya...

    Begitu juga dalam apa juga perkara pun...
    biarlah kita sentiasa yakin dan tawakkal ke-
    pada Allah...

    Dalam perubatan gangguan jin...maka sejauh
    mana dekatnya hati kita kepada Allah...akan
    memberi kesan kepada kuat atau lemahnya jin
    yang cuba menentang kita...contohnya...
    ada kisahnya ulama yang sekadar menghantar
    anak muridnya membawa selipar (kalau tak si-
    lap)...dan berkata kepada jin yang merasuk
    ...ini selipar Syeikh...dan ia perintahkan
    engkau keluar dari tubuh orang ini...maka
    serta merta jin itu keluar kerana segannya
    pada kewarakan ulama tersebut...

    Mengenai tenaga dalam dan aura secara lebih dalam...saya minta maaf ya..rasanya saya tak layak...sedikit sahaja saya tahu...tapi Insya
    Allah...yang sedikit itu akan saya kongsikan
    pada nijn dan rakan-rakan di mana juga...

    Terima kasih atas sokongannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  22. Salam Tuan,
    Saya ingin bertanya pendapat tuan tentang pedang zulfiqar, tentang amalannya. ok ke tak. ada melibat kan khadam.
    Saya ada berjumpa beberapa perawat islam dan mereka kata saya ada pedang tersebut dgn saya. Saya pun sendiri pun tak tahu, mereka kata saya dpt melalui amalan zikir saya.
    setahu saya zikir saya biasa je lepas solat, Fatihah, 3 qul, kursi dan zikir lain yg biasa org kat masjid buat cuma saya buat setiap hari dgn jumlah yg sama.
    Harap dapat penjelasan

    BalasPadam
  23. Wa alaikum salam nijn...

    Saya minta maaf ya...perkara ini sama sekali
    di luar pengetahuan saya...

    Ini pertama kali saya mendengar istilah pe-
    dang ini...maka saya tak dapat bagi sebarang
    ulasan khusus mengenainya...

    Cuma yang pernah dibuat oleh rakan-rakan ada-
    lah pedang bayangan...namun saya pernah me-
    dengar tentang antara rakan-rakan yang ber-
    jalan ke mana-mana...dalam pandangan jin...ra-
    kan itu membawa pedang panjang kanan kiri
    bahunya...atau memikul pedang besar di bela-
    kangnya...dan kadang-kadang tanpa pengetahuan
    mereka sendiri...

    Dan setakat yang saya tahu...pedang bayangan
    iaitu kita membayangkan memegang pedang...maka
    ia boleh jadi guna khadam...dan boleh jadi
    daripada kekuatan roh atau hasil amalan bersih
    tanpa khadam...

    Bagaimana pun...saya yang sangat sedikit pe-
    getahuan ini boleh menerima pendapat beberapa
    perawat tersebut...

    Tujuan utamanya adalah secara tak langsung untuk menakutkan atau mencegah serangan jin.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  24. ...kemudian pula nijn ya...sebahagian kejadian
    seseorang membawa pedang itu adalah tanpa niat
    ...tanpa pengetahuan seseorang itu sendiri...
    dan kalangan rakan tersebut cuma mengamalkan
    ayat atau zikir lazim...

    Pada pendapat saya...mungkin pedang itu yang
    di istilahkan oleh sebahagian orang...pedang
    Zulfiqar...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  25. As'kum Tuan, setiap hbis solat fardu sya sentiasa membca fatihah,ayat kursi,bismillah 6,ayat lakod jaakum(3x ulang),nurun nubuwwah dan doa seri nabi Yusuf(3x ulang)..Ini adala krna sya suka&tertarik dgn khasiat2nya jika diamalkn.Adakah ianya trlalu bnyk,berat@brkurangan khasiatnya bla kta mmbcanya skaligus stiap hbis smbhyang fardu seperti yg sya lakukan skg?

    BalasPadam
  26. Wa alaikum salam Aryaties...

    Sebenarnya lebih banyak lebih baik...tapi
    yang akan mengurangkan khasiatnya adalah

    1.Niat berusaha nak habiskan semata-mata
    maka hati jadi tak khuysuk dan tergesa-
    gesa semata-mata...

    2.Bacaan atau sebutan juga 'terlebih had
    laju'...maka bunyi dalam jadi bunyi luar
    ...kadang-kadang sebutan tak sampai atau
    tak sempat (tak sebut betul-betul).

    3.Kita berharap kepada khasiat doa atau
    suroh...dan tak berharap sangat kepada
    Allah...

    Kerana itu...kadang-kadang bila seseorang
    merasa khasiatnya tak seberapa atau tak ada apa-apa...maka amalan itu ia mula berat atau
    tinggalkan...

    ...dan sebagainya...

    Maka penting kita ingat...kalau membaca ayat
    atau doa...biar sebutannya betul...mana 'koma-
    nya'...mana 'noktahnya'...mana tak boleh ber-
    henti...dan sebagainya...semua kena ambil kira...

    ...dan agar lebih khyusuk dan hati tertumpu...
    kalau tahu maknanya lebih baik pula...

    Selepas selesai...baik dibaca Laa haula walaa
    Quwwata illa billah...1 atau 3x atau lebih...
    dan iktikadkan...yang berkuasa memberi dan
    menolak sesuatu samada yang baik atau mudarat
    itu hanya Allah semata-mata...maka hati kita
    berlepas daripada bergantung harap kepada amalan...dan amalan itu sebagai ibadah...
    juga sebagai doa ( juga ibadah ).

    ...dan sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum... Mohon keizinan tuan Junied untuk untuk ambil dan amalkan beberapa amalan yang mungkin termampu (dengan izin Allah).. Jazakallah diatas usaha murni tuan... Moga diberi kekuatan dan keiikhlasan oleh Allah..

    BalasPadam
  28. Wa alaikum salam Kangkung...

    Insya Allah...silakan...semoga bermanafaat
    dunia akhirat...

    Amin...terima kasih...Wallohu a'lam

    BalasPadam
  29. Tuan Junied,
    Ini hanyalah pendapat saya dalam pembelajaran tentang ilmu kebathinan. Jika ada salah dan silap harap ditegur dan diperbetulkan.
    1. Asas utama adalah khatamkan la dulu kalimah tauhid yakni asas kenapa kita dijadikan Allah. Lailahaillallah. Tiada yang berhak disembah hanya Allah. Berapa byk, kena tanya guru. Mungkin Tuan Junied boleh bagitau.
    2. Khatamkan Al Fatehah dan Al Ikhlas, asas ke tauhidan kita kepada Allah. Yakni Dia lah tempat kita meminta dan tiada yang lain selain Dia.
    3. La hawla wa la quwwata illa billah. Jazamkan kalimah ini. Supaya kita tak besar kepala dengan ilmu yang ada. Kuat mana ayat yg dibaca, kuat mana perbuatan kita, tanpa izin, berkat dan keredhaan Allah, takde guna langsung.
    4. Yang paling penting dalam mengamalkan perkara diatas adalah istiqomah. Ikhlas utk mendapatkan keredhaan dan keberkataan dariNYA. Tiada lah anugerah yg besar dalam setiap mengamalan selain dari mendapat keredhaan Allah.
    5. Baru lah sedap jasad dan ruh kita utk beramal ayat2 lain. sebab diri dan penuh dgn lebih kurang Zattullah, nurrillah, sifattullah, af'allullah
    6. Jadi, kurang le sikit jin2 yg menyamar jd wali2 dtg kat kita. Iman dah kukuh, nur dah cukup. Cuma bimbang jeneral2 jin, iblis dan syaitan je yg dtg. Tapi selagi kita yakin akan kesempurnaan kejadian kita oleh Allah berbanding kejadian Allah yg lain. Kena hadapi ujian itu, baru layak utk kita berbangga dengan kata2 AKU HAMBA ALLAH, AKU KHALIFAH DI BUMI INI.
    7.Mcm mana nak jd hamba Allah kalu kita ada khodam. Tah, fikir2 lah.

    Harap maaf jika ada salah dan silap kat mana2

    BalasPadam
  30. Salam nijn...

    Persoalan yang nijn kemukakan ini sangat
    besar...dan kemudiannya pula...saya lebih
    kepada rukyah dan tenaga dalam...maka tak
    ada sebarang istilah khatamkan ayat atau
    zikir...dan tak layak mengulas lebih jauh
    mengenainya...

    Maka saya harap nijn dapat bertanya pada
    pakar bidangnya...atau kalau ada pembaca
    yang arif mengenainya...harapnya dapat dikongsi ya...

    Bagaimana pun saya sangat bersetuju dengan
    nijn...selain amalan...ilmu...dan sebagai-
    nya perkara paling utama adalah perkara-
    perkara yang berkaitan iman dan akidah...

    ...atau kita akan kegelapan dalam cahaya.

    Tentang khadam...memang betul...bagai-
    mana nak jadi khalifah kalau ada khadam
    kerana biasanya kita bakal jadi khadam
    atau hati kita bakal bergantung kepada khadam...

    Terima kasih atas perkongsiannya....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  31. Tuan yg saya hormati,
    tentang penulisan tuan yg ini
    "Kalau perbezaan pendapat pada hal-hal terbuka seperti
    ini menghalang kita daripada menerima sesuatu ilmu
    yang baik-baik...maka ia adalah kejayaan syaitan..."
    Saya tertanya2 jg dgn diri saya, apa istimewa sgt kejadian manusia ini sehingga Allah memerintah malaikat, jin dll sujud pada Nabi Adam a.s. Kalau tak silap saya, istimewanya kerana ILMU. Adakah hanya ilmu mengenal haiwan atau kejadian Allah yg lain atau ilmu2 seperti yg tuan ajarkan/tulis diblog tuan.
    Sama2 la kita fikirkan menggunakan 2 anugerah Allah yg besar pada kita yg tiada pd mahkluk dan kejadian Allah yg lain: AKAL & FIRASAT
    Salam

    BalasPadam
  32. Terima kasih atas ulasannya...

    Sebenarnya apa yang tertulis dalam blog
    ini tak sampai setitik pun daripada lau-
    tan ilmu mengenai kebesaran Allah yang
    luas terbentang...

    Maka sebaiknya kita pelajari segala il-
    mu itu ( pastinya sampai kita berpindah
    ke Alam Barzakh pun tak akan habis...)
    setakat mana kemampuan dan bidang kita.

    Dan sebesar-besar tujuan mempelajari ilmu
    itu adalah untuk mencari keredhaan Allah.

    ( Ilmu yang bermanafaat itu ialah ilmu
    yang mendekatkan diri seseorang kepa-
    da Tuhannya...)

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  33. Tuan,
    Maksud yg ingin saya sampaikan sebenarnya adalah jangan cepat menghukum ILMU, hukum dulu diri sendiri. Jin, Iblis dan Syaitan akan sentiasa cuba menyesatkan kita. Bila kita belajar ilmu melalui buku atau internet, peluang utk sesat itu lebih besar berbanding berguru kerana guru akan sentiasa menjaga atau memerhati kita.
    Saya tak mahu terjadi seperti kata2 "Aku dah baca Ayatul Kursy tp jin tak lari2 juga, jin itu terlalu kuat". Soalan saya kita yg lemah atau ayatul kursy itu yg lemah. memperkatakan kalamullah yg lemah adalah sesuatu yg besar, dgn kata lain al quraan itu lemh?. perkuatkan akidah dan iman diri dulu dan jgn cepat menghukum yg lain selain diri dulu.
    Saya pernah berjumpa seseorg, dia dan keluarga dah disihirkan selama 30thn lbh. dia dah baca yasin, solat, berubat dan mcm2, dia kata "si bomoh tu dan jin dia terlalu kuat". betulkah? atau keyakinan, tawakal kita tak cukup kuat terhadap Allah dan kalamullah berbanding keyakinan si bomoh terhadap jin belaannya.
    harap tuan junied dapat mencerahkan lagi topik ini.
    salam hormat saya utk tuan junied

    BalasPadam
  34. Terima kasih nijn atas peringatannya...

    ...dan kita semua juga perlu mengambil
    perhatian atas apa yang nijn utarakan
    di atas...

    Apa yang boleh menyebabkan kita terpe-
    song melalui pembelajaran melalui buku
    atau internet semata-mata iaitu apabila
    kita mendapat satu pelajaran...kemudian
    kita perkembangkan melalui pendapat lo-
    jik akal atau sangkaan kita semata-mata
    tanpa bertanya kepada orang yang lebih
    tahu...

    Maka saya galakkan anda jika ada sebarang
    persoalan...maka silakan...dan lebih elok
    kalau anda ada tempat bertanya secara berhadapan...

    Bagaimanapun dari pengalaman saya sendiri
    ada orang yang tak ada tempat bertanya...
    kerana tak ada orang dekat yang arif men-
    genainya atau ada tapi sengaja 'menyimpan
    taring'...terutama perkara yang berkaitan
    gangguan...

    Kerana itu ada orang yang hingga berpuluh
    tahun terumbang ambing tanpa memahami apa
    sebenarnya yang sedang ia tanggungi...
    bahkan hingga terpesong dan sengaja ber-
    kawan dengan pendampingnya dari bangsa
    jin.

    Penting sekali kita fahami...apa sahaja
    usaha kita...termasuk segala doa dan amalan
    hanyalah usaha semata-mata...dan soal sem-
    buh tak sembuhnya itu hak Allah...

    Samada sembuh kita bersyukur...tak sembuh
    kita terus sabar dan berusaha...maka Insya
    Allah ada ganjaran pahalanya ( janji
    Syurga )...

    Samada sembuh tak sembuh...yang penting...
    ini semua adalah jalan kita kepada keredhaan
    Allah...dan kesakitan dunia ini...tak ber-
    erti apa-apa berbanding kesakitan di Akhirat.

    Saya telah menulis perkara berkaitan perkara
    ini...dan kalaulah ujian dunia ini
    Tuhan jadikan laluan kita ke Syurganya...
    maka sudah sepatutnya kita bersyukur...tapi
    sebagai adabnya kita kepada Than...teruslah berusaha dan berubat...

    BalasPadam
  35. Suka saya mengulas sedikit tentang perkara
    yang dikatakan oleh orang yang disihir...
    si bomoh dan jin dia terlalu kuat...

    Sebenarnya tak ada makhluk yang kuat...soal-
    nya...kalau Tuhan nak uji kita...maka ujian
    Tuhan itu akan terus berjalan tanpa sesiapa
    dapat menghalang...

    Kalau Tuhan mengkhendaki kita sembuh...saat
    ini juga kita boleh sembuh...walaupun tanpa sebarang sebab musababnya...

    Maka sebaiknya...kita mencari hikmahnya dari
    segala ujian ini...kerana yang pasti...Tuhan
    tak akan pernah menentukan sesuatu dengan
    sia-sia belaka...

    Apabila keredhaan Allah itu kita lebih utama-
    kan daripada segala-galanya...nescaya segala
    ujian itu akan kita rasa lebih mudah...

    Mungkin kita perlu menghayati kata-kata Rasu-
    lullah SAW kepada seorang wanita yang sering
    mengalami rasukan jin...yang bermaksud...

    ...Kalau saya mendoakan engkau...nescaya engkau akan terlepas daripada gangguan ini...
    tapi kalau engkau mahu terus bersabar...
    untukmu Syurga di Akhirat...

    Terima kasih nijn atas ulasannya..dan kalau
    ada perkaranya mungkin yang belum saya fahami
    diharap nijn akan terus memberi teguran...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  36. salam tuan,
    lama tuan tak menulis dalam blog ni. boleh kah tuan menulis tentang tenaga dalam melalui pernafasan. saya kurang faham dalam hal ini.

    BalasPadam
  37. Salam,
    Ingin bertanya, camne tuan hadapi kalau jin tu pun pandai baca Al Quraan

    BalasPadam
  38. Wa alaikum salam nijn...

    Terima kasih kerana masih mengikuti per-
    kembangan blog ini ya...

    Untuk sementara ini...saya masih belum
    bersedia untuk menulis lebih tentang per-
    nafasan kerana ia mungkin akan melibatkan
    petua pernafasan perguruan...

    Saya hanya ahli biasa dan tak layak mem-
    beri maklumat perkara berkaitan petua per-
    guruan...juga tak ada keizinan guru...

    Saya pernah melihat guru juga rakan meng-
    hadapi jin perasuk yang mahir membaca ayat
    Al Qur'an...dan saya cuma pernah sekali...

    Maka saya masih sangat kurang pengalaman
    mengenai perkara ini...terutamanya kele-
    mahan jin yersebut...

    Rakan itu saya perhatikan...menggunakan
    nafas...zikir dan jurus pancung...hingga
    jin tersebut mengalah dan keluar...

    Pada guru...saya tak nampak sebarang ge-
    rakan jurus...tapi tiba-tiba orang yang
    kerasukan itu sedar...dan saya sendiri
    kurang faham apa yang berlaku sebenarnya.

    Ketika saya berdepan dengan seorang rakan
    yang kerasukan jin yang juga menggunakan
    zikir serta tenaga dalam...jin tersebut
    keluar lalu menyerang seorang rakan lain
    dalam rumah...

    Namun setakat yang saya tahu...ada beberapa
    ayat-ayat Al Qur'an yang akan memberi kesan
    kepada jin sedemikian contohnya...Ayat Kursi
    yang dibaca 9 wakaf...11 ayat awal As Soffat
    yang memberi kesan panas atau terbakar dengan izin Allah...Ayat Sihir...3 Qul untuk melemah-
    kan atau melumpuhkan ilmu jin tersebut...
    Bismillah 6 untuk memanas atau membakar...
    dan sebagainya...

    Ayat atau suroh itu boleh dibaca berulang-
    ulang seperti Ayat Kursi 11 kali...Ayat Sihir
    7 kali...awal as Soffat 3 kali atau lebih...
    Bismillah 6 tujuh kali...sambil bacakan pada
    air...disapu ke muka...dan ada juga yang boleh
    diberi minum dan sebagainya...kemudian hasil-
    nya..kita bergantung harap pada pertolongan Allah...

    BalasPadam
  39. ...secara peribadi...saya amat jarang ber-
    jumpa dengan kes jin bercakap atau merasuk pesakit...mungkin kerana masih kurang aktif...dan bukan perawat sebenar...

    Tapi pada pendapat saya...kurangnya rasukan
    jin pada pesakit itu dari beberapa sebab
    dan antara yang paling utama...

    1.Apabila saya mula merukyah...saya niat-
    kan tak mahu pesakit tersebut kerasukan...

    Ertinya kalau nak panggil jin datang dan merasuk...maka baca rukyah sambil niatkan...

    2.Saya tak berminat berunding dengan jin...
    maka aura akan terbentuk menghalang rasukan
    jin sekadar mana izin Allah...

    3.Salah satu kesan amalan pernafasan dengan
    suroh dan zikir...aura akan terbentuk untuk
    mengecilkan saiz jin...seperti pada satu
    Hadis bermaksud...kalau kamu berhadapan den-
    gan syaitan (jin)...janganlah kamu memakinya
    kerana ia akan menjadi semakin besar dan ber-
    kata...saya akan musnahkan kamu...
    sebaliknya ucapkan kalimah-kalimah Allah...
    kerana ia akan menjadi semakin kecil hingga seperti lalat dan lari pergi...

    Setakat ini saya dapati...dengan rukyah..jin
    dalam badan pesakit akan dirasanya bergerak
    seperti lalat-lalat atau semut-semut dalam badan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  40. salam,
    terima kasih atas jawapan tuan.
    Saya pernah dengar amalan pernafasan
    jika tak dibuat dengan betul, jin akan memasukki
    badan kita dengan lebih mudah.
    dikatakan masa amalan pernafasan ini pendinding
    diri akan terbuka dan membentuk 1 lubang yg memudahkan jin2 memasukki badan.
    kerana itu tunjuk ajar dari guru dan yg berpengelaman itu penting. nak blajar dari buku2 tak brani sgt.
    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  41. Wa alaikum salam njin...sama-sama...

    Setakat yang saya fahami...jin akan masuk
    ikut nafas tarik...semasa berlatih...
    dan lebih-lebih lagi semasa menarik nafas
    itu sambil mendengar muzik...atau mengosong-
    kan fikiran...

    Ada antara rakan yang belajar pernafasan
    (yoga)...dengan tujuan kesihatan...sebalik-
    nya...apabila ia mengurut rakan-rakan yang
    ada angin bisa jin...angin bisa itu dengan
    mudah saja masuk ke dalam badan rakan tadi
    melalui tapak tangan...dan ia boleh meng-
    akibatkan jin dalam badan orang lain ber-
    pindah ke badannya...

    Ia menunjukkan penafasan kosong boleh mem-
    buka laluan masuk badan...dan pertahanan
    badan agak lemah terhadap gangguan jin....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  42. Salam tuan.

    bagaimana caranya supaya angin dari badan pesakit tidak memasuki badan kita apabila merukyah atau mengurut? terima kasih

    BalasPadam
  43. Wa alaikum salam Nubuwuah...

    Biasanya angin yang masuk ke dalam badan
    kita itu adalah daripada jenis angin bisa
    iaitu angin bisa jin...

    Maka kita perlu ada amalan pendinding gan-
    gguan jin...

    Kalau angin masih boleh berpindah masuk...
    bererti amalan kita itu belum memadai dan
    perlu ditingkat atau ditambah...

    Kalau katakan amalan itu memang dah cukup
    kuat...tapi masih ada angin masuk...maka
    kemungkinan lainnya dalam badan kita ada
    angin bisa jin samada dari saka...ilmu
    yang kita tuntut...sihir atau angin tingg-
    alan jin yang dah diusir keluar...

    Dengan kata lain sebaiknya kita minta 'scan'
    dan rawatan jika perlu...

    Setakat pengalaman saya...sepatutnya angin
    bisa dari pesakit tak akan dapat masuk ba-
    dan kita semasa merukyah...apalagi kalau
    rukyah itu sendiri adalah doa atau ayat-
    ayat perisai gangguan jin...

    Maka apabila terjadi sedemikian..bererti
    ada bendanya yang tak kena...

    Begitu juga semasa mengurut...walaupun
    kemungkinan angin bisa pesakit masuk badan
    kita lebih besar...tapi kalau amalan pen-
    dinding diri memadai...maka tak ada masa-
    lahnya...

    Cara lain...ada wuduk semasa merawat atau
    mengurut...bacakan Ayat Kursi...ludah ri-
    ngan tapak tangan kalau nak mengurut...dan
    sentiasa berzikir...

    Kesilapan berkaitan tenaga dalam pula...ia-
    itu apabila kita menarik angin bisa keluar
    dari badan pesakit...kita tak meniatkan
    perisai yang menghadkan aliran angin bisa
    yang kita tarik hingga ke permukaan tapak
    tangan sahaja...sebaliknya kita cuma ter-
    fikir untuk menarik angin bisa semata-mata
    hingga ia langsung masuk tangan dan badan.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  44. ...antara sebaik-baik amalan adalah Ayat
    Manzil dan selama beberapa tahun ber-
    amal tanpa sebarang ijazah pun...saya
    dapati Alhamdulillah...ia amalan ampuh
    sebagai perisai diri...Insya Allah...

    Selain itu amalan lain ada lah seperti
    3 Qul...dan Ayat Kursi 11 kali pagi
    petang...dan sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  45. Salam Tuan Junied,
    Apa pendapat tuan tentang pengamalan ilmu yg disertakan dgn puasa seperti tidak boleh makan makanan berdarah dan sebagainya.

    BalasPadam
  46. Wa alaikum salam nijn...

    Saya tidak pernah mengikuti sebarang
    amalan yang berkaitan dengan puasa
    khususnya makanan berdarah...maka
    saya tak dapat mengulas banyak
    mengenainya...

    Tapi saya pernah bertanya pada rakan
    yang pernah mengamalkannya...dan
    antaranya kesan yang dirasanya...

    1.Tumpuan fikiran lebih tajam...

    2.Fikiran lebih terbuka dan cepa
    memahami sesuatu...

    3.Perasaan lebih tenang...

    4.Perasaan lebih halus dan teliti...

    ...dan...wallohu a'lam

    Ia dari segi lain adalah suatu bentuk
    latihan kejiwaan...contohnya untuk
    melatih kesabaran...

    Cuma ringkasnya...ada kelebihannya tapi
    perlu berhati-hati...jangan sampai kita
    berkeadaan atau beranggapan benda-benda
    halal itu seolah-olah jadi tak halal...
    tak boleh makan.

    Dengan kata lain...ia bersifat sementara
    ...atau sekadar mengurangkannya...dan
    tidak mennggalkannya seperti mana sebagai-
    mana agama-agama lain tertentu...

    ( harap dibetulkan jika ada yang tersilap
    ya...Insya Allah )

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  47. salam saudara..

    terima kasih atas jawapan saudara... mungkin amalan pendinding saya belum mantap... ia menjadi pengajaran kpd saya akan terus beramal dgn ilmu yang sedikit tapi istiqamah...

    pernah ketika merokyah pesakit...badan saya menjadi panas..isteri pulak kena serang penyakit gatal...

    dan pernah juga..ketika merokyah..terasa tapak tangan saya dicucuk-cucuk dan terasa ada sesuatu masuk ke dalam badan..mungkin itu dikatakan angin...

    saya tak punya ilmu tenaga dalam..hanya biasa-biasa saja...

    terima kasih

    BalasPadam
  48. Wa alaikum salam Nubuwuah...

    Sama-sama...

    Semasa saya mengamalkan Ayat Manzil hanya
    ambil dari buku sahaja...dan belum mengam-
    alkan tenaga dalam...saya lebih kerap se-
    kadar membuat air Manzil...

    Saya juga sangat jarang mengalami sebarang
    serangan balas...atau cubaan jin pesakit
    atau angin bisanya masuk ke dalam badan...

    Sebaliknya saya mengalami serangan balas
    yang berat-berat hanya sesudah saya mengamalkan tenaga dalam...

    Bagi saya...tenaga dalam bukanlah segala-
    galanya...walaupun ada sedikit kelebihan-
    nya...

    Yang penting adalah menjaga amalan...dan
    kalau boleh...pertingkatkan...Insya Allah.

    Sesuatu masuk dalam badan itu adalah sama-
    ada angin bisa...atau jin...

    Kita perlu juga ambil berat kepada amalan
    pagar rumah dan keluarga ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  49. Salam Tuan junied,
    Kalau tak silap saya, tenaga dalam ini lebih kepada jika kita nak melontar senjata secara jarak jauh atau secara ghaib, seperti mengikat jin2 atau org yg mengamal silat atau senjata ghaib. Untuk rukyah tidak byk memerlukan tenaga dlm. rukyah lebih kepada ilmu YAKIN dan ilmu TAWAKAL.
    Pemagaran diri ini lebih kepada amalan zikir harian. Kekuatan pagar dtg dari situ barulah dia berkekalan. Amalan pagar diri yg terbaik bagi saya ialah bacaan sebanyak 313x ayatul kursi selama 7 malam dalam satu duduk. selepas itu boleh lah dibaca 21x setiap hari. tak semestinya satu duduk. Amalan fatehah 21x setiap hari juga boleh menjadi pagar diri. Satu lagi cara pagar diri adalah bacaan yaseen fadhilat. Ada juga membaca yaseen terus 1x sehari selama 100 hari.
    Semua diatas bagi saya adalah yg terbaik. Ada ilmu pagar diri seperti mengunakan 7x baca ayatul kursi, 1x bagi setiap depan, belakang, kanan, kiri, atas dan bawah dam makrifat huruf HA (ha besar) dan MIN, ayat 1 surah Al Fusilat. cara ini kena renew seminggu sekali atau pun 2minggu sekali.

    harap maaf jika ada silap dan salah. Harap semua dpt mendidik saya jika ada silap kat mana mana

    BalasPadam
  50. Wa alaikum salam nijn...

    Guna tenaga dalam itu bergantung kepada
    pengetahuan...amalan...bakat dan tujuan
    setiap diri...maka ia tak terikat pada
    satu-satu tujuan atau kaedah semata-mata.

    Terima kasih nijn atas perkongsian ilmu-
    nya...

    ...tak ada amalan pagar diri yang lebih
    baik daripada selalu berdoa dan beramal
    dengan amalan dari Al Qur'an...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  51. As'kum Tuan Junied, scra umumnya setelah membuat brbgai kajian bole la sya rumuskn bhwa Khodam@pendamping seseorg itu adala jin yg bole menyerupai brbgai rupa terutama mirip org yg membelanya. Di sini ingin skali sya brtnya Tuan,jika suami@isteri ada membela pndamping yg d rahsia drp keluarganya trmsuk isteri@suaminya&tak prnah mgaku ada membelanya sdg hakikatnya memg ada.Bagaimanakah kta bole membuktikn nya? Msalahnya dia amat bengis&tak bgitu gemar membca@mendgr ayat2 Quran.Bolekh khodamnya d buang secra rahsia? Lgi 1 sya ingin tahu,jika khodam ini menyerupai suami@isteri kita swktu mereka yg sbnrnya tiada d rumah,bgaimana&melalui apakah kta bole mgenali@mgetahui yg mereka buknla manusia yg sbnr dri segi fizikal@kelakuannya? Bolekh ianya d musnahkn tanpa mggunakn ayat2 yg hrus d bca dgn kuat? Mksud sya hnya dgn mggunakn ayat yg dbcakn dlm hati? Terimakasih Tuan.

    BalasPadam
  52. Wa alaikum salam Artyaties...

    1.Tak gemar membaca atau mendengar ayat-
    ayat Qur'an juga adalah suatu bukti
    dan apalagi jika bacaan itu akan mem-
    beri sesuatu kesan atau tindakbalas
    padanya...

    Cara lain...memberi minum air doa...dan
    ia akan diketahui ada benda lain jika
    air itu memberi kesan padanya..seperti
    tak dapat mengawal perasaan..panas...
    sakit...ada benda bergerak...pening...
    muntah atau mual dan sebagainya...

    2.Saya berpendapat walaupun biasanya agak
    sukar...tapi tidak mustahil membuang kha-
    dam secara rahsia cuma harus
    kena pada kaedahnya...

    3.Biasanya benda itu kelakuannya agak pelik
    daripada biasa...dan biasa juga didapati
    bemda itu tak akan bercakap...
    atau mengeluar suara...

    4.Bergantung kepada kekuatan dalaman...maka
    ia memberi kesan sejauh mana yang boleh
    kita lakukan pada makhluk tersebut dengan
    izin Allah...

    Dan saya yakin...semua ilmu itu ada...cuma
    kita perlu mempelajari kaedahnya yang betul.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  53. Terimakasih Tuan, maafkn ada ssuatu yg ingin sya tnya kn tpi trtinggal tdi. Mengapakah jika ssorang itu ada pendamping,dia akn susah mahu tidor hingga kelihatan resah sgt2 wlupn memejamkn matanya. Dan cuma akn bole tidor selepas@sbelum sdikit wktu Solat Subuh..Wktu tidurnya agak konsisten..tpi setelah@sblum sdikit wktu Subuh. Adakh mereka yg membela khodam bole brsolat spt kta? Seorg sahabt sya brsuamikn org yg punya pndamping.. Msalahnya wlupn isteri mahu mereka tnggal brsma tp suami brkeras xmahu.. Buat pngetahuan Tuan,suaminya merahsiakn hal yg dia ada pndamping.. Tpi isterinya telah pn tahu,cuma brpura2 xtahu d depan suaminya.. Mana tidaknya khodam sisuami sering trnampk oleh isteri mengintip pe yg dlakukan oleh isteri ketika suami xde brsma&mnurutnya lgi mereka biasanya dtg dgn motosikal tpi tba2 hlng d kawsn surau brdktn rumah yg d diami shbt sya.. Msalahnya,adakah prshbtan mereka spt manusia kita? Kerna menurut shbt sya,skgni suaminya sbuk beli motosikal&tba2 lbh minat menggunaknnya brbnding kereta yg sblum ini sgt d synginya.Wlu telah brumur 47th tpi prangainya jdi spt mat rempit yg muda2 brkeliaran d jlnan..sdgkn sblum ini xbgitu. Adakh kwn2 yg kami lihat brmotor brsmanya itu adala Jin?Selain itu adakah khodam2 itu tinggal dgn tuannya krna si suami xbgitu mmbenarkn isterinya tnggal brsmanya di rumah mereka(berek). Hnya sskali sja dia d benarkn blik,itu pn dlm 2,3hri. Selebihnya isteri tnggal d rumah ibunya wlupn dia seorg suri rumah spnuh msa. Bla isteri ada d rumanya si suami pulak asyik keluar sja spt ada yg mnunggunya d luar sna..hngga shbt sya trasa spt mnjadi perempuan simpanan. Kdg2 jm 4am dia kluar hngga jam 10am bru blik rumah.. Shabt sya sering trnampak seorg wanita awl 20an sering brkeliaran di skeliling rumahnya bla suami ada d rumah.. Yg peliknya xkira bila wktunya,pgi,ptg,siang,mlm,malah awl pgi skalipn spt dia xtdo lgsung dia sntiasa brlegar2 smbil naik motor&bla suami shbt sya kluar dri rumah wanita itu akn mgekori sbntr kmudian kembli brlegar spt biasa. Cuma kejap2 aje dia hlng.Pd mulanya si isteri sgt berat mngatakn suami ada wanita lain,memg prnah slalu klihtan tpi dri jauh..Selain itu d rumah suami xprnah sikit pn ada tnda2 tetamu wanita slma 2th mereka tnggal brasingan.Bgaimana khdupan mereka sbnrnya Tuan..sya bgitu musykil skali. Shbt sya juga xbole fhm hngga dia kdg2 mnyuarakn pd sya yg dia mau brpisah trus dgn suaminya. Adakh Jin suami shbt sya itu adala wanita yg kelihatan menaiki motor stiap hri&dia trpksa brlegar2@d tumpgkn d rumah kwn tiap kali isterinya blik ke rumah..? Adakh krana mahu tnggal brsma khodamnya serumah sebab itu dia mnyuruh isteri tnggal d kampung? Tp mgapakh sisuami lbh rela si isteri mganggap dia ada wanita lain.. Mksud sya dia brkelakuan seolah2 dia ada wnita lain sdgkn xprnah seorg pn prnah melihat dia brsma wanita..&bla isterinya hlng kesbran&mnuduhnya ada wanita lain dia akn ckp isterinya telah gila@xbtl.. Buat pengetahuan tuan,isterinya rajin solat&slalu brzikir ayat2 pns utk mnjauhi syaitan&Jin. Selain itu dia juga rajin 'memagar' rumah yg d duduki mereka dgn air yg telah d bcakn ayat2. Terimaksh Tuan.

    BalasPadam
  54. Sama-sama...

    1.Ada angin bisa jin dalam kepala...iaitu
    pada otak...maka kita akan terikut-ikut
    macam jin...tak tidur malam..kerana malam
    itu adalah siang bagi mereka...

    Biasanya kita akan jadi seperti biasa apa-
    bila angin bisa itu dapat dikeluarkan...

    Bergantung kepada kekuatan gangguan...maka
    boleh jadi seseorang itu juga solat...dan
    boleh jadi juga dihalang solat oleh khadam-
    nya...

    2.Wallohu a'lam...tapi boleh terjadi...

    a.Jin jatuh cinta dengan manusia...dan se-
    baliknya...

    b.Kadang-kadang jin itu boleh dilihat oleh
    orang-orang tertentu...selain tuannya sen-
    diri...

    c.Biasanya orang ada khadam...atau khadam
    tersebut suka bersendirian sesama mereka sahaja.

    d.Kalau nak tahu...beri perhatian pada
    makhluk tersebut dan baca Ayat Kursi 9
    Wakaf berulang-ulang sambil niat memohon perlindungan dari Allah...dan kalau ada
    tindakbalas apa juga caranya...ada ke-
    mungkinan makhluk itu jin...(tapi boleh
    pula jadi manusia yang ada gangguan jin).

    Mungkin kerana panas pendinding itu juga khadam suami tak tahan...dan tak mahu se-
    rumah.

    ...tapi ia lebih baik...kerana kalau
    tak ada pendinding...mungkin ia akan jadi
    sasaran gangguan...

    Harapnya ia banyak-banyak bersabar kerana sekarang nampaknya ia lebih kepada ganggguan
    pada suaminya...

    Perubahan sikap seseorang itu juga boleh
    dari sebab pengaruh khadamnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  55. saya zulkifli juga minta izin mengamal dan memanjangkan kepada keluarga dan sahabat handai...mohon izinkan

    BalasPadam
  56. Salam saudara Zul...

    Insya Allah...silakan...semoga
    serba sedikit ia bermanafaat
    untuk kita semua...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  57. Saya berumor 12tahun saya bermimpi yang seorang perempuan tua memberi saya sehelai kain dan memberikan kepada saya saya berkata tidak mahu sebab didalam mimpi saya berasa pesan mak saya jangan mengambil saka walaupun di dalam mimpi.Adakah mimpi saya itu ada kena mengena dengan saka mencari tuan?

    BalasPadam
  58. Salam sejahtera boy...

    Betul kata mak boy itu...dan mimpi
    itu boleh jadi hanya permainan tidur
    tapi boleh jadi juga jin saka men-
    cari pewaris atau tuan...

    Bagaimana pun tindakan boy itu betul.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  59. Salam encik Junied,
    Saya ingin bertanya pendapat encik berkenaan orang yang boleh melihat secara terus makhluk jin ini.....ada saudara terdekat jugak...mengaku dia boleh nampak secara terus makhluk ini, adakah ini satu anugerah Allah atau ada mainan jin/syaitan semata.

    Boleh tak encik Junied guide saya...cara yg paling ringkas dan mudah,cara2 utk berubat dan utk pertahanan diri. Lagi satu, klu saya tak hafal ayat2 rukyah, sama tak keberkesanannya sekiranya saya hanya membaca ayat tersebut dari buku.

    Saya baru dptkan rawatan mengenai sakit sya, tapi tak de 'scan' cuma ustaz tanya sakit apa dan kat mana lepas tu dia baca ayat2 rukyah kat badan dan air.

    InsyaAllah saya akan cuba amalkan nasihat encik Junied sebelum ini. Terima kasih.

    BalasPadam
  60. Wa alaikum salam wbkth Pn NAD...

    1.Nampak jin jelas macam nampak orang
    itu adalah gangguan...

    2.Kalau tak hafal...baca dari buku juga
    sama berkesan dengan izin Tuhan...

    3.Tak 'scan' pun tak apa...kerana kesan
    rukyah dan air itu akan sampai ke sel-
    uruh badan...

    Tentang amalan itu...beri saya sedikit
    masa Pn NAD ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  61. Salam Pn NAD...

    Sila rujuk pada tajuk SENARAI
    AMALAN PENDINDING catitan Bulan
    September 2010 ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  62. assalamualaikum saudara junied,boleh saya dapatkan e-mail saudara?saya nak bertanya hal berkenaan roomate saya.reply ASAP ya :)

    BalasPadam
  63. Wa alaikum salam wbkth Hafiz xDD...

    Saya minta maaf banyak-banyak ya...rasanya
    saya belum bersedia untuk menyiarkan ala-
    mat email...kerana masa sangat terhad...

    Kalau boleh...saya galakkan pertanyaan sec-
    ara terbuka di sini...tanpa perlu beritahu
    nama atau tempat sebenar...

    Atau Hafiz xDD beri alamat email di sini
    agar saya boleh hubungi ya...

    Insya Allah...

    BalasPadam
  64. oh kalau macam tu ni e-mail saya : testing_ping2@yahoo.com..roomates saya selalu sakit kawasan atas kemaluan ke pusat,saya rasa uninary bladder tu,saya tak tahu nak cakap dia rasa sakit macam mana haha tapi bila kencing sakit..tak selalu kadang2 je..so saya just tertanya2 adakah masalah kawan saya tu ada kena mengena dengan makhluk2 halus ni hehe sebab saya pertama kali saya jumpa blog anta ni..ana baca banyak kisah pelik2 :D

    BalasPadam
  65. urinary bladder*..ana rasalah..atau penyakit batu karang dalam urinary bladder dia tu.minta ulasan saudara junied.

    BalasPadam
  66. Hafiz xDD...

    Rasanya kes begini lebih sesuai minta pereksa
    di hospital...

    Kalau hospital tak dapat kesan sebarang pen-
    yakit...barulah minta 'scan' pada mana-mana
    perawat yang diyakini...

    Insya Allah ya...

    BalasPadam
  67. oh okay nanti saya suruh dia pergi hospital haha :)

    BalasPadam
  68. Assalammualaikum tuan, saya ingin bertanya kepada tuan tentang masalah dan kekeliruan saya ini. saya ada kenal dengan seorang ustaz di tempat saya ini. dia ada menjual batu cincin, keris, sejadah apabila di buka ia akan berbau wangi (di katakan sejadah bunian)dan baranng2 mistik yg lain.

    1. saya telah membeli sebentuk cincin daripadanya dan telah menyuruh ustaz memasukkan khadam tambah POWER ke dalam cincin saya ini.persoalannya adakah saya telah tersalah langkah kerana menyuruh ustaz memasukkan khadam atau tambah power dia?dan telah menambah POWER sebannyak 2 kali.dan saya hanya berniat memakai cincin itu sbg brg perhiasan sahaja.Apakah hukumnya?

    2.tentang sejadah yg apabila di buka akan berbau wangi. apakah ianya betul sejadah bunian? dari yg di ceritakan org bunian (jin islam) akan berada dekat dgn sejadah itu apabila di buka dan di gunakan utk sembahyang.dan apakah hukum memiliki sejadah itu?

    3.saya sudah lama mendengar tentang kasyaf@mata ke 3 dan amat berminat tentangnya. dari apa yg saya ketahui kasyaf terbahagi kpd 2.iaitu kasyaf penglihatan dan juga kasyaf hati. adakah cara- cara yg boleh di lakukan untuk mendapat kasyaf?

    dan soalan yg terakhir, saya mempunyai isteri dan kadangkala akan terjadi kepadanya sewaktu dia sedang tidur dan dia berasa seperti di tindih, di usap rambut dan kakinya.dan keadaan ini berlaku di dalam bilik tidur.walhal ketika kejadian itu saya berada di ruang tamu yg hanya 5 langkah darinya.apakah yg dapat di tafsirkan dengan kes ini?

    sekian terima kasih
    wasalam....

    BalasPadam
  69. Wa alaikum salam wbkth joe36...

    1.Kalau hanya sebagai perhiasan...kenapa
    perlu tambah power atau khadamnya ?

    Maaf ya...mungkin ada niat yang tersurat
    dan tersirat...sebaiknya joe cuba selidi-
    ki hati ya...manalah tau ada 'tersisip'
    niat nak dapat kelebihan daripada cincin
    ni...dan jatuh syirik...

    Tapi jelas kalau khadam...maka dilarang...
    dan power pula untuk apa...tentu tak kita
    minta kalau tak ada 'harap-harapannya'...
    juga boleh bawa jatuh syirik...

    2.Wallohu a'lam...maaf...saya belum ada
    pengalaman tentang sejadah bunian...

    Tapi kalau betul atau rasa betul...sebalik-
    nya benda-benda seperti ini kita kena elak-
    kan...kerana ia sama seperti kita nak ber-
    damping dengan jin...juga dilarang...

    3.Pada pendapat saya ia boleh didapati den-
    gan kebersihan hati...latihan...juga guna
    jin...

    Saya sendiri pun langsung tak kasyaf...maka
    bagaimana caranya pun...Wallohu a'lam...
    saya minta maaf ya...

    Isteri joe itu kemungkinan besarnya ada gan-
    gguan...iaitu seperti ada sesuatu yang men-
    gekori atau menjaganya...

    Benda tersebut boleh dari suami yang ada
    dampingan jin...samada saka...ilmu...atau
    dari senjata...benda-benda antik...tangkal
    yang ada dalam rumah...atau saka isteri...
    atau ada sesuatu yang datang dari luar dan
    ada niat nak mendampingi...

    Malah boleh jadi dari khadam cincin...atau
    sejadah bunian (jin)...Wallohu a'lam

    Biasanya jin sebegitu sudah berpengalaman
    luas dalam mendampingi manusia...sebaik-
    nya amalkan pendinding juga 'scan' serta
    rawatan kalau didapati perlu ya...

    Kalau ada benda yang di syaki...jangan si-
    mpan dalam rumah ya...

    Insya Allah joe...terima kasih atas perta-
    nyaannya..

    BalasPadam
  70. Assalamualaikum tuan,
    minat terhadap mendalami agama semakin bertambah sejak kebelakangan ini, byk blog yg menguar-uarkan mengenai amalan yg sewajarnya menjadikan kita lebih dekat kepada Allah tentunya. Sejak bekerja dah byk kali terkena guna-gunaan, dengan selawat dan zikir, ia akan berlalu..serta sembahyang tahajut & mengaji..pun begitu saya masih memaafkan mereka. Hanya ingin tahu sekiranya amalan spt. setengah pendinding seperti amalan bacaan diluar rumah spt. khadam singa adalah amalan mendamping jin...harap tidak tersesat di dlm mencari kebenaran dan keredhaan allah. Harap tuan dpt membantu.

    BalasPadam
  71. Assalamualaikum tuan, sesetengah amalan yang menggunakan khadam cth. singa adakah ia merupakan salah satu contoh pendampingan jin..harap dapat membantu...untuk elak dari kesesatan di dlm mencari keredhaan allah..terima kasih sekali lagi atas kesudian berkongsi pengalaman anda..dan anugerah yg allah kurniakan kpd tuan...

    BalasPadam
  72. Wa alaikum salam wbkth tin...sama-sama...

    Sebenarnya perkongsian ini masih terlalu
    sedikit berbanding ilmu Tuhan yang tak
    ada batasnya...tapi mudah-mudahan yang
    kita tahu sedikit itu Insya Allah ber-
    manafaat...

    Apa juga yang kita hadapi itu pada haki-
    katnya adalah ujian dari Tuhan...dan
    apabila ujian-ujian itu semakin mendekat-
    kan hati kita kepada Tuhan...maka mudah-
    mudahan semuanya itu adalah tanda limpa-
    han rahmat Tuhan kepada kita...

    Secara umumnya...berdamping dengan khadam
    biar apa pun dampingan khadamnya...maka
    ia bererti berdamping dengan jin...

    Namun secara lebih khusus...kalau tak
    keberatan...harapnya tin dapat memberi-
    tahu lebih maklumat lebih mengenai amalan khadam singa ini ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  73. Salam saudara.
    Sy syafiq. SY scroll through saudara punya blog. dan saya tertarik.

    sy mencari cari jawapan tentang apa yang berlaku pada diri saya. adakah gangguan jin, adakah saya ini gila atau apa.

    2/3 bulan, pelbagai perkara yang saya tak berapa percaya berlaku pada diri. Antaranya mimpi2x pelik. contoh 1 - apabila terjaga, mimpi dibawa ke masjid, dipenuhi dengan perempuan berpurdah, pakaian warna warni tapi yang jelas adalah pink. seorang hamba Allah memakai turban cuba memegang tangan saya tapi Alhamdulillah dapat ditempis dengan bacaan doa, namun masih jelas yg kukunya tajam semasa cuba menyentuh. saya cuba keluar dari masjid, dihalangi oleh seseorang lagi, berbadan besar dan lebih tinggi, mencucuk bahagian atas kepala saya dengan kuku, saya membaca doa, tapi tak berjaya, hasil - terjaga dengan kesakitan di belakang/

    contoh 2 ; seorang lelaki bertasbih hijau disebelah kanan, muncul scra tiba2x dlm mimpi, dari paras dada hingga kepala, dan mengucapkan ' dengan izin Allah, aku dah lama mahu jumpa engkau syafiq'

    Dan saya sendiri tidak tahu apa yang terjadi dengan diri saya, saya tiada belajar ilmu apa2x sekadar zikir2x harian biasa, dan salah satu kejadian pelik yang saya alami ialah

    1- tengah berbual dengan rakan di mesir melalui skype (webcam) , tiba2x kawan menangis tanpa menyedari apa sebabnya menangis, saya membacakan al-quran kerana sudah tidak tahu apa perlu dibuat. Hasilnya, nampak dalam30 saat, seorang lelaki, pengamal ilmu hitam, keadaannya tengah sakit, badannya kurus, membuat sihir tapi keluarganya bukan yang pertama. saya bertanya pada rakan saya ni, dia terkejut kerana gambaran diberi adalah serupa dengan ustaz2x atau tokbomoh (saya taktau bagaimana saya tahu, sy cuma tahu)

    - saya pelik, dan banyak lagi berlaku, kadang2x apabila tutup mata, nampak 3 binatang hitam 4 kaki melompat2x atas rumah saya walhal saya masih di UK.

    - saya pelik dan keliru. saya takut gangguan jin pada saya yang membenarkan atau sy sebenarnya sedang kearah gila. dan sy dapat gangguan yang banyak dari segi mengantuk apabila ''menolong lihat secara tidak sengaja'' pada kawan sy di mesir.

    saya harap saudara blh membeli penjelasan sedikit. agar diri ini tidak gusar dan tidak terasa spt gila kerana kadang2x saya agak takut utk tido.

    saya banyak amalkan ayat kursi sblumtdo /slpas solat.

    BalasPadam
  74. oh. saya sedari saudara tidak punya email. btw, ini email saya, fiq2007@yahoo.com.

    harap dapat penjelasan dari saudara. saya tak tahu kenapa, tapi hati ini rasa dekat dengan saudara. wallauhuallam. moga ALlah bimbing kita dengan jalanNya tersendiri

    BalasPadam
  75. Wa alaikum salam wbkth saudara mat-sensei...

    Terima kasih atas perhatiannya...

    1.Dari ceritanya...makhluk dalam masjid
    itu lebih kepada jin kafir...Wallohu a'lam.

    2.Mungkin mat ada kelebihan...tapi untuk
    setakat ini...pengalaman mat itu mungkin
    dari sebab gangguan angin bisa pada baha-
    gian kepala (fikiran)...iaitu gangguan jin
    dan bukan kerana gila...

    Bagaimanapun sebaiknya kena 'scan' ya...
    agar puncanya yang sebenar dapat dikenal
    pasti...

    Biasanya bagi keadaan seperti mat...saya
    syorkan agar mengamalkan Ayat Manzil...
    kemudian mana-mana tambahan lainnya...

    Rasa dekat...saya minta maaf mat ya...
    rasanya saya juga tak tahu sebabnya...
    tapi Insya Allah saya akan hubungi juga
    mat nanti melalui emailnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  76. Syukran ya Akhi. Nama mat bukan nama sebenar, hehe. Mohamad Syafiq Mohamad Rasidi, anak kepada Sharifah Naina Mohamad. Sy seorang penuntut di UK,united Kingdom, tahun ketiga. Mungkin ambil masa hujung tahun depan baru berpeluang untuk balik. Terima Kasih saudara kerana mengambil perhatian kisah saya./

    INsyaALlah jika ada peluang , saya mahu memperincikan lagi masalah yg sy hadapi.

    Moga2x Allah memudahkan saudara untuk membantu orang2x sekeliling. Salam.

    Akan menanti email dari saudara jika saudara kelapangan. InsyaAllah. JazakallahuKhoir

    BalasPadam
  77. Assalamualaikum.

    Saya tertarik dengan tajuk entri ini,mohon izin untuk share di blog saya. Terima kasih.

    BalasPadam
  78. Wa alaikum salam wbkth Naqhuhines...

    Alhamdulillah...silakan...semoga ser-
    ba sedikit bermanafaat untuk kita
    semua...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  79. nijn tu org hakikat. itulah sebaik baik jln utk mati sebelum mati. ada pun pedang biasanya dikaitkan dgn zikir kalimah tauhid. amalan nijn adalah amalan para salik yg mencari kwbenaran. menafikan diri sendiri n mengesakan Allah pada zat sifat asma afaal.

    ada pun pasal perawatan n ayat rukyah etc. itu keperluan lain aebab kat dunia kita ada berbagai jenis n tingkatan manusia dari segi iman n nafsu serta ilmu mengenali Tuhan.

    apa pun. kita semua akan mati . sediakanlah bekal sbyk mungkin. jgn terbuang masa byk sgt dlm urusan jin n alam ghaib. itu semua ujian utk dilalui n dilepasi. jauh lagi pwrjalanan utk dituju.

    pengalaman n kerasian setiap org x sama. so teruskan beramal sgn apa yg ada.

    BalasPadam
  80. salam..sy nak tanya pada yang tau pasal saka..
    saya selalu sangat ada perasaan gemuruh..dan kadang2 nak marah x tentu pasal..adakah saya jg turut mempunyai saka..sejak silam keturunan nenek moyang mmg ada bidan org bersalin.sy takut klu2 saka tersbut telah berdamping dgn saya..harap beri komen

    BalasPadam
  81. Wa alaikum salam wbkth ina...

    Gemuruh dan marah tak tentu pasal boleh
    jadi kerana lemah semangat atau sifat
    kuat perasaan...

    ...tapi dari segi lain...ia boleh jadi
    juga tanda-tanda ada saka...

    Maka sebaiknya mintalah ' scan ' ya...
    kerana kalau ianya kerana ada saka...
    ia mungkin tanda benda itu tinggal dal-
    am badan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  82. Salam Tuan..
    Saya ingin bertanya tentang teknik menggunakan isyarat jari telunjuk semasa merawat pesakit..tanpa menyentuh pesakit ketika merawat..kalau tidak keberatan, minta Tuan berikan sedikit pencerahan tentang teknik ini..

    BalasPadam
  83. Wa alaikum salam wbkth HR...

    Dari segi tenaga dalam...banyak caranya
    bergantung kepada daya kreaviti dan lat-
    ihan serta perguruan seseorang...tapi
    di sini ada sedikit antara caranya...

    1.Baca ayat seribu Dinar 3 kali sambil
    arahkan jari telunjuk kepada mana-mana
    bahagian tubuh pesakit...kalau ada tind-
    akbalas...maka pada bahagian tersebut
    ada jin atau angin bisa jin...

    Tiup pada tempat sakit dan tiup pada air
    doa dalam satu nafas...guna minum...

    2.Baca rukyah...kemudian tarik nafas...
    zikir Allah...Allah dalam hati 7 kali
    ...tahan nafas...zikir juga 7 kali...
    dan lepas nafas perlahan-lahan sambil
    zikir seperti tadi sambil pandang ke
    arah pesakit dengan cara berikut...

    Genggam tangan kanan...arahkan jari te-
    lunjuk kearah atas...dan buat putaran
    kecil dengan jari telunjuk tersebut...

    Maka aura doa kita tadi akan masuk mel-
    alui ubun-ubun dan seterusnya meratai
    tubuh pesakit...

    Untuk jarak jauh...bayangkan kita ber-
    depan dengan muka pesakit...

    3....atau kita bayangkan aura putih
    'puting beliung' masuk badan serta meng-
    elilingi tubuh pesakit...maka pusingan
    angin itu berpusing membuang keluar jin
    atau angin bisa dari badan...

    Kemudian pusaran angin itu semakin kuat
    dan melebar ke sekeliling tubuh pesakit
    serta membinasakan jin yang cuba mengg-
    anggu...

    Setelah habis nafas dilepas...tepuk lut-
    ut kanan dan bayangkan pusaran angin itu
    terus berpusing tanpa perlu kita kawal...

    4.Dan boleh tambahkan...iaitu kita bayang-
    kan kita sedang berdepan dengan jin yang mengganggu samada dalam atau luar tubuh
    pesakit...dan bayangkan pusaran angin itu
    mengelilingi dan membinasakan setrta mem-
    bawanya jauh sejauh-jauhnya...

    Kita cuma niatkan semua jin yang menggan-
    ggu atau akan memgganggu dan tak perlu
    niatkan berapa jumlahnya...

    5.Kalau pesakit rasakan gerakan semut
    (jin) pada tangannya contohnya...arahkan
    jari telunjuk pada kedudukan tersebut...

    ...tarik nafas perlahan-lahan...sambil
    bayangkan semut itu terlekat pada hujung
    jari dan arahkan hujung jari itu perlahan-lahan ke hujung jari tangannya...dan ia
    terkeluar...

    ...dan sebagainya...

    Tapi tanpa menyentuh pesakit...biasanya
    saya gunakan jari...dan tolakan dengan
    tapak tangan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  84. assalamualaikum....saya ingin bertanya tentang masalah yang menimpa ibu mertua saya,menurut cerita isteri saya,pada mulanya ibu mertua sya didatangi mimpi dia masuk dalam satu tokong besar dan pintu tokong tersebut tertutup rapat,dan tiada jalan keluar.dari sejak itu ibu mertua saya didatangi oleh bayangan sami2 cina berjubah 3 warna hijau,merah dan kuning. pada mulanya kedatangan bayangan sami tersebut menolong mengubati jika ada anak2 atau dirinya sendiri ketika sakit. tidak lama kemudian tiada lagi kehadiran sami2 itu tp lain lg yang dtg, masuk kebadan dan berckp dgn kami tentang keburukan seseorang walaupun perkara itu tidak dilakukan oleh kmi.shingga tmbul perselisihan faham antara kami adik bradik.saya sebagai menantu pun dituduh menghantar ilmu saka untuk menyakiti ibu mertua saya. pernah saya bawa ibu mertua saya berubat tp bru skali berubat ibu mertua saya trus tawar hati dan brkata tukang ubat itu mahu mengganggunya,lebih2 lagi yang menggunakan ayat2 quran untuk mengubatnya, maaf saya pohon jika saya bertanya ada tidk kaedah rawatan untuk merawat ibu mertua saya?, dan saya ni seorang penakut kepada perkara2 ghaib.walau cuba melawan rasa takut itu...mnta tlongajarkan kepada saya......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth wakkatari...

      Begitulah kalau dah syaitan...akan
      buat kerja syaitan juga...yang 'baik'
      mulanya itu biasanya untuk membiasakan
      kita agar percaya dan menerima perkara
      buruk yang kemudiannya...

      Kalau mampu...saya syorkan amalan
      Ayat Manzil...kerana bukan saja se-
      bagai amalan pendinding...tapi boleh
      buat air doa untuk rawatan tambahan...

      ...untuk mertua wakkatari itu..seba-
      iknya dirawat orang yang pakar dalam
      bidang berkaitan kerana pasti akan
      banyak tipuhelah jin pengganggunya...

      Apa juga gangguan pasti ada rawatan-
      nya...dan ia biasanya berkesan apabila
      rawatan itu serasi tanpa mengira kuat
      atau lemahnya gangguan...

      Rawatan terbaik adalah menggunakan ayat
      Qur'an...dan saya...lebih kepada penul-
      is dan pengkaji bebas saja...bukan perawat...(cuma kadang-kadang jadi perawat terjun)...

      Untuk kita yang masih baru...ia biasa-
      nya perlu pada amalan-amalan tetap se-
      bagai pendinding diri...dan sebaiknya cari guru berdepan ya...

      Cuma untuk tambahan...wakkatari boleh-
      lah merujuk kepada beberapa tajuk...
      antaranya...

      .Catitan Bulan Mac mengenai ayat Manzil.

      .Julai 2010-kehebatan ayat a'rof...

      .29/9/10-Senarai amalan pemdinding...

      .14/02/10-Ayat Kursi...

      .3/3/10-Ayat Kursi 11 kali...

      .12/7/10-Amalan harian Ayat Kursi...

      .22/3/11-Pagar rumah Ayat Kursi...

      .23/3/11-Amalan tetap Ayat Kursi...

      .5/3/11-3 Qul dan petua pernafasan....

      .9/3/11-3 Qul Pernafasan...

      ...dan mana-mana juga amalan yang ter-
      mampu...saya izinkan wakkatari ambil
      dan amal...cuma bagaimana pun...cari
      juga guru berdepan ya...

      Sekali lagi...kalau kita ada niat nak
      merawat...maka perkuatkan dulu pagar
      diri dan keluarga...

      Kalau pagar dah lebih mantap...maka
      dengan sendirinya kita akan ada lebih
      kekuatan untuk merawat...

      Wallohu a'lam

      Wallohu a'lam

      Padam
  85. ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH SY UCAPKAN.......ITU SY ANGGAP SEBAGAI PELAJARAN BUAT SAYA DAN TERIMA KASIH SKALI LGI KERANA MENGIZINKANKAN SY MENGAMALKAN AMALAN2 YG DIBERI.....SAYA DOAKAN AGAR ALLAH MEMBERI RAHMAT DAN PELINDUNGANNYA KEPADA TUAN.....
    WASALAM...

    BalasPadam
  86. Wa alaikum salam wbkth wakkatari...
    ...Amin...Sama-sama...semoga bermanafaat
    dengan izin Tuhan...

    Apa juga ujian Tuhan itu...IA bermaksud
    agar engkau semakin hampir kepadaNYA...
    atau engkau menolaknya dengan keluh ke-
    sah dan ketidaksabaranmu...Al Hikam...

    BalasPadam
  87. Salam Tuan Blog.

    Saya ingin bertanya tentang hukum memp. Khadam(Khodam). sebab ada Khadam Malaikat, Khadam Jin. Jin pula ada yang beragama Islam dan Sebagainya.

    Ada juga yang memakai Khadam manusia.

    Bukankah semuanya bergantung kepada Iktikad dan Makrifat yang disetkan oleh manusia.

    Manusia adalah Khalifah di Muka Bumi. dan Hamba kepada Penciptanya. Diri kita ini ibarat pelakon kepada skripnya. Yang memiliki dan melakukan bukan kita.

    BalasPadam
  88. Wa alaikum salam wbkth ON...

    Saya ada sedikit pengalaman peribadi juga
    bersama rakan berkaitan khadam...

    1.Tangkal malaikat empat itu di simpan
    dalam rumah untuk menjaga keselamatan
    rumah juga keluarga...

    Namun seperti yang empunya diri saksikan
    yang disebut malaikat 4 itu berupa 4
    orang lelaki muda berserban jubah serba
    putih...

    Semasa di scan 4 'malaikat' itu sedang ber-
    lari-lari dalam kepala empunya diri...
    dan sejak sekian lama kehadiran malaikat
    4 itu sebaliknya menjadikan empunya diri
    panas baran dan suka bergaduh...

    Empunya diri juga selalu nampak pocong
    dalam bilik...dan saya sempat menghadapi
    serangan jarak jauh malaikat4 tersebut
    selama 5 hari berturut-turut...

    Yang disebut malaikat 4 itu sebenarnya
    adalah 4 jin pendekar...pakaiannya macam
    orang Islam tapi perangainya macam jin
    kafir...

    2.Seorang ahli kebatinan atau tarikat dari
    negara seberang mendakwa mengambil batu
    hitam itu dengan cara ke terbang ke kampungnya...dikawali malaikat Jibril dan Malaikat Mikail...

    Ia juga mnyampaikan salam dari seluruh
    wali-wali Allah dari negara seberang kepada
    seorang rakan yang kemudiannya dihadiah-
    kan batu hikmah tersebut...

    Setengah jam selepas saya memegang batu
    tersebut saya mengalami kesan serangan
    angin bisa jin...seperti demam panas...
    bisa-bisa sendi dan sakit kepala...

    Kalau didapat cara mulia.....dan ianya
    ada khadam baik...maka ianya tak akan
    menyerang...mungkin ia marah kerana saya
    amalkan ayat Manzil...

    Yang terjejas dari sebab amalan Manzil
    itu adalah makhluk berbangsa jin...
    dan ia juga lebih bersifat kepada jin
    kafir...

    3.Dalam keadaan antara tidur dan jaga...
    saya diserang sahabat 4...iaitu khadam
    seorang rakan...

    Rupa sahabat 4 itu hitam besar tinggi...
    sesuai sebagaimana jelmaan jin...dan
    serangannya lebih kepada cubaan membunuh.

    4.Saya menyimpan talipinggang hitam (ada
    tangkal bertulis ayat-ayat Qur'an kata
    si tuan asalnya dari negara seberang...)

    Maharnya rm 80...gunanya sebagai tangkal
    berkhadam kebal dan gagah...

    Kemudiannya saya dapati ianya adalah jin
    dan lebih kepada jin kafir...

    Ia meresap dalam badan...dan akhirnya
    menyebabkan saya sakit pada bahagian
    dada serta jantung...juga penyakit
    lelah buatan...

    Ia cuba menyerang saya dalam beberapa
    hari kerana marah setelah tangkal itu
    saya koyakkan dan buang ke dalam sungai.

    4.Keris itu berkhadam dan ianya seperti
    khadam jin Islam...

    Ketika seorang rakan menelitinya ia men-
    dapat gerak hati bahawa khadam itu akan
    menghalang rezeki orang yang menyimpannya.

    5.Seorang ibu membaca fatihah 100 kali
    setiap malam...tiba-tiba datang kepadanya
    'khadam jin Islam' berupa lelaki muda ber-
    pakaian serban jibah serba putih...

    ...tapi kemudiannya kami tahu ia jin Ifrit
    munafik...perogol...pemecah rumah tangga...
    mengganggu dan menyakiti sesiapa saja
    termasuk anak serta suami ibu itu sendiri.

    Ia bercakap tentang Hukum Islam...membaca
    ayat dan zikir...minum air Yasin...pandai
    merawat dan sebagainya...

    Setakat yang diketahui...kemungkinannya ia
    masih bersama ibu itu malah angin bisanya
    sudah sebati dalam badan...

    ...dan sebagainya...

    Semua makhluk halus yang jadi khadam itu
    adalah dari bangsa jin...

    Sementara malaikat...adalah khusus tentera
    Allah...maka ia tidak dapat dijadikan
    khadam sesuka hati oleh manusia...



    BalasPadam
  89. Dalam kisah Nabi Allah Zakaria Alaihissalam
    apabila kepalanya mula tergores oleh ger-
    gaji musuh-musuhnya...

    ...beliau terkejut dan terpanggil Malaikat
    Jibril Alaihissalam....

    Seperti yang dikatakan...sepatutnya ia me-
    minta terus kepada Allah tanpa memerlukan Malaikat Jibril Alaihissalam...

    Tapi Malaikat Jibril tetap datang dengan
    membawa wahyu Tuhan bermaksud...seandai-
    nya sekali lagi engkau menjerit...maka
    matimu akan terus dihumban ke neraka...
    dan namamu dipadam dari senarai para Nabi
    dan Rasul...

    Diriwayatkan untuk menahan diri dirinya
    dari bersuara Nabi Zakaria Alaihissalam
    menggigit beberapa batang jarinya sehingga
    putus...dan akhirnya Nabi Allah Zakaria
    terbunuh...badannya putus dua atau ter-
    terbelah dua...

    Maka kalau Nabi dalam keadaan genting pun
    masih tidak dapat memerintah malaikat...
    apa lagi dengan kita sebagai orang awam
    semata-mata...

    Tanpa diminta pun ada malaikat menjaga
    manusia sekadar mana perintah Allah...
    tapi tak akan dapat dijadikan khadam
    oleh manusia...

    Berbagai bentuk..nama dan khasiat khadam
    yang didapat dengan amalan ayat...zikir...
    disimpan pada berbagai benda..tangkal
    dan sebagainya adalah merujuk kepada jin.

    Kemudian pergantungan kita kepada khadam
    jin-jin tersebut menjadikan kita syirik
    serta menyekutukan Tuhan....

    Malah contohnya apabila kita keluar membawa dan bergantung harap pada benda berkhadam
    menjaga keselamatan...tiba-tiba kita ter-
    bunuh kemalangan...tidak syak lagi...
    matinya dalam keadaan tercabutnya iman...

    Dan boleh jadi pula jin-jin khadam itu akan
    menjadi jin saka keluarga dan keturunan...
    dan bagaimana padahnya yang akan diterima
    atau ditanggungi oleh manusia tadi bergan-
    tung kepada kepakaran jin-jin tersebut yang
    kadang-kadang sukar dijangkakan...

    Bagi penyebar khadam-khadam jin ini...ia
    bakal mendapat tuntutan seluruh manusia
    yang menerima dan menganggung akibatnya
    di Akhirat kelak...dari sebab menerima
    khadam jinnya...

    ...kerana kita tidak akan hanya menanggung
    perbuatan kita....tapi juga akan men-
    anggung segala kesan akibat yang timbul
    dari sebab perbuatan kita tadi...







    BalasPadam
  90. ...berkhadam manusia maka tidak salah
    kerana sememangnya manusia itu dicipta
    dengan berbagai bentuk dan keadaan
    kehidupan agar boleh melengkapi antara
    satu sama lain...

    Contohnya kalau semua kaya dan jadi bos
    maka siapa akan buat kerja...

    ..atau semuanya jadi kuli atau khadam
    maka siapa yang akan beri gaji...

    BalasPadam
  91. Kerana kita sebagai khalifah Allah...maka
    sudah sepatutnya hati kita sentiasa berharap dan bertuhankan Allah semata-mata...

    ...dan bukan menyekutukanNYA dengan ber-
    bagai jenis khadam pelbagai 'khasiat'...

    Soal 'skrip'...ia tak akan sehingga menjadi-
    kan sia-sia saja Tuhan beri kita akal...

    Kalau kita sekadar pelakon kepada skrip
    semata-mata...maka kita tak akan layak
    masuk syurga atau masuk neraka...

    Contoh mudahnya...ketika ini...di depan
    kita ada gula dan lada...kemudian kita
    sengaja pilih lada hingga kita menderita kepedasan...maka apakah kita akan menyalah-
    kan skrip?

    ...sedangkan kalau kita mahu kita boleh
    pilih gula dan tiada siapa larang?

    Wallohu a'lam



    BalasPadam