Selasa, 17 Julai 2012

SMTD (04)...Mengesan Saka Tinggal Di Belakang...

...sambungan dari SMTD (03)...

Tapi apabila seseorang itu merasakan panasnya
dibawah kulit...terutama pada bahagian belakang
maka ia menunjukkan ada penempatan padat
jin padanya...

Ia biasanya bersembunyi di bawah 'tulang sayap'.

Gejala biasanya...ada masanya anda rasa letih
lesu tanpa sebab...dan rasa semut-semut pada
bahagian tersebut..atau rasa kebas terutamanya
jika anginnya sudah cukup padat...

Lain-lain kesannya...badan rasa lesu seperti
mengangkat beban berat semasa solat...atau ka-
lau sudah padat...ada yang baru niat nak solat
saja..badan jadi letih lesu tanpa sebab...

Ada juga orang yang tak dapat Solat Jumaat...
kerana setiap kali sebelum masuk waktu...tiba-
tiba ia rasa letih lesu dan tertidur...tiba-tiba
segar pula kalau Jumaat dah selesai...

Maka boleh jadi panas itu cuma di luar...tanda-
nya tempat jin bertenggek...atau di luar dan
di dalam...

Dan boleh jadi panas luar itu di bahu kiri...
panas dalam di bahu kanan...dan sebagainya...

Jin yang bertenggek pula boleh jadi dari luar
atau mungkin pula ia dari dalam...keluar dan
bertenggek...


Atau bertenggek kemudian ia masuk dalam
dan sebagainya...


Namun kedua tanda itu menunjukkan ia jin
saka...


Kalau belakang sebelah kanan rumahnya...
maka biasanya laluan masuk adalah dari
hujung-hujung jari tangan kanan...


..kalau kiri...maka dari hujung jari kiri...


Tapi kadang-kadang pula laluannya itu dari
tangan kiri...tembus ke tangan kanan....dan
sebaliknya...


Agaknya jin itu buat laluan untuk lari selamat-
nya...atau memang dah begitulah 'kenakalannya'.


Ini tidak bererti...tiada laluan lain...contohnya
mungkin dari kepala...mata...kaki dan sebagai-
nya...cuma laluan hujung jari tangan itu yang
menjadi laluan kebiasaannya...


Maka jin tersebut antaranya boleh ditarik ke-
luar melalui hujung-hujung jari yang menjadi
laluannya...


Wallohu a'lam

44 ulasan:

  1. salam. Pakcik. Boleh tak sy berjumpa dengan pakcik secara bersemuka? Seperti sy nak belajar dngn pakcik. Kalau tak boleh, sy nak minta rawatan jak.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Fadli...

    Fadli orang Ranau ka...macam saya
    kenal saja bapanya ni...

    Insya Allah...kalau ya...boleh...
    nantilah pakcik tengok apa yang
    pakcik boleh ikhtiarkan...

    BalasPadam
  3. Salam Tuan, Boleh emailkan no.telepon tuan di email saya: jayse2000@hotmail.com. Saya ingin berjumpa tuan

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth js...

    Buat masa sekarang saya ada sedikit
    perkara ya..nanti Insya Allah saya
    akan hubungi tuan pada emailnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam ustaz, boleh tak saya nak minta email ustaz. ada benda yang saya nak tanya .

      terima kasih

      Padam
    2. W alaikum salam wbkth...

      Saya minta maaf banyak-banyak ya
      kerana belum bersedia menyiarkan
      alamat email secara terbuka...

      wallohu a'lam

      Padam
  5. Assalamu'alykum ustaz...saya ingin bertanya kpd ustaz..mohon izin ustaz sekiranya ustaz boleh menerangkan dgn saya tentang scan pesakit melalui nama pesakit dan kaedahnya...saya mempunyai seorang sahabat yg scan pesakit hanya melalui nama pesakit. Boleh kiranya ustaz terangkan dgn saya tentang kaedah tersebut dan caranya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Qalbi...

      Saya minta maaf ya...saya tidak pernah
      belajar kaedah 'scan' sedemikian...

      Malah ada beberapa kaedah 'scan' dalam
      perguruan yang saya ambil ini...saya
      tak ambil atau latihkan...

      Kaedah 'scan' dalam blog ini umumnya
      sesuai untuk orang yang tidak nampak
      benda halus...sebaliknya sekadar
      melihat dari gejala-gejala luaran
      saja...

      Wallohu a'lam

      Padam
  6. kalau rasa panas kat blakang tanpa sebab tu termasuk juga ke ada saka>pastu kalau saka tu dah dibuang ada pluang tak untuk dia datang balik,kalau ada apa sebabnya

    BalasPadam
  7. kalau rasa panas kat blakang setiap malam tanpa sebab tu termasuk juga ke ada saka.kadang2 tempat panas tu macam tukar2 tempat.pastu kalau saka tu dah dibuang ada pluang tak untuk dia datang balik,kalau ada apa sebabnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Siti...

      Kalau tanpa sebab munasabah...maka
      ada kemungkinannya...

      Kalau panas dalam bawah kulit...
      bererti bandanya di dalam...

      Kalau bahang panasnya di atas kulit
      maka ia bererti benda itu di luar...
      atau ada juga yang perangainya suka
      menempel ke kulit...

      Berpindah tempat itu kerana bendanya
      berpindah tempat...mungkin nak cari
      tempat yang 'lebih selesa'...

      Ya boleh balik...samada kerana tempat
      atau laluannya masih ada dalam badan...
      atau pendinding diri tidak cukup maka
      benda tu rasa 'ada harapan' nak masuk
      semula...atau ada juga yang sudah ber-
      janji...tapi kalau janji atau sumpah
      jin tu...taklah boleh 'pakai' sangat.

      Lebih baik amal pendinding...juga minta
      rawat jika rasa gangguannya...

      Atau kadang-kadang sakanya dah 'mapuih'
      tapi ada saudara mara...keluarga...
      kawan-kawan atau yang tak ada kena men-
      gena juga nak ambi kesempatan terutama
      kalau laluan atau penempatan jin asal-
      nya masih ada...

      Wallohu a'lam

      Padam
  8. apa cara utk tutup/kecilkan tapak jin dalam badan?

    BalasPadam
  9. Salam abukahak...

    Rawatan dan amalan pendinding diri adalah
    cara untuk tutup atau kecilkan tapak jin
    dalam badan...

    Cara lain adalah minum dan mandi air doa
    atau guna minyak wangi doa...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  10. Salam Ustaz. Saya ade masalah yg sy tak jumpa penawarnya lagi. sy tak tahu la ia sejenis apa sbnarnya. sy mengalami masalah bau badan yang mana sblum ni sy tak pernah mengalaminya. kini sudah lebih setahun lebih sy mengalaminya. sy terasa sperti ade semut2 yg bergerak kat belakang badan sy. sy sudah jumpa doktor, tapi doktor cakap sy takde paper penyakit. sy tak tahu la. sy dah puas nangis, sy dah puas dgr2 macam2, sy dah puas dah tgok org ttup idung je time ade sy kat kwsan sekitar mereka. tapi sy tak pernah try makan ubat apa2 cume sy try cara tradisional dan luaran2 je, sy sudah mandi air mandian rebusan sirih, sy dah try minum air sireh, sy dah try dedorant yg harganya dikatakan berkesan, tapi tak menjadi. sy dah cuba pelbagai mandian yg menghapuskan bakteria, tapi masih hasilnya membuatkan sy menangis dan membuatkan sy tak kuat. sy dah la masih beljar lagi. keadaan ini membuatkan sy terpaksa buat tak dgr je. sdgkan dlm hati hanya Allah sje yg tahu. sy sedih sgt2. sy tak terfikir kena 'guna2' tapi tak tahu la. Sy dah puas try pelbagai cara. cuma sy tak pernah jumpa bomoh je. sy arap akan jumpa penawarnya, Insya-Allah.

    BalasPadam
  11. Wa alaikum salam wbkth Sue...

    Kalau sudah berusaha cara biasa...sebaik-
    nya cuba pula rawatan gangguan jin pula
    terutamanya rukyah...

    Kalau gangguan berkaitan jin...maka bau
    tersebut datangnya dari bau jin ini...
    iaitu samada ia masuk badan atau sekadar
    mengekori seseorang...

    Semut-semut biasanya gerakan jin...dan
    kalau ia di bawah kulit...maka jin itu
    ada didalam badan...kalau di luar maka
    ia mengekori...atau mungkin pula menum-
    pang duduk atas badan seperti pada bahu
    ...tengkuk...atas kepala...bergayut di
    belakang atau sebagainya...

    Insya Allah Sue...apa juga masalah pasti
    ada penyelesaiannya...maka jangan putus
    asa...

    Dan pada pendapat saya Sue perlu rawatan
    bagi gangguan jin...jumpalah mana-mana
    ustaz ya...elakkan bomoh jin...takut dapat
    jin baru pula nanti...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. Terim kasih atas maklumbalas dari Ustaz. Maaf saya tak perasan ada maklumbalas sebab saya sudah mula start semester baru seminggu ni. Insya-Allah Ustaz, saya akan berusaha, tapi untuk mengenalpasti tempat perubatan ini, saya takut, takut tersalah tempat. Ustaz, kalau saya dengar melalui rakaman ayat ruqyah, boleh ke tak ye? Saya sebenarnya malu nak share dengan sapa sebab saya tahu masalah saya ni betul-betul menguji diri saya sehingga saya sendiri kadang-kadang segan nak kongsi masalah saya. Alhamdulillah Allah temukan sy dengan laman blog Ustaz, rasa syukur sangat-sangat. Saya ada la alami dan mimpi yang bukan-bukan, seperti saya pernah terdengar guli jatuh dari rumah atas seperti orang bermain guli, dan saya pernah bermimpi mendapat seorang bayi. Saya ada terbaca dekat satu laman yang ada menyatakan untuk mengesan adanya jin, antaranya adalah seperti yang saya nyatakan. selain itu, saya juga sering mengelamun, merendah diri terutama dalam pejaran, hilang keyakinan. Kadang-kadang sy rasa macam patah semangat sy. Sedangkan sy tahu sy solat, tapi dalam solat sy masih mengelamun, tak leh khusyuk langsung, ada je yg menganggu. Saya kadang-kadang rasa takut bila sy pikir balik, sy solat macam tak solat, terpikir juga adakah solat sy diterima ke tidak. Sy buntu, tapi sy masih teruskan solat smpai sekarang walaupun hilang kekhusyukan sebab kadang-kadang dalam solat sy boleh pikir masalah sy la, macam-macam.

    BalasPadam
  13. Sama-sama Sue...tak apa...

    Sue betul...kita mesti berhati-hati tempat
    mana kita nak berubat...

    Boleh juga dengar dengar rakaman rukyah...
    dan sambil itu bacakan fatihah 3 kali dan
    kalau mampu Ayat Kursi sekali atau 11 kali
    pada sebotl air dan letak dengan bacaan
    rakaman tadi...

    Air itu guna minum...mandi...dan renjis
    empat penjuru bilik...

    Gejala Sue menunjukkan ada angin bisa pada
    bahagian kepala dan dada..kerana itu Sue
    terasa gangguan fikiran dan perasaan...

    Kalau angin bisa itu dapat dikeluarkan atau
    ditawarkan....Insya Allah Sue akan rasa
    lebih tenang dan yakin...

    Sua kalau boleh amalkan juga 3 Qul pernafasan
    ...Ayat Kursi 11 pagi petang...dan kalau
    mampu...Manzil...

    Tentang solat...buatlah sebaik terdaya...dan
    jangan layan kalau ada bisikan agar tinggal-
    kannya...memang begitu kerja syaitan...

    Kalau dah ada perawat yang benar-benar di-
    yakini...harapnya sue dapatlah berubat ya...

    Alhamdulillah Sue...semoga sedikit perkongsian
    ini ada manafaatnya...Dunia Akhirat...Insya Allah...

    BalasPadam
  14. Insya-Allah Ustaz, Amin Ya Rabbal Al-Amin. semoga perkongsian ilmu dari Ustaz sedikit sebanyak mampu memberi sedikit pengetahuan kepada saya dan yang lain untuk mencari penawar penyakit sebegini. Saya redha seredhanya atas ujian ini, tapi saya sejujurnya tak kuat dan saya betul-betul tak mampu bertahan lama apabila saya berada pada satu tempat dan mengambil masa yang lama untuk saya berada di situ seperti dalam kelas yang kebanyakkannya kelas 2-3 jam satu matapelajaran, smpai saya dah tak tahu nak buat apa dan buat macam mana. sekarang saya tengah usaha untuk mencari pengubat-pengubat kepada penyakit saya ini. Saya harapkan Ustaz doa-doakan lah supaya saya boleh temui penawarnya dalam masa terdekat. Perkara ini ibarat 'ditelan mati anak, dibuang mati bapa', saya nak keluar dari teruskan belajar, saya tak boleh kerana saya mahu kejar cita-cita saya, tapi tulah saya katakan, kalau tak keluar, saya pula nak tak nak kena berhadapan dengan pelbagai orang, dalam kelas sampai kawan-kawan saya nak tak nak je dekat. Alhamdulillah Allah kurniakan seorang kawan yang terlalu baik, boleh terima baik buruk saya, busuk saya dia boleh terima. Saya bersyukur sangat-sangat. Tapi saya tak sekuat sangat, saya sedih sangat-sangat. Seingat saya, saya pernah berkenalan dan kenal akak ni, dia kawan saya masa awal semester, saya boleh dikatakan rapat juga la, masa tu saya tak hadapi masalah bau busuk ni, saya dan dia ok la, tak la rapat cuma bila saya borak dan tegur dia, dia tak pernah tengkeng-tengkeng saya seperti mana dia buat semasa berbual dengan member yang lain dalam kelas, tapi dengan saya tidak. Akak ni sedikit pelik kerana, saya difahamkan dia mengalami gangguan jiwa dan emosi, sebab masalah putus cinta atau hal yang lain kot, sebab saya tak ambil 'port' pula hal tu, bagi saya dia baik dah cukup. sebab dengan pensyarah pun dia boleh marah, tapi dia memiliki IQ yang pandai la, sebab semasa pembentangan, dia antara pelajar yang mampu berkata-berkata dan mengajukan soalan setiap subjek. Tetapi apabila tiba pertengahan semester satu,dia cakap kat saya nak berhenti. Saya cuba pujuk dia, tapi dia tetap berkeras juga atas alasan masalah kewangan. Tapi sebelum dia behenti, saya ada singgah kat rumah (hostel) dia untuk sekadar bertanyakan khabar atas dasar sahabat, tapi lain pula yang jadi, dia tiada dirumah, dan saya (dengan kawan) pula dipelawa untuk masuk ke bilik dia. Sebaik memasuki bilik dia, saya dapati ada paku yang terletak di depan muka pintu rumahnya dan saya ada ternampak adanya satu bekas seperti labu sayung (lebih kurang macam tulah)dibilik beliau dengan adanya tulang-tulang (tak tahu tulang apa) kat dalam labu tu. selepas itu, saya mula rasa macam akak tu, memang lain sangat. Selepas akak tu behenti, saya mula mengalami maaslah itu, itu yang saya risau, risau akibat akak tu marah pada saya, kerana hanya saya sahaja yang tahu rumah dia, tetiba lak bawa kawan gi umah dia tanpa pengetahuan dia, dah tu masuk rumah dia lak. Saya tak syak akak ni akibat saya jadi macam ni, tapi saya takut akibat ni saya dapat benda ni, saya risau sangat-sangat. Saya tahu, saya tak sepatutnya buat akak tu macam tu, tapi ini berlaku bukan dengan disengajakan tapi tak disengajakan. Saya risau, Ya Allah, Bantulah HambaMu ini. Risau sangat-sangat bab masalah saya ni, membuatkan orang bercakap belakang yang mana mereka mengenali saya dengan gelaran 'budak busuk'. Sangat-sangat saya tak mampu bertahan. Tapi saya cuba untuk membuat dengar dan tak dengar. Ustaz,nak tanya la, ustaz ada tak penawar seperti ubat-ubat yang saya leh amalkan? atau air-air penawar sebab saya malu nak berhadapan dengan orang lain hal masalah saya ni, saya tak kuat Ustaz.. Bila saya pikir masalah saya ni, saya jadi tak keruan, nangis je. lau boleh saya nak nagis je hari-hari tapi saya tak boleh buat macam tu sebab saya tahu, saya mesti kuatkan jua. saya sedih Ustaz.

    BalasPadam
  15. *maaf, peribahasa salah, - "ditelan mati emak, dibuang mati bapak".

    BalasPadam
  16. Salam sue...

    Silalah sue amal 3 Qul pernafasan (lihat
    pada catitan mac 2011)...dan kalau boleh
    beritahulah tindakbalasnya ya...juga
    amal Ayat Kursi secara tetap...

    ...kemudian pada pagi petang baca 11 kali
    pada tapak tangan seperti pada kaedah 3
    Qul pernafasan (tapi cuma sekali sapu)...

    Kalau boleh...amal Ayat Manzil...dan
    mungkin ia akan beri tindakbalas cepat
    dengan izin Tuhan...

    Apa juga ujiannya...kita bersangka baik
    kita akan dapat juga jalan keluarnya...
    Insya Allah...

    Saya harap sue akan terus bersabar dan
    berusaha...kerana yang lebih penting
    adalah masa depan...

    Dalam keadaan sebegini kita akan rasa
    lebih mudah apabila kita benar-benar
    merasa redha dengan ujian Tuhan...dan
    selagi kita merasa tertekan...maka ia
    tandanya redha kita itu masih berbaur
    dengan keraguan...

    Kita boleh dengar semua cakap orang...
    tapi kita tidak boleh simpan dalam hati
    semua cakap orang...dan kita berhak
    menentukannya sendiri...

    Kalau sue tahu sue mesti kuat..maka jadi-
    lah kuat...cakap orang tidak akan dapat
    menjadikan sue lemah...kalau sue lemah
    itu bukanlah kerana cakap orang...tapi
    kerana sue yang rasa lemah....

    Insya Allah...usaha juga cari air doa...
    dan kalau rasanya perlu...saya mungkin
    dapat ikhtiarkan Air Yasin jarak jauh
    Insya Allah...tapi nanti sue bagitaulah
    nanti...

    Sue banyak-banyak bersabar dan berserah
    pada Tuhan dalam berusaha...dan jangan
    benarkan emosi mempengaruhi diri ya...
    Insya Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  17. Ustaz, Terima kasih ye atas sokongan ustaz. Saya cuma sedih ustaz, Insya-Allah sy akan kuatkan semangat. Saya inginkan penawar dari Ustaz macam air Yassin 2. Tapi macam mana sy boleh dapatkan. Ye, sy cuba ustaz. Tapi sy x pandai bab-bab baca al-Quran. Sy nak belajar baca al-Quran tetapi sering tertangguh dan seolah-olah berlaku tanpa sy sedar masa sudah berlalu. Insya-Allah, sy skrg cuba minum air ANUGERAH yg mengandungi ayat2 al-Quran. Baru sehari dua ni sy cuba, hasilnya x nampak lagi. Tapi Insya-Allah sy yakin dgn izin Allah, sy akan dapat hasilnya.

    BalasPadam
  18. Sama-sama sue...

    Caranya sue sediakan sebotol air sebelum
    maghrib esok petang 24 hb dan bacakan
    Bismillah sekali sahaja lalu letak atas
    meja atau di mana-mana dan niatkan air
    itu sua minta buat pengisian ( saya akan
    rukyah jarak jauh )...tak perlu buka tutup
    botolnya..

    Air itu lepas jam 6 pagi esoknya baru guna
    minum...sapu muka...dan renjis 4 penjuru
    bilik...

    Kita sekadar berusaha...mudah-mudahan Tuhan
    mempermudahkan kita...

    Kalau masih kurang lancar surah...maka 3
    Qul itu ganti dengan Bismillahirromaa nir
    rohiim 7 kali setiap satu set...dan buat
    3 set...

    Insya Allah sue ya...

    BalasPadam
  19. Insya-Allah Ustaz, sy buat ari ni. Saya harap usaha kita ini dengan izin Allah berjaya laa.

    BalasPadam
  20. Salam. Ustaz, maaf la tanya lagi, sy sekarang dekat rumah kawan. Setiap kali saya datang rumah kawan saya, saya dapat rasakan kelainan yang amat sangat, belakang badan semakin menjadi-jadi bau nya, sehingga memberikan ketidak selesaan kepada saya. Saya risau sangat-sangat. Saya tak tahu la Ustaz kenapa. Saya ada cari rawatan Islam area tempat tinggal, tapi tiada respon lagi, saya risau sangat-sangat. Saya tak tahu la, sama ada dalam badan saya mengandungi bakteria atau jin. saya takut untuk mendengar ayat ruqyah jerana risau sesuatu berlaku sesuatu yang tak dijangkakan. saya takut nak dengar.

    BalasPadam
  21. Wa alaikum salam wbkth sue...

    1.Adakah hanya pada rumah kawan tu
    baunya menjadi-jadi...?

    2.Kalau air doa tidak memberi sebarang
    kesan semasa diminum...maka kemungkinan
    besar 'punca bau' itu di luar badan....

    ...atau mungkin ia mengekori dari bela-
    kang...atau kalau sue rasa letih lesu
    tanpa sebab...ia mungkin melekap atau
    'minta angkat' di belakang...

    Sua cuba guna air doa itu untuk mandi
    serta renjis 4 penjuru bilik ya...

    3.Jangan takut atau elak diri dari
    rukyah atau rawatan...kalau tidak...
    sampai bila lagi sue 'nak jaga' benda
    tu...

    Setakat ini saya berpendapat ia lebih
    kepada gangguan jin...bukan bakteria...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  22. Terima kasih ustaz. saya baru sahaja membaca apa maklumbalas dari ustaz ni, dan tetiba kepala saya menjadi pening dan sy lihat cawan plastik sebelah sy bergerak2 atau berpusing2 tanpa di duga sekelip mata. dan apabila sy pandang sekali lagi, ia dah x bergerak, tapi kpla saya masih lagi pening dan berpusing2 rasanya. Terima kasih ustaz, Insya-Allah saya cuba lakukan, tapi sekarang air yg ustaz suh buat tu takde dekat saya sekarang, nanti saya balik, saya lakukan. saya tak bawa risau, tersalah langkah air tersebut.

    BalasPadam
  23. Sama-sama sue...tandanya ada angin bisa
    pada bahagian kepala (otak)...maka apa
    saja yang sue nampak tadinya itu adalah
    'permainan' makhluk tersebut dalam
    fikiran...

    Insya Allah...dan harapnya sue sudilah
    kiranya beritahu sebarang perkembangan-
    nya ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  24. Salam ustaz,

    MasyaAllah, buat pertama kalinya saya menemui blog yang sangat meyakinkan saya penuh dengan ilmu berkaitan gangguan makhluk halus. Segala-galanya terjawab di sini.

    Untuk pengetahuan ustaz, sudah lama saya menderita sakit badan terutama di bahagian belakang badan. Ia bermula ketika saya mula masuk ke alam perkerjaan. Badan saya terasa berat dan sakit sehingga menganggu pekerjaan akhirnya berhenti akibat tidak tahan dgn sikap sendiri yg tidak berdisplin menjaga kedatangan kerja. Hampir 10 perkerjaan saya bertukar-tukar dan paling lama saya dapat bertahan hanya 1 tahun lebih.

    Dan yg terkini saya juga hampir2 berhenti kerana malu dan rasa bersalah terhadap majikan akibat terlalu kerap mengambil mc dan el.

    Saya pernah di 'scan' hanya melalui nama, dan didapati saya mmg terkena 'buatan' org. Dan saya hanya merawat diri dengan minum air penawar dan baru2 ni saya mencuba air penawar dan minyak kasturi dari produk anugerah. Tindakbalas yg saya rasa. Hanya sakit kepala, dan terasa banyak angin keluar dari badan. Itu sahaja. Adakah ianya menunjukkan gangguan yg saya alami tidak serius?

    Untuk pengetahuan ustaz saya mmg ada tanda2 gangguan spt:

    1)sakit belakang
    2)bisa-bisa badan
    3)senggugut yg sgt teruk sehingga lemah badan
    4)terasa semut2 dan benda bergerak di kulit
    5)pernah terasa sakit di bahagian ibu jari kaki dan hujung jari tgn terasa spt jarum menyucuk.
    6)pernah mimpi ular, makhluk menyeramkan, binatang2 spt kucing selalunya mengejar saya, tempat2 kotor, dan kanak-kanak.
    7)terlalu letih, kerap menguap, dan mengantuk
    8)selalu sakit kepala sehingga muntah
    9)terasa angin banyak dlm badan dan kembung perut

    dan banyak lagi tanda2 yg saya baca hampir 95 peratus saya mmg alami.

    Saya juga pernah bermimpi 2 kali saya dirawat.

    Yg pertama 1 orang wanita 1 org lelaki tua merawat saya. ketika dirawat saya sgt sakit terlalu sakit dan menjerit sekuat hati sehingga terjaga. badan saya sgt sejuk menggigil tak tahan rasanya terlalu sejuk.

    yg keduanya beberapa bulan kemudian saya bermimpi hanya 1 org lelaki tua merawat saya. dia menunjukkan satu ayat yg saya dpt lihat ayat tu. katanya ayat itu yg menyihir saya dan perlu dihapus. ketika dia menghapus ayat tersebut. tiba2 saya rasa sgt sakit dan terlalu sakit lalu menjerit sekuat hati akhirnya terjaga saya merasakan perkara yg sama. badan sgt sejuk menggigil tak tahan rasanya.

    apa maksudnya ya ustaz? bagaimana saya boleh bermimpi saya dirawat secara tiba2 di alam mimpi sehingga kesannya terasa ketika jaga?

    BalasPadam
  25. Wa alaikum salam wbkth RA...

    1.Tindakbalas itu sebenarnya menunjukkan
    ianya agak sedikit serius...cuma ia masih
    belum sampai kepada 'ke puncaknya'...
    iaitu tanpa rawatan...kesan gangguan
    biasanya akan semakin bertambah...

    2.Kebanyakan tanda menunjukkan gangguan
    itu sudah jadi saka...dan mungkin akan
    menurun pada keluarga...terutama anak
    cucu...

    Selain itu...sepertinya ada tanda-tanda
    sihir...

    3.Mimpi itu pada pendapat saya adalah
    tanda gangguan...juga biasanya disebabkan
    oleh adanya jin yang sudah jadi saka...

    Kesakitan itu menunjukkan adanya angin bisa
    yang agak padat dalam badan...juga penempatan
    jin...seperti pada bahagian kepala...perut...
    sendi-sendi...dan lain-lain....

    ...juga ada bendanya yang suka duduk menumpang
    di bahu atau belakang...

    BalasPadam
  26. ...tapi jangan berputus asa...sambil
    berubat tu...anda amalkan juga pendinding
    yang juga sebagai rawatan diri ya...Insya
    Allah...

    Terima kasih atas ulasan dan perkongsiannya
    dan ruang ini sentiasa terbuka...semoga kita
    sama-sama dapat manafaatnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  27. Secara umum...

    Kadang-kadang sesuatu rawatan itu menyebab-
    kan hanya sedikit tindakbalas...kerana...
    antaranya...

    1.Gangguan masih sedikit atau lemah...

    2.Ada penempatan padat dalam badan...dan
    rawatan itu cuma sampai atau sekadar
    menembusi ' bahagian luar ' sahaja...

    ...atau...

    3.Bagi jin pakar...ia tahu bila masa sesuai
    masuk atau keluar...atau bila masanya selamat
    untuk mengganggu...

    Maka mumgkin semasa dirawat...yang ada pada
    ketika itu hanya sekadar angin bisa sebagai
    laluan sahaja...sedangkan jin itu masih
    di luar badan...

    Kerana itu bila sakitnya datang...sakitnya
    terlebih-lebih...iaitu apabila jin itu
    masuk...

    ...dan sebagainya...

    Biasanya untuk tahap ini...seseorang itu
    perlu rawatan pakar...dan amat jarang sekali
    memadai dengan minum air doa semata-mata...
    ( tapi kalau Tuhan mengkhendaki sembuh...
    tiada siapa akan dapat menghalang )...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  28. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  29. wa alaikum salam wbkth sa...

    untuk sementara ni saya belum bersedia bagi
    nombor telefon...tapi kalau sa sudi bagi alamat
    email...in-shaa Allah nanti saya cuba hubung...
    siou...

    untuk umum saya galakkan guna nama samaran
    saja dan bolehla bagi sebarang perkongsian di-
    sini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  30. Salam,ustaz,saya nak tanya,beberapa bln ni,saya slu rs lesu,marah dan cpt melenting wlwpun hal yg kecil,kdg2 klw ptg pulak,sy rs tiba2 rs sedih dan nk nangis,x tau la sbb pa,bdn pun slu sakit,rs panas kat blkg dan berat bla mendengar ayt2 suci al-quran,blh x bagitau sbbnya,
    Klw blh email sy di ctsyaza82@gmail.com,

    BalasPadam
  31. wa alaikum salam Ct...Insha Allah...

    BalasPadam
  32. Assamualaikum Ustaz. Ustaz, sy skrg masih seperti dulu bahkan mungkin lebih teruk. sy pernah jumpa seorg Ustaz, dia bagitahu yang sy ada gangguan. Sy dah berubat, tpi sehingga sekarang masih tidak hilang lagi. Sy sudah cuba pelbagai cara, cara moden (ubat2an) dan cara tradisional (jumpa ustaz2), tapi masih berkeadaan seperti dahulu. Saya pernah dirasuk yg mengambil masa dlm 3 4 jam utk dipulihkan. adakah ini ada kaitan dengan masalah bau badan sy ini Ustaz? Harap Ustaz boleh beri pendapat. Sy sedih ustaz, dah pelbagai cara sy usahakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kak sue.
      Kak sue. Sy pon mglmi pkara yg same.
      Sudah 3 blan mcm ni. Kbiasaan nye sy jnis yg ta bbau.
      Tp dah 3 blan ni. Sape2 yg jlan dkat dgan sy msti ttpu hdung. Blkg tgkuk n blkg bdan sy rse pnas je. Sperti ade stu lpisan pnas dlam bdann. Dah mcm2 bde sy buat kak. Myak wangi berbotol2. Tp ttp ta mmpu hlgkab bau tu. Akk dah smbuh ke?

      Padam
  33. Wa alaikum salam sue...

    Kita boleh bezakan antara bau badan biasa
    atau gangguan...iaitu apabila hati kita terasa
    aneh atau ia luar dari kebiasaan...maka ia
    kemungkinan besar bau gangguan....

    Usahakan sue biasakan sunat Tahajjud...
    juga baca Yasin setiap malam atau pagi
    petang...sambil tu selitkan doa minta
    petunjuk...kesembuhan...perlindungan
    dari gangguan syaitan dan sebagainya.

    Usaha terus cari perawat...kalau serasi
    cara rawatannya...Insha Allah...ia jadi
    mudah...

    Kalau baunya dari jin dalam badan...
    maka bau berulang bererti jin masuk
    balik...tapi kadang-kadang rukyah
    tak bertindakbalas kerana jin itu di-
    luar badan...

    Saya harap kalau boleh...sue cuba
    cari garam bukit ya...terutama yang
    warna perang...kalau dah dapat
    nanti beritahu....boleh yang sudah
    rukyah...atau yang belum rukyah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  34. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  35. Terima kasih ustaz. Insya-Allah saya usahakan cari, nanti dah jumpa saya bagitahu ustaz.

    BalasPadam
  36. Sama-sama sue...Insha Allah...

    BalasPadam
  37. Salam ustaz.. di mana ya kalau sy nak buat rawatan dgn ustaz?

    BalasPadam
  38. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Silalah hubungi terus tuan guru utama saya...atau
    boleh juga tinjau-tinjau pada blog Imanteraphy
    berkaitan perawat dan perkhidmatannya ya.

    Saya sebenarnya belum sampai ke tahap seorang
    perawat dalam perguruan ini...dan sekadar cuba
    merawat kerana kebetulan atau keadaan yang
    pada saya sangat memerlukan...

    Silakan saudara ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam