Khamis, 20 September 2012

...Bakal Jin Saka ?

Ketika saya 'scan' Rz yang selalu mengalami
gangguan semasa di sekolah...tiba-tiba ia
merasa kosong fikirannya...dan ada suatu
tekanan dari dalam agar ia diam dan meng-
asingkan diri dari rakan-rakan....

Saya dapati ada laluan keluar masuk jin pada
ibujari tangan kanannya...terus ke belikat
kanan kemudian meresap ke bahagian dada
serta ke kepala...

Ketika itu juga Rz merasa sesak nafas...iaitu
pada jangka masa panjang tanpa rawatan ia
mungkin akan mengalami gejala lelah buatan
iaitu lelah dari sebab gangguan jin...tanpa
kahak...

Rz tidak dapat merasakan asal usul benda
yang mengganggunya...tapi ia beritahu suka
duduk bersendirian dekat sebuah batu hitam
yang terletak dalam kawasan belukar ber-
hampiran rumahnya...

Dulu ia mungkin sering ke situ untuk mema-
ncing...tapi sekarang...ia merasa hatinya
tenang dan gembira bersendirian di situ....

Ini adalah kesan angin bisa jin yang ada dalam
dadanya...malah biasanya dalam keadaan
sedemikian...dalam duduk bersendirian itu 
sebenarnya ada makhluk yang tidak kelihatan
akan menemani...

Sudah ada beberapa kisah mengenai kawasan
tersebut..yang pernah dilihat ada orang tua...
suara halus perempuan menegur...budak-budak
dan sebagainya...

Maka benda yang mengganggu itu besar kem-
ungkinannya berasal dari situ..dan saya tahu
ia adalah kawasan jin buangan...

Nampaknya jin itu bakal jadi saka kepadanya
kecuali ia di rawat dan di pisahkan...

Kalau jin itu betina...maka ia adalah tanda jin
itu sudah jatuh cinta kepadanya....

Wallohu a'lam


20 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah Aaizaatt...hanya penyakit
    tua dan mati yang tidak ada ubatnya....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Saudara Junied.
    Umi dah dapatkan rawatan untuk diri umi dan anak umi. Sungguh tak disangka umi dirawat untuk mengeluarkan saka yang apabila dipindahkan ke tubuh orang lain, ia berupa beruk yang sangat menggerunkan suaranya. cuma umi tak dapat jawapan tentang sejak bila ia menghuni tubuh umi. kini dia sudah dibuang bersama 'barang-barangnya' sekali. Alhamdulillah.
    Anak umi pula diganggu jembalang liar yang muncul ketika dia uzur. juga sudah dikeluarkan dari tubuhnya. alhamdulillah. anak umi ni sejak dlm kandungan sudah memberi rasa resah tak tentu kepada umi. umi berdoa kepada Allah semoga tak ada lagi gangguan sebegini kepada kami.
    Wassalam.

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth Ummi...

    Alhamdulillah...semoga Tuhan melindungi
    Ummi sekeluarga...serta kita semuanya...
    ...Insya Allah...

    BalasPadam
  5. salam tuan, saya mmg ada masalah sakit lutut biasa yg saya rasa mgkin disbbkn oleh faktor umur (41 tahun) dan berat badan..tp 2 hari ni selepas minum air anugrah sejuta rahsia (air yg dibaca 30 juzuk alquran) kpala/badan sakit, dada berat, lutut yg teruk skali..mcm dh x blh jalan, duduk, bangun..

    saya ada baca artikel tuan bertarikh Isnin, 14 Februari 2011, sakit lutut ibu tu macam sama je dgn apa yg saya rasa..blh tuan nasihatkan? terima kasih..faizah JB

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam wbkth MAK TEH...

    Gejala selepas minum air anugerah menunjukkan
    tanda-tanda besar ada saka...ada angin bisa
    pada badan terutama dada..kemudian kepala...
    dan lutut...juga kemungkinan pada semua sendi.

    Sebaik-baiknya...sambil teruskan air tersebut
    MAK TEH minta 'scan' dan rawatan ya...

    Kalau mampu amal ayat Manzil...Ayat Kursi 11
    kali...3 Qul pernafasan dan sebagainya...
    juga sementara pantang telur ayam...pisang
    dan daging binatang 4 kaki...

    Insya Allah MAK TEH ya...

    BalasPadam
  7. terima kasih atas nasihat tuan..'scan' maksudnya saya perlu ke pusat rawatan islam ke?

    terima kasih skli lagi

    BalasPadam
  8. Sama-sama MAK TEH...
    ...ya...

    BalasPadam
  9. Assalam.
    saya ada sedikit kemusykilan & ingin minta pndpt tuan. Rakan saya mengadu terjumpa beg suaminya yg berisi: batu putih bercampur beras dgn kain kuning 1 bekas, minyak dan juga kayu kecil 1 plastik kecil bercampur kain kuning. apekah sbnrnye itu? adekah suami beliau sedang mengamalkan sihir, atau ilmu tertentu.. atau sedang menerima saka?

    BalasPadam
  10. Wa alaikum salam wbkth Mulberi....

    Wallohu a'lam...tapi ia berkaitan sihir
    atau ilmu sihir...dan biasanya akan
    jadi saka....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum tuan...dulu sebelum saya berjumpa perawat islam,saya pernah diberi oleh rakan sekerja (lelaki sudah berusia 50an) beras.setiap hari dia akan suruh saya kira berapa biji beras yang di letakkan atas meja saya kat ofis oleh mungkin kadam suruhannya(jin).masa tu saya akan ikut sahaja apa yang disuruhnya.apa tujuan beras itu ya tuan?ceritanya begini..pada tahun 2005 saya pindah kerja ke tempat baru.lelaki yang sama bekerja dengan saya ni rupa2nya sudah ada tujuan lain pada saya.dia bermaksud mahu menjadikan saya sebagai gundik dia atau mungkin nak ambil saya sebagai isterinya.tetapi saya tidak pernah suka atau jatuh hati kepada dia.saya sudah berkahwin.dia pun ada isteri dan anak2nya pun sudah besar dan bekerja.untuk mendapatkan hajat dia,dia cuba menarik hati saya.apa sahaja yang saya suruh dia cepat melakukan.kalau saya suruh dia pergi ke tempat yang agak jauh untuk menghantar barang atau apa sahaja dia akan buat.rupa2nya dia ambil kesempatan untuk sihirkan saya.dia beri makanan,air minuman kain pasang untuk buat baju dan sebagainya.kerana tidak mahu mengecilkan hatinya saya terima sahaja tanpa terfikir apa2.rupa2nya dia sihirkan saya dengan menyakitkan saya.tapi saya tak pernah fikir yang dia menyihir saya.sejak dari hari tu dalam tahun 2006 saya dah mula sakit2.mula2 sekali dia cuba/uji saya adakah sihirnya masuk ke dalam badan saya.dia ambil sebiji pisang yang masih berkulit.dia tanya saya saya nak pisang tu di potong berapa.saya kira berlawak je lah.saya kata,8.saya tengok dia baca sesuatu dan tiup pada pisang tu.kemudian dia buka kulit pisang dan tunjuk pada saya.pisang tu terpotong 8.dia senyum melihat saya.mungkin itu adalah cara dia nak bagitahu yang dia ada ilmu hitam.saya gerun sedikit tapi tak tunjukkan sangat.malam tu saya mimpi saya diserang ribuan lipan.kemudian malam kedua tengah belakang saya sakit sangat dan seluruh tubuh saya rasa terbakar.belakang saya tidak dapat letak di tilam dan saya tidak dapt berbaring dengan lurus.memang saya tidak dapat berbaring.saya menangis kerana menahan kesakitan.hingga beberapa jam saya menahan sakit.tidak dapat tidur.bila di tempat kerja,saya menceritakan apa yabg saya alami kepada orang tersebut.saya nampak dia senyum.tetapi saya masih tidak mengesyaki dia.lepas tu saya sakit gigi pula.sakit sangat sampai saya tak dapat menutup mulut.ternganga je la masa tu.kemudian dia baca air dalam segelas air dan suruh saya minum.saya pun minumlah air tu.bebrapa minit kemudian rasa sakit gigi saya hilang.bermula dari hari tu saya dah mula sakit.bila saya sakit saya pun rujuk kepada dia.bermaksud dia jadi perawat saya lah tu.semenjak dari hari itulah saya asyik sakit.sampailah ke tahun 2011.saya dibawa abang saya berjumpa dengan perawat islam.saya berubat dengan dirukyah dan diketahui saya telah disantau.dari badan saya keluar serbuk halus berkilat.saya berubat untuk keluarkan serbuk tu dalam tempoh seminggu serbuk takde lagi.selepas seminggu saya rasa sakit2 semula.saya pergi semula berjumpa perawat tu.saya berubat lagi.rupa2nya saya disihir semula.serbuk keluar lebih banyak.saya berubat buang serbuk tu lagi.tapi,dibuang datang lagi.top up semula.sampai perawat dah naik bosan(saya rasa la..sebab asyik muka saya je datang jumpa dia) saya pun dah rasa malu dan segan nak jumpa perawat tu.lepas tu saya dah tak datang jumpa perawat tu lagi tambahan pula tempat tu jauh.:(

      Padam
  11. Wa alaikum salam wbkth Aina...

    Memang begitu adatnya...kalau keinginan dunia melebihi rasa takut pada Tuhan..
    ia akan berbuat apa saja asalkan apa yang ia ingini tercapai.

    Sihir biasanya akan lebih berbisa apabila ianya melalui makanan minuman...
    sama seperti apabila diguna alat sihir seperti patung dan sebagainya.

    Namun pasti ada juga ubatnya...dan saya harap Aina tak berprasangka dengan
    perawat...ia nampak serasi...cuma Aina kena amal pendinding secara ber-
    terusan dan berhati-hati dengan makan minum dipejabat jangan ditinggalkan
    lepas dari pandangan..

    Juga apa juga seperti kain dari lelaki tersebut sebaiknya jangan dipakai....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. Salam..saya nak bertanya..keturnan mak saya mmg ade.saka nie..dan mak saya sendiri ada..mak saya boleh 'menurun'..saya nak tanya beberapa hari yang lepas..saya mimpi saya dapat due gelang..satu gelang emas..dan satu lagi gelang emas putih dari saka mak saya ketika mak saya 'menurun'..dan di dalam mimpi tersebut saya terima gelang tu dan memakainnye..ape kah tanda mimpi saya ye? Sebab seminggu sebelum mimpi tu..sewaktu saya tidur..sayang terjaga sebab saya terdengar seseorang memangil nama saya seolah2 mengejut saya.. Due kali perkara tersebut terjadi..terima kasih ye..saya harap saya dapt penjelesan mimpi saya.

    BalasPadam
  13. Wa alaikum salam wbkth sarah...

    Ia seperti jin saka dari mak itu mahu turun atau pindah pada sarah....dan ia bendanya yang memanggil nama dan beri gelang tersebut dalam mimpi...

    Terima dan pakai dalam mimpi itu tanda sarah menerima jin tersebut...walau
    tanpa niat atau difahami...kerana jin tetap akan anggap ia telah diterima...

    Wallohu a'lam
    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum ustaz..semalam saya sewaktu saya tidur..pintu bilik saya digegar seperti ade.sesuatu ingin masuk..bile ditanya siapa di luar bilik..pintu berhenti.digegar..selepas tu pintu digegar lagi selama 10 minit..da ustaz saya pelik saya selalu dipanggil name ketika tidur.. Tetapi di waktu pagi n tegahari ketika.sunyi..bukankah sepatotnye perkara sebegini terjadi waktu malam? Atau ini hanya perasaan saya selepas dapat mimpi tersebut?

    BalasPadam
  15. Wa alaikum salam wbkth sarah...

    ia biasanya jin pemanggil itu mahu mendampingi atau bakal masuk badan kita...
    maka jaga amalan secara serius...tetapkan dalam hati tidak mahu menerima
    malah boleh bisik niat kata pada jin-jin itu...saya tidak mahu menerima kamu
    cukupa Allah jadi pelindung saya...atau sebagainya yang bermaksud menyuruh
    jin itu pergi...

    Jangan sekali-kali menyahut...kalau ada gegar lagi...takbir seberapa lantang
    dengan niat menghalau jin tersebut...baca Bismilllah setiap kali masuk dan
    menutup pintu...tak perlu layan tanya-tanya terutama kalau kita sudah tahu
    permainannya.

    Panggilan itu boleh jadi bila-bila masa saja...dan petua biasanya...kalau suara
    itu kita dengar dari jauh...maka sebenarnya jin itu dekat..malah ada juga jin
    seumpama itu sebenarnya duduk belakang cupng telinga kita saja.

    Ia bukan perasaan...atau coobaaan...tapi betul-betul....hati-hati dan jangan
    pedulikan sangat...atau buat tak tahu saja supaya jin itu tak menjadi-jadi...
    dan rasa tak kena peduli atau kena layan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  16. Salam ustaz..maaf sekali menganggu ustaz..ustaz..boleh tak ustaz 'scan' saya dari jauh? Atau tidak boleh? Terima kasih ustaz.

    BalasPadam
  17. Wa alaikum salam wbkth sarah...

    Maaf saya tidak latih amalan 'scan' jarak jauh...cuma saya akan buat kesimpulan
    daripada bentuk gejala yang di alami oleh seseorang...dan Sarah juga boleh rujuk
    dalam blog ini pelbagai tanda gangguan dan saka serta membandingkan dengan
    apa yang sedang Sarah rasa atau alami...

    Ada lebih dari seratus tanda gangguan juga saka yang ada dalam blog ini...maka
    sesiapa saja bebas merujuk dan meneliti diri sekiranya ada gangguan.

    Maaf Sarah ya...saya sebenarnya bukan ustaz...atau seseorang yang ada itu
    dan ini...melainkan sekadar orang kampung yang cuba mengongsikan serba
    sedikit pengalaman yang mudah-mudahan bermanafaat...Insha Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  18. Salam ustaz saya mimpi ade sorang pompuan nie die.cakap kat saya..mcm nie..' saya nak bagitau awak nie..mane awak pergi mesti ade seseorang ikut awak..' pastu aku tanya la sape..die cakap..' muka dia sebijik mcm awak..mane awak pergi die akan ikut..n rambut die gerbang sgt..tapi saya xpernah tgk muka dia..then die cakap lagi..'saya minx maap la kalau saya buat awak seram..tapi sesorang nie selalu ade kat belakang awak..maaf la ye..saya nie boleh tgk benda2 ghaib'..
    Pastu saya cakap laaa..' da tu cmne?' die cakap..'saya boleh tolong awak..awak.kena buang sesuatu dari rumah awak'..dan saya dapat mimpi ni selepas pergi berubat di sesuatu tempat..dan semalam saya bermimpi..ada seorang ustaz cuba mengubati saya dalam mimpi..dan ketika itu mata saya sakit sgt..bile ustaz tu cuba mengubati..die tarik sesuatu dari tempat yang saya sakit..dan sebentuk cincin emas putih yg tlg terpatah dua..ustaz saya pergi berubat tapi semakin bnyak pulak mimpi pelik.yang saya dapat.. Ape yang sya perlu lakukan..saya semakin binggung dengan semua mimpu nie ustaz..

    BalasPadam
  19. Wa alaikum salam wbkth Sarah...

    Setakat ini ada kemungkinan pengalaman-pengalaman sarah itu menunjukkan adanya saka .

    Seperkara perlu kita ambil perhatian tentang larangan berubat pada bomoh jin
    biasanya hanya akan menambah jin yang ada pada kita...maka sebaik-baiknya
    kita elakkan.

    Boleh berubat terus pada ustaz...tapi Sarah mesti ada amalan pendinding
    sendiri secara berterusan...dan biasanya juga rumah perlu dirawat dan di-
    pagat sama.

    Adapun mimpi-mimpi sedemikian lebih kepada aktiviti ( gangguan ) jin ketika
    kita sedang tidur...dan bagi saya biasanya akan 'scan' kehadiran jin pada kepala
    ( otak ) dan kalau ada maka ikhtiarkan ia keluar.

    Sentiasa amalkan minum air doa sehari-hari tanpa putus...percik 4 penjuru
    bilik atau ruang dalam rumah dan sebagainya.

    Jangan lupa amalan Fatihah...Syat Kursi dan tiga Qul pernafasan.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam